Saturday, October 24, 2009

It's hard, but harder to ignore

Ini adalah kali terakhir aku menulis tentang kisahku. Maklumlah, dalam cerita yang lepas tuan blog ni macam dah menyampah baca cerita aku. Takpe2, ada ubi ade batas. Saat cinta manusia menjauh dariku, aku semakin sedar, tiada cinta seagung cinta penciptaku. Allah telah menemukan aku dengan catatan diari lamaku. Selama ini aku memang sentiasa berjaya dalam peluang kedua, mungkinkan itu memang kisah unik dalam hidupku?

Dalam catatanku, kejayaan itu sentiasa menempah tiket yang lambat, atau mungkin ade masalah di perjalanan. Cuma, yang ini tersangat berat untukku pikul. Terasa jemala ini hampir lebur. Aku ingin sekali melupakannya, menghapuskan kesakitan dibahuku. Aku tak tahu kalau aku mampu melakukannya sendirian. Aku sentiasa ber harap ini adalah mimpi yang buruk yang akan berubah bila aku bangun tidur. Aku boleh menipu, namun realiti takkan menipu. Kenapa susah sangat untuk menerima hakikat?

Aku perlu, bangkit semula, mencari semula keyakinanku, menyedarkan diri betapa beruntungnya aku kerana di sana masih ada peluang kedua. Saat cinta manusia menjauh dariku, bersendiri aku bersama harapan pada Tuhanku dan aku tahu, aku harus pergi.

Aku dalam cerita di atas ialah Dang Suria Hj Mahmud. Sudah2 la Dang Suria, saya takkan publish lagi kisah dia.

0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008