Thursday, October 15, 2009

Menjual Ikan

Hari itu aku terlalu ingin menjadi seorang penjual ikan atau dalam bahasa Jepunnya 'selfish'. Bukanlah aku ingin seluruh dunia tahu apa kepahitan hidup yang menimpa aku, tapi aku terlalu ingin seseorang seperti Isma Yusof berdekatan, menenangkan jiwa gadis berduka, tapi nampaknya mereka sibuk dengan hal masing2, maka aktiviti jualan ikanku tidak berjaya.Berjaya juga, tapi nampaknya bukan menjual ikan tapi menaikkan bil telefon kerana waktu itulah aku kenal kawan2 yang tidak pernah aku kenal. Ketika itulah aku ingat kawan2 yang tak pernah aku terfikir pon untuk menghubungi sewaktu aku gembira.

Benarlah kata bidalan, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis mati hidup balik pon belum tentu jumpa. Itulah harga untuk mencari kawan berkongsi kesedihan (kite tengok berapa bil tefon bulan ni). Dulu, ketika hidupku senang, aku selalu berkata pada diri sendiri atau orang lain yang mengalami kesusahan, :Mengadulah pada Allah akan kesusahan kite, hanya Dia lah yang boleh membantu.
Tiadalah sesiapa yang membetulkan ayat itu kerana ayat itu sangat benar, sehingga lah seorang makhluk Allah menegur, "Kita ni makhluk, mesti perlukan sesama makhluk dalam hidup di dunia ni.
Sedarlah aku, makhluk memang memerlukan makhluk juga. Namun, yang semakin menyesakkan dada, makhluk itu juga tidak sudi bersamaku mengharungi detik2 ini.

Aku bukan berniat menyalahkan sesiapa, memang tiada siapa pon bersalah. Aku bersyukur sebenarnya kerana aku yang harus menghadapi keadaan ini. Jika makhluk lain yang terpaksa menghadapinya, adakah aku akan bersama beliau juga? Adakah aku akan melakukan sama seperti yang aku ingin diperlakukan? Adakah? Adakah?

Rembulan 9 October telah berlalu. Dada ini masih berasa sempit, otak ini masih berselirat dengan persoalan. Di celah2 kekalutan ini, ku intai ketenangan yang masih sudi singgah di jiwa. Ku paksakah hati mengucap kesyukuran walaupun sendirian kerana aku sedar di belakangku, mereka di situ. Benar, benar aku benar2 inginkan seseorang sekarang, namun itu apa yang kurasa dan Tuhan la maha mengerti, Dialah maha tahu apa aku perlukan. Aku tak perlukan apa yang aku inginkan. Semua itu tiada kene-mengena denganku, sebab itulah perkara itu tidak terjadi padaku.

Aku yakin, semua bersimpati dan aku yakin doa2 dipanjat di hati. Walau bagaimana caranya, aku berdosa pada mereka. Menuduh tanpa usul periksa, menuduh tanpa menyelami hati mereka. Ujian kepahitan ini sangat berat, dengan badan yang kecil dan kepala besar (ade seseorang ckp) aku memang tak mampu memikulnya, tapi aku yakin jika ada seseorang yang boleh membantu, ia akan berlaku. Setakat ini biarlah aku ubati luka ini sendiri, Aku bukan ade diabetes pon, mungkin tak delay la penyembuhannya. Kepada teman2 yang telah kufitnah tanpa rela, ampunkan diriku. Aku masih memerlukan pertolongan kalian, walaupun hanya sepatah doa. Terima kasih.

Aku dalam cerita diatas adalah Dang Suria Haji Ibrahim. Ikutilah sambungan kisah beliau dalam post seterusnya.

0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008