Showing posts with label jahil. Show all posts
Showing posts with label jahil. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Something not in the book

Nak marah betul hati ini, semalam kaki K*** tersepit kat pintu almari, just like what happened to me the other day (thumb terkepit pintu kereta). Then, we went to the same clinic where I got the treatment. But, it was different doctor when K*** got out looking unhappy with unsettled nail also.
Cit, K*** kate that doctor said, " I cannot do anything, can give you antibiotics (what the....???? Patutla banyak case antibiotic resistance bacteria sekarang ni, kepit pintu pon nak bagi antibiotics ke?plz.... )

Then, apa yang saya nak marah sangat10, when K*** told her "My fren had this prob b4, dr here tebuk her nail"
She said, " I never heard of that, I don't know what ur fren is talking about" dengan nada yang menyekit and irritating (the fren is me la)

Nasib baik la kat klinik, and I ni masih ade sikit maruah, and sebab takde bukti and sebab K*** kate, takpela jomla kita balik. Kalau tak, mmg I will go inside the doctor's room and cakap "Dr, meh sy buat, dr tengok eh. Lps ni kalau ade orang datang sbb hematoma kat kuku, jgn bg antiotics, tp tebuk cam ni, release kan pressure die to reduce the pain." (kalau nak bagi analgesic, akal logik aku boleh terima lagi)

Can u feel the hotness

Sesungguhnya doktor, benda ni mmg takde lam buku, tp logikla sikit. Kalau nak release intracranial pressure kan kite tebuk kepala die. Tak boleh apply kat sini ke? Kuku kan keras, bila dah hematoma, camne die nak occupy the small space? Koppaaa...


Nampak tak lubang tu? Sebesar2 gamba aku letak (nak marah sgt la ni)




Monday, September 28, 2009

Usah Beralasan Anda Jahil

Maryam (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang dilihat baik oleh kawan2nya. Maryam ialah seorang yang gemar mengikuti program2 agama dan dilihat sebagai seorang yang berilmu pengetahuan agama yang agak mantap dikalangan kawan2. Maryam juga agak berbeza dengan gadis2 lain dari segi penampilan yang lebih suka mengenakan pakaian longgar (kebanyakan gadis kan lebih suka mengenakan t-shirt yang selesa walaupun agak kecik). Sungguhpun begitu, Maryam juga seorang yang gemar bersosial, bukanlah seorang yang pendiam sangat. Kawan2 Maryam terdiri daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan tahap keagamaan (cam x berapa tepat, tp maksudnya berbeza kesolehannya)

Maryam mempunyai seorang kawan baik lelaki, Faizal Tahir (bukan nama sebenar). Mereka sering keluar untuk bersukan, kadang2 berdua dan kadang2 ada seorang dua kawan Maryam yang ikut same. Maryam memang amat menyenangi kawannya itu. Namun, mereka bukanlah terlalu rapat sehingga tiap2 hari nak kluar berdua, biasenye mmg mereka akan keluar untuk bersukan sahaja dan tidak dihebohkan kepada mana2 tabloid yang mereka selalu bersukan bersama.

Pada suatu hari, Maryam telah bercerita kepada kawannya,  Maria (bukan nama sebenar) yang Maryam telah keluar dengan Faizal Tahir ke taman rekreasi untuk berjoging. Terkejut beruk Maria "Korang keluar berdua je?" Maria memang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sedangkan Maria juga mempunyai boifren dan klua berdua jugak. Kenapa Maria tidak terkejut dengan perbuatannya sendiri, sebaliknya sangat terkejut dengan perbuatan Maryam.

Kerana, Maryam adalah gadis yang baik dan dianggap tidak patut melakukan perbuatan2 kluar berdua dengan lelaki atau yang seumpamanya, sedangkan kalau gadis2 yang biasa sahaja perangainya, yang tidak join sangat program2 agama benda tu tidak menjadi kesalahan, sedangkan kedua2 mereka mengetahui itu tidak baik.

Adakah Maria jika dia seorang manusia yang biasa2 (bukan imam, lebai, ustaz, ustazah atau seumpamanya) kalau anda buat dosa, dapat separuh je? banyak cantik muka kau. Kalau Maria tu jahil memang tak tau keluar ngan bukan mahram berdua2an tu tak berapa elok, nak wat camne. Tp, kalau tak tau, takkan terkejut lak kan?

Maryam tu memangla tak patut sebab dia tu orang nampak baik budaknya, tapi sebenarnya sama je. Tp, kene ingat Maryam tu manusia gak. Semua manusia sama, ada iman ada nafsu. Antara baik dan jahat hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang bila2 boleh dicross. (promote cite Antara Garisan. best2)
Maryam sepatutnya lebih sensitif dan menyedari camne orang pandang die. Kalau nak keluar gak ngan Faizal Tahir tu, ajaklah Fasha Sandha ke, Memey ke, xyahla berdua2.

Maria lak, walaupun Maryam tu nampak baik, tak semestinya semua perangai die buleh ditiru. Kalau memang da tau benda tu salah janganlah terus menjahilkan diri dengan mengatakan "Maryam tu budak baik, buat jugak benda ni2 (perbuatan mungkar), aku ni apetah lagi" ertinya menjadikan Maryam sebagai alasan untuk terus bergelumang dalam maksiat (ayat takleh blah). Sepatutnya da Maryam tu buat salah, Maria la kene tegur (Maria mesti takut nak tegur sebab nanti die pon takleh buat jugak, huhu)

Kesimpulannya, jangan beralasan anda jahil dan terus-menerus terlibat dengan maksiat kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan tidak berkurangan sikit pon kuasaNya andai kita ingkar.


 Jom pakat tgk citer ni n amek pengajaran daripadanya







Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008