Thursday, August 27, 2009

Balik Raya

Not in good mood, pagi tadi tak bangun sahur, minum air masak je. Padahal I was the one who woke up and cook the rice, tp this morning I wasn't feel like waking up, rase nak tido je. Sekadar amek sunnah sahur, bangunla gak minum air.Tah hapela masalahku, nak kawin agaknye..ahaks

Malam ni balik rumah (yeayyy), yang tak yeay nye ialah inilah balik raya.Jangan salah sangka, bukannye cuti sampai hari raya, tp inilah cuti merdeka yang dianggap cuti raya. Huh! Ngalahkan dok India, raya2 pon takleh balik. Pasal kene buat exam mase raya? Konfius, nak berhappy2 raya or berstudy2 raya. Nama dok Malaysia, kolej ni pon logikla sikit kan? Takkan nak raya kat perantauan, da dok Malaysia kot. Kalau bleh hantar 'ucapan raya' kat Utusan Malaysia takpela jugak. I hope, takde orang kolej ni yang bace my blog, kang kene buang skolah sia2 je. Actually. boleh je balik raya kalau nak. Bukannye exam 1st day raya, it's on the 4th day, cume saya yang buat keputusan tanak balik berhari raya di kampung, demi masa depanku dan masyarakat sekeliling sekadar menyenangkan hati kolej

Kesedihan ini terubat jugak sebab mase bulan yang penuh berkat ni boleh study dan berdoa, semoga dapat keberkatan juga dan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Jadi kepada kawan2, kaum keluarga dan sesiapa saja yang membaca blog saya, 10q diucapkan dan jangan putus2 doakan kekayaan kejayaan saya dalam exam nanti. Jangan putus2 aa, penting tau exam ni tuk karier saya, nanti anda jugak nak bergantung pada doktor yang baik cam saya saya juga terpaksa berkhidmat kepada anda

Wednesday, August 26, 2009

Milik Orang Fakir

 Sekadar gambar hiasan. 
Reference : http://muhdkamil.net/kehidupan/2008/09/21/berbuka/

Sejak diajak oleh sorang sahabat berbuka puasa di sebuah masjid, saya dan beberapa gadis melayu rase seronok berbuka di situ dan berazam tuk berbuka di masjid saja sepanjang sebulan ni. Banyak manfaatnye berbuka puasa di masjid, pertamanya buleh menjimatkan duit nanti buleh beli kasut/baju baru menderma kepada pihak yang memerlukan. Nanti ade orang kate, minyak keta nak gi masjid tu bukan bayar ngan daun. Tp, kalau gi bazar, gune keta gak, pastu nak bayar food lg. kan?

Kedua, xyah susah2 nak pk nak makan ape. Nanti buang mase kat bazar je, punye la berjalan sepanjang bazar tu, tp still xleh decide nak makan ape. Kalau food da sedia kan senang, tunggu nak ngap ja.

Ade seorang sahabat menegur ketaksuban kegemaran saya ni, nya kata "makanan tu tuk orang kafir fakir, orang kaye gi beli kat bazar". Taktaula die bergurau ke sewius, harap2nye bergurau jelah. Sebab, kalau ikut fikiran logik saya kan, bulan Ramadhan penuh rahmat dan berkat, bulan untuk menyambungkan silaturrahim, kalau gi masjid kan, sebelum bukak puasa tu boleh sembang2 ngan orang 'fakir'. Kalau gi bazar tu, xde maknanye nak sembang@menyambung silaturrahim ngan tukang menjual tu. Kalau ye pon kite nak sembang ngan die, takde mase la die nak layan kau.

Yang kedua, kalau orang 'kaya' kene gi bazar dan 'fakir' kene gi masjid, tunjukkan saya cut-off value kedua2 kumpulan ini. Eh takla, habis tu bile mereka nak jumpa? Bila kita nak tau kesengsaraan hidup mereka, bile kite nak tolong mereka. Maklumla, asik dok bazar je, bile nak menyelami kesusahan hidup mereka?

Kitakan doktor, nih la masa mendekati anggota masyarakat yang lain, bukan ke dlm public health kite jugak kene amek tau pasal golongan2 ini, dan buleh bagi health education sekali. Golongan ini juga senang untuk didakwahkan. Bukan ke Rasulullah dulu pon mulakan dakwah dikalangan miskin dan hamba?

Lagipon, xde lak imam kate apa2 kami gi bukak puasa kat situ, mungkin die tak tau saya bukan orang miskin. Tapi, makcik2 kat situ da tau kitorang budak Manipal, takle pulak dihalaunya. Ramai je orang2 yang lebih kaya daripada kitorang (orang tua dah bekerja, datang masjid naik Waja, Perdana, so and so forth) takde pulak imam tu kate takleh makan. Kalau betul orang bukan 'fakir' takleh buka puasa di masjid, I think mesti da ade label "Untuk Fakir Sahaja" kat pintu pagau masjid, atau pun ade guard yang jaga, nampak 'kaya' je takleh masok.

Tapi, kalau betul2 ade nas yang melarang, kemukakan pd saya dan saya akan mengikut anda ke bazar. Kalau takde, saya mengalu-alukan ingin mempromote anda semua berbuka di masjid beramai2, kite kan masih belajar, mane la ade duit byk2 byk food die xlah membazir. Walaupun foodnye takla sesedap yang ade kat bazar, tp mudah-mudahan mengajar kite bersyukur rezeki yang ada dan sentiasa ingat saudara kita di Palestine dan tempat2 lain yang tak cukup food pon.

Syukurnya berbuka puasa di masjid semalam, dpt jumpa adik who suffering from spinomuscular atrophy tapi tetap bersyukur dengan penderitaannya dan sentiasa tersenyum. Tu yang mahal, kata Dina

Sunday, August 23, 2009

Mysterious word

Mase kat INTEC dulu, caye tak saya drive keta proton saga lama yang panjang dan besar tu? Caye tak? Betul, tak caye tanya sape2 yang kenal saya mase tu. Mmg susah gakla nak handle tp nak wat camne ayah saya ade keta tu je mase tu. Anak die ni lak, gatal nak drive, mase tu exam, da nak akhir tahun pon senang la skt nak gi exam kalau ade keta, takyah berebut2 ngan orang naik bus. Ayah sy kat kampung gi keje ngan ape? pepandaila nak idop Mase tu kakak sy ade kat rumah, pakai keta kakak saya la. Jauh menyimpang, bukan nak citer pasal kereta ni.

Sekali tu, sy mmg da park keta kat tempat yang betul, tp ade sorang Sarip Dol tu gi park kat blakang keta saya. Bukan betul2 blakang macam Kamal park kat blakang keta Sarip Dol tu, tp kire2 susah jugakla nak reverse tuk kluar kereta. Mase tu saya dan kawan2 tgh lunch, dlm half to one hour, ade paper ape tah, da lupe. Mase nak blah tu, saya reverse keta nak kluar, terkenala sedikit keta Sarip Dol kat blakang tu. Saya dapat rase mmg tercium sikit, somehow I managed to get the car out. Tibe2, ade sorang makcik datang, out of nowhere "Awak da langgar kereta tu". Kate die. Ala, mak cik ni kecoh la. Ingat nak hit and run je.

Out of nowhere gak, datang la sorang brader. Mase tu saya turun la, x mo menghampakan harapan mak cik. Tgk keta Sarip Dol byk lak kemeknye. Takkan aku buat semua kot. Brader tu kate "This is my fren's car, berani kau langgar"
Then, Sar ip Dol tuan punye keta tu datang, cuak la jugak. Die tanya "Kena tak?" Dengan nada yang agak tinggi. Saya memang da cuak, and was trying to explain how it happened, ape2 la aku merepek. "Kena tak?" Die tanya lagi sekali.
"Kene.." Saya masih cuak.
"Kalau kene, mintak la maaf. Bukan nak suh bayar ganti rugi ke ape" Oh

Maaf mmg satu perkataan yang senang nak eja tp susah untuk tuk disebut, walaupun kita sedar kita buat salah dan orang tu mmg marah pada kita pon, kite still rather buat bodoh daripada cakap maaf sepatah. Kadang2 orang tu bukan marah, cume nak kite tau yang kita salah dan u know, sbb kita salah, kita ckp maaf la. Takyahla nak buat berlagak, sombong, bodoh! Ckp jelah maaf sepatah, patuh setel la.

Ade jugak sesetgh yang dahla xnk ngaku salah, patuh gi putar belit jadinya org teraniaya tu yang salah. Nk mengharukan keadaan orang tu lak jenis yang cpt rase bersalah, die lak yg minta maaf.

Kadang2 saya orang yang salah, die mungkin die tak sedar kot benda tu salah, dan kurang sentitif yang perbuatan die tu menyakitkan hari orang lain. Bukan die tanak mintak maaf, tp perlu ke gi cakap : Lu buat salah la bro, mintak maaf la gua..(?)

Setgh orang kate, kalau da sesama kawan / mmg da rapat, poyola nak mintak maaf kan? Ala, setel2 camtu sendiri je. Yang ko gi simpan dalam hati sape suruh? Bukannye sakit mane2 pon, sakit hati je. Bagi saya, mmg agak poyo la jugak, kita kan da kawan lame buat rilek2 dah la. Tp, yang salah tetap salah. Turunkan sikit ego anda, jadila lebih sensitif terhadap rakan2 anda, da lame hidup bersama takkan tak tau apa yang menyakitkan hati diye..

"Ego will not get you the rest of the way. It will feed you, it will clothe you well, but it will leave you cold and alone and unknowing" - Mr. Primkin , Man About Town.

Saturday, August 22, 2009

Not the first tyme

I woke up at 4.30am after long lena. Kul 10 lebih kot da tido. Bangun masak nasik tuk gadis2 melayu, penyayang kan? Masak nasik je, lauknye pepandai la sendiri. I started that morning with 3 bijik kurma. Lepas nasik masak dalam kul 5, sampaila azan subuh, x putus la bekalan makanan masuk dalam mulut, maklumla da lame tak puasa.

Subuh tu, konon semangat gi semayang subuh kat masjid, punyala ramai orang, seb baik tak kene park keta kat hosp. Kalau buleh park kat hospital, bagus gak, tah2 selamat semayang jemaah kat A&E.. kui kui. Hajatnya nak stay lame skit, bace2 quran ke. Ropenye, ade talk kat masjid pagi tu. Tp tak taula nape ngantuk giller, macam masuk lecture, terus tertido kat situ ngan quran kat tangan n sempat dengar ustaz tu kate 'jangan mengumpat'. At least, dpt la jugak kan?

Mase kul 11 am tu, tibe2 perut macam berbunyi. Owk ow, takkan da lapa kot. Tak syak lagi. Ingat tak enrty saya 'kincir angin in my stomach'. Nampaknya penyakit tu da dtg balik, logikla kan di bulan puasa, tak tau camne nak menghadapi hari2 esok.

Yang tak tahan, saya terpaksa habiskan most of the tyme kat atas katil. Macam la ni first tyme puasa. Orang yang belajar puasa pon mungkin better than me. Tp, rase memang sangat penat, sangat hypoglycemic. Akhirnya, lps solat zohor, sy study sambil baring. Tp, mestila lagi byk yg digest drpd yang masuk. Sampai takde benda nak digest, sbb xde benda yg masuk pon.

Dalam kul 3.45pm, ade la sorang penyelamat bangsa called. Bukan die bg makanan ke ape, tp die ajak gi shopping kat JJ. Yes2. Trus hilang rase lapa, tak sampai ke JJ lagi tu. Kalau da pompuan, acece. Tp, okla, jalan2 kat JJ (jalan2?) membuatkan saya lupe kejap pada kelaparan tu. Balik dah petang, elok2 je nak bukak puasa.

Tp, mase tu kepala saya da start sakit. Tak taula ape kaitan angin lam perut ngan sakit kepala, tp da org cakap camtuh, taklid jelah. Lps solat magrib, saya rase tak larat nak gi surau walaupun blakang rumah je suraunye, cume dipisahkan oleh longkang besar, kalau ade jambatan kan senang, tak yah nak pusing jauh2 gi surau. Hajat nak tido, tp bile semua org takde, takut lak nak dok rumah sorang2dgr org semayang kat surau tu, rase rugi lak tak ikut jemaah sama. Sy memang dah gagah, bgn la jugak gi surau semayang isyak je. After solat isyak, trus lari balik, tido.

Dah bgn tgh2 malam ni, tak ngantuk, hupdate blog la kejap dan terus makan2 tuk elakkan lapa di siang hari. Maybe awal2 puasa, my stomach tak biase lagi sbb selama ni asik ade isi je. I hope bile da lame2 sikit, okla susah jugak kalau tiap2 hari camni.

Doakan saya ye kawan2, semoga berjaya menghabiskan salah satu silibus di sekolah Ramadhan ini.

Apa, kau gila?

Kegilaan 1
Bernafsu sungguh membeli baju lately. Sampai 4 keping baju dalam 2 minggu ni je. Nak kate mengidam, tak logik, kot.. kot??Memang harga diemereka murah je, x setanding langsung dengan pakaian Fahrin Ahmad, but still, bile mase nak pakai baju2 tu semua?
Boleh tak seseorang tolongkan pegang my atm card, supaya da tak bleh draw duit tuk beli benda2 yang membolehkan saya dipanggil kawan syaitan? Owk ow, syaitan da balik kampung. Alamak2, nampak sangat.
Eh, tp nanti buleh shopping depan laptop jugak... Ape nak buat nih???
Cam shopaholic lak. Seb baik takde kredit card, kalau x selamat laa...
Ok2, lps ni for 2 months, I'll try, will try hard not to buy any baju. Say NO to baju!!!!! Ban baju, kecuali yang cantik sangat la...

Kegilaan 2
Mestila Barn Buddy kat facebook. Rasenye not only me, tp gadis2 melayu ni pon same.(Bukan semua la). Bangun tido, Barn Buddy, nak tido Barn Buddy. Macam la dpt duit betul kan? Kui kui... Bulan2 puasa ni, maybe kene tinggalkan tanaman kejap, takut terliur nak makan lak... lagipon da dkt nak exam ni. Takleh terlalu taksub pada Barn Buddy, kene taksub pada buku la kejap. ermm.. maybe 2 days b4 exam...?

Friday, August 21, 2009

H1N1 dan konspirasi kuffar

Article asal ditulis oleh Ibnu Yaacob. Summary telah ditulis oleh Dr Abd Latif. Tugas saya ialah tolong copy and paste sahaja. Semoga mendapat manfaat.

Assalamu ‘alaikum w.w.

Bukan saya yang tulis artikel ini dan bukan bererti saya setuju segala isinya. Tetapi elok kita fikirkan andaikata benar H1N1 adalah senjata biologi yang di dalangi Amerika dan Yahudi. Orang2 mukmin tidak harus dipatuk ular dua kali pada lubang yang sama.

Cuba fikirkan :

1. Wabak H1N1 telah berjaya membuat masyarakat dunia lupakan masalah ekonomi yang melanda Amerika dan barat

2. Ia juga telah berjaya membuat kita lupa dan perkecilkan pembunuhan ummat Islam di Iraq, Palestine dan Afghanisatan dll

3. Ia telah membuat kita menyumbang dana yang besar kepada Amerika dan Barat untuk membeli alat2 diagnostik untuk H1N1 yang sangat mahal.

4. Ia juga telah membuat kita menyumbang lagi untuk membeli ubat2 antiviral yang mahal seperti Tamiflu dan yang sewaktu dengannya

5. Bukan saja Tamiflu yang sgt mahal tsb, Face mask pun naik harga 5 kali ganda sampai dah jadi barang terkawal harga

6. Belum sempat setahun berlaku wabak, sudah ada vaccine hampir tersedia.... Jarang ada penyakit virus yang boleh terhasil vaccine dalam masa singkat. Virus ini pula macam dibuat dalam makmal sebab ada kombinasi DNA manusia, Babi dan Burung. Susah nak berlaku percampuran ini secara semulajadi kan?

7. Tak lama lagi, dunia akan menyumbang dana pula untuk membeli vaccine yang telah disediakan. Ini pasti akan memulihkan ekonomi Amerika dan Yahudi kerana sangat ramai orang yang terpaksa membelinya.

8. Nanti mungkin ada syarat setiap imigresen untuk memastikan kita wajib ada sijil vaccine sebelum berperjalanan. Tambah lagi, ada kemungkinan vaccine terpaksa di beri dua dose (maknanya dua kali ganda harga).

9. Kenapa agaknya sesetengah negara2 Barat sudahpun berhenti membilang kes2 terbaru H1N1 sedangkan Malaysia masih sangat sibuk menambah statistic setiap hari ?

Dua dekad lalu, berlaku zaman ICT. Kita ketinggalan sehingga teknologi IT telah digunakan semaksimanya untuk membentuk generasi Y, anak-anak kita yang terlalu bergantung kepada computer untuk kebaikan dan juga keburukan. Susah sekarang nak dapat orang muda yang boleh fokus dan jayakan sesuatu yang serious dan membina. Malah sangat ramai yang lebih yakin dengan dunia khayalan dan hiburan dan reality TV untuk wang dan populariti. Susah nak dapat anak2 yang dengar kata2 ibubapa kerana mereka lebih suka dengar isi kandungan facebook dan YM. Disiplin dan jaga masa tak ada dalam diari mereka sebab apa yang mereka mahu boleh didapati online tanpa had masa.

Kini zaman ICT semakin diganti dengan era Biologi. Permulaannya adalah dengan wabak penyakit. Kita mahu tertinggal lagi ?

Ar Rasul pernah mengingatkan para sahabat bahawa diakhir zaman (i.e. sekarang ni) Ummat Islam akan mengikuti “mereka” sehingga ke lubang biawak...... Para sahabat bertanya, adakah “mereka” itu orang2 Yahudi ? Rasulullah menjawab...”Siapa lagi? ”

Marilah kita mengambil peluang Ramadhan ini untuk memohon perlindungan Allah dari :

1. Wabak penyakit berjangkit

2. Tertipu oleh konspirasi Yahudi dan Amerika

3. Menyumbang kepada mereka yang sedang membunuh Ummat Islam di Palestin dan serata dunia

4. Terlambat dalam melindungi diri dari serangan Biologi

Juga agar Allah mengurniakan kita :

5. Mendapat rezeki dan jalan keluar dari segala masalah

Natijah Puasa adalah taqwa dan Allah memberikan keistimewaan kepada orang2 bertaqwa dengan FirmanNya dalam AlQur’an :

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan memberikannya jalan keluar terhadap segala kesulitan (Makhrajaa). Dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak di sangka-sangka”

Marilah menuju ketaqwaan

Ramadhan Mubarak

Kullu aam wa antum bikhair

Abdul Latiff

Thursday, August 20, 2009

Rindu aku..

Ramadhan semakin menjelang tiba, tp suasana Ramadhan tidak saya rasai. Suasana raya adalah, da ade shopping complex start jual semperna aidilfitri. Kemeriahan menyambut Ramadhan di bumi anbiya', Mesir menarik2 hati saya tuk kembali. Cewah, 'kembali' takleh blah. 2 3 hari b4 puasa, mereka gantung lampu lip lap la, macam2 la diorang gantung kat town tu. Seronok nye Ramadhan nak datang. Saya yang tak penah rase gembira pon segembira tu sejak hidup selama 20++ tahun ni. Memang meriah, bandar Cairo seolah2 berpesta. Sebenarnye mmg bandar Cairo hidup waktu malam, siang2 diorang tido, tp seolah2 sambut raya kat Malaysia.

Masa bulan Ramadhan, berebut2 orang nak buat kebaikan, sampaikan kita nak bersedekah pon tak tau nak bagi sape dah. Semua orang saling bagi-membagi. Padahal benda sama je bagi. Kurma. Kau bagi kurma kat aku, aku bagi kau kurma balik. Tp, seronoknye mereka meraikan kebaikan yang ada di bulan Ramadhan sampai tahap tu. Nasib baik saya orang asing, terima jelah orang bagi.

Ade sekali, da dekat nak magrib kami masih di jalanan (baru balik shopping), kiri kanan orang baling kurma. Bukan la baling cam main baseball tu, tp kire campak la ke dalam keta kan, diorang dok tepi2 jalan. Orang lalu je, or berenti kat traffic light, diorang campak kurma. Sempat lak pak cik taxi tu wat lawak "Nak lagi ke kurma, kalau nak boleh round lagi sekali". Takyah beli kurma sebulan. Ade sesetengah yang sediakan air. So, kire kalau nak klua rumah takyah bawak bekal ape2la, mmg ade food tuk berbuka nanti.
Khemah2 dibuka tuk menjamu orang bukak puasa. Khemah yang macam orang kawin kat Malaysia. Pendek kata, kat mana2 pon ade khemah. Selang 2 3 langkah je, hehe xlah sampai camtu. Kalau orang yang suka amek kesempatandahla bermusafir, masih student lak tu, memang buleh berjimat la. Bukak puasa dlm khemah, tapau balik tuk sahur. Tapi biasela, kalau da food byk2 tu, xla berape sedapnya, tp saya boleh terima je. Sedap je.

Ucapan2 semperna Ramadhan jugak tak kurang hebatnya. Diorang main tegur je, kenal ke tidak. "Ramadhan kareem, Ramadhan kareem.." Sekali tu, saya klua gi kedai sorang2 (dkt je ngan rumah kawan saya) tiba2 ade sorang mak cik datang, peluk saya, "Ramadhan Kareem" kate die. Tergamam saya, tak tau nak jawab ape or how to react. Ya, kate saya sambil tersenyum, tp muka mmg pelik la. Then, kawan saya kate, bile orang ckp camtu kite jawabla "Allahu akram".
(Nak cite gak kesah sahabat saya kat sini yang pegi kedai, tp mesti la tak reti nak baya. Die ckp harga tu pon x paham, usah kan nak cari duit tuk bayar die. Apa die buat? Die bagi wallet kat tuan kedai tu, pilihla sendiri nak duit mana.. bijak kan? Kalah si bijak camni)

Satu lagi yang best kat Mesir ialah, kat mana2 kita akan nampak orang baca Quran. Sama ada dok tunggu bus, tuan kedai tengah tunggu pelanggan, polis yang bertugas di jalanan, apatah lagi orang yang berada dalam masjid. Memang kagum la. Kalau yang penjual tu, tak kesah da orang nak datang beli ke tak, die trus je baca Quran. Yang syoknya, bukan orang tua sahaja, malahan semua golongan umur. Indahnya kalau kat Malaysia pon macam itu juga.

Yang paling saya takleh lupe ialah mase solat terawikh. Biase la kan, gi surau mase azan isyak. Datang2 tu, mestila lepak tunggu orang semayang je. Tiba2 ade sorang mak cik tegur. Yang saya paham, die kate 'tahiyatul masjid' je. Oh, mungkin die kate kalau masuk masjid, buat la tahiyatul masjid dulu. Oppss, malu je kat mak cik. Mak cik dahla da tua, masuk masjid solat, kami yang muda remaja ni, masuk lepak2 lak. Apa lagi, trusla bangun solat 2 rakaat lepas tu.

Tuh la sedikit sebanyak yang sy ingat pasal berpuasa di Mesir. Harapan saya moga dapat 'kembali' menyambut ramadhan di bumi anbiya' itu lagi.

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Sana sini semua orang da bercakap pasal Ramadhan. Tak sabar nak puasa, tak sabar nak solat terawikh et all. Namun, adakah benar2 kita gembira dengan kehadiran Ramadhan atau kita da bayangkan apa yang akan berlaku sebulan selepas Ramadhan?saya la tu. Hadir ke konsert Ramadhan di Masjid Al-Azim membuatkan saya terfikir apakah perasaan sebenarnya saya untuk menghadapi sekolah taqwa ini? Adakah saya benar2 menanti kedatangannya seperti Amirul Mukminin Umar Al-Khattab yang berjalan di lereng bukit beberapa hari menjelang Ramadhan dan menyebut "ahlan wasahlan ya Ramadhan' beberapa kali sehingga jika orang tidak tahu Ramadhan itu bulan nescaya akan menganggap Ramadhan itu ialah seorang lelaki yang akan datang bertemu beliau? Atau adakah berharap agar dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini sebagaimana harapan orang2 soleh yang telah bersedia amalannya untuk melaluinya?

Ramadhan, umpama sebuah sekolah. Kalau nak gi skolah, mestilah ade persediaan kan? Kena baca buku dulu, kene revise ke ape ke. Same la ngan Ramadhan, sebelum masuk skolah ni, kite perlu siapkan diri kita dulu, iaitu bersedialah untuk menahan bukan sahaja lapar dan dahaga, yang paling utama kesemua panda indera kita, terutamanya lidah. Lidah ni adalah satu anggota yang sangat rajin, sentiasa nak kerja je die. Sayangnya, bukan ke arah kebaikan, tp sebaliknya. Jadi di bulan puasa ni, marilah kita sama2 menjaga, mendidik atau apa2 la, lidah kita supaya kalau nak kerja tu, benda yang baik je. Kalau rasa nak ckp benda jahat je, terus zikir. Ok, kita cuba

Bulan ni adalah bulan yang kita xyah susah2 nak klua rumah tuk shopping. Bukan sebab buleh shopping online, tu bile2 pon boleh buat. Tapi, ni shopping yang lagi special punya, mega sale yang Allah tawarkan. Tak teruja ke dengan mega sale yang 10 juta kali lagi untung daripada mega sale kat dunia ni. Takyah klua modal lak tu. Dok rumah pon da dapat keuntungan (x terdedah ngan maksiat kat luar rumah)

Kesimpulannya, marilah kita sama2 tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini, jgn biarkan diri anda dikuasai nafsu. Syaitan da bungkus kain baju, tah2 kita lagi jahat drpd syaitan.. Na'uzubillah
Maafkan segala kesalahan saya pada anda, selamat berpuasa, selamat menambah iman.


'Terkilan ngan diri sendiri yang berkira2 10 ribu juta kali tuk bersedekah singgit tapi, tak berpk pon bile beli kasut baru (harga dirahsiakan)'

Friday, August 7, 2009

Apa Kata DBG rehat je sampai scholar masuk?

Malang tak berbau.. seswai la sgt, ke tak berbau sbb selsema. Selama ni, ade seseorang yang suka komen cara saya memandu, bahaya kate die. Saya mengaku mmg kadang2 sy drive mengalahkan ape2 la yang trok cara driving mereka, tp ayah saya pesan kalau apa2 berlaku kat jalan raya, bukan salah kita. Jadi, seboleh2 nya saya akan pastikan tiada apa2 berlaku (hampir berlaku ade la) dan bukan salah saya.

Sejak kemalangan misteri tu, mmg saya agak scary nak lalu kat jalan yang sama. And guess what? Kat tempat kawasan tuh la DBG injured. Bukan salah saya, motor tu yang amek lane salah. Mmg saya dok kat lane kiri tapi nak ke kanan. Tp arrow kat atas jalan tu kate boleh gi stret atau ke kanan. Bukan salah saya, moto tu nak gi stret tp datang dari arah kanan, dan terus merempuh side mirror saya.

OMG!!! Nih tempat misteri tu, saya cuma takut orang tu mati. Cepat2 saya bentikan kereta, konon2 nak bg bantuan kecemasan, tp boleh lak Sarip Dol (bukan nama sebenar) nak marah saya tak bagi signal kanan, sedangkan saya bagi dan die kata saya bagi signal lambat. Bukan salah saya, kalau saya tak bagi signal pon tu tetap jalan saya. Syukurlah, die tak mati. Kesyukuran tu telah melupakan saya yang itu bukan salah saya. Boleh lak saya offer nak gi anta ke hospital dan melupakan hasrat tuk mintak ganti rugi. Baik hati rupenya aku ni. Dahla semua orang tgk, kat traffic light katakan.

DBG lak, mase tu saya nampak side mirror macam nak terkopek. OKla, sikit jelah kot nak bandingkan dengan Sarip Dol yang cedera dan motor die lagi teruk. Die nak setelkan kat situ, sbb mmg salah die. Dan mmg salah saya jugak sbb tak mintak ganti rugi kan? Bile nak start enjin balik tu, tibe2 je terkulai layu leher side mirror tu. Alamak beb...keta aku, eh keta ayah aku.Pastu, da sampai kedai makan baru perasan ade kemek sikit posterior to lampu.

kemek dan tercalar
Tp, saya rase kereta ini x ergonomics (alamak, kalau ade org berkaitan ngan kereta ini bace mati aku), sebabnya kawasan tepi windshield tu besar sangat. Saya nak masuk simpang pon tak nampak kereta dari depan, nak kene usha2 luh ade keta kat depan ke tak. Situation2 camni la yg biase nya hampir nak tereksiden la, tuh la nih la. Jadi, saya mmg salahkan kereta ini kalau ape2 kalau apa2 berlaku pada saya di jalanan.

Kawasan yang maksudkan besar
Ape pon, saya mintak maaf pd Sarip Dol (walau bukan salah saya) dan terima kasih pd pak cik 2 orang yang sudi jadi hakim dan memenangkan kami dan kepada abang Fizo (bukan nama sebenar) yang sudi berhenti tanya khabar. Rupenya yang Pak Utih kata lelaki tak empathy and no emotion dan wanita sebaliknya tak berapa benar, sorang pon tak berenti.

Wednesday, August 5, 2009

Banyak cantik muka hang...

Talk by Pak Utih

Walaupun ciri2 suami yang telah sy listkan ade potensi menyakitkan hati wanita, namun diorang ni buleh tahan gak memilihnya. Banyak cantik, nak isteri elok2, tp perangai die x elok pon... For this entry, kite tgk lak antara sifat wanita yang dicari oleh lelaki

  • Keibuan - mereka terpikat dengan wanita yang berhati seperti ibu, yang lemah lembut. Tapi bukan ibu ayam eh.. mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan membuatkan mereka rasa tenteram bile stress, cemas atau gelisah selain mereka nak bermanja.                                              Kate saya: Tp, jangan lupe, ibu kan suka membebel. Kalau kena bebel, jangan tak bersabar pulak
Selit kisah zaman Saidina Umar :
Seorang sahabat ni da tension sbb asik kene bebel ngan isteri die. Buat tu salah, buat ni tak kena. Tiba2 beliau terpk nak mengadu kat Saidina Umar. Pergilah beliau ke rumah Saidina Umar, tak sampai rumah lagi ni, agak2 beberapa langkah, beliau terdengar suara orang membebel, sape lagi kalau bukan isteri Saidina Umar (x tau namanya sape) tp Umar tak menjawab sikit pon.
Esokmya, beliau tanya Saidina Umar, "Gua dgr smalam lu kene bebel baiiik punya"
Lalu Umar menjawab, "Rilek la bro. Bagila can kat die. Selama ni die yang kemas rumah, masak, basuh baju, die nak luahkan perasaan le tu... "
(dialog reka sendiri)
  • Prihatin dan menghargai - Berbeza dengan wanita yang suke diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dan diberi kepercayaan. Rasa bangga bile dapat penghargaan daripada wanita.        Kate saya: Mase befday, hadiah paling seswai ialah sijil penghargaan
  • Menjaga penampilan - Wanita perlu nampak kemas, bersih, cantik dan menarik menjadi pilihan mereka, kerana ini menunjukkan wanita mampu menghargai diri sendiri. 
  • Bijak berbicara  - Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik, tp boleh beri input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat bila diajak berbual. Dan juga pandai wat lawak sikit2 
  • Solehah - Bukan orang nama Solehah, tp wanita yang mampu membawa diri dalam apa jua keadaan dan menjaga tatatertib di khalayak. Betul kan, walaupun macammana x senonoh pon lelaki tu, die tetap nak perempuan baik2 jadi isteri die, kan? Sebenarnya, nih yang plg penting la. Berkahwin dengan wanita solehah seperti saya, seolah2 mendapat bonus di dunia (sebab one of tugas suami mendidik kluarga, kalau isteri da solehah, kurang la sikit tanggungjawabnya)

Sunday, August 2, 2009

Sorry, what U're lokking for is not here

Talk by Pak Utih

Kebanyakan wanita jika ditanya mempunyai ciri2 suami yang diinginkan, dan macam2 la yang diorang nak. Tapi ade 6 perkara asas yang wanita nak, namun haha tak dapat la beb. Bukan la semua suami tak boleh beri, tp yg akan sy list kat bawah ni, ciri2 lelaki sejati la (bak kate Pak Utih)Mind you, lelaki ngan suami tak same eh...  mintak2 bakal suami aku x bace blog ni, kang die apply naya....

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh yang lama. 
Realiti - mekasnisme otak lelaki kurang bercakap dan mudah 'turn off' apabila berbicara isu wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Barat ke atas bayi lelaki dan perempuan yang baru lahir. Bayi perempuan lebih suka tgk orang sedangkan bayi lelaki lebih tertarik pada objek. Solutionnya, kalau wanita nak cakap ngan suami2 ni, bagi benda biar die main, contoh ckp masa berkebun sama2 ke, buat air ke kasik die main cawan tu.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas lelaki dan perempuan dewasa, whereby both of them dipakaikan satu headphone dan kedua2 belah ade bunyi berbeza. Wanita itu berjaya menyebut kedua2 perkataan dengan betul, sedangkan lelaki dah la sebut satu, salah lak tuh. Inferens nya - lelaki pekak sebelah, so tak bleh la anda nak ckp byk2 ngan die, bukan leh dengar pon. Satu lagi, jgnlah marah die kalau x bgn anak menangis, die mmg tak dgr tu. Nak2 kalau suami yang tido mengiring sebelah kanan dan berbantalkan tangan, konfem x dgr ape2. Bagi ibu2, kalau nak anak lelaki tido lena, cubala letak dalam posisi ini. 

2. Usik- mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Realiti - lelaki dah balik rumah tu dah lapar dan penat, so pk nak makan dan tido jer. Maklumlah die sorang je keje..(ayat perli ni) So xyahla anda bertegur byk2 ngan die. Bagi je makan, kalau nasib baik die segar sikit, mungkin boleh la nak bermanja2, kalau tak bermanja ngan bantal peluk lagi baik.

3. Mencurahkan perasaan peribadi
Realiti - Mekanisme otak suami lebih suka memendam perasaan, melayan sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri. Jatuh maruah die kalau bincang problem ngan isterinya. Diorang juga less empathy and no emotion.saya penah jumpe org macam ni,mmg takde perasaan langsung, isteri die masuk ward buat bodoh je(tolongla suami aku beremotion sikit). Satu kajian juga dijalankan, seorg budak pompuan ditinggalkan kat tepi bangunan sorang2 duduk ngan muka kesian walaupun baju die cantik. 2 org je kot lelaki berenti, tu pon sorang sbb awek die kesian kat budak tu. Suami lebih suka jumpa geng die tuk bincang his problem. So, penting kot bagi isteri tau sape kawan2 die, kang salah bincang end up lain lak.

Sifat ni penting sebenarnye tuk lelaki, mereka kan perlu berjihad dan berperang, so kalau beremotion tak sampai hati lak nak bunuh musuh. Tapi jadilah seperti Khalifah Umar, yang garang di medan tempur tapi depan isteri die pijak semut pon x mati

4. Romantik
Realiti - Suami nak cptkan siapkan keje die, nak tido sbb nak gi keje esok. Die mmg takkan pk ape bende jadi kat rumah. Tp, diorang mmg suke isteri manjakan diorang. Mengadekan? 

5. Berpakaian kemas
Realiti - Most of men buta warna, sebab gen warna ni ade kat chromosome X, diorang ade satu je, rosak tu abih la. Sebab tu diorang tak kesah pakai baju kaler hijau, seluar kaler merah ke. Bukan diorang nampak kaler ape. To save ur pride, kene la jadi fashion adviser ke ape.. ape2 la

6. Membantu kerja rumah tanpa disuruh
Realiti - Hahaha, ni lagi x dapat. Diorang lagi menambahkan kerja rumah ade la. Baik hujung2 minggu tu suruh je keluar menjalankan hobi nye, supaya tak menambah beban kite, bolehla tido lame sikit.


Ade seorang peserta mengadu suaminye hanya boleh jaga anak sulung je mase budak tu kecik. Die boleh mandikan, bagi makan, tidorkan pendek kata cam bapak tunggal. Anak2 lain lak, die buat bodoh je. Dr Fizah kata, bersyukur lah sebab at least die penah jaga anak sulung tu. Amboi, banyak cantik, buat anak pandai, nak jaga tak reti lak.
Pak Utih lak suggest buat jadual, kesian anak ye. Cam xde orang nak jaga. Ape pun, jgnla sampai anak tu jadi anak bibik lak, x pasal berbesan ngan org overseas lak.



Alamak2, ade org nak marah la..sapa makan cili die la rase pedas. Tapi, bukan semua suami macam ni cume kate Pak Utih kalau suami anda bersifat di atas, bersyukur lah sebab anda kawin ngan lelaki tulin, maskulin 100% (nak doa dijodohkan dengan lelaki tak tulen??)


Sedikit nasihat pd suami, jgnla nebeng sgt, walaupun memang lelaki diciptakan macam tu tlgla keje rumah skt2, pandai2la layan isteri sendiri, kamu yg nak kawin ngan die.

Kalau my hubby buat camni, mmg aku dok spital tak balik2laa

   

Saturday, August 1, 2009

Cantik Luar Dalam

By Dr Hafidzah Hj Mustakim
(I just list the points. Too much to write all)

INTRODUCTION
-Cantik is fitrah, semua orang nak cantik. The only way to reach is by come back to the fitrah. Kenali diri sendiri, kenali pencipta yang memang cantik dan sukakan kecantikan.

-Ramai wanita tertipoo dengan kecantikanya yang memudaratkan. Dunia salah tafsir tentang cantik. Orang cantik digambarkan kulit gebu, kurus kering, dan rambut rebonding.
-kesan: menghabiskan berjuta2 dolar tuk 'cantik'
: allergic reaction + cancer + death due to toxicity
: penyakit psychiatry - anorexia nervosa or bulimia
-Semahal itukah harga kecantikan?

-Wendy Kaminer (The American Prospect)
"Suatu masa dahulu gerakan pembebasan wanita berjuang menuntut hak kesamaan di antara lelaki dan perempuan yang akan membebaskan wanita daripada tipudaya fesyen dan kecantikan. Tapi sekarang wanita menganggap skirt pendek adalah lambang kebebasan. Penindasan bukan lagi diskriminasi di tempat kerja atau keganasan seksual tapi kegagalan untuk mendapatkan kasut yang sesuai, wanita yang tidak cantik dipandang sebagai wanita tidak sempurna dan mundur... "

-Adam Patel (Islam:the choice of thinking woman)
"Keinginan untuk cantik telah merosakkan wanita secara moral, psikologi dan spiritual. Wanita perlu membebaskan diri dari kehendak masyarakat lelaki. Untuk mencapai perkara ini kite perlu satu falsafah yang menghargai wanita kerana dirinya dan menilanya berdasarkan akhlaknya dan bukan atas kecantikan atau kekayaaannya - falsafah yang mengembalikan identiti, status dan harga diri. Falsafah ini adalah ISLAM

ISLAM DAN KECANTIKAN

  • Al-A'raf:26
"Wahai anak Adam. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik2nya. Yang demikian itu adalah dari tanda2 (kurnia) Allah supaya mereka beringat
  • Hadith Rasul
"Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia sangat sukakan yang indah dan cantik"- Muslim & At-Tirmizi

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"- Muslim

"Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baikla seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan"-Bukhari dan Muslim

10 SIFAT KECANTIKAN PERIBADI UNGGUL
  • Objective - mencantikkan semua dimesnsi kehidupan manusia dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelectual dan social (JERIS)
  1. Aqidah yang bersih - keimanan direflectkan melalui akhlak
  2. Ibadah yang benar - wajib complete + sunat
  • Wudhu' yang menyerikan wajah
  • Solat - mencegah perbuatan keji
  • Puasa - perisai
  • Zakat dan sedekah - penyubur harta
  • Haji - kemuncak pengabdian di jalan Allah
3.Akhlak yang terpuji
4. Ilmu yang luas - akal sentiasa berfikir, seimbangkan ilmu dunia dan akhirat
5. Kesihatan fizikal
6. Kecantikan hari melawan nafsu
7. Menjaga waktu
8. Teratur dalam semua urusan
9. Berusaha dan berdikari
10. Bermanfaat untuk orang lain

BERHIAS DAN MERAWAT DIRI
-Islam mengharuskan malah menggalakkan wanita berhias tp untuk org yang sepatutnya lah..
  1. Menjaga kulit dengan olive oil ( Hadith nabi riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Makanlah minyak zaitun, dan sapula kulitmu dengannya kerana ia datang dari pokok yang diberkati)
  2. Makan makanan yang mengandungi protein, vitamin dna mineral seperti vitamin E, folic acid so and so forth.
  3. Senaman dan penjagaan berat badan unggul
  4. Lemak baik yang terkandung dalam makanan seperti ikan, kacang n olive oil (Kulit yang bersinar dan system immue yang kuat)
  5. Sayur dan buah
  6. Air, air, air (kelembapan kulit)
  7. Tidur dan rehat yang cukup
  8. Kebersihan diri dan persekitaran
CARA BERHIAS BERLANDASKAN SYARIAT
  1. Niat untuk mensyukuri nikmat Allah
  2. Berdoa
  3. Gunakan perhiasan dan produk yang halal dan dibenarkan syariat
  4. Menutup aurat dengan sempurna
  5. Pakaian yang longgar, tidak jarang
  6. Tidak berlebihan dan membazir
  7. Tidak mengubah ciptaan Allah
  8. Tidak menyerupai lelaki
  9. Tidak bertabarruj + perfume yang berbau kuat di depan bukan muhrim (jgn sampai bau hapak lak)
  10. Bukan untuk bermegah atau meniru pakaian orang jahil
Setakat ini lah yang mampu saya tulis. Kalau nak yang lebih baik and more informative, kite gi lain kali yek, kalau umur masih panjang dan peluang masih ade.

Apa guna bermulut cantik, kalau kerja asyik mengumpat
Apa guna berwajah cantik, kalau tidak menutup aurat

Inikah beratur nak masuk stadium tuk tgk bola?

Mesti terkejut kan dengan tajuk my entry? Terasa exaggerated lak kalau gune term padang mahsyar, tuh yang tukar tuh.. Inilah a scene in emergercy department sejak beberapa orang Malaysia telah meninggal dunia kerana H1N1. Penuh gile kat depan hospital tu, sampai saya pon takut nak dekat. Sampai2 je td terus masuk dapat emergency department, mintak mask.

Orang2 yang demam semua dia main examine kat luar je. Ade la satu pondok buruk tempat berteduh. Takla buruk sangat, cantik2. Semua orang beratur panjang giler nak tunggu turn jumpe doktor. Same ke ngan nak masuk stadium? Masuk stadium kene beratur ke? Tak penah masuk.. hehe

Walaupun ramai gile orang dan doctor memang kesian, sangat2 kesian. Bilik tu takde aircond, panas n dengan orang yang tak putus2, memang la penat. Namun, personally sebagai medical student saya lebih gembira kalau orang2 ini datang awal, mungkin mase demam biase yang kadang2 orang malu nak jumpa doktor takut doktor kata, "ek eleh, camni pon nak dtg spital ke?" daripada die dtg dlm keadaan da teruk. Kalau mati kang, kite jugak naik nama. Ini adalah kerana sebagai medical student, saya hanya perlu melihat patients beratur beramai2 tanpa perlu treat them. Maybe when I become a doctor, my opinion will change. Time will tell

Tadi sempat jugakla borak ngan pak cik guard. Takde keje sangat, sbb dalam emergency ward bukan ade orang sangat pon, yang demam je ramai. Nak tolong doktor kat isolation zone tu takleh masuk kot, sebab isolation. Daripada kene halau, baik x yah gi. hehe
Pak cik kata, kesian doktor. Dalam seminggu ni, memang camnilah patient nya. Tak berenti2. Sanggup ke kamu ni nak jadi doktor? Tapi, takpe mungkin mase kamu jadi doktor nanti, takde dah H1N1 ni. Chill...!!!

Saya da rase scary nak jadi doctor ni. 1 year tu tak lama pon, kalau umur panjang. Sanggup ke saya???

Worth Attending


Seminar Wanita Anggun. At first, I was quite confident by the title, there must be a lot who wanted to attend this programme, tp silap bajet betoi... nak kene pujuk2 pulak, tu pon tanak ikut jugak. Okla fine.

Bile sebilangan kecil je yang nak join, cuak jugela. Takpe ke aku x study hari ni?(programme tu from morning to evening - walaupun hari2 lain tak study jugak :p) Memandangkan I was the one yang tanya2 sape nak ikut, cam terpaksa la jugak pegi. Lagipon da lame tak join programme yang berhimpun ramai2 ni. Actually this is how I got my spirit back besides calling home.
As expected, it does not let me down. I really enjoy la walaupun application nye lebih banyak kepada orang yang da kawin (maybe I'll share the contents in other posts), bykla ilmu dapat tuk persediaan alam perkahwinan and da byk plan bermain2 di fikiran ini bile da diijabkabul nanti. (Untung sape nak kawin ngan saya sekarang.. yucksss)

Other than that, I got another thing yang takde kaitan dengan objective seminar ni, cume saya sorang je dapat. Selama ni, this is my main problem dan now I'm ready to let go, it become easy and even ignore is easier (For all this while - it's hard, but harder to ignore). There's one thing that I really wanna do to solve this matter. When the time come I wanna do it becoz I wanna do and I'm happy to do it, not for other ppl. Saya mmg takkan cakap ape benda nye, cume I will do when the time come.

Seronok jugak jumpa Dr Hafidzah Hj Mustakim, ketua wanita JIM Kelantan our speaker td. Memang best sgt die ckp, maybe die da byk pengalaman. Actually mmg lekat la in my mind so far. Esok2 tak tau la...Pak Utih pon best jugak, cume byk wat lawak, keluar air mata saya.

Ngan Dr Hafidzah yang turut memberi kata2 semangat tuk org2 nak amek P2S1

Jumpa budak kecik nama Aisyah, anak Kak Fatimah. First I met her kat Masjid Selat tuk programme qiamulail, tak sangka she still remember me, pastuh ikut je mane I pegi, macam aku lak mak die. Baru tau yang mak die da meninggal n K Fatimah tu mak tiri die. Rilek je die citer, maybe sebab die budak kecik lagi tp I think she is old enuff to understand. Moga die terus kuat dan sabar.Aisyah macam Tom Cruise's retarded cousin

Memang enjoy la pogram ni walaupun penat ulang alik gi toilet je. Bilik sejuk and makan tembikai ngan Aisyah byk sgt, mesti la asik nak terkucil jer.

Yang tak puas hati nye, semua org beli buku Pak Utih dan dapat die nye signature. Saya tak beli sebab wallet tertinggal. Boleh lak tinggal wallet kat rumah. Seposen duit pon tak bawak. Sebbaik I brought Nebby along, die la tolong bayar registration fee RM10..

Hopefully, org2 yang pegi seminar ni akan jadi anggun, except me sbb da anggun, moga bertambah anggun jadi anggung...

Walaupun x bawak wallet, sy tetap bergaya anggun dengan kereta yang sama ngan keta bekas bakal boifren saya. Caye tak kitorang gi pogram tu ngan keta ni?

Outcome : So anggun and motherly

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008