Sunday, June 20, 2010

Biarlah aku serba kekurangan

Fahry (nama sebenar) adalah seorang bayi yang lahir pramatang. Bukan itu sahaja, untuk menjadikan keadaan lebih dramatik, Fahry ialah Amniotic Band Syndrome, yang telah mengorbankan kaki kanannya up to ankle. Semasa dalam rahim ibunya, boleh tak anda bayangkan betapa tertekannya hidup Fahry. Sebab terjadinya amniotic band itu tidak diketahui, mungkin gene, mungkin kebetulan, banyak kemungkinannya tp hanya Tuhan yang tahu sejak bila band itu menghimpit melilit kaki kecil milik Fahry. Cuba bayangkan tekanan yang dihadapi oleh Fahry ketika itu. Mungkin rimas, mungkin sakit dan mungkin juga ada band lain yang melilit anggota2 lain.

Michael (bukan nama sebenar) terpaksa dipaksa keluar dari perut ibunya sebaik sahaja cukup bulan. Semasa mengandungkan Micheal ibunya telah disahkan menghidap kencing masih ketika mengandung (gestational diabetes melitus). Ketika dalam rahim ibunya, Michael mendapat bekalan yang berlebihan. Cakap aje, di mana2 ada gula. Goyang kaki pon boleh dapat. Doktor juga memsuspect Michael sebagi bayi besar, dah terlebih makan.

Ketika lahir, kata ibu Fahry memang senang melahirkan Fahry, berat Fahry ketika itu hanya 1.2kg (mungkin berat sebenar). Tak taulah apa berlaku ketika kelahirannya, yang penting Fahry perlu segara dimasukkan ke dalam inkubator. Mungkin Fahry sudah biasa dengan wayar yang berselirat kerana semasa dalam kandungan pon berbelit dengan amniotic band itu. Fahry boleh ditinggalkan saja dalam incubator itu, munkin sejam atau 2 jam sekali atau 4 jam sekali doktor datang tgk.

Ketika melahirkan Michael mungkin disebabkan saiznya yang besar, bahu Michael telah tersangkut pada vagina ibunya. Setelah berhempas pulas, Michael berjaya dikeluarkan dengan tulang bahu (clavicle) yang patah. Michael disahkan kurang gula (hypoglycemia) semasa lahir, kerana bekalan telah terputus. Setelah gula dimasukkan kedalam badan Michael, dia perlu dimonitor setiap setengah jam sehingga gula dalam badannya stabil.

Apakah pengajaran dari kisah diatas? Seseorang yang biasa dengan hidup susah, survivalnya sangat tinggi manakala orang yang biasa hidup senang sentiasa perlu bergantung pada orang lain. Saya rasa sangat malu kepada saudara2 di Palestine. Walaupun hidup mereka susah, mereka masih ada masa menghafal quran, belajar, dan pergi berperang, malahan ada antara mereka menjadi professional yang sangat hebat, sedangkan saya yang dilimpahi kemewahan (kalau dibandingkan dengan mereka la), tp apa nak buat, dah memang principe cantu.. hoho



Fahry sekarang sudah boleh berjalan dengan support. Belajar dari Fahry. Hidup seseorang is at stake now dan orang itu must change her life no matter what it takes


Thursday, June 10, 2010

Haven't Finish

Ade 2 orang budak medic final year telah diberi mase 20 minits untuk clerk case budak sawan yang tak boleh suasana kecoh2 (macam bile nak examine saraf2 ni, banyakla arahan nak kena bagi kat budak tu) kalau tak, die akan sakit kepala dan muntah. Itu telah mengurangkan masa untuk clerk case dan examination.

Tiba2 lecture datang...
"Dr, we haven't finish..."
"BULLSHIT!!!"

Finela, budak 2 orang tu present jelah.
Then, lecturer said, " Actually U examine quite a few already (susahnya nak tulis kut english, translate jelah eh)

Kamu dah examine banyak budak ni, kenapa cakap tak siap lagi? Kalau cakap camtu, it reflects that kamu takut untuk present sebab kamu tak tahu, tak confident dengan apa yang kamu buat. Just say whatever U have finished la. Tu pun susah ke

p/s:ayat terakhir ditambah oleh penulis

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008