Thursday, February 25, 2010

Tak Fair

Saya : I love you
Dia : U baru je kenal I. Tak adil la u kate camtu, u belum betul2 tau i seswai x ngan u
Saya : Ala, Snow White pon jumpa prince die skali je
Cerita di atas tiada kene-mengena dengan yang hidup atau yang mati, ataupun yang hidup segan mati tak mahu. Begitulah kata orang, kalau da jumpe jodoh kite nampak dari belakang pon da tau itu ialah dia. Betul ke? Apasal tetiba saya cakap sal jodoh ni? Cam kemaruk nak kawin je.. haha..

Mestila tak, cume sekarang ni ramai dah kawan2 yang da kawin n ramai lak yang nak kawin, so mase bekerja sebagai 'pengsurf' internet td baca paper td, saya jumpa artikel ni dalam Utusan Malaysia, RESIPI PERKAHWINAN BAHAGIA.
So, kawan2 yang da kawin tu buleh la cuba.

1. Komitment terhadap perkahwinan. Sebagai org yg da kawin, perkahwinan sepatutnya ditangga pertama la. Nak buat apa2, kene fikir family dulu, kan da hidup berkongsi.

2. Fokus apa pasangan anda suka, tinggalkan apa dia tak suka. Sama la jugak dengan sentiasa tengok kebaikan dia, jgn asik nak mengkritik keburukan dia. Kalau bagi nasihat supaya dia berubah, lain cerita tu.

3. Baik hati kepada pasangan masing2. Wow, tak sangka artikel ni ckp suami atau isteri tu lebih suka buat baik kat org lain dprd spouse sendiri. Something need to be done

4. Beri penghargaan jika pasangan tolong, walaupun tak seberapa. Ustaz saya kata kalau tgk muka pasangan pon boleh dapat pahala. Apa kata kalau takde keje tu, tengooookk je muke. Kalau die tanya buat ape? Buat pahala, menarik bukan?

5. Berterus-terang la jika tak puas hati, jgn memendam2. Bukan semua orang pandai baca fikiran orang seperti  Jin Notti

6. Jangan arrogant, asik pendapat kita je betul. Even pendapat kita betul pon, kalau sampai bergaduh, mengalah la... Nanti esok2 debate lagi.. haha
Kalau pasangan marah pon, diam je. Mane org boleh bergaduh sorang2 kan?

7. Buang sikap buruk sangka n trust ur spouse. Tp, kalau die sah2 ade affair, react. Kalau suspect die ade affair, upah Detective Conan Mouri Kogorou siasat...

Sampai di sini sahaja... Bye



kawin sorang2.. kesian




Sunday, February 21, 2010

The Gift of A Friend #2

It was 12.22am
I had a series of tv watching that night,macam nak pernah jumpa tv je maknanye tak study la and was trying to study that time.
Katanya, "sekarang baru nak study? Kul brape nak tido? Nanti esok ngantuk lagi dalam kelas!"
Kataku. " Ala, tido awal ke tido lambat ke, ngantuk jugak. Baik tido lambat"

Kamu tak concentrate dalam kelas, sebab tu lah mengantuk. Sepatutnya dalam kelas dengar apa yang cikgu ajar, bukannya gi tido dalam kelas (sebenarnye panjang lagi die membebel, x sanggup nak tulis yang penting dah dapat point
Walaupun memamng tak puas hati cos dia has no idea how hard I'm trying to stay awake but it's very2 true.

THE POWER OF CONCENTRATION

The person who is able to concentrate on a thought he works upon, will utilizes all constructives thought and shut off all destructive ones.

Best prepared man and willing to do extra effort will be man of success

Concentration mean a strength of mind. Concentration makes the will and intellect act together

Concentration is not a dream

Concentration, the silent force that built result in all business

Concentration can mold environment

Concentration develops determination and perseverance. The inner energy control the outer act

Successful lives are the concentrated lives

Concentration can overcome bad habits

A successful business is not by luck, but by concentration

Courage concentrate the mental forces on the task at hand

All have the ability to concentrate, but will u?

Daily habit will increase concentration

Concentrate will not forget

Concentration can fulfill desire

Concentration develops ideas


http://www.jogena.com/resources/concentration.pdf


Lalu, selepas tu terus saya tido walaupun masih tak mengantuk, semoga hari ini saya dapat concentrate dalam kelas dan menjadi orang yang success.
Berasa malu plak diri ini dengan dia, selama ni saya asyik suruh die study sebab dia asyik tgk movie je sedangkan study die lagi berkualiti. Kalaulah saya kenal dia lebih awal..

Masih belum terlambat untuk mencuba "Tak Kira Di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir"

Saturday, February 20, 2010

Sape buat kacau?

Ke mana2 saya pegi di dunia ni setakat ni di Malaysia, saya wajib berjumpa orang Kelantan, di setiap sudut dunia. Pendek kate, dok Shah Alam, Melaka even India pon saya tak berpeluang cakap bahasa Melayu, asik kecek kelate je. Tiap kali cuti pon, tiket bas kelate akan habis, di mana2 saja, mase raya mesti org2 Klate akan masuk berita sebab tak cukup tiket balik. Persoalannya, jika orang klate telah bertebaran di seluruh Malaysia, siapa yang dengki kat Klate buat kacau x abis2?

KOTA BHARU 19 Feb. - Kegagalan kerajaan negeri menguruskan aspek kebersihan beberapa pusat pelancongan menyebabkan pelancong antarabangsa 'mengelak' untuk datang ke negeri ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, bukti itu dapat dilihat apabila Kelantan hanya merekodkan sebanyak 2.9 peratus kemasukan pelancong luar pada tahun lalu berbanding 23.65 juta pelancong yang datang ke negara ini.
Menurutnya, kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyenggara beberapa pusat pelancongan yang ada menyebabkan ia menjadi usang dan kotor terutama sekali kemudahan asas seperti tandas.
"Lihat sahaja di Pantai Cahaya Bulan. Kementerian sudah berbelanja lebih RM500,000 untuk menyediakan prasarana di situ, tetapi keadaannya setiap kali saya datang melawat sangat kotor.
"Kenapa sampai mahu bersihkan sampah di longkang pun kami kena jaga. Sepatutnya, kerajaan negeri ada minda pelancongan, barulah masalah ini tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina di sini hari ini.
Beliau memberitahu, Kerajaan Pusat telah membelanjakan sebanyak RM31 juta melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk memajukan industri berkenaan kerana Kelantan kaya dengan pelbagai budaya dan produk pelancongan termasuk pusat pelancongan di Pasir Puteh yang bernilai RM12 juta.
Bagaimanapun, tegas beliau, semua langkah susulan terutama sekali penyenggaraan perlu ditanggung oleh PBT untuk memastikan ia sentiasa terpelihara dan mengekalkan tarikannya.
"Kerajaan negeri perlu tahu kementerian berikan produk dan membantu membinanya, tetapi untuk menjaganya bukan kerja kita.
"Pelancongan bukan semata-mata mahu membina benda baru, tetapi ia adalah bagaimana kita menguruskan yang sudah ada agar dapat menarik pengunjung. Tak kan ini pun perlu diberitahu," katanya.
Sementara itu, Yen Yen berkata, Kementerian Pelancongan telah menerima permohonan lebih RM2 bilion daripada semua agensi pelancongan termasuk kerajaan negeri di seluruh negara untuk dinilai dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Tambahnya, kementerian akan memberi fokus terhadap aspek penyenggaraan pusat-pusat pelancongan sedia ada di seluruh negara dalam RMK-10 nanti.

         Utusan Malaysia : 20/2/2010


Friday, February 19, 2010

Bukan Berseronok 0

First time jumpe Dr X********, i know he mmg different. First tyme die amek klas dah kene bebel, budak2 medic kat kolej saya
  1. lack of general knowledge (usahkan general knowledge, knowledge yang patut tau pon tak seberapa, haha saya la tu
  2. Timid and shy, less interaction with lecturers
  3. Thinkless (maksudnya kurang berfikir sendiri, kurang membaca dan kurang buat research)
No idea other college camne, tp kalau die da compare tu rasenye kolej lain are better.
No idea who shud be blamed too, tp in my opinion ladies and gentleman (teringat zaman2 debate kat skolah dulu) saya dan orang2 seumpama saya, mahukan want things to be easy for us. Kalau study tu, harap baca 2 baris je dah boleh tau satu buku. Kalau mase exam, jawab 2 patah je dah boleh dapat full marks. Where got like that? Kalau cantu, takyahla thomas edison try buat lampu sampai 1000 kali.

Act, I want to share this website about orang2 yang berfikir. Dalam Quran pon Allah menganjurkan kita berfikir , tentang kejadian alam, analyse dan come out with some ideas to make life easier. Tapi sayang, yang rajin berfikir ke arah kemajuan bukan orang2 kita, tapi orang puteehhh.

Saya tak menolak yang orang kite rajin gak berfikir, cth:
modified motor tuk merempit
menjatuhkan sesama sendiri, berpecah-belah dan sebagainya
camne nak tipu orang
dan macam2 lagi

Akhir kata, takde orang buleh ubah kita kalau kite tanak berubah dan semoga perkongsian ini akan memberi manfaat

Klik di baju ini
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD7f8TvIrV0mIzoJV-wfPn3ox6hw9UpuEb57MzT_O_Ixpn2idU8Q0hBFd7QdHWLI3EXYn64NqTdSu1ujKUjkO8rRDlYfh6-GVP4FOxBDMqAjHvwjo_y070_X1fAcBxpVolCtxu8RXxgDEf/s400/BERFIKIR%2520DAN%2520TAKDIR.jpg


kredit to: http://gallerysixnine.blogspot.com/ kerana saya da curi gamba baju...

Kelewatan

Cuti tahun baru cina lepas ( lupa lak nak wish happy chinese new year kat my grupmates yang sgt caring, next entry) nenek sedara saya telah kawin, dengan orang yang tidak dikenali, cinta lepas kawin la ni..
Majlis tu berlangsung kat Jerantut, Pahang. Dari KL saya gerak ngan kakak n familynye. Konon nak gerak lps subuh (maksudnya pagi2 la) tp sbb semua orang pon semayang masa subuh da nak blk sambung tido lepas semayang, jadinya lambat jugakla kami gerak.

Lps breakfast, dlm kul 10 kami gerak. Ramai gile orang kat highway, semua orang melayu yg nak blk kampung. Sabar jelah, sape suh gerak lambat kan? Dalam 50km ke Jerantut, mak called. "Bile korang nak sampai, pengantin da sampai da pon"

Sampai hati pengantin tak tunggu kitorang. Yang lebih sedih tu, kitorang sepatutnya ade uniform yang sama ngan semua sedara-mara, tp sebab mak baru jahit so baju tu ade kat Jerantut. Sedihnya tak sempat tukar baju sbb mase tu mesti org ramai kan, sibok2 canne nak gi tukar baju?

Kitorang sampai dalam kul 12, mmg da ramai la org. Datang cam tetamu jelah, tp masuk kot pintu belakang. Sempat gak tukar baju, tp penantin pon da abes makan. Diorang takde la bersanding2, hasilnya takde sgtla gamba pengantin dlm kamera saya. Dahla baju kitorang cam budak plkn, jadinye bukan gi majlis kawin tp kem plkn. Haha

Ape pon, selamat pengantin baru pada Mok Dah. Semoga kekal hingga akhir hayat




Pengantin sebenar. Baju hitam tu sila abaikan



Pesert plkn







Blajar dari Mommy dan Abi

Alkisahnya mommy dan abi baru pindah rumah baru, 2 hari berturut2 mereka gi I*** tuk beli barang2 rumah mereka. Tp, bukan tu isunya. Yang saya nak highlightkan ialah mereka telah meninggalkan troli berisi barang2 mereka pada waktu pagi at some corner of kedai tu sbb ramai org bayar, so malas nak beratur. Malam tu mereka gi lagi, suprisingly troli dan barang2 tu were safe there.
The second day pun camtu, diorang tinggal gak sekejap troli dan gi bayar kemudian.

I was so amazed with their technique dan cuba praktis kat salah satu supermarket kat Melaka ni la, kumpul2 barang dlm troli, letak at some corner then lari gi makan jap. Mase tu kawan2 saya dah risau "Boleh ke tinggal kat sini?"
"Jangan risau," kate saya "Takde orang kacau nye"

Bila kami balik, carik2 troli tu da takde. Tiba2 saya nampak pekerja supermarket tu tgh tolak troli yang ade barang yang dipercayai barang kami tp da bercampur ngan barang2 lain jugak and some of our things also gone. Terpaksa la gi kutip balik barang2 nak beli.. hampeh...

Pengajaran: bukan semua pekerja kedai mengemas barang selepas tiada pelanggan dan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, kite dok tempat orang pepandaila berubah ikut keadaan ye. Jangan nak ikut keras kepala kita je, unless u wanna be sorry...

Entry Yang Mengumpat

Jom kita mengumpat Pak Su. Pak Su ialah seorang anak lelaki bongsu dan usianya jauh berbeza daripada abang diatasnya, menjadikan Pak Su seorang budak lelaki yang sangat manja dan mengada-ngada

Pada suatu hari, seorang rakan satu sekolah pak su, Mak Yam (bukan nama sebenar) telah diinterview. Berikut adalah butir2 interviewnya

Interviewer: Mak Yam, exam dpt no berapa
Mak Yam: 1
Interviewer: Kenapa Pak Su dapat no byk2? Die malas ke?
Mak Yam: Takla, die rajin. Homework selalu siap
Interviewer: Abih tu?
Mak Yam: Die suke merajuk
Interviewer: Merajuk?
Mak Yam: Selalu merajuk ngan kawan2. Kalau kawan2 die tak bg main bola die mesti merajuk..

Hahaha, Pak Su2, ingatkan Pak Su merajuk kat rumah je, rupenye kat school pon merajuk juge. Awak tu dah besar, dah2 la merajuknye.

Saya pon kurang pasti adakah sikap merajuk itu normal dikalangan kanak2 lelaki berusia 11 tahun. Kalau normal takpelah, tapi kalau abnormal, siapakah yang bersalah? Pak Su, atau parentsnya yang terlalu memanjakan die.

Saya pon tak belajar ilmu parenting, cume yang saya tahu mungkin family Pak Su show high emotional expression (EE). Apa tu? Dalam psychiatry, the ability to heal in psychotic patient, especially schizophrenia juga bergantung pada family nya. Family yang mempunyai high EE is charaterised by hostility, negative remarks and over involvement or protected.

Patients yang mempunyai family jenis ini sudah tuk sembuh atau mungkin akan mengalami relapse kerana beliau tidak mendapat sokongan family nya. Jadi, kite ahli keluarga kita disahkan bersakit mental, layanla die seperti manusia normal, die bukannya orang kurang upaya cuma mentalnya tak berapa sihat. Ajarlah dia berdikari, jangan membenci dia dan curahkan kasih sayang yang setara dengan orang lain. Walaupun pada hakikatnya schizophrenia the most important treatment ialah ubat.

Tiba2 terlupa lak kisah Pak Su td, mungkin family Paksu over protect him, so die rasa ngan sapa2 pon die akan dilayan seperti family die layan. Mungkin Pak Su akan menjadi matured bila masanya tiba nanti.



Tuesday, February 9, 2010

3 Bodoh

At last, berjaya juga saya tgk cerita 3Idiots arahan Aamir Khan itu. Mase movie tu just released, ade orang paksa saya tgk, tp saya bukan minat sangat tgk citer hindustan, so malas nak layan. Macam2 alasan sy bg die. Tiap2 hari die tanya da tgk tak? One day, lecturer saya tah macam mana boleh terklua pasal cerita tu. Die advised us to go and watch that movie, recommended by lecturer, naik gak nafsu saya nak tgk. Tp, aisey man, takde lah citer tu kat cinema Melaka ni. Apparaaa

Sebab nak tgk sgt, saya mintak seorang sahabat tolong downloadkan. Dah lame berada dalam laptop saya tp tak tertgk pon sbb plannya nak tgk bersama 2 sahabat lain. The more the merrier kan? Last skali dah abih posting, saya ajak orang lain tgk. Macam2 rintangan la kan? Akhirnya berjaya gak saya tgk.

Ok, kasik preview sikit la.

- Ceritanya pasal student kat kolej kejuruteraan. Biase la kat India, semua orang hafal buku, jadi diorang belajar pon ikut buku, tak penah nak cuba berfikir sendiri
-Tiba2 muncul seorang student yang sgt terer dan tak puas hati dengan system pengajaran yang asik nak bergantung kat buku je
-Die complain kat dean, then dean suruh die ajar 'how to teach'
-Last skali, die berjaya ubah system pembelajaran kat situ.

Comment sikit
-X puas hati apesal budak tu terer sgt
-Ade satu scene org beranak, tak menepati ciri2 beranak yang sebenar
Act, diorang nak tunjuk yang engineer mampu conduct delivery, vacuum lagi, dahla pakai vacuum cleaner. Sedangkan kalau nak gune vacuum kat labor room tu, kene speacialist yang buat. Huhu
-Sebenarnya tak faham sgt, sbb subtitle die tak complete.. haha

-Tp. movie ni bukan saja menghiburkan tp, mmg banyak manfaat, seswai tuk tontonan umum tp tak paham kenapa nak kene buat seksi2...

Saturday, February 6, 2010

The Gift of A Friend

Dah agak lame bankcard %^***$#% saya rosak. Tak tau kenapa takleh kluakan duit, dah try buat kad baru tapi kakak bank tu cakap, kad tak rosak cume ade something wrong ngan cip die, kalau gosok2 sikit okla. It worked for quite some times. Tp, skang die buat lagi dan duit kat bank *&&%%^& pon takleh klua, tak tau knape. Dibekukan apa aset aku.

Sebelum saya truskan cerita ni, to make thing worsen, sy takleh buat transaction online, tak receive TAC no,tak taula problem bank %^***$#% atau talian **^&&%^& tp yang penting tak dapek nak shopping online dah. Nanti nak bayar bil pon kene kluar rumah.ceh

Ok, truskan kpd cerita yang saya nak cerita, kan saya dah beli tent tu, so mmg takde duit langsung dah. Smalam nak cube nasib punyela gosok kad tu sampai nak haus da itu kad. Tp, tak dapat jugak. Sedih, nak marah, hijau, biru, merah, semua perasaan bercampur-baur. Tanpa sedar, dibawah sedar eh, saya campak kad tu, pijak2.. dengan harapan die patah ke ape, boleh buat kad baru.

Apparently, kalau Allah nak bg rezeki, dapat jugak. A friend yang dtg same ngan saya, Dina
nak try buat, mesti tak jadi la kan? Mase tu da terbayang makan pasir berulam rumput.
Eh, tetiba Dina datang bawak duit, RMrahsia. Eh, dapat lak? Double standard betul kad ni. Takkan tiap kali nak amek duit kene bawak Dina, atau tiap kali nak amek duit kene pijak2.


End up makan kat sini


Friday, February 5, 2010

Camping Phase 1

Saya memang tidak meminati pon outdoors. Kat skolah rendah, saya memangla orang yang belajar ja.. (iyo?)
Tp, kat skolah menengah saya join tennis club dan sampai sekarang saya main tennis walaupun takla terer sgt.
Start kat Manipal dulu, saya mmg tak buleh dok dalam bilik dah, dgn erti kata lain tak boleh study. Asik nak main je, asik nak bejalan je...

Latest activity ialah ptg2 gi aerobic. Best jugak. Mula2 mmg malu gila nak buat, tp bile tgk semua orang pon takde perasaan, saya pon apa lagi, campak jelah maruah sekejap.. hahah

Sebenarnye nak citer pasal activity smalam, iaitu bercamping. Dah lama saya nak camping, tapi bukan la dalam hutan yang mencabar2 tu, cukupla tido dalam tent ja. Masa blk rumah hari tu lalu kot T'ganu, nampak satu camp site, menariknya tgk. Rase cam berenti bermalam kat situ je. Tp, tu da lame, memandangkan saya takde kemah dan sebab2 lain sy pendamkan jelah hasrat tu.

Start last week, sy mmg da gatal2 satu badan, allergy rase nak camping sgt2. Mula2 fikir patut ke beli tent? Dah survey kat internet, 100++, cam tak perlu pon takpelah. Dalam hati sy, nak sgt camping sebenarnya. Sy gi survey tent kat Tesco, not bad 50-100++. Okla, tp tak beli lagi. Tapi smalam, mmg tak tahan sgt2. Nak pulak saya cakap ngan kawan yang rupenye nak camping jugak. Mula2, sy fikir gile ape nak camping kan. Ingatkan sy ni berfikiran crazy ke ape, buat benda merepek, rupenya ade lagi manusia yang berfikir cam saya, cumenya kawan ni die nak plan betul2, sbb die nak buat bbq bagai, saya asal tido dlm khemah tu da ok la...

Lps beli tent smalam, sy rase nak camping malam tu juga, saja la ajak sorang member, tak sangka lak die nak stuju. Akhirnya, bercamping la kitorang kat depan rumah die. Tp, rase cam bodo gak, sebab rumah die rumah teres. Sampai pagi ade orang lalu depan rumah, dan cam bahaya jugak sebab beberapa hari lepas ade org memecah rumah di kawasan itu. Syukurlah takde apa2 berlaku pada kami, cuma sesuatu berlaku pada saya sbb beli tent tu, saya da tak cukup duit nak beli makanan.. kui kui


Kasih Sayang Allah

Apa kita akan buat bila kita sedih? Apa kita akan buat bila kita rasa nasib kita sangat malang sepanjang tahun? Ade ke camtu. Mestilah kita saya akan terus bersedih dan berkata dalam hati, Allah memang tak sayangkan saya. Allah selalu beri benda yang susah kat saya, sedangkan org lain nampaknya hidup enteng saja.

Bercakap mengenai kasih sayang dan rahmat Allah yang diturunkan sbyk 99 ke bumi, kenapa satu pun tak mengena kepada saya? Semalam baru dengar satu talk pasal kasih sayang Allah. Soalnya, kita tidak tahu bagaimana dan bila kasih sayang Allah akan datang pada kita.

Sestgh orang hidupnya sepayah2 hidup, tp itulah cara Allah tunjukkan kasih sayang pada orang itu. Tarbiyah Melalui Pengalaman Hidup. Susahkan tuk difahami? Tapi itulah hakikat. Kita memang tak sedar, sebab kita ingat tarbiyah tu macam usrah ke, liqo' ke, yang perlu kita hadiri direct tuk membetulkan diri, menambahkan iman dan apa2 laa. Sebenarnya pengalaman hidup adalah tarbiyah terbesar dalam hidup kita.

Mungkin saya masih tak nampak hikmah disebalik semua ini, tapi saya harap dan mohon saya akan terus bersabar dan berusaha dan tidak mengambil masa terlalu lama tuk memahami hikmah disebalik semua ini.

Sestgh manusia juga sangat sayangkan kita, tp tidak tau cara menunjukkan, tp deep inside mmg die sayang dan care pasal kita. Maha suci Allah yang bebas dari sifat kelemahan, bukan tak reti tunjukkan kasih sayang tp kerana ilmuNya yang maha luas die lebih tahu camne nak tunjukkan kasih sayang Dia.

Senyumlah, kerana kasih sayang Allah maha luas....

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008