Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

Rindu aku..

Ramadhan semakin menjelang tiba, tp suasana Ramadhan tidak saya rasai. Suasana raya adalah, da ade shopping complex start jual semperna aidilfitri. Kemeriahan menyambut Ramadhan di bumi anbiya', Mesir menarik2 hati saya tuk kembali. Cewah, 'kembali' takleh blah. 2 3 hari b4 puasa, mereka gantung lampu lip lap la, macam2 la diorang gantung kat town tu. Seronok nye Ramadhan nak datang. Saya yang tak penah rase gembira pon segembira tu sejak hidup selama 20++ tahun ni. Memang meriah, bandar Cairo seolah2 berpesta. Sebenarnye mmg bandar Cairo hidup waktu malam, siang2 diorang tido, tp seolah2 sambut raya kat Malaysia.

Masa bulan Ramadhan, berebut2 orang nak buat kebaikan, sampaikan kita nak bersedekah pon tak tau nak bagi sape dah. Semua orang saling bagi-membagi. Padahal benda sama je bagi. Kurma. Kau bagi kurma kat aku, aku bagi kau kurma balik. Tp, seronoknye mereka meraikan kebaikan yang ada di bulan Ramadhan sampai tahap tu. Nasib baik saya orang asing, terima jelah orang bagi.

Ade sekali, da dekat nak magrib kami masih di jalanan (baru balik shopping), kiri kanan orang baling kurma. Bukan la baling cam main baseball tu, tp kire campak la ke dalam keta kan, diorang dok tepi2 jalan. Orang lalu je, or berenti kat traffic light, diorang campak kurma. Sempat lak pak cik taxi tu wat lawak "Nak lagi ke kurma, kalau nak boleh round lagi sekali". Takyah beli kurma sebulan. Ade sesetengah yang sediakan air. So, kire kalau nak klua rumah takyah bawak bekal ape2la, mmg ade food tuk berbuka nanti.
Khemah2 dibuka tuk menjamu orang bukak puasa. Khemah yang macam orang kawin kat Malaysia. Pendek kata, kat mana2 pon ade khemah. Selang 2 3 langkah je, hehe xlah sampai camtu. Kalau orang yang suka amek kesempatandahla bermusafir, masih student lak tu, memang buleh berjimat la. Bukak puasa dlm khemah, tapau balik tuk sahur. Tapi biasela, kalau da food byk2 tu, xla berape sedapnya, tp saya boleh terima je. Sedap je.

Ucapan2 semperna Ramadhan jugak tak kurang hebatnya. Diorang main tegur je, kenal ke tidak. "Ramadhan kareem, Ramadhan kareem.." Sekali tu, saya klua gi kedai sorang2 (dkt je ngan rumah kawan saya) tiba2 ade sorang mak cik datang, peluk saya, "Ramadhan Kareem" kate die. Tergamam saya, tak tau nak jawab ape or how to react. Ya, kate saya sambil tersenyum, tp muka mmg pelik la. Then, kawan saya kate, bile orang ckp camtu kite jawabla "Allahu akram".
(Nak cite gak kesah sahabat saya kat sini yang pegi kedai, tp mesti la tak reti nak baya. Die ckp harga tu pon x paham, usah kan nak cari duit tuk bayar die. Apa die buat? Die bagi wallet kat tuan kedai tu, pilihla sendiri nak duit mana.. bijak kan? Kalah si bijak camni)

Satu lagi yang best kat Mesir ialah, kat mana2 kita akan nampak orang baca Quran. Sama ada dok tunggu bus, tuan kedai tengah tunggu pelanggan, polis yang bertugas di jalanan, apatah lagi orang yang berada dalam masjid. Memang kagum la. Kalau yang penjual tu, tak kesah da orang nak datang beli ke tak, die trus je baca Quran. Yang syoknya, bukan orang tua sahaja, malahan semua golongan umur. Indahnya kalau kat Malaysia pon macam itu juga.

Yang paling saya takleh lupe ialah mase solat terawikh. Biase la kan, gi surau mase azan isyak. Datang2 tu, mestila lepak tunggu orang semayang je. Tiba2 ade sorang mak cik tegur. Yang saya paham, die kate 'tahiyatul masjid' je. Oh, mungkin die kate kalau masuk masjid, buat la tahiyatul masjid dulu. Oppss, malu je kat mak cik. Mak cik dahla da tua, masuk masjid solat, kami yang muda remaja ni, masuk lepak2 lak. Apa lagi, trusla bangun solat 2 rakaat lepas tu.

Tuh la sedikit sebanyak yang sy ingat pasal berpuasa di Mesir. Harapan saya moga dapat 'kembali' menyambut ramadhan di bumi anbiya' itu lagi.

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Sana sini semua orang da bercakap pasal Ramadhan. Tak sabar nak puasa, tak sabar nak solat terawikh et all. Namun, adakah benar2 kita gembira dengan kehadiran Ramadhan atau kita da bayangkan apa yang akan berlaku sebulan selepas Ramadhan?saya la tu. Hadir ke konsert Ramadhan di Masjid Al-Azim membuatkan saya terfikir apakah perasaan sebenarnya saya untuk menghadapi sekolah taqwa ini? Adakah saya benar2 menanti kedatangannya seperti Amirul Mukminin Umar Al-Khattab yang berjalan di lereng bukit beberapa hari menjelang Ramadhan dan menyebut "ahlan wasahlan ya Ramadhan' beberapa kali sehingga jika orang tidak tahu Ramadhan itu bulan nescaya akan menganggap Ramadhan itu ialah seorang lelaki yang akan datang bertemu beliau? Atau adakah berharap agar dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini sebagaimana harapan orang2 soleh yang telah bersedia amalannya untuk melaluinya?

Ramadhan, umpama sebuah sekolah. Kalau nak gi skolah, mestilah ade persediaan kan? Kena baca buku dulu, kene revise ke ape ke. Same la ngan Ramadhan, sebelum masuk skolah ni, kite perlu siapkan diri kita dulu, iaitu bersedialah untuk menahan bukan sahaja lapar dan dahaga, yang paling utama kesemua panda indera kita, terutamanya lidah. Lidah ni adalah satu anggota yang sangat rajin, sentiasa nak kerja je die. Sayangnya, bukan ke arah kebaikan, tp sebaliknya. Jadi di bulan puasa ni, marilah kita sama2 menjaga, mendidik atau apa2 la, lidah kita supaya kalau nak kerja tu, benda yang baik je. Kalau rasa nak ckp benda jahat je, terus zikir. Ok, kita cuba

Bulan ni adalah bulan yang kita xyah susah2 nak klua rumah tuk shopping. Bukan sebab buleh shopping online, tu bile2 pon boleh buat. Tapi, ni shopping yang lagi special punya, mega sale yang Allah tawarkan. Tak teruja ke dengan mega sale yang 10 juta kali lagi untung daripada mega sale kat dunia ni. Takyah klua modal lak tu. Dok rumah pon da dapat keuntungan (x terdedah ngan maksiat kat luar rumah)

Kesimpulannya, marilah kita sama2 tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini, jgn biarkan diri anda dikuasai nafsu. Syaitan da bungkus kain baju, tah2 kita lagi jahat drpd syaitan.. Na'uzubillah
Maafkan segala kesalahan saya pada anda, selamat berpuasa, selamat menambah iman.


'Terkilan ngan diri sendiri yang berkira2 10 ribu juta kali tuk bersedekah singgit tapi, tak berpk pon bile beli kasut baru (harga dirahsiakan)'

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008