Thursday, December 31, 2009

Make it a story

To take a history in faster way. Since it's called history, we make it a story, so it's easy la..

1. Patient's profile, same

2. Chief complaint, same

3. HOPI, draw a horizotal line on ur paper, make it as a timeline. Describe 1st symptoms he had from the left + Rx he received, whatever related. Move to the right that is what happen today
Don't forget to ask history about risk factor, aetiology, differentials and complications ( In order to do that, ilmu kenela cukup beb)

4. Other history tu cam biase la

5. Don't forget to ask what patient concern about his disease (just to show u have empathy and for counselling.

6. For examination, no need to write one by one or try to remember. Just draw a man and u can just tick sign yang die ada, and X kat signs yang he don't have.

Tryla, I think it is useful. So, u won't miss any history and don't have to look back nervously in ur notes if u were to asked something about ur history.

 
Hopefully dapat faham, maknanya, past 3 months what happened. Desribe briefly, ngan Rx he received



Just tick and cross, especially PICCOL tu. Vital signs jgn lupe k. Terlupa nak include sekali... sowwy

Contoh. Anda boleh buat ikut kreativiti sendiri. Semoga memberi manfaat.

p/s:Kredit to one of senior for teaching me this (Macam x dpt kredit gak, sbb identity dirahsiakan, kui kui)


Azam baru vs Azam lama2

Tak tau pon nak tulis apa. Sebab sekarang sibok ngan new year, everyone seems eager to write about new year resolutions, so I pon nak menyebok jugala. Act, x penah ada azam setiap tahun, rasa susah nak work up, and for me tak perlu tahun baru tuk buat azam baru. Instead, everyday perlu ada to-do-list, tiap2 hari pon berazam.

I talked to an MO about his career, eh he came tlalking to us. Mula2 die tanya soalan microb yang belajar 2 years back. Kalau yang semalam belajar pon da lupe, apetah lagi 2 years back. He said:

No way u forget ur 1st, 2nd and whichever year of ur studies, and no way u forget about exam when u're working. Same je, dahla exam makin susah 

Don't throw away all ur international books, for they are very good books for ur future (Rasa buku India lebih complete dari international book, sebenarnye expalanation pjg2, tp x perlu pon tuk exam.

Why u follow ur friends pursue medicine. Even if on ur own will, u'll regret someday. U'll regret my friend.

Advise ur brother sister don't take medic, take other course. After all, doctor is not as glamorous as it sound. Dahla gaji sikit. 6000??Semua tu penipu..


Cukupla tu kot, banyak lg benda2 negative die cakap, include taking medic like commiting suicide but it's too late to turn back. Just take it as u commit suicide but never die, u'll suffer till the end

Oh lupe, die cakap lagi. There's gonna be competition between medical students to get work. So, if tak study betul2, jgn harapla nak dapat kerja nanti. Study la rajin2.

Ada satu lagi, lifestyle also gonna change. He don't realise it, until he's an MO that he feel he don't like to talk with fren, ppl. Maksudnya sembang2 la, byk keja nak buat. How do i say.. antisocial? Something like that. Well, I think it's true. When I'm in my study desk, I mmg don't feel like going out, or even talking to my housemates tp bukan terer sgt pon.cume kalau dah stuffy sgt tu, kluar la jugak. Kang mati sorang2, takde orang tau. huhu. Inilah jadinya kalau surf tenet je  study dengan tekun

Walaubagaimanapun, ini adalah jihad di jalan Allah tuk membantu hambanya yang perlu dilakukan dengan bersungguh2. Memang la ada doctor yang betul2 commit suicide sbb stress tp lebih doctor yang berjaya lagi ramai. Nobody say it is easy, but everything is possible in medicine.



Hari Yang Terakhir

Mase tengah syok2 tido dalam kelas belajar, tiba2 ade orang bukak pintu kelas. Oh, Dr. N** dan die trus berkata "Sir, we're supposed to use this class. We have a class now".
Ketika itu Dr S**** sdg amek kelas. "No! We've been using this class last week also. We booked this class"

Tp, Dr N** tetap berkeras nak gune klas tu, dan Dr S**** tetap berkeras tanak bagi. Rupenye kitorang yang salah, org office salah instruct kitorang. Dr N** dan murid2 kelas tetap menunggu kami beri kelas itu kepada mereka. Tak dptla kan? Dr S**** bukanla sesenang itu, dah la tu, siap cakap Dr N** bodoh, sebab takleh guna kelas lain. Mase tu, beberapa org budak kelas saya nak mengalah, just bagi kelas tu kat Dr N**, tp Dr S**** tetap ngan kepalanya yang keras. Kemudian, Dr S**** keluar dr kelas itu, tentunya tuk berjumpa Dr ***. Bila die kembali, dengan penuh angkuh rase gembira, die kate kita akan teruskan di kelas ini.

Saya terfikir keadaan seperti ini sedang, dan telah berlaku, di Palestin. Hak Palestin dicabul, tanah mereka dicuri. Dulu, saya pon pernah terfikir mase zaman jahil2 dulu, kenapa Palestin sanggup berperang? Kenapa tak bagi je tanah kat Yahudi kalau nak sangat. Sekarang baru saya faham ertinya mempertahan hak kita.

Saya memang tak puas hati la ngan Dr S****, dahla curik tersalah mengajar kat kelas orang, tp tanak bagi balik, pulak tu cakap orang tu bodoh sebab tanak guna kelas lain. Kalau orang yang menuntut haknya yang telah diambil orang lain itu bodoh, apa status orang yang mengambil tempat orang lain itu? Pulak tu, ade hati nak suh gune kelas lain, sama la seperti datang mencuri negara orang, suruh orang tu pegi dok negara lain. Banyak cantik muka kau...

Walaubagaimana pun, saya sangat bangga ngan Dr N**. Bodoh2 die pon, die berani pertahankan hak die dan pertahankan kebenaran.

Kepada Dr S****, sy bukan nak menderhaka (x berkat lak ilmu aku kang), saya kagum ngan anda yang sgt terer dan sy ucapkan terima kasih kerana telah mengajar saya berfikir dalam menuntut ilmu. Tp, amek mase pk sikit, kalaulah tiba2 ada orang datang rumah anda, buat macam rumah sendiri dan berkata pada anda, "Pegi cari rumah lain la"
Lu pk la sendiri.



I don't understand what stupidity is this


Thursday, December 24, 2009

The Moving Day

Hari ini mmg penuh dengan aktiviti, in fact, sy baru berenti berehat sekarang, kul 6.15pm

7.00 am Naik bas ke Muar
8.00am-12pm Aktiviti pembelajaran di Hospital Muar
12pm-2pm Siapkan logbook tuk dihantar hari ini
2pm-5pm Service kereta
5pm-6pm Hantar kawan2 ke Melaka sentral sambil bershopping2 di Mydin

Bz kan saya?

7.30pm-9pm Hantar kawan lagi ke Melaka Sentral sambil tunggu bas saya kul 9
9pm-5/6am Tido (syok nya)


Tuesday, December 15, 2009

Productivity vs activity

Selama ini saya query kenapa despite many hours in hospital, despite burden of works but most of Manipal's students my knowledge is not appropriate (?) with the time I spent studying or be in the hospital. I came across a book, Ultimate Productivity written by Jim Stovall, a very gook book.

Katanya dalam buku dia, tak semestinya sebab banyak buat kerja, so u produce banyak juga. Some aktiviti counterproductive. Camne tu? Maknenye bawa kite ke belakang, contohnya nak pegi satu tempat, tp amek jalan yang opposite, mana nak sampai kan?

Kadang2, before buat kerja must ask ur self:
1. What is it that I'm really trying to accomplish?
2. Do I really have to accomplish this?
3. Will this activity move me towards the end result?
4.Is there any better way to get from here than the way I'm currently pursuing?

Jadi, tak perlulah jadi seperti hamster yang banyak buat aktiviti, but bring him nowhere.





Monday, December 7, 2009

Something not in the book

Nak marah betul hati ini, semalam kaki K*** tersepit kat pintu almari, just like what happened to me the other day (thumb terkepit pintu kereta). Then, we went to the same clinic where I got the treatment. But, it was different doctor when K*** got out looking unhappy with unsettled nail also.
Cit, K*** kate that doctor said, " I cannot do anything, can give you antibiotics (what the....???? Patutla banyak case antibiotic resistance bacteria sekarang ni, kepit pintu pon nak bagi antibiotics ke?plz.... )

Then, apa yang saya nak marah sangat10, when K*** told her "My fren had this prob b4, dr here tebuk her nail"
She said, " I never heard of that, I don't know what ur fren is talking about" dengan nada yang menyekit and irritating (the fren is me la)

Nasib baik la kat klinik, and I ni masih ade sikit maruah, and sebab takde bukti and sebab K*** kate, takpela jomla kita balik. Kalau tak, mmg I will go inside the doctor's room and cakap "Dr, meh sy buat, dr tengok eh. Lps ni kalau ade orang datang sbb hematoma kat kuku, jgn bg antiotics, tp tebuk cam ni, release kan pressure die to reduce the pain." (kalau nak bagi analgesic, akal logik aku boleh terima lagi)

Can u feel the hotness

Sesungguhnya doktor, benda ni mmg takde lam buku, tp logikla sikit. Kalau nak release intracranial pressure kan kite tebuk kepala die. Tak boleh apply kat sini ke? Kuku kan keras, bila dah hematoma, camne die nak occupy the small space? Koppaaa...


Nampak tak lubang tu? Sebesar2 gamba aku letak (nak marah sgt la ni)




Tuesday, December 1, 2009

Allah Sedang Berbicara Denganmu

Aku: Nak solat dulu
Dia: Jom jemaah (aku sangkakan dia bergurau)
Aku : Jom
Dia : Kat surau
Aku : Anda pergilah dulu, nanti esok2 da rajin saya pergi lah
Dia : Semoga bermula malam ni anda menjadi rajin
       Dulu anda rajin gi masjid, subuh terutamanya.

Aku memang dah mula lupa, siapakah aku, apa yang aku buat untuk hidup sejak aku mula merasakan matahari itu bersinar untukku. Aku sudah lupa yang awan mendung pernah memayungiku dulu.
Alhamdulillah, Allah berbicara denganku melalui seorang teman sahabat.

So, azam baru at least seminggu sekali kembali solat subuh di masjid tapi sekarang subuh awal sangat la, kul 5.30 takut tak sempat. (Alasan lagi)
Terima kasih, sahabat...

Aku dalam cerita di atas ialah Sabrina bt Saifudin (bukan nama sebenar)


Gambar sejadah yang solat di rumah saya (dalam entry yang lepas)


Thursday, November 26, 2009

Duuuuhhh



Kuliah Cinta - Mengapa

Siapa Yang Cerdik?

Cerita ini juga diceritakan oleh ayah saya:

Dalam sebuah daerah, terdapat 2 buah kampung yang mempunyai 2 orang jaguh gusti lengan yang terulung. Kita namakan A dan B.Takde orang la dalam dunia ni yang boleh lawan diorang. Penduduk2 di kedua2 kampung itu tak puas hati, sbb mereka nak sorang je yang jadi jaguh. Kalau orang sebut gusti lengan da terbayang sorang je yang betul2 handal, jadi mereka ingin A dan B berlawan seterusnya mencari juara Akademi Gusti Lengan.

Maka, dijemput penghulu dari kampung C tuk jadi pengadil tuk mengelakkan bias. Pada hari pertandingan itu, berucaplah penghulu kampung C merasmikan pertandingan dan membaca syarat dan hadiah2 yang ditawarkan.
"....... (ucapan aluan tak yahla, malas nak tulis) Saya sebut hadiahnya dulu, pemenang pertama akan mendapat tiket percutian 2 hari 3 malam ke Bali, Indonesia dan wang tunai sebanyak RM10,000 setiap kali menang.Manakala pemenang kedua akan dapat tiket percutian 2 hari 3 malam ke Tok Bali, Bachok, Kelantan. Tetapi, jikalau seri yaki takde pemenang, maka hadiah tu saya akan dapat.
Syaratnya pula begini, anda berdua diberi masa 1 minit, dalam masa seminit tu, anda boleh menang sebanyak mana yang anda mampu dan akan mendapat hadiah seperti yang telah ditawarkan. Kalau semua da bersedia, kita mulakan satu minit dari sekarang....!!"

Terjadilah aksi tolak-menolak lengan antara mereka. Sekali-sekala nampak condong ke arah A, tp dengan pantas A mencantas serangan itu. Kadangkala condong ke arah B tp B tidak menunggu sehingga rapat ke meja. Tingggg!!!! Satu minit telah berakhir. Hampa, jaguh tidak dapat ditentukan. Kedua2nya sama hebat dan sama handal.

"Disebabkan tiada siapa yang menang, maka hadiah kalian menjadi milik saya" Kata penghulu Kampung C.

Dapatkan anda kaitkan situasi diatas dengan kehidupan seharian? Cuba bayangkan kalau A dan B berpakat dan dalam masa satu minit tu, at least setiap orang mereka akan menang sebanyak 10 kali. (Baca balik syarat pertandingan kalau x paham). Berapa puluh ribu dah mereka akan dapat tuk dishare dengan orang kampung masing2. Pak Cik kayo, beb! Tp, disebabkan nafsu tuk jadi pemenang lebih tinggi, maka mereka tak fikir keuntungan yang akan didapati. Jadi, dapat tak anda fikir bidang mana yang berkaitan dengan kisah ini?


Sunday, November 22, 2009

Bad Hides

I clerked a case of colon cancer today. That auntie, been passing black stool, she said only about 2 weeks, but in my mind it's been going on for quite sometimes. She hardly shown any sign of cancer, except she is so very3 much thin. That's one sign of cancer, but it not always like that, cannot go on telling thin ppl havr cancer..LOL! For her, she was so fine, nothing wrong with her, never complains things, but she went for her regular medical check up like once peryear. During this check up, her hemoglobin level not very good, just 5.7g%. She does complain of dizziness, tired but still can cope with her daily life activities, so for her she is so alright. But, she has history of cancer in her family, tp sape kesah kan pasal org lain walaupun family sendiri.

She was just lucky to notice at least she passed black stool. With her hemoglobin very low, I think that's how the decision to do endoscopy (teropong dalam perut) arise. Tuh yang jumpe cancer.Nasib baik blum tahap critical.

Bagi orang yg meningkat usianya, dalam 50 above, lebih baik gi buat routine medical check up setiap tahun, lagi2 kalau ade family history of cancer, cos ur gene are similar. Cancer adalah sejenis penyakit yang jarang menunjukkan die kat situ, kadang2 dah sampai tahap critical baru disedari (critical= dah merebak ke organ lain). Kalau mase stage awal2, mungkin boleh dibedah tp, kalau da sampai tahap tu, hanya Tuhan yang tahu lah.

My lecturer made a joke about breast cancer. Most woman don't wanna have theirself examine eventhough they have lump in their breast. They scare if the truth is revealed, her husband will left her for another woman with breast. C'mon la, breast is not a sexual organ. (Sedap ckp org, Nau'zubillah jgn lah aku diuji begitu) Tp, kalau husband betul2 sayang isteri die, mesti takkan tinggalkan? Or they rather live their husban forever.. huhu
Kata lec itu lagi, potong jelah breast, kalau takde breast takdela breast cancer. Habih tu, kalau asik sakit kepala, nak kene potong kepala ke?




Packed, but happy

Friday afternoon
As I was hurrying prepare myself to go PBL, i was surprised that Intan came to our house. Tak sempat nak layan lebih, I ran to school (Baru je baca PBL kul 12.30, seb baik Dr Wong amek klas). When i got back home, also surprise to find that Baya was at home (Intan and Baya are my seniors, fresh doctors). So, that night, we went out for dinner at some place quite far and quite unfamiliar. Spend tyme until about 11 that we singgah to my former house. Tomorrow my sister and her family will come Melaka for jalan2, but still don't know how is their plan.

Saturday morning
My group leader sms that we have to go to hospital for night posting, to replace the next week. (Boleh la bercuti lame sikit) I tot my sister and the gang will come in the morning, so I can wait for them at the hospital, but they wanna come in the evening. I tot they're not staying overnight, actually her mother-in-law got some work here so she got a room sponsored. Iniatially all of them wanna stay there, but the room is very small and out of place, actually it is in the town, just i haven't been there.

Saturday night
We had our dinner at Umbai, actually that evening I was pissed off cos my sis said they would sleep in the hotel. I tot they wanna spend time with me, so they would sleep in my place, plus celcom buat hal, I made myself out for dinner earlier. Rupenye, keje org lain, diorang ikut ja. So, I was full, ratah ikan and benda2 lain jelah. I felt so funny about myself, dah tua pon nak koya lagi. To have my sis and sons home mmg not impossible, but when in abang ipar oso will join, made thing little complicated, becos one of my housemate was there in the house. Cucah la, dahla no room with toilet inside, the risk to terserempal with my abang ipar was higher la. Lucky thing, I brought Oleen n Krun together, they insist that we spend the night at their place. They were used to it, whoever family member come visiting, will stay home. Nak tak nak, have to agree la.

Sunday morning
I oso have night posting. I planned to skip je, buat not nice la. Plus, mane ade tempat buka pon pagi2 ni. So I told my sis i rather go, will make it one hour at least. I did, I clerk the case, examination and copy inverstigation in 1 hour. Not complete of kos, becoz the history was only in my head, gotta jot down now, or mmg tinggal history la.

I went out having fun when I was supposed to study, but I don't mind, as long as I'm happy. Dulu, sy rase sy patut berada 24 hours dengan buku, sometimes I don't dare going out having some fun, I rather stay with my table and book. Sebenarrnye, otak byk pk benda lain.. kui kui. Sometimes I oso bring some books with me when going out with others, konon nampak rajin study la. Now, I learnt my lesson, it's not worth sacrife ur life too much for studying, plus study means not always with books. A lot of things to explore, a lot of things to learn with all the pancaindera. Of cos I learnt this after that sad event, it got me nowhere. Now, I will leave the way I want. Of kos la I will never leave my books, merajuk lak die. But, I believe now happiness has its own value
From today, I'm stepping out and owning responsibilities for the decision in my life. (macam xde kaitan)




Apesal cam tido dua2 orang? Kat reatoran D'nangka


Kat Umbai. Krun pegang Fahry. Tak tau kenapa Fahry and Hafiy akan jd over excited bile nampak Krun


Menara Taming Sari. First time riding. Menarik jugak ade orang dtg, boleh naik benda2 yg x penah naik ni. Tp, xde la plak my picture kat sini. Semua org teruja tengok scenery of Melaka, takde org nak snap gamba. Ceh, kene gi lagi skali la tuk amek gambar je ngan...hehehe


Boley lak BB tido mase nak naik Menara Taming Sari


Like this pic. BB mmg suke kalau Fify buat ape2 kat die, kecuali kalau kene tolak sampai jatuh..



Friday, November 20, 2009

Quick And Easy



Ini adalah satu kemudahan tuk bloggers, cube la install. Interesting. After this x perlu lg masok ur blog to update, kat tab mane2 pon buleh buat. Cube lah... berbaloi2


Deko2 Fasa 3

Seronoknye bile first tyme masuk bilik ni dan ia berwarna biru, my fav color, tp kalau biru tua lg cantik bcoz I planned to make my room a Bikini Bottom, hehe.. Rase membazir gak sebab nih kan rumah sewa, dahla cume setahun lagi, tp tu bukan alasan tuk kite rase bahagia berada kat bilik sendiri. :))

Disebabkan budget pon dah lari sampai US, tak boleh la nak blanje byk2 tuk decorate bilik, takleh panggil Azhar Sulaiman gak, tp quite an amount jugak la blanje. Most of the things, I used the one from my former house. So, let's check it out..



Almari ini ialah my most proud, becoz I spend my most valuable and precious time decorating it. Ikan tu sebenarnye senget, gunting pon buruk tp dari jauh nampak cantik kan? Kui kui, perasan. Nih pon pakai kertas terpakai yang buat balut meja dulu, mase nak tanggalkan terkoyak lak die, so kite buat la balut benda lain lak.




Ye, cadar itu baru dibeli, dah lame i cari cadar kaler biru. Mase blk kampung hari tu, tgk my cousin nyer cadar colour biru and corak spongebob, semangat keliling kelantan cari, tp x jumpe gak. Next, ingat nak cari yg motive ikan, tp x jumpe gak. Berkenan lak dengan corak rama-rama ni, so mase tu pk, patut ke buat tema taman lak? Ala, Bikini Bottom pon ade taman ape. Cadar ni dibeli a day b4 result kluar, mase tu serba salah nak beli ke tak, nak kate hadiah pass exam tp, takutla kantoi lak. Takpe2, be a profesional jelah. As long as U happy when u answering, assume pass.. hehe. Comforter nak cari kaler biru jugak, tp budget mmg x cukup, so KIV la dulu mane tau ade orang nak bg hadiah..


Ni adalah dinding above the bed. Ikan2 da ade, x jumpe cari penduduk Bikini Bottom je. Dinding ni x complete lg, masih ade benda nak tambah. So, next phase la


My meja study, baru je lepas kemas. Sebelum ni buku penuh sbb MV kate kalau nak study satu topik kene bukak 10 buku. Since esok takde kelas, kemas la kejap. Nak amek gambar, kene la kemas.. hehe. Saya suke board kat depan tu, dah lame nak benda tu.. Seronok sangat bile da ade dan cantik lak tu..

Overall, I'm happy of being in my own room. Rase cantik sgt bilik ni, rase best sgt. So camne? Boleh x buat part time deko2?



Thursday, November 19, 2009

Mission complete

Penat ler pulak jadi da masuk final year ni. Sepatutnya saya posting yang tak berapa sibok and menyeronokkan, tp sebab ade beberapa orang yang dengki dan x puas hati dengan grup diorang, saya lak yang terpaksa ditukar grup. Tak pasal2 kene posting surgery dulu. Sumpah jadi batu baru tahu. Sebenarnye ade plan tuk mengebom diorang, kite tgk ape jadi nanti.

Surgical posting adalah posting yang paling menakutkan bagi budak2 Manipal. Orang terer, tak takut la. Sebabnya Head of Department (HOD) mmg very scary. Bayang kan, the very first day I join the grup, dahla blur sbb tak gi briefing, jadual pon takde tuh pon dah kene halau. My mistake, I supposed to go Melaka, tp terpegi Muar, menyerah diri kat dia la nampaknya, Kui kui

Smalam memang terok kene marah n kene halau dari kelas tak sampai pon 5 minutes. Bukan kami tak buat keje, mmg da siap prepare cume die nak ape yang dibuat kat hospital, mane la tau kan? Mase 4th year dulu takde pon org suruh wat camtu. Tetibe the very first day of final year die dah expect tahu semua benda. Memang scary, die tak bagi kami cuti pon weekend suh lepak kat hospital. Fuyo, kalah doctor atau pun jadi cam patient.

This morning, got radiology class. I tot other cikgu will take the class, so never prepare and come. Then, I know the HOD will come. Naseb baik bawak buku, da terbayang episode dihalau, dahla grup hari ni 5 orang je. Setiap minit dihalau, 5 minit je class. Pada mulanye mmg nampak akan dihalau, tp sbb one of us berjaya jawab dengan yakin, so die jd happy. Die tak halau kitorang, walaupun made us turun a few times to check in the library. Okla tu, daripada dihalau.

I think he is a very nice old man today. He taught us how to study, think and correlate things. Sometimes, we know the things, but cannot correlate with other finding or investigation becoz we don't wanna think. I guess must start use brain now and think smart.

Monday, November 16, 2009

Bertuah punya suami

Ade sepasang suami isteri yang bekerja di tempat yang sama, Syarikat A di Wisma B kat tingkat 10. Kat wisma itu jugak ade seorang janda muda yang cantiknya kurang sikit daripada saya bekerja di tingkat 5. Kalau pegi keja ngan isteri die, suami ni akan terus naik tingkat 10 guna lift, tp kalau isteri die cuti atau kalau die gi keje sorang2 die akan berenti kat tingkat 5 dulu. Kenapa agaknya? Sape nak jawab?

Jalan Yang Lurus?

Saya pernah terbaca kisah hidup seseorang yang percaya kegagalan adalah part of life and sama je dengan pengalaman gembira, seronok atau apa2 sahaja pengalaman yang berlaku dalam hidup kita. Tiada orang gagal dalam dunia ni kecuali orang yang mengatakan dia gagal. Mungkin kalau kita mendapat grade E dalam satu2 pelajaran, bagi orang lain itu adalah kegagalan namun kita boleh mengatakan kita berjaya kerana orang lain semua dapat A, kite sorang dapat E. X ke berjaya itu?

Tapi, yang kerap mengganggu fikiran saya ialah kegagalan beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan, sebaliknya terpaksa pilih perniaagaan. Perundangan sentiasa menjadi pilihan utama hidup beliau, tp tawarn tuk belajar bisnes hadir terlebih dulu, maka beliau terpaksa berbisnes. Selang beberapa bulan tawaran kursus perundangan sampai ke rumah. Dengan keyakinan bahawa pilihan pertama selalunya tepat beliau melapangkan hati untuk menolak tawaran perundangan itu.Memilih bussiness studies bererti beliau harus menjalani kehidupan yang berbeza dengan apa yang diimpikannya.

Ternyata, pilihan pertama adalah yang terbaik. Rezeki mencurah2, kehidupan yang menggembirakan. It'a like a blessing in disguise.

Berbeza dengan saya, tak pernah bercita2 apa lagi bermimpi tuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dapat masuk U pon dah ok la tu. Tawaran pertama yang saya ialah matriks perubatan di UIA selama dua tahun. Kalau pass, buat medic kat UIA la of course. UIA tu, tempat Nur Amina study. Saya sempat menghirup udara UIA selama lebih kurang 2 minggu, sehingga tawaran JPA untuk kursus medic juga menyusul. Tak banyak bezanya, A-Level 2 tahun, kemudian melanjutkan pelajaran ke India. Tiada siapa mempengaruhi saya ketika itu, cuma ade la sorang dua nasihat supaya terima India. Lalu, terhantarlah surat berhenti ke meja dean UIA.

Adakah ini pilihan yang tepat dalam hidup saya? Jikalau benar, mengapa tidak seperti yang diharapkan? However, no turning back and no space for regrets. Walaupun hidup yang salah, terpaksa teruskan juga, mungkin ada jalan yang betul, cuma masih ditutupi semak samun atau lorong yang sangat kecil. Gotta find that one.

Sunday, October 25, 2009

Siapa patut malu pada siapa?

Sape tak tau kisah sejadah solat yang hangat diperkata sekarang? Dalam TV, paper semuanya bercerita mengenai sejadah sembahyang. Apa yang special sangat sejadah sembahyang ni sampai semua orang pon tertunggu2 nak tengok sejadah sembahyang. Bagus jugak, orang yang tak penah sembahyang pon mungkin semakin berjinak dengan tikar sembahyang, kot2 la ditakdirkan dapat tengok sejadah sembahyang.

Sucikanlah nama Tuhanmu yang paling tinggi
yang menciptakan dan menyempurnakan ciptaannya
dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk
dan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan
lalu dijadikanNya rumput itu kering kehitam-hitaman

Ayat diatas adalah antara ayat2 suci yang telah diturunkan Allah dalam surah ke-87. Surah ini adalah salah satu surah yang menceritakan kebesaran Allah mencipta alam. Keajaiban telah ditunjukkan Allah lama dulu. Banyak lagi benda ajaib yang boleh kita kagumi telah diciptakan, bukan hanya sejadah sembahyang itu.

Sebagai orang yang telah belajar structure badan manusia, dan belajar dalam tubuh manusia, saya telah lihat keajaiban itu. Salur2 darah kita bukan besar sangat, tapi boleh menampung kurang lebih 5 liter darah. Jantung kita bukan besar sangat, tp boleh pam darah sampai seluruh tubuh. Perut kita jugak tak kurang ajaibnya, kalau makan banyak pon tetap tak pecah sebab die buleh stretch (tp jangan makan byk sgt sebab nak menguji kata2 saya ni, pecah betul x tau). Just to name a few. Bukan ke ajaib tu? Kenapa kita tak kontek wartawan nak masok dalam paper ke? Okla2, saya mengaku memang ade orang da tulis article dalam buku, dalam paper kan? Ok.

Saya bukanlah menolak kalau betul2 sejadah itu bangun sembahyang tp kalau kita susur kembali sejarah, sihir itu bermula dari zaman Nabi Sulaiman.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.(2:103)
Tidak mustahil, semua itu adalah sihir2 rekaan untuk menyesatkan manusia. Yang saya heran, kenapa benda2 ajaib ni banyak berlaku dikalangan orang Islam? Ke saya yang tak tau pasal agama lain. Bagi saya, tak perlulah diperbesar hal ini. Apa guna sejadah je semayang kalau tuan die tak semayang same?

*Saya da lame tulis entry ni, zaman sejadah semayang tengah hangat, tp sbb internet kat rumah very slow, skang baru bleh publish.
Sebelum format laptop saya ade gak amek gambar sejadah saya semayang setelah dipaksa, tp die naik sikit je, sakit agaknye...


Saturday, October 24, 2009

It's hard, but harder to ignore

Ini adalah kali terakhir aku menulis tentang kisahku. Maklumlah, dalam cerita yang lepas tuan blog ni macam dah menyampah baca cerita aku. Takpe2, ada ubi ade batas. Saat cinta manusia menjauh dariku, aku semakin sedar, tiada cinta seagung cinta penciptaku. Allah telah menemukan aku dengan catatan diari lamaku. Selama ini aku memang sentiasa berjaya dalam peluang kedua, mungkinkan itu memang kisah unik dalam hidupku?

Dalam catatanku, kejayaan itu sentiasa menempah tiket yang lambat, atau mungkin ade masalah di perjalanan. Cuma, yang ini tersangat berat untukku pikul. Terasa jemala ini hampir lebur. Aku ingin sekali melupakannya, menghapuskan kesakitan dibahuku. Aku tak tahu kalau aku mampu melakukannya sendirian. Aku sentiasa ber harap ini adalah mimpi yang buruk yang akan berubah bila aku bangun tidur. Aku boleh menipu, namun realiti takkan menipu. Kenapa susah sangat untuk menerima hakikat?

Aku perlu, bangkit semula, mencari semula keyakinanku, menyedarkan diri betapa beruntungnya aku kerana di sana masih ada peluang kedua. Saat cinta manusia menjauh dariku, bersendiri aku bersama harapan pada Tuhanku dan aku tahu, aku harus pergi.

Aku dalam cerita di atas ialah Dang Suria Hj Mahmud. Sudah2 la Dang Suria, saya takkan publish lagi kisah dia.

Thursday, October 15, 2009

10q Khairy Jamaludin

Dalam seminggu ini, terpaksa ku akur dengan kehendak hatiku yang tidak ingin berbicara dengan sesiapa, tidak ingin melayan sesiapa. Tiada perkataan yang mampu melegakan hati ini, tiada perkataan yang boleh mencepatkan penyembuhan luka ini.

Bukannya tiada siapa yang tampil memberi kata2 semangat baik secara face to face, telefon, emel ataupun di facebook (aku minta maaf kerana terpaksa mendelete semua message ini, aku memang sangat terasa dengan sesiapa yang menghantar wall message di facebook. Tidak perlulah dihebahkan ke seluruh dunia perkara ini. Namun, aku bersyukur kerana tidak terbaca lagi dalam surat khabar ataupun terdengar di mana2 berita baik radio atau tv). Terima kasih pada semua yang memberi sokongan, namun jiwa ini masih kurasakan kosong. Malu, tertekan, putus harapan, low self esteem, semua itu bermain2 di minda. Aku memang takut gagal (aku nak buat cerita lain untuk topik ni)

Kata-kata orang itu ibarat masuk telinga kanan keluar sikit ikut telinga kiri. Berkesan sikit jelah, kurang sedihnya tapi still terfikir2. Sehinggalah aku tergerak hati tuk membaca surat khabar smalam (15 October 2009). Membaca tajuknya sahaja, ku rasakan jiwa ini semakin tenang dan semangat ini telah pulih semula.
"Stop Being Defensive" Begitulah sahaja kata2 KJ yang telah berjaya membuat aku kembali 80% normal. Walaupun hanya 3 perkataan sahaja, tapi hanya itulah yang aku perlukan. Kepada sesiapa yang tekah membuat ayat panjang, berbunga2 jangan terasa hati plak. Mungkin kerana masa juga telah menyembuhkan dan ditambah dengan kata2 anda juga, inilah klimaksnya.I think I really need to change. Change yang bagaimana, kite sama2 saksikan nanti. Mungkin juga tiada yang perasan kerana ade lah sebab2 peribadi.

*Aku dalam cerita diatas ialah Dang Suria Haji Mahmud. Saya harap beliau akan berhenti menulis kisah hidup beliau yang dikatakan amat sedih tu. Saya da menyampah nak membaca. Wekkkk

Menjual Ikan

Hari itu aku terlalu ingin menjadi seorang penjual ikan atau dalam bahasa Jepunnya 'selfish'. Bukanlah aku ingin seluruh dunia tahu apa kepahitan hidup yang menimpa aku, tapi aku terlalu ingin seseorang seperti Isma Yusof berdekatan, menenangkan jiwa gadis berduka, tapi nampaknya mereka sibuk dengan hal masing2, maka aktiviti jualan ikanku tidak berjaya.Berjaya juga, tapi nampaknya bukan menjual ikan tapi menaikkan bil telefon kerana waktu itulah aku kenal kawan2 yang tidak pernah aku kenal. Ketika itulah aku ingat kawan2 yang tak pernah aku terfikir pon untuk menghubungi sewaktu aku gembira.

Benarlah kata bidalan, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis mati hidup balik pon belum tentu jumpa. Itulah harga untuk mencari kawan berkongsi kesedihan (kite tengok berapa bil tefon bulan ni). Dulu, ketika hidupku senang, aku selalu berkata pada diri sendiri atau orang lain yang mengalami kesusahan, :Mengadulah pada Allah akan kesusahan kite, hanya Dia lah yang boleh membantu.
Tiadalah sesiapa yang membetulkan ayat itu kerana ayat itu sangat benar, sehingga lah seorang makhluk Allah menegur, "Kita ni makhluk, mesti perlukan sesama makhluk dalam hidup di dunia ni.
Sedarlah aku, makhluk memang memerlukan makhluk juga. Namun, yang semakin menyesakkan dada, makhluk itu juga tidak sudi bersamaku mengharungi detik2 ini.

Aku bukan berniat menyalahkan sesiapa, memang tiada siapa pon bersalah. Aku bersyukur sebenarnya kerana aku yang harus menghadapi keadaan ini. Jika makhluk lain yang terpaksa menghadapinya, adakah aku akan bersama beliau juga? Adakah aku akan melakukan sama seperti yang aku ingin diperlakukan? Adakah? Adakah?

Rembulan 9 October telah berlalu. Dada ini masih berasa sempit, otak ini masih berselirat dengan persoalan. Di celah2 kekalutan ini, ku intai ketenangan yang masih sudi singgah di jiwa. Ku paksakah hati mengucap kesyukuran walaupun sendirian kerana aku sedar di belakangku, mereka di situ. Benar, benar aku benar2 inginkan seseorang sekarang, namun itu apa yang kurasa dan Tuhan la maha mengerti, Dialah maha tahu apa aku perlukan. Aku tak perlukan apa yang aku inginkan. Semua itu tiada kene-mengena denganku, sebab itulah perkara itu tidak terjadi padaku.

Aku yakin, semua bersimpati dan aku yakin doa2 dipanjat di hati. Walau bagaimana caranya, aku berdosa pada mereka. Menuduh tanpa usul periksa, menuduh tanpa menyelami hati mereka. Ujian kepahitan ini sangat berat, dengan badan yang kecil dan kepala besar (ade seseorang ckp) aku memang tak mampu memikulnya, tapi aku yakin jika ada seseorang yang boleh membantu, ia akan berlaku. Setakat ini biarlah aku ubati luka ini sendiri, Aku bukan ade diabetes pon, mungkin tak delay la penyembuhannya. Kepada teman2 yang telah kufitnah tanpa rela, ampunkan diriku. Aku masih memerlukan pertolongan kalian, walaupun hanya sepatah doa. Terima kasih.

Aku dalam cerita diatas adalah Dang Suria Haji Ibrahim. Ikutilah sambungan kisah beliau dalam post seterusnya.

Wednesday, October 14, 2009

Kaya air mata

Tingkahku menjadi tidak menentu. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk baring sahaja. Sejak melihat keputusan peperiksaan tengahari itu, hatiku seakan telah hancur. Lacrimal glandku umpama empangan yang pecah, airnya sentiasa ingin mengalir. Ketika itu, fikiran aku buntu, kelemasan tiada langsung alat2 bantuan pernafasan tuk saya bernafas dengan lega. Terlalu buntu, rasanya terlalu banyak tuk saya fikirkan pada hari itu, seolah2 aku lah pentadbir dunia, perlu segera berfikir dan perlu segera menyelesaikannya.

Dedebuk!!!Astaghfirullahal'azim. Terlalai seketika di jalanan. Pintu kereta kucuba buka tidak berjaya. Dari kereta Waja dihadapanku, muncul lah seorang lelaki muda berbangsa Cina. Dalam hatiku menyumpah2 diri sendiri berzikir2 memohon Allah lindungkan daripada kesusahan. Dipendekkan cerita, lelaki itu seperti malaikat orang yang diutuskan Allah untuk menggembirakan hatiku. Percakapannya sungguh baik dan bersopan walaupun akulah yang bersalah dalam hal ini. Sengaja dia memilih untuk membaiki sendiri kereta nya dan aku hanya membayar harga lampu yang rosak itu. Walaupun tiada siapa yang akan membaiki Myvi hitam itu, namun hatiku senang dengan layanan lelaki Cina itu.

Balik rumah, aku menyambung aktiviti yang terbengkalai sebelum pergi ke pejabat pos tadi. Menangis dan berfikir. Apa yang difikir pon, aku tidak pasti terlalu banyak yang berselirat didalam fikiran ini. Pendek kata, setiap gyrus dan sulcus mempunyai persoalan tersendiri. Salah satu yang bermain di fikiranku ialah patut, bila dan bagaimana aku nak balik kampung? Ku harapkan Sazzy Falak akan menolongku menyelesaikan masalah ini kerana dia juga berada dalam kasut yang sama denganku cume kasutnya lebih besar. Sayang, kerja Sazzy Falak lebih besar daripada masalah yang kuhadapi.

Ketika senja hampir menjelang, otakku sudah terlalu penat untuk meneruskan pekerjaannya. Sokongan daripada rakan2 sekolah menengah yang ketika itu sedang bereunion di Kelantan dan rindu kepada mereka memanggilku untuk mencari tiket pulang ke kampung pada malam itu juga. Benarlah kata orang, "kalau nak balik Klate tu, carilah tiket awal". Kesedihan ini terpaksa kusambung kerana tiket balik Klate sudah habis.

Mataku sudah sembab, namun empangan ini seakan2 tidak mahu kering airnya. Lagu2 keroncong Faizal Tahir telah mula dimainkan di dalam perutku. Tawaran Kamal Adli untuk membelikan ku makanan sengaja ku tolak dengan alasan tak selera makan. Sangkaku Kamal akan memaksa aku makan. Tak apalah, Kamal sibuk dengan hal die.

Akibat tidak tahan dengan lagu2 Faizal Tahir yang beralun merdu, aku terpaksa mendail no telefon Faizal Tahir untuk mengadu. Faizal Tahir segara mendatangiku dengan makanan yang membuatkan aku dysphagia. Kepada Faizal Tahir kuadukan segala yang terjadi padaku, kebuntuanku, kepenatan otakku berfikir.
"Allah ada sebab berbuat demikian" kata Faizal Tahir, airmataku makin laju.
Faizal Tahir menyuruh aku berhenti berfikir, tiada apa yang akan terjadi kalau aku terus berfikir tetapi tidak melakukan sesuatu.
Kerana esophagus kami tidak dapat menerima makanan yang diawa oleh Faizal Tahir, kami membuat keputusan untuk makan di Pizza Hut sahaja. Aku bersetuju walaupun mataku sembab tak dapat bukak kerana Faizal Tahir akan belanja, tambahan pula pizza di Pizza Hut adalah makanan yang kugemari.

Lampu2 di funfair itu telah menarik perhatian kami tuk menghentikan perjalanan. Faizal Tahir memang inginkan aku gembira tapi tak mungkin malam ni. Faizal Tahir telah memaksa aku untuk naik ali baba game (pusing2 cam tomahawk). Pada mulanya aku menolak, aku mmg tidak suka permainan ini. Kenapalah manusia harus mencipta permainan setakut ini. Faizal Tahir menyuruh aku menjerit sekuat hati dan melupakan segala yang terselirat di fikiranku. Aku memang menjerit, sejerit2nya, tp dengan mata terpejam. Sekali, kubuka mata memandang alam ketika aku tinggi diawangan. Terasa seolah2 aku bermimpi, seolah2 fikiranku benar2 kosong, seolah2 apa yang terjadi siang adalah palsu, tidak berlaku.

Balik rumah, mandi dan tidur. Jangan fikir apa2. Pesan Faizal Tahir ketika aku menghantar dia pulang. Tak dapatla Faizal Tahir. Sampai sahaja di rumah, tiba2 sahaja empangan airmataku sekali lagi pecah. Ku cuba tenangkan diri, cukuplah setakat ini, habis air di sungai. Kucuba pejamkan mata, namun air mata ini menghalang.

Sudahlah hati, janganlah bersedih lagi. Tidak perlu dikesalkan atas apa yang terjadi, kerana Allah Maha mengerti. Akhirnya aku terlena dalam kelemasan airmata sendiri.

Aku dalam cerita diatas adalah Dang Suria Haji Mahmud, semoga beliau terus tabah menghadapi ujian ini. Apalah yang beliau sedihkan sangat pon saya tak tau. Beliau bukannya perform bagus sangat masa exam hari tu, kalau tak pass pon memang logiklah jatuh, cume tergelincir je. Tuhla, sapa suh pakai selipar dah haus tapak. Sama2 lah kita doakan kejayaan beliau untuk exam akan datang. Ikutilah luahan hati Dang Suria Haji Mahmud dalam post seterusnya.

Monday, September 28, 2009

Usah Beralasan Anda Jahil

Maryam (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang dilihat baik oleh kawan2nya. Maryam ialah seorang yang gemar mengikuti program2 agama dan dilihat sebagai seorang yang berilmu pengetahuan agama yang agak mantap dikalangan kawan2. Maryam juga agak berbeza dengan gadis2 lain dari segi penampilan yang lebih suka mengenakan pakaian longgar (kebanyakan gadis kan lebih suka mengenakan t-shirt yang selesa walaupun agak kecik). Sungguhpun begitu, Maryam juga seorang yang gemar bersosial, bukanlah seorang yang pendiam sangat. Kawan2 Maryam terdiri daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan tahap keagamaan (cam x berapa tepat, tp maksudnya berbeza kesolehannya)

Maryam mempunyai seorang kawan baik lelaki, Faizal Tahir (bukan nama sebenar). Mereka sering keluar untuk bersukan, kadang2 berdua dan kadang2 ada seorang dua kawan Maryam yang ikut same. Maryam memang amat menyenangi kawannya itu. Namun, mereka bukanlah terlalu rapat sehingga tiap2 hari nak kluar berdua, biasenye mmg mereka akan keluar untuk bersukan sahaja dan tidak dihebohkan kepada mana2 tabloid yang mereka selalu bersukan bersama.

Pada suatu hari, Maryam telah bercerita kepada kawannya,  Maria (bukan nama sebenar) yang Maryam telah keluar dengan Faizal Tahir ke taman rekreasi untuk berjoging. Terkejut beruk Maria "Korang keluar berdua je?" Maria memang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sedangkan Maria juga mempunyai boifren dan klua berdua jugak. Kenapa Maria tidak terkejut dengan perbuatannya sendiri, sebaliknya sangat terkejut dengan perbuatan Maryam.

Kerana, Maryam adalah gadis yang baik dan dianggap tidak patut melakukan perbuatan2 kluar berdua dengan lelaki atau yang seumpamanya, sedangkan kalau gadis2 yang biasa sahaja perangainya, yang tidak join sangat program2 agama benda tu tidak menjadi kesalahan, sedangkan kedua2 mereka mengetahui itu tidak baik.

Adakah Maria jika dia seorang manusia yang biasa2 (bukan imam, lebai, ustaz, ustazah atau seumpamanya) kalau anda buat dosa, dapat separuh je? banyak cantik muka kau. Kalau Maria tu jahil memang tak tau keluar ngan bukan mahram berdua2an tu tak berapa elok, nak wat camne. Tp, kalau tak tau, takkan terkejut lak kan?

Maryam tu memangla tak patut sebab dia tu orang nampak baik budaknya, tapi sebenarnya sama je. Tp, kene ingat Maryam tu manusia gak. Semua manusia sama, ada iman ada nafsu. Antara baik dan jahat hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang bila2 boleh dicross. (promote cite Antara Garisan. best2)
Maryam sepatutnya lebih sensitif dan menyedari camne orang pandang die. Kalau nak keluar gak ngan Faizal Tahir tu, ajaklah Fasha Sandha ke, Memey ke, xyahla berdua2.

Maria lak, walaupun Maryam tu nampak baik, tak semestinya semua perangai die buleh ditiru. Kalau memang da tau benda tu salah janganlah terus menjahilkan diri dengan mengatakan "Maryam tu budak baik, buat jugak benda ni2 (perbuatan mungkar), aku ni apetah lagi" ertinya menjadikan Maryam sebagai alasan untuk terus bergelumang dalam maksiat (ayat takleh blah). Sepatutnya da Maryam tu buat salah, Maria la kene tegur (Maria mesti takut nak tegur sebab nanti die pon takleh buat jugak, huhu)

Kesimpulannya, jangan beralasan anda jahil dan terus-menerus terlibat dengan maksiat kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan tidak berkurangan sikit pon kuasaNya andai kita ingkar.


 Jom pakat tgk citer ni n amek pengajaran daripadanya







Thursday, September 17, 2009

Suratan atau kebetulan

1
Lepas so called balik raya mase merdeka hari tu, hati saya bagai ditarik2 untuk balik raya. Mase kat rumah tu, cuba bertahan la. Bile balik Melaka, ngan studies banyak gile, memang kena balik kot. Release tension.. :)
Problemnye, mase tu semua tiket bas da abis, tinggal tiket flight jer. Tp, tak la mampu sangat saya nak gi balik ngan flight kan? Sy ni memang jarang kontek orang especially kalau (adela criteria yang perlu dirahsiakan) tp hari tu saya tetiba nak mengadu kat hamba Allah ni. Saya sms die kate nak balik raya. Die terus call saya, lalu sy cerita la masalah saya. Kata die, balik la ngan saya. Ok, setel satu masalah.

Tp, masalah lain yang timbul ialah die tu dok Nilai, so saya kene drive gi sane dulu la dan kene tinggal keta kat sane. Kalau nak tinggal kat airport (sy blk ngan flight nanti, mmg la senang turun flight je trus amek keta dan cabut) masalahnye, mahal kan? Lalu die cadangkan tinggal kat stesen tren Salak Tinggi. Tp, tibe2 die kata takut la pulak nak tinggal keta kat situ, security not guarantee. 1 day or 2 before, ade kawan nak pinjam keta saya wat balik kg, tp takleh la bagi sebab nak drive ke Nilai. Bile jadi macam ni, terpaksa lak tanya die balik da ade transport nak balik tak? Die still ade prob, jadi sy cadangkan die gi hantar saya ke Nilai, then die guna la keta saya tu. Selesai.

Tp, masalahnye kesian la plak kat die nak kene hantar patuh nak kene amek lak (takla jauh sgt, tp rumah die kat Johor, kite kene patah balik la). Tibe2 ade lak sorang kawan kat Melaka tegur saya kat YM kate die nak balik esok jugak n ade 1 space kosong dalam keta die. Tp, so far tak konfem lg sy leh ikut ke tak, sbb tu kene kawan die. Tgh tanya la ni. Misteri lagi la ni. Tapi, nampak yang ni lebih mudah.. hehe

2
Hari ni tinggal saya ngan Nato je kat rumah tuk bukak puase. 2 orang da balik, Jelita klua ngan gelfren die. Tibe2 rase nak call sorang manusia ni, walaupun mase tu da lewat mungkin die da ade plan tuk bukak puasa. Tp, nak call jugak. Bile sy ajak die bukak puasa "Sukanye saya, awak ajak saya bukak puasa same2, kawan2 saya semua da balik"

Sebenarnya, byk benda2 camni berlaku. Rezeki itu ade di mana2, cara Allah berikan berbeza.

Tak terlintas lg sape patut di call tuk tanye soklan bocor

Tuesday, September 8, 2009

Misteri Hantu Budak terbongkar

It was quite some times since this incident happened. Ade sekali saya buat quiz kat facebook "Hantu ape ade kat bilik" dan saya dapat hantu budak kecik. Selang 2 3 hari, my rumet terjumpa satu baju tergantung kat blakang pintu bilik kitorang, yang bukan milik one of us. Lagila misteri hidup kitorang, betol ke hantu budak tu benar2 wujud? Boley lak tinggal baju kan?

Tiba2 malam ni, ade sorang member datang study sesama. Malam2 bulan puasa ni, ingatkan hantu budak tu nak bawak baju die ke tempat die kene ikat, kurung or whatever, tp baju tu still ade kat situ. Nak dijadikan crita, member tu tertumpahkan air. Kitorang masing2 rajin nak baca buku je, tak rajin sangat nak gi dapur amek kain buruk lap air tu. Then, my rumet tringat baju hantu budak kat blakang pintu.

Baju tu dalam keadaan terbalik, bile nak lap die betulkan baju tu, just to make sure betul2 bukan baju kami.
Tibe2 die kate "Nih baju awak ni... kan B***** bagi hadiah befday taun lepas.." B***** ialah member yang datang study tu. Biar betul, takde memori pon dapat hadiah baju camni.. Kecik hati member, dah bagi hadiah. Dahla tak pakai, tak tau pon baju tu wujud.. kui kui...
Sorry r byk2, camne la buleh terlupa dapat hadiah befday baju t-shirt. Rugi je gi beli t-shirt hari tu...

Saturday, September 5, 2009

Kalaulah Facebook sejenis buku pelajaran

Sedar tak sedar, dah separuh silibus skolah Ramadhan ini kite dipelajari. Apa khabar iman kita? Adakah berkadaran dengan duration kite berada di sekolah ini?

Actually, saya baru je habis last end posting before my final exam. I did quite bad sebab tak sihat sangat b4 exam dan tak sempat nak siapkan senjata b4 berjuang. Pegi medan perang tak bawak senjata apa2 pon, cume sebatang pensel tumpul. Kata seorang sahabat pagi sebelum exam, sahabat yang sama2 tak abih study cam saya"Jom gi berjuang, tanpa senjata dan persiapan yang cukup" Lagi nak gi berjuang kan? Agaknya kalau perang betul2 lawan musuh, mungkin kami da kene rejek.

Untuk exam final ni jugak, saya mmg tak berapa nak yakin jugak sempat sediakan senjata, namun to be that weak, so not me...

Walaupun exam ni besar, saya tak risau sangat sebab Allah saya lagi Maha Besar. Sekarang ni kene jaga2 masa bercakap dan sentiasa doakan kejayaan dalam exam dan dalam sekolah Ramadhan ini, mana tau terjumpa lailatul qadar, subhanallah.. Sementara masih diberi kesempatan ni, mungkin da tak sempat nak cari senjata lain, bolehla ditajamkan senjata yang dah ada... pedang samuraiku... hehe
Ataupun, susun strategi. Strategi bagus, takde senjata pon buleh menang gak kan?

~Dah abis cerita baru perasan, takde kene ngena langsung ngan tajuk..~


Tuesday, September 1, 2009

Jangan Berburuk Sangka

Entry ini pon bersumberkan sebuah buku, Mastika rasenya, kisah seorang pemuda yang nak mati. Biase la kan, nama pon sakaratul maut, mestila sakit. Mak nya kata, apalah nasib buruk ko? (reka je ni.. mintak2 betul)
Kata pemuda tu : Hendaklah sentiasa berbaik sangka pada Allah
(cerita tah apa2, tak best langsung)

Moralnya, kita hendaklah sentiasa berbaik sangka pada Allah dalam setiap keadaan hidup kita, hatta nak mati sekalipon, tetaplah yakin Allah akan beri kebaikan pada kita.

Walau sesusah mana pon hidup yang harus ditempuhi, walaupun dah takde harapan, x nampak langsung cahaya. Ingat, "there will always be light at the end of the tunnel".

Sebenarnya harapan saya mmg nampak sangat tipis, ade 2 subjek yang langsung dan saya mmg sangat takut. Hanya doa kalian yang menjadi dorongan tuk saya teruskan perjuangan. Jangan putus2 berdoa, sesungguhnya Allah bersama kita.

Akhir kata, selamat berpuasa, selamat hari raya dan selamat periksa dan selamat berjaya..
Takbeeeeeeeerrr! Allahuakbar..!

Tajamkan gergajimu

Cerita ini diadapt drpd majalah Haluan (x ingat lak edisi berapa n who is the author)

Pada suatu hari A sedang memotong pokok ngan gergaji, dengan penuh susah payah. Tiba-tiba B lalu di tempat A memotong pokok itu..

B: Piwit, tgh wat ape tu?
A: Alamak, buta ke? Tgh potong pokok ni, takkan main futsal kot (macam irritated kan?)
B: Berapa lama dah? Cam marah je..
A: Adalah 10-12 jam..
B: Ek eleh, pokok kecik cam ni pon lame nak mampus. I cadangkan gi lah tajamkan gergaji tu. Tumpul gelenyeh je nampak
A: Gua sibokla nak potong ni. Tak sempat dah nak gi asah2 ni...

Sape boleh relatekan cerita di atas ngan kisah benar dalam hidup kita?


(Tinggalkan dulu entry ni, tgk ade orang leh jawab x? Nak sambung bace buku)

Thursday, August 27, 2009

Balik Raya

Not in good mood, pagi tadi tak bangun sahur, minum air masak je. Padahal I was the one who woke up and cook the rice, tp this morning I wasn't feel like waking up, rase nak tido je. Sekadar amek sunnah sahur, bangunla gak minum air.Tah hapela masalahku, nak kawin agaknye..ahaks

Malam ni balik rumah (yeayyy), yang tak yeay nye ialah inilah balik raya.Jangan salah sangka, bukannye cuti sampai hari raya, tp inilah cuti merdeka yang dianggap cuti raya. Huh! Ngalahkan dok India, raya2 pon takleh balik. Pasal kene buat exam mase raya? Konfius, nak berhappy2 raya or berstudy2 raya. Nama dok Malaysia, kolej ni pon logikla sikit kan? Takkan nak raya kat perantauan, da dok Malaysia kot. Kalau bleh hantar 'ucapan raya' kat Utusan Malaysia takpela jugak. I hope, takde orang kolej ni yang bace my blog, kang kene buang skolah sia2 je. Actually. boleh je balik raya kalau nak. Bukannye exam 1st day raya, it's on the 4th day, cume saya yang buat keputusan tanak balik berhari raya di kampung, demi masa depanku dan masyarakat sekeliling sekadar menyenangkan hati kolej

Kesedihan ini terubat jugak sebab mase bulan yang penuh berkat ni boleh study dan berdoa, semoga dapat keberkatan juga dan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Jadi kepada kawan2, kaum keluarga dan sesiapa saja yang membaca blog saya, 10q diucapkan dan jangan putus2 doakan kekayaan kejayaan saya dalam exam nanti. Jangan putus2 aa, penting tau exam ni tuk karier saya, nanti anda jugak nak bergantung pada doktor yang baik cam saya saya juga terpaksa berkhidmat kepada anda

Wednesday, August 26, 2009

Milik Orang Fakir

 Sekadar gambar hiasan. 
Reference : http://muhdkamil.net/kehidupan/2008/09/21/berbuka/

Sejak diajak oleh sorang sahabat berbuka puasa di sebuah masjid, saya dan beberapa gadis melayu rase seronok berbuka di situ dan berazam tuk berbuka di masjid saja sepanjang sebulan ni. Banyak manfaatnye berbuka puasa di masjid, pertamanya buleh menjimatkan duit nanti buleh beli kasut/baju baru menderma kepada pihak yang memerlukan. Nanti ade orang kate, minyak keta nak gi masjid tu bukan bayar ngan daun. Tp, kalau gi bazar, gune keta gak, pastu nak bayar food lg. kan?

Kedua, xyah susah2 nak pk nak makan ape. Nanti buang mase kat bazar je, punye la berjalan sepanjang bazar tu, tp still xleh decide nak makan ape. Kalau food da sedia kan senang, tunggu nak ngap ja.

Ade seorang sahabat menegur ketaksuban kegemaran saya ni, nya kata "makanan tu tuk orang kafir fakir, orang kaye gi beli kat bazar". Taktaula die bergurau ke sewius, harap2nye bergurau jelah. Sebab, kalau ikut fikiran logik saya kan, bulan Ramadhan penuh rahmat dan berkat, bulan untuk menyambungkan silaturrahim, kalau gi masjid kan, sebelum bukak puasa tu boleh sembang2 ngan orang 'fakir'. Kalau gi bazar tu, xde maknanye nak sembang@menyambung silaturrahim ngan tukang menjual tu. Kalau ye pon kite nak sembang ngan die, takde mase la die nak layan kau.

Yang kedua, kalau orang 'kaya' kene gi bazar dan 'fakir' kene gi masjid, tunjukkan saya cut-off value kedua2 kumpulan ini. Eh takla, habis tu bile mereka nak jumpa? Bila kita nak tau kesengsaraan hidup mereka, bile kite nak tolong mereka. Maklumla, asik dok bazar je, bile nak menyelami kesusahan hidup mereka?

Kitakan doktor, nih la masa mendekati anggota masyarakat yang lain, bukan ke dlm public health kite jugak kene amek tau pasal golongan2 ini, dan buleh bagi health education sekali. Golongan ini juga senang untuk didakwahkan. Bukan ke Rasulullah dulu pon mulakan dakwah dikalangan miskin dan hamba?

Lagipon, xde lak imam kate apa2 kami gi bukak puasa kat situ, mungkin die tak tau saya bukan orang miskin. Tapi, makcik2 kat situ da tau kitorang budak Manipal, takle pulak dihalaunya. Ramai je orang2 yang lebih kaya daripada kitorang (orang tua dah bekerja, datang masjid naik Waja, Perdana, so and so forth) takde pulak imam tu kate takleh makan. Kalau betul orang bukan 'fakir' takleh buka puasa di masjid, I think mesti da ade label "Untuk Fakir Sahaja" kat pintu pagau masjid, atau pun ade guard yang jaga, nampak 'kaya' je takleh masok.

Tapi, kalau betul2 ade nas yang melarang, kemukakan pd saya dan saya akan mengikut anda ke bazar. Kalau takde, saya mengalu-alukan ingin mempromote anda semua berbuka di masjid beramai2, kite kan masih belajar, mane la ade duit byk2 byk food die xlah membazir. Walaupun foodnye takla sesedap yang ade kat bazar, tp mudah-mudahan mengajar kite bersyukur rezeki yang ada dan sentiasa ingat saudara kita di Palestine dan tempat2 lain yang tak cukup food pon.

Syukurnya berbuka puasa di masjid semalam, dpt jumpa adik who suffering from spinomuscular atrophy tapi tetap bersyukur dengan penderitaannya dan sentiasa tersenyum. Tu yang mahal, kata Dina

Sunday, August 23, 2009

Mysterious word

Mase kat INTEC dulu, caye tak saya drive keta proton saga lama yang panjang dan besar tu? Caye tak? Betul, tak caye tanya sape2 yang kenal saya mase tu. Mmg susah gakla nak handle tp nak wat camne ayah saya ade keta tu je mase tu. Anak die ni lak, gatal nak drive, mase tu exam, da nak akhir tahun pon senang la skt nak gi exam kalau ade keta, takyah berebut2 ngan orang naik bus. Ayah sy kat kampung gi keje ngan ape? pepandaila nak idop Mase tu kakak sy ade kat rumah, pakai keta kakak saya la. Jauh menyimpang, bukan nak citer pasal kereta ni.

Sekali tu, sy mmg da park keta kat tempat yang betul, tp ade sorang Sarip Dol tu gi park kat blakang keta saya. Bukan betul2 blakang macam Kamal park kat blakang keta Sarip Dol tu, tp kire2 susah jugakla nak reverse tuk kluar kereta. Mase tu saya dan kawan2 tgh lunch, dlm half to one hour, ade paper ape tah, da lupe. Mase nak blah tu, saya reverse keta nak kluar, terkenala sedikit keta Sarip Dol kat blakang tu. Saya dapat rase mmg tercium sikit, somehow I managed to get the car out. Tibe2, ade sorang makcik datang, out of nowhere "Awak da langgar kereta tu". Kate die. Ala, mak cik ni kecoh la. Ingat nak hit and run je.

Out of nowhere gak, datang la sorang brader. Mase tu saya turun la, x mo menghampakan harapan mak cik. Tgk keta Sarip Dol byk lak kemeknye. Takkan aku buat semua kot. Brader tu kate "This is my fren's car, berani kau langgar"
Then, Sar ip Dol tuan punye keta tu datang, cuak la jugak. Die tanya "Kena tak?" Dengan nada yang agak tinggi. Saya memang da cuak, and was trying to explain how it happened, ape2 la aku merepek. "Kena tak?" Die tanya lagi sekali.
"Kene.." Saya masih cuak.
"Kalau kene, mintak la maaf. Bukan nak suh bayar ganti rugi ke ape" Oh

Maaf mmg satu perkataan yang senang nak eja tp susah untuk tuk disebut, walaupun kita sedar kita buat salah dan orang tu mmg marah pada kita pon, kite still rather buat bodoh daripada cakap maaf sepatah. Kadang2 orang tu bukan marah, cume nak kite tau yang kita salah dan u know, sbb kita salah, kita ckp maaf la. Takyahla nak buat berlagak, sombong, bodoh! Ckp jelah maaf sepatah, patuh setel la.

Ade jugak sesetgh yang dahla xnk ngaku salah, patuh gi putar belit jadinya org teraniaya tu yang salah. Nk mengharukan keadaan orang tu lak jenis yang cpt rase bersalah, die lak yg minta maaf.

Kadang2 saya orang yang salah, die mungkin die tak sedar kot benda tu salah, dan kurang sentitif yang perbuatan die tu menyakitkan hari orang lain. Bukan die tanak mintak maaf, tp perlu ke gi cakap : Lu buat salah la bro, mintak maaf la gua..(?)

Setgh orang kate, kalau da sesama kawan / mmg da rapat, poyola nak mintak maaf kan? Ala, setel2 camtu sendiri je. Yang ko gi simpan dalam hati sape suruh? Bukannye sakit mane2 pon, sakit hati je. Bagi saya, mmg agak poyo la jugak, kita kan da kawan lame buat rilek2 dah la. Tp, yang salah tetap salah. Turunkan sikit ego anda, jadila lebih sensitif terhadap rakan2 anda, da lame hidup bersama takkan tak tau apa yang menyakitkan hati diye..

"Ego will not get you the rest of the way. It will feed you, it will clothe you well, but it will leave you cold and alone and unknowing" - Mr. Primkin , Man About Town.

Saturday, August 22, 2009

Not the first tyme

I woke up at 4.30am after long lena. Kul 10 lebih kot da tido. Bangun masak nasik tuk gadis2 melayu, penyayang kan? Masak nasik je, lauknye pepandai la sendiri. I started that morning with 3 bijik kurma. Lepas nasik masak dalam kul 5, sampaila azan subuh, x putus la bekalan makanan masuk dalam mulut, maklumla da lame tak puasa.

Subuh tu, konon semangat gi semayang subuh kat masjid, punyala ramai orang, seb baik tak kene park keta kat hosp. Kalau buleh park kat hospital, bagus gak, tah2 selamat semayang jemaah kat A&E.. kui kui. Hajatnya nak stay lame skit, bace2 quran ke. Ropenye, ade talk kat masjid pagi tu. Tp tak taula nape ngantuk giller, macam masuk lecture, terus tertido kat situ ngan quran kat tangan n sempat dengar ustaz tu kate 'jangan mengumpat'. At least, dpt la jugak kan?

Mase kul 11 am tu, tibe2 perut macam berbunyi. Owk ow, takkan da lapa kot. Tak syak lagi. Ingat tak enrty saya 'kincir angin in my stomach'. Nampaknya penyakit tu da dtg balik, logikla kan di bulan puasa, tak tau camne nak menghadapi hari2 esok.

Yang tak tahan, saya terpaksa habiskan most of the tyme kat atas katil. Macam la ni first tyme puasa. Orang yang belajar puasa pon mungkin better than me. Tp, rase memang sangat penat, sangat hypoglycemic. Akhirnya, lps solat zohor, sy study sambil baring. Tp, mestila lagi byk yg digest drpd yang masuk. Sampai takde benda nak digest, sbb xde benda yg masuk pon.

Dalam kul 3.45pm, ade la sorang penyelamat bangsa called. Bukan die bg makanan ke ape, tp die ajak gi shopping kat JJ. Yes2. Trus hilang rase lapa, tak sampai ke JJ lagi tu. Kalau da pompuan, acece. Tp, okla, jalan2 kat JJ (jalan2?) membuatkan saya lupe kejap pada kelaparan tu. Balik dah petang, elok2 je nak bukak puasa.

Tp, mase tu kepala saya da start sakit. Tak taula ape kaitan angin lam perut ngan sakit kepala, tp da org cakap camtuh, taklid jelah. Lps solat magrib, saya rase tak larat nak gi surau walaupun blakang rumah je suraunye, cume dipisahkan oleh longkang besar, kalau ade jambatan kan senang, tak yah nak pusing jauh2 gi surau. Hajat nak tido, tp bile semua org takde, takut lak nak dok rumah sorang2dgr org semayang kat surau tu, rase rugi lak tak ikut jemaah sama. Sy memang dah gagah, bgn la jugak gi surau semayang isyak je. After solat isyak, trus lari balik, tido.

Dah bgn tgh2 malam ni, tak ngantuk, hupdate blog la kejap dan terus makan2 tuk elakkan lapa di siang hari. Maybe awal2 puasa, my stomach tak biase lagi sbb selama ni asik ade isi je. I hope bile da lame2 sikit, okla susah jugak kalau tiap2 hari camni.

Doakan saya ye kawan2, semoga berjaya menghabiskan salah satu silibus di sekolah Ramadhan ini.

Apa, kau gila?

Kegilaan 1
Bernafsu sungguh membeli baju lately. Sampai 4 keping baju dalam 2 minggu ni je. Nak kate mengidam, tak logik, kot.. kot??Memang harga diemereka murah je, x setanding langsung dengan pakaian Fahrin Ahmad, but still, bile mase nak pakai baju2 tu semua?
Boleh tak seseorang tolongkan pegang my atm card, supaya da tak bleh draw duit tuk beli benda2 yang membolehkan saya dipanggil kawan syaitan? Owk ow, syaitan da balik kampung. Alamak2, nampak sangat.
Eh, tp nanti buleh shopping depan laptop jugak... Ape nak buat nih???
Cam shopaholic lak. Seb baik takde kredit card, kalau x selamat laa...
Ok2, lps ni for 2 months, I'll try, will try hard not to buy any baju. Say NO to baju!!!!! Ban baju, kecuali yang cantik sangat la...

Kegilaan 2
Mestila Barn Buddy kat facebook. Rasenye not only me, tp gadis2 melayu ni pon same.(Bukan semua la). Bangun tido, Barn Buddy, nak tido Barn Buddy. Macam la dpt duit betul kan? Kui kui... Bulan2 puasa ni, maybe kene tinggalkan tanaman kejap, takut terliur nak makan lak... lagipon da dkt nak exam ni. Takleh terlalu taksub pada Barn Buddy, kene taksub pada buku la kejap. ermm.. maybe 2 days b4 exam...?

Friday, August 21, 2009

H1N1 dan konspirasi kuffar

Article asal ditulis oleh Ibnu Yaacob. Summary telah ditulis oleh Dr Abd Latif. Tugas saya ialah tolong copy and paste sahaja. Semoga mendapat manfaat.

Assalamu ‘alaikum w.w.

Bukan saya yang tulis artikel ini dan bukan bererti saya setuju segala isinya. Tetapi elok kita fikirkan andaikata benar H1N1 adalah senjata biologi yang di dalangi Amerika dan Yahudi. Orang2 mukmin tidak harus dipatuk ular dua kali pada lubang yang sama.

Cuba fikirkan :

1. Wabak H1N1 telah berjaya membuat masyarakat dunia lupakan masalah ekonomi yang melanda Amerika dan barat

2. Ia juga telah berjaya membuat kita lupa dan perkecilkan pembunuhan ummat Islam di Iraq, Palestine dan Afghanisatan dll

3. Ia telah membuat kita menyumbang dana yang besar kepada Amerika dan Barat untuk membeli alat2 diagnostik untuk H1N1 yang sangat mahal.

4. Ia juga telah membuat kita menyumbang lagi untuk membeli ubat2 antiviral yang mahal seperti Tamiflu dan yang sewaktu dengannya

5. Bukan saja Tamiflu yang sgt mahal tsb, Face mask pun naik harga 5 kali ganda sampai dah jadi barang terkawal harga

6. Belum sempat setahun berlaku wabak, sudah ada vaccine hampir tersedia.... Jarang ada penyakit virus yang boleh terhasil vaccine dalam masa singkat. Virus ini pula macam dibuat dalam makmal sebab ada kombinasi DNA manusia, Babi dan Burung. Susah nak berlaku percampuran ini secara semulajadi kan?

7. Tak lama lagi, dunia akan menyumbang dana pula untuk membeli vaccine yang telah disediakan. Ini pasti akan memulihkan ekonomi Amerika dan Yahudi kerana sangat ramai orang yang terpaksa membelinya.

8. Nanti mungkin ada syarat setiap imigresen untuk memastikan kita wajib ada sijil vaccine sebelum berperjalanan. Tambah lagi, ada kemungkinan vaccine terpaksa di beri dua dose (maknanya dua kali ganda harga).

9. Kenapa agaknya sesetengah negara2 Barat sudahpun berhenti membilang kes2 terbaru H1N1 sedangkan Malaysia masih sangat sibuk menambah statistic setiap hari ?

Dua dekad lalu, berlaku zaman ICT. Kita ketinggalan sehingga teknologi IT telah digunakan semaksimanya untuk membentuk generasi Y, anak-anak kita yang terlalu bergantung kepada computer untuk kebaikan dan juga keburukan. Susah sekarang nak dapat orang muda yang boleh fokus dan jayakan sesuatu yang serious dan membina. Malah sangat ramai yang lebih yakin dengan dunia khayalan dan hiburan dan reality TV untuk wang dan populariti. Susah nak dapat anak2 yang dengar kata2 ibubapa kerana mereka lebih suka dengar isi kandungan facebook dan YM. Disiplin dan jaga masa tak ada dalam diari mereka sebab apa yang mereka mahu boleh didapati online tanpa had masa.

Kini zaman ICT semakin diganti dengan era Biologi. Permulaannya adalah dengan wabak penyakit. Kita mahu tertinggal lagi ?

Ar Rasul pernah mengingatkan para sahabat bahawa diakhir zaman (i.e. sekarang ni) Ummat Islam akan mengikuti “mereka” sehingga ke lubang biawak...... Para sahabat bertanya, adakah “mereka” itu orang2 Yahudi ? Rasulullah menjawab...”Siapa lagi? ”

Marilah kita mengambil peluang Ramadhan ini untuk memohon perlindungan Allah dari :

1. Wabak penyakit berjangkit

2. Tertipu oleh konspirasi Yahudi dan Amerika

3. Menyumbang kepada mereka yang sedang membunuh Ummat Islam di Palestin dan serata dunia

4. Terlambat dalam melindungi diri dari serangan Biologi

Juga agar Allah mengurniakan kita :

5. Mendapat rezeki dan jalan keluar dari segala masalah

Natijah Puasa adalah taqwa dan Allah memberikan keistimewaan kepada orang2 bertaqwa dengan FirmanNya dalam AlQur’an :

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan memberikannya jalan keluar terhadap segala kesulitan (Makhrajaa). Dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak di sangka-sangka”

Marilah menuju ketaqwaan

Ramadhan Mubarak

Kullu aam wa antum bikhair

Abdul Latiff

Thursday, August 20, 2009

Rindu aku..

Ramadhan semakin menjelang tiba, tp suasana Ramadhan tidak saya rasai. Suasana raya adalah, da ade shopping complex start jual semperna aidilfitri. Kemeriahan menyambut Ramadhan di bumi anbiya', Mesir menarik2 hati saya tuk kembali. Cewah, 'kembali' takleh blah. 2 3 hari b4 puasa, mereka gantung lampu lip lap la, macam2 la diorang gantung kat town tu. Seronok nye Ramadhan nak datang. Saya yang tak penah rase gembira pon segembira tu sejak hidup selama 20++ tahun ni. Memang meriah, bandar Cairo seolah2 berpesta. Sebenarnye mmg bandar Cairo hidup waktu malam, siang2 diorang tido, tp seolah2 sambut raya kat Malaysia.

Masa bulan Ramadhan, berebut2 orang nak buat kebaikan, sampaikan kita nak bersedekah pon tak tau nak bagi sape dah. Semua orang saling bagi-membagi. Padahal benda sama je bagi. Kurma. Kau bagi kurma kat aku, aku bagi kau kurma balik. Tp, seronoknye mereka meraikan kebaikan yang ada di bulan Ramadhan sampai tahap tu. Nasib baik saya orang asing, terima jelah orang bagi.

Ade sekali, da dekat nak magrib kami masih di jalanan (baru balik shopping), kiri kanan orang baling kurma. Bukan la baling cam main baseball tu, tp kire campak la ke dalam keta kan, diorang dok tepi2 jalan. Orang lalu je, or berenti kat traffic light, diorang campak kurma. Sempat lak pak cik taxi tu wat lawak "Nak lagi ke kurma, kalau nak boleh round lagi sekali". Takyah beli kurma sebulan. Ade sesetengah yang sediakan air. So, kire kalau nak klua rumah takyah bawak bekal ape2la, mmg ade food tuk berbuka nanti.
Khemah2 dibuka tuk menjamu orang bukak puasa. Khemah yang macam orang kawin kat Malaysia. Pendek kata, kat mana2 pon ade khemah. Selang 2 3 langkah je, hehe xlah sampai camtu. Kalau orang yang suka amek kesempatandahla bermusafir, masih student lak tu, memang buleh berjimat la. Bukak puasa dlm khemah, tapau balik tuk sahur. Tapi biasela, kalau da food byk2 tu, xla berape sedapnya, tp saya boleh terima je. Sedap je.

Ucapan2 semperna Ramadhan jugak tak kurang hebatnya. Diorang main tegur je, kenal ke tidak. "Ramadhan kareem, Ramadhan kareem.." Sekali tu, saya klua gi kedai sorang2 (dkt je ngan rumah kawan saya) tiba2 ade sorang mak cik datang, peluk saya, "Ramadhan Kareem" kate die. Tergamam saya, tak tau nak jawab ape or how to react. Ya, kate saya sambil tersenyum, tp muka mmg pelik la. Then, kawan saya kate, bile orang ckp camtu kite jawabla "Allahu akram".
(Nak cite gak kesah sahabat saya kat sini yang pegi kedai, tp mesti la tak reti nak baya. Die ckp harga tu pon x paham, usah kan nak cari duit tuk bayar die. Apa die buat? Die bagi wallet kat tuan kedai tu, pilihla sendiri nak duit mana.. bijak kan? Kalah si bijak camni)

Satu lagi yang best kat Mesir ialah, kat mana2 kita akan nampak orang baca Quran. Sama ada dok tunggu bus, tuan kedai tengah tunggu pelanggan, polis yang bertugas di jalanan, apatah lagi orang yang berada dalam masjid. Memang kagum la. Kalau yang penjual tu, tak kesah da orang nak datang beli ke tak, die trus je baca Quran. Yang syoknya, bukan orang tua sahaja, malahan semua golongan umur. Indahnya kalau kat Malaysia pon macam itu juga.

Yang paling saya takleh lupe ialah mase solat terawikh. Biase la kan, gi surau mase azan isyak. Datang2 tu, mestila lepak tunggu orang semayang je. Tiba2 ade sorang mak cik tegur. Yang saya paham, die kate 'tahiyatul masjid' je. Oh, mungkin die kate kalau masuk masjid, buat la tahiyatul masjid dulu. Oppss, malu je kat mak cik. Mak cik dahla da tua, masuk masjid solat, kami yang muda remaja ni, masuk lepak2 lak. Apa lagi, trusla bangun solat 2 rakaat lepas tu.

Tuh la sedikit sebanyak yang sy ingat pasal berpuasa di Mesir. Harapan saya moga dapat 'kembali' menyambut ramadhan di bumi anbiya' itu lagi.

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Sana sini semua orang da bercakap pasal Ramadhan. Tak sabar nak puasa, tak sabar nak solat terawikh et all. Namun, adakah benar2 kita gembira dengan kehadiran Ramadhan atau kita da bayangkan apa yang akan berlaku sebulan selepas Ramadhan?saya la tu. Hadir ke konsert Ramadhan di Masjid Al-Azim membuatkan saya terfikir apakah perasaan sebenarnya saya untuk menghadapi sekolah taqwa ini? Adakah saya benar2 menanti kedatangannya seperti Amirul Mukminin Umar Al-Khattab yang berjalan di lereng bukit beberapa hari menjelang Ramadhan dan menyebut "ahlan wasahlan ya Ramadhan' beberapa kali sehingga jika orang tidak tahu Ramadhan itu bulan nescaya akan menganggap Ramadhan itu ialah seorang lelaki yang akan datang bertemu beliau? Atau adakah berharap agar dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini sebagaimana harapan orang2 soleh yang telah bersedia amalannya untuk melaluinya?

Ramadhan, umpama sebuah sekolah. Kalau nak gi skolah, mestilah ade persediaan kan? Kena baca buku dulu, kene revise ke ape ke. Same la ngan Ramadhan, sebelum masuk skolah ni, kite perlu siapkan diri kita dulu, iaitu bersedialah untuk menahan bukan sahaja lapar dan dahaga, yang paling utama kesemua panda indera kita, terutamanya lidah. Lidah ni adalah satu anggota yang sangat rajin, sentiasa nak kerja je die. Sayangnya, bukan ke arah kebaikan, tp sebaliknya. Jadi di bulan puasa ni, marilah kita sama2 menjaga, mendidik atau apa2 la, lidah kita supaya kalau nak kerja tu, benda yang baik je. Kalau rasa nak ckp benda jahat je, terus zikir. Ok, kita cuba

Bulan ni adalah bulan yang kita xyah susah2 nak klua rumah tuk shopping. Bukan sebab buleh shopping online, tu bile2 pon boleh buat. Tapi, ni shopping yang lagi special punya, mega sale yang Allah tawarkan. Tak teruja ke dengan mega sale yang 10 juta kali lagi untung daripada mega sale kat dunia ni. Takyah klua modal lak tu. Dok rumah pon da dapat keuntungan (x terdedah ngan maksiat kat luar rumah)

Kesimpulannya, marilah kita sama2 tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini, jgn biarkan diri anda dikuasai nafsu. Syaitan da bungkus kain baju, tah2 kita lagi jahat drpd syaitan.. Na'uzubillah
Maafkan segala kesalahan saya pada anda, selamat berpuasa, selamat menambah iman.


'Terkilan ngan diri sendiri yang berkira2 10 ribu juta kali tuk bersedekah singgit tapi, tak berpk pon bile beli kasut baru (harga dirahsiakan)'

Friday, August 7, 2009

Apa Kata DBG rehat je sampai scholar masuk?

Malang tak berbau.. seswai la sgt, ke tak berbau sbb selsema. Selama ni, ade seseorang yang suka komen cara saya memandu, bahaya kate die. Saya mengaku mmg kadang2 sy drive mengalahkan ape2 la yang trok cara driving mereka, tp ayah saya pesan kalau apa2 berlaku kat jalan raya, bukan salah kita. Jadi, seboleh2 nya saya akan pastikan tiada apa2 berlaku (hampir berlaku ade la) dan bukan salah saya.

Sejak kemalangan misteri tu, mmg saya agak scary nak lalu kat jalan yang sama. And guess what? Kat tempat kawasan tuh la DBG injured. Bukan salah saya, motor tu yang amek lane salah. Mmg saya dok kat lane kiri tapi nak ke kanan. Tp arrow kat atas jalan tu kate boleh gi stret atau ke kanan. Bukan salah saya, moto tu nak gi stret tp datang dari arah kanan, dan terus merempuh side mirror saya.

OMG!!! Nih tempat misteri tu, saya cuma takut orang tu mati. Cepat2 saya bentikan kereta, konon2 nak bg bantuan kecemasan, tp boleh lak Sarip Dol (bukan nama sebenar) nak marah saya tak bagi signal kanan, sedangkan saya bagi dan die kata saya bagi signal lambat. Bukan salah saya, kalau saya tak bagi signal pon tu tetap jalan saya. Syukurlah, die tak mati. Kesyukuran tu telah melupakan saya yang itu bukan salah saya. Boleh lak saya offer nak gi anta ke hospital dan melupakan hasrat tuk mintak ganti rugi. Baik hati rupenya aku ni. Dahla semua orang tgk, kat traffic light katakan.

DBG lak, mase tu saya nampak side mirror macam nak terkopek. OKla, sikit jelah kot nak bandingkan dengan Sarip Dol yang cedera dan motor die lagi teruk. Die nak setelkan kat situ, sbb mmg salah die. Dan mmg salah saya jugak sbb tak mintak ganti rugi kan? Bile nak start enjin balik tu, tibe2 je terkulai layu leher side mirror tu. Alamak beb...keta aku, eh keta ayah aku.Pastu, da sampai kedai makan baru perasan ade kemek sikit posterior to lampu.

kemek dan tercalar
Tp, saya rase kereta ini x ergonomics (alamak, kalau ade org berkaitan ngan kereta ini bace mati aku), sebabnya kawasan tepi windshield tu besar sangat. Saya nak masuk simpang pon tak nampak kereta dari depan, nak kene usha2 luh ade keta kat depan ke tak. Situation2 camni la yg biase nya hampir nak tereksiden la, tuh la nih la. Jadi, saya mmg salahkan kereta ini kalau ape2 kalau apa2 berlaku pada saya di jalanan.

Kawasan yang maksudkan besar
Ape pon, saya mintak maaf pd Sarip Dol (walau bukan salah saya) dan terima kasih pd pak cik 2 orang yang sudi jadi hakim dan memenangkan kami dan kepada abang Fizo (bukan nama sebenar) yang sudi berhenti tanya khabar. Rupenya yang Pak Utih kata lelaki tak empathy and no emotion dan wanita sebaliknya tak berapa benar, sorang pon tak berenti.

Wednesday, August 5, 2009

Banyak cantik muka hang...

Talk by Pak Utih

Walaupun ciri2 suami yang telah sy listkan ade potensi menyakitkan hati wanita, namun diorang ni buleh tahan gak memilihnya. Banyak cantik, nak isteri elok2, tp perangai die x elok pon... For this entry, kite tgk lak antara sifat wanita yang dicari oleh lelaki

  • Keibuan - mereka terpikat dengan wanita yang berhati seperti ibu, yang lemah lembut. Tapi bukan ibu ayam eh.. mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan membuatkan mereka rasa tenteram bile stress, cemas atau gelisah selain mereka nak bermanja.                                              Kate saya: Tp, jangan lupe, ibu kan suka membebel. Kalau kena bebel, jangan tak bersabar pulak
Selit kisah zaman Saidina Umar :
Seorang sahabat ni da tension sbb asik kene bebel ngan isteri die. Buat tu salah, buat ni tak kena. Tiba2 beliau terpk nak mengadu kat Saidina Umar. Pergilah beliau ke rumah Saidina Umar, tak sampai rumah lagi ni, agak2 beberapa langkah, beliau terdengar suara orang membebel, sape lagi kalau bukan isteri Saidina Umar (x tau namanya sape) tp Umar tak menjawab sikit pon.
Esokmya, beliau tanya Saidina Umar, "Gua dgr smalam lu kene bebel baiiik punya"
Lalu Umar menjawab, "Rilek la bro. Bagila can kat die. Selama ni die yang kemas rumah, masak, basuh baju, die nak luahkan perasaan le tu... "
(dialog reka sendiri)
  • Prihatin dan menghargai - Berbeza dengan wanita yang suke diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dan diberi kepercayaan. Rasa bangga bile dapat penghargaan daripada wanita.        Kate saya: Mase befday, hadiah paling seswai ialah sijil penghargaan
  • Menjaga penampilan - Wanita perlu nampak kemas, bersih, cantik dan menarik menjadi pilihan mereka, kerana ini menunjukkan wanita mampu menghargai diri sendiri. 
  • Bijak berbicara  - Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik, tp boleh beri input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat bila diajak berbual. Dan juga pandai wat lawak sikit2 
  • Solehah - Bukan orang nama Solehah, tp wanita yang mampu membawa diri dalam apa jua keadaan dan menjaga tatatertib di khalayak. Betul kan, walaupun macammana x senonoh pon lelaki tu, die tetap nak perempuan baik2 jadi isteri die, kan? Sebenarnya, nih yang plg penting la. Berkahwin dengan wanita solehah seperti saya, seolah2 mendapat bonus di dunia (sebab one of tugas suami mendidik kluarga, kalau isteri da solehah, kurang la sikit tanggungjawabnya)

Sunday, August 2, 2009

Sorry, what U're lokking for is not here

Talk by Pak Utih

Kebanyakan wanita jika ditanya mempunyai ciri2 suami yang diinginkan, dan macam2 la yang diorang nak. Tapi ade 6 perkara asas yang wanita nak, namun haha tak dapat la beb. Bukan la semua suami tak boleh beri, tp yg akan sy list kat bawah ni, ciri2 lelaki sejati la (bak kate Pak Utih)Mind you, lelaki ngan suami tak same eh...  mintak2 bakal suami aku x bace blog ni, kang die apply naya....

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh yang lama. 
Realiti - mekasnisme otak lelaki kurang bercakap dan mudah 'turn off' apabila berbicara isu wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Barat ke atas bayi lelaki dan perempuan yang baru lahir. Bayi perempuan lebih suka tgk orang sedangkan bayi lelaki lebih tertarik pada objek. Solutionnya, kalau wanita nak cakap ngan suami2 ni, bagi benda biar die main, contoh ckp masa berkebun sama2 ke, buat air ke kasik die main cawan tu.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas lelaki dan perempuan dewasa, whereby both of them dipakaikan satu headphone dan kedua2 belah ade bunyi berbeza. Wanita itu berjaya menyebut kedua2 perkataan dengan betul, sedangkan lelaki dah la sebut satu, salah lak tuh. Inferens nya - lelaki pekak sebelah, so tak bleh la anda nak ckp byk2 ngan die, bukan leh dengar pon. Satu lagi, jgnlah marah die kalau x bgn anak menangis, die mmg tak dgr tu. Nak2 kalau suami yang tido mengiring sebelah kanan dan berbantalkan tangan, konfem x dgr ape2. Bagi ibu2, kalau nak anak lelaki tido lena, cubala letak dalam posisi ini. 

2. Usik- mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Realiti - lelaki dah balik rumah tu dah lapar dan penat, so pk nak makan dan tido jer. Maklumlah die sorang je keje..(ayat perli ni) So xyahla anda bertegur byk2 ngan die. Bagi je makan, kalau nasib baik die segar sikit, mungkin boleh la nak bermanja2, kalau tak bermanja ngan bantal peluk lagi baik.

3. Mencurahkan perasaan peribadi
Realiti - Mekanisme otak suami lebih suka memendam perasaan, melayan sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri. Jatuh maruah die kalau bincang problem ngan isterinya. Diorang juga less empathy and no emotion.saya penah jumpe org macam ni,mmg takde perasaan langsung, isteri die masuk ward buat bodoh je(tolongla suami aku beremotion sikit). Satu kajian juga dijalankan, seorg budak pompuan ditinggalkan kat tepi bangunan sorang2 duduk ngan muka kesian walaupun baju die cantik. 2 org je kot lelaki berenti, tu pon sorang sbb awek die kesian kat budak tu. Suami lebih suka jumpa geng die tuk bincang his problem. So, penting kot bagi isteri tau sape kawan2 die, kang salah bincang end up lain lak.

Sifat ni penting sebenarnye tuk lelaki, mereka kan perlu berjihad dan berperang, so kalau beremotion tak sampai hati lak nak bunuh musuh. Tapi jadilah seperti Khalifah Umar, yang garang di medan tempur tapi depan isteri die pijak semut pon x mati

4. Romantik
Realiti - Suami nak cptkan siapkan keje die, nak tido sbb nak gi keje esok. Die mmg takkan pk ape bende jadi kat rumah. Tp, diorang mmg suke isteri manjakan diorang. Mengadekan? 

5. Berpakaian kemas
Realiti - Most of men buta warna, sebab gen warna ni ade kat chromosome X, diorang ade satu je, rosak tu abih la. Sebab tu diorang tak kesah pakai baju kaler hijau, seluar kaler merah ke. Bukan diorang nampak kaler ape. To save ur pride, kene la jadi fashion adviser ke ape.. ape2 la

6. Membantu kerja rumah tanpa disuruh
Realiti - Hahaha, ni lagi x dapat. Diorang lagi menambahkan kerja rumah ade la. Baik hujung2 minggu tu suruh je keluar menjalankan hobi nye, supaya tak menambah beban kite, bolehla tido lame sikit.


Ade seorang peserta mengadu suaminye hanya boleh jaga anak sulung je mase budak tu kecik. Die boleh mandikan, bagi makan, tidorkan pendek kata cam bapak tunggal. Anak2 lain lak, die buat bodoh je. Dr Fizah kata, bersyukur lah sebab at least die penah jaga anak sulung tu. Amboi, banyak cantik, buat anak pandai, nak jaga tak reti lak.
Pak Utih lak suggest buat jadual, kesian anak ye. Cam xde orang nak jaga. Ape pun, jgnla sampai anak tu jadi anak bibik lak, x pasal berbesan ngan org overseas lak.



Alamak2, ade org nak marah la..sapa makan cili die la rase pedas. Tapi, bukan semua suami macam ni cume kate Pak Utih kalau suami anda bersifat di atas, bersyukur lah sebab anda kawin ngan lelaki tulin, maskulin 100% (nak doa dijodohkan dengan lelaki tak tulen??)


Sedikit nasihat pd suami, jgnla nebeng sgt, walaupun memang lelaki diciptakan macam tu tlgla keje rumah skt2, pandai2la layan isteri sendiri, kamu yg nak kawin ngan die.

Kalau my hubby buat camni, mmg aku dok spital tak balik2laa

   

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008