Saya Tak Malas
Termasuk hari ni, da 5 hari berturut2 aku kena marah ngan bos aku. Dia kata performance aku teruk, productivity menurun. Dulu, aku la pekerja contoh, aku la paling rajin sekarang ni asik kena marah ja. Dia tak tau aku separuh mati nak buat keja ni semua. Bukan aku tanak buat keja, aku memang buat tp keja aku selalu x siap.
Bukannya aku sengaja nak malas, tak tau la apesal sejak akhir2 ni aku rasa lembap, macam hujan renyai2 je dlm kepala otak aku, macam takleh nak berfikir dengan pantas. Nak angkat tangan pon malas, apetah lg nak makan...
Risau dengan keadaan aku yang semakin lembap tu dan sikit lagi nak kena buang kerja, rakan sekerja aku suggest gi jumpa doktor, mana la tau ade cacing ke ape.
Kata doktor tu, bile sebut malas, org lebih mengaitkan sifat itu dengan psikologi atau sikap individu tp masalah kesihatan atau ubat juga boleh menyebabkan malas. Salah satu penyakit yang menyebabkan malas, berkaitan dengan hormone iaitu hypothyroidism (kurang hormon thyroid). Biasenya org2 ini kurang mengambil makanan beriodin, contohnya ikan ataupun ade immune dlm badan yang gi hentam kelenjar thyroid ni, jd die takleh menghasilkan hormon thyroid lg.
Orang2 ini akan jadi lambat berfikir, lambat bergerak dan aktiviti metabolisme badan jadi slow. Walaupun makan sikit, die akan jadi gemuk.
Seterusnya terdapat ubat yang boleh menyebabkan malas, bukan la malas tp menjadi lembap la. Bile org tgk kite, mmg la org kata malas, asik nak tido aja... Contohnya beberapa jenis ubat darah tinggi.
Stress atau depression juga boleh mendorong kepada rasa malas. Mungkin pekerja itu tertekan dengan beban kerja yang banyak, jadi die demotivated untuk buat keje2 die, semua die tak buat..
Malas juga mungkin dipengaruhi oleh persekitaran. Kalau mak die keja rumah asik tertangguh je, takkan la anak die nak tolong gi buat lak.. Tp tak semua macam ni kan?
Tp, ade jugak org yang kat tempat lain die rajin, kat tempat lain die malas lak.. Contohnya saya. masa kat Melaka kemain rajin da blk KB ni....
Mungkin ini disebabkan minat terhadap aktiviti itu. Ataupun adela nak menunjuk kat sesape die rajin.
Jadi, bagaimana nak mengubat malas ni. Kalau yang penyakit2 tadi tu, treat accordingly, bagi ubat etc.
Kalau berkaitan psikologi, komunikasi memainkan peranan. Dalam pejabat, mungkin bos boleh selidik apa yang menyebabkan pekerja dia malas, ade problem tak setel ke..
Motivasi ialah salah satu cara menyingkirkan malas. Pengkaji dari Aus pernah menyifatkan malas sebagai Motivational Deficiency Disorder, so org2 camni gi hantar ke kursus motivasi.
Sesetengah penyakit malas boleh diubat dengan paksaan, contohnya budak malas semayang, kene la paksa, rotan ke sikit... kan2?
Selepas buat semua pemeriksaan, ujikaji dan sebagainya, doktor mengesahkan malas aku bukan la disebabkan penyakit atau ubat atau stress. Bila doktor suh ingat balik, ade tak aku tak puas hati ke ape.Baru aku teringat, aku nak tunjuk perasaan kat bos aku sbb tak bagi kawin ngan anak die, sekali betul2 aku jadi malas.. hahaha
Aku dalam cerita diatas ialah Jimi Asmara bin Mat Dollah (bukan nama sebenar)
Entry ini diedit daripada Kosmo 26 Sept, Adham Shadan
Info drpd Dr Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, pakar kesihatan pekerjaan, Hosp Pakar An-Nur




