Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Cousin yang gilak

Orang yang dimaksudkan ialah yang memakai baju merah




Kenapa saya kate cousin ini gilak?
1. Sebab dia adalah orang paling nakal di kampung Kadok
2. Sebab kalau buat kelas tusyen, die adalah orang paling malas belajar, buat 2 soalan je trus nak tido
3. Sebab die gemuk dan makan banyak (2 pinggan orang dewasa)
4. Sebab kalau atas kereta, die rase nak makan die akan cakap sakit perut. Bile ayah die bagi signal masuk kedai makan, sakit perut die terus hilang
5. Sebab kalau die nak makan KFC, die cakap orang kat dalam KFC tu panggil dia
6. Sebab die datang makan rumah orang sesuka hati
7. Sebab die sedang mengacau saya yg nak tulis blog ni suh bukak facebook dia
8. Sebab walaupun die NGO, ade ramai orang suka kat dia
9. Sebab dia sokmo merepek
10. Tp, die ajar sy selalu berterima kasih. Sebab die ucapkan terima kasih kat mak ayah die yang belanja makan, sedangkan saya x pernah pon... hoho
11. Gilak cun sebenarnya...

Tuesday, October 19, 2010

A Day Out

Destinasi : Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu
Tujuan : Menghadiri konvokesyen Uda
Ahli rombongan : Ayah, Mak, K. Ngah, Ujay

6.30 am
Cepat2 siap!! Da lambat ni.
K. Ngah tak sempat pakai tudung cantik2, konon nak pakai tudung belit2, amek kau terpaksa belasah asalkan menutup aurat dengan sempurna...
Semua naik kereta menuju ke Kuala Terengganu

8.15am
Berenti kat kedai nak breakfast. Makanan da abisla, kate penjual itu
Perjalanan diteruskan sampai jumpe sebuah kedai yang makanannya tak sedap okla, tp ahli rombongan menghabiskan makanan sebab da lapar.

9.43am
Tersesat ke Pulau Duyong, menyimpang dari jalan menuju TTI

10.10am
Sampai ke destinasi, Pusat Konvensyen
Macam biasela, 2 org je dibenarkan masuk dewan, so bagi mak ngan ayah la. K. Ngah ngan Ujay gi lepak depan Masjid Kristal sambil Ujay menyiapkan homeworknya sbb die da ponteng skolah hari tu.

12.30pm
Majlis konvokesyen tamat. Sesi bergambar sekeping 2 bersama Uda

1.30pm
Ahli rombongan menuju ke Taman Tamadun Islam
Hebat betul nak masuk TTI ni, siap ade passport lagi. Sape nak gi TTI bolehla mintak passport ngan saya, nanti buleh naik tram free..
Harga nak masuk RM15, tp menurut dalam passport ni, kalau ade mykad dapat diskaun RM7. Tp, org kat kaunter tu x cakap la plak, dah dapat passport baru tau, hampeh...
Pegi TTI, macam melawat 23 negara, tp lawat masjid jelah
Syok tgk Taj Mahal lagi sekali

4.00pm
Rombongan keluar dari TTI
Gi mayang kat Masjid Kristal dan bersiap2 nak balik

4.45pm
Mesti pelik kan? Mayang ape lame sangat? Sebenarnya kami mayang ikut imam, kebetulan masuk masjid tu azan asar..
Berkira2 nak balik, "Kita gi naik boat nak?" tanya ayah...
Let's go

5.00pm
Naik TTI River Cruise bersama 1 family cina, bising tp okla sbb takla sunyi sgt boat tu. Kami ni da penat kelliling seluruh dunia td, tak larat nak bergelak2 dah

6.00pm
Bertolak balik kelate. Ingatkan dah tamat la...

9.00pm
Eh, ade pasar malam la.. Jom singgah, beli nasik nanti xyah masak da kat rumah.. Jommm

Ini betul2 destinasi terakhir....
Seronok betul, seharian berjalan2..
Kalau ahri canni, syok nya....

Monday, October 4, 2010

Usia, hanya pada angka

Inilah saat yang saya nanti2kan selama ini. Abis blajar, balik kampung, maknanya bawak balik keta. Bukan excited nak balik kampung, tp excited nak drive sendiri dari Melaka to Kelate. Syoknya2.. Boleh la i prove to myself that I am able to drive a long journey, alone.

Kebetulan pulak sorang budak uduh kawan saya dari sekolah sampai universiti kawin seminggu selepas kami mula bercuti. Dengan memberi alasan nak lepak kat rumah kakak di KL, saya berjaya membiarkan kawan2 Klate lain blah dulu. Maknenye mmg keta saya akan bergerak sendirian. Syoknya2...
Sebab kawan saya kawin tu, bolela sy balik ngan kawan saya dr Perak yang nak pegi gak majlis kawin tu. Itupun nak mengurangkan kerisauan orang tua di kampung.

Berkali2 ayah saya tanya, betul ke tanak die gi amek? Boleh la balik 2 orang? BOLEH!!! Jawab saya yakin. InsyaAllah boleh, jalan slow2 je. Ala, minah ni kan ade, takde ape la ayah. Jangan risau. Okla, kalau cantu, ayah saya mengalah.. Yesssss!!!

Esoknya, mak saya lak call tanya benda sama. Ayah risau ni, kata mak. Die ingat kalau die suh mak pujuk, boleh makan ke? Saya tetap tidak berganjak dari keputusan saya. Sekali lagi mereka mengalah.

Lusanya, ayah call lagi, "Ayah suh odo gi KL, amek ngah...!"
Kate saya, "Takyah la .. Jelita ade, boleh blk dua org. Jgn la risau. Brg ngah bnyk, mana muat odo.."
Kate ayah, "Tinggal jelah barang kat rumah kak long. Ayah kan gi sokmo KL, nanti ayah amek la.!" tegas dan full stop
OK...

Terpaksa setuju jelah.. Ayahanda tak perasan ke anak die da besar, da 25 tahun, bile nak berdikari canni?....

My latest picture. X nampak cam org 25 tahun ke canni? Yang pakai baju klabu tu wardina. Jgn salah faham k

Monday, September 27, 2010

Misteri mimpi

Saya telah habiskan last weekend di rumah kakak di KL kerana terlalu takut menunggu result keluar di Melaka ibu bapa juga turun KL masa tu, lgpon dah lama tak turun KL, bulan puasa hari tu tak gi KL langsung, jadi alang2 tak tau nak buat apa, pegi jelah...

Alkisahnya, mak dan adik saya ialah orang yang tidak kesah tidak berselimut waktu malam, tp saya dan ayah lebih suka berselimut. Malam tu, sebab penat sangat, kami belasah tido tak berselimut, walaupun sy tahu dalam almari tu mesti ade selimut, tp sebab malas nak bgn amek da ngantuk sgt.

Saya bermimpi, macam biasa la. Sejak akhir2 ini saya selalu bermimpi. macam2 saya mimpi. Eh, ni bukan nak citer mimpi saya yang byk2 tu. Saya bermimpi Hafiy (anak buah saya umur 3 tahun. Boleh klik untuk mengenali Hafiy dan kluarga dgn lebih lanjut, ceehhh bajet)

Truskan mimpi saya malam tu, saya bermimpi Hafiy datang bawak selimut, lalu terselamatlah saya daripda kesejukan. Pada pukul 4.30 pagi saya terjaga dan mendapati pintu bilik terbukak, dan saya sedang berselimut dengan kain batik yang dipakai mak saya. Bukan saya cabut kain batik mak buat selimut eh, tutup kaki ja...

Esokknya, kakak bertanya, "perasan tak Hafiy bukak pintu bilik korang semalam? Patuh, die balik tido kat bilik semula..."
Apekah? Adakah Hafiy bermimpi telah membawa selimut untuk kami? Malas nak merungkai misteri itu. Kalau tanya Hafiy pon, mesti tak paham....


Mok ngoh n Hafiy

Friday, February 19, 2010

Kelewatan

Cuti tahun baru cina lepas ( lupa lak nak wish happy chinese new year kat my grupmates yang sgt caring, next entry) nenek sedara saya telah kawin, dengan orang yang tidak dikenali, cinta lepas kawin la ni..
Majlis tu berlangsung kat Jerantut, Pahang. Dari KL saya gerak ngan kakak n familynye. Konon nak gerak lps subuh (maksudnya pagi2 la) tp sbb semua orang pon semayang masa subuh da nak blk sambung tido lepas semayang, jadinya lambat jugakla kami gerak.

Lps breakfast, dlm kul 10 kami gerak. Ramai gile orang kat highway, semua orang melayu yg nak blk kampung. Sabar jelah, sape suh gerak lambat kan? Dalam 50km ke Jerantut, mak called. "Bile korang nak sampai, pengantin da sampai da pon"

Sampai hati pengantin tak tunggu kitorang. Yang lebih sedih tu, kitorang sepatutnya ade uniform yang sama ngan semua sedara-mara, tp sebab mak baru jahit so baju tu ade kat Jerantut. Sedihnya tak sempat tukar baju sbb mase tu mesti org ramai kan, sibok2 canne nak gi tukar baju?

Kitorang sampai dalam kul 12, mmg da ramai la org. Datang cam tetamu jelah, tp masuk kot pintu belakang. Sempat gak tukar baju, tp penantin pon da abes makan. Diorang takde la bersanding2, hasilnya takde sgtla gamba pengantin dlm kamera saya. Dahla baju kitorang cam budak plkn, jadinye bukan gi majlis kawin tp kem plkn. Haha

Ape pon, selamat pengantin baru pada Mok Dah. Semoga kekal hingga akhir hayat




Pengantin sebenar. Baju hitam tu sila abaikan



Pesert plkn







Blajar dari Mommy dan Abi

Alkisahnya mommy dan abi baru pindah rumah baru, 2 hari berturut2 mereka gi I*** tuk beli barang2 rumah mereka. Tp, bukan tu isunya. Yang saya nak highlightkan ialah mereka telah meninggalkan troli berisi barang2 mereka pada waktu pagi at some corner of kedai tu sbb ramai org bayar, so malas nak beratur. Malam tu mereka gi lagi, suprisingly troli dan barang2 tu were safe there.
The second day pun camtu, diorang tinggal gak sekejap troli dan gi bayar kemudian.

I was so amazed with their technique dan cuba praktis kat salah satu supermarket kat Melaka ni la, kumpul2 barang dlm troli, letak at some corner then lari gi makan jap. Mase tu kawan2 saya dah risau "Boleh ke tinggal kat sini?"
"Jangan risau," kate saya "Takde orang kacau nye"

Bila kami balik, carik2 troli tu da takde. Tiba2 saya nampak pekerja supermarket tu tgh tolak troli yang ade barang yang dipercayai barang kami tp da bercampur ngan barang2 lain jugak and some of our things also gone. Terpaksa la gi kutip balik barang2 nak beli.. hampeh...

Pengajaran: bukan semua pekerja kedai mengemas barang selepas tiada pelanggan dan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, kite dok tempat orang pepandaila berubah ikut keadaan ye. Jangan nak ikut keras kepala kita je, unless u wanna be sorry...

Entry Yang Mengumpat

Jom kita mengumpat Pak Su. Pak Su ialah seorang anak lelaki bongsu dan usianya jauh berbeza daripada abang diatasnya, menjadikan Pak Su seorang budak lelaki yang sangat manja dan mengada-ngada

Pada suatu hari, seorang rakan satu sekolah pak su, Mak Yam (bukan nama sebenar) telah diinterview. Berikut adalah butir2 interviewnya

Interviewer: Mak Yam, exam dpt no berapa
Mak Yam: 1
Interviewer: Kenapa Pak Su dapat no byk2? Die malas ke?
Mak Yam: Takla, die rajin. Homework selalu siap
Interviewer: Abih tu?
Mak Yam: Die suke merajuk
Interviewer: Merajuk?
Mak Yam: Selalu merajuk ngan kawan2. Kalau kawan2 die tak bg main bola die mesti merajuk..

Hahaha, Pak Su2, ingatkan Pak Su merajuk kat rumah je, rupenye kat school pon merajuk juge. Awak tu dah besar, dah2 la merajuknye.

Saya pon kurang pasti adakah sikap merajuk itu normal dikalangan kanak2 lelaki berusia 11 tahun. Kalau normal takpelah, tapi kalau abnormal, siapakah yang bersalah? Pak Su, atau parentsnya yang terlalu memanjakan die.

Saya pon tak belajar ilmu parenting, cume yang saya tahu mungkin family Pak Su show high emotional expression (EE). Apa tu? Dalam psychiatry, the ability to heal in psychotic patient, especially schizophrenia juga bergantung pada family nya. Family yang mempunyai high EE is charaterised by hostility, negative remarks and over involvement or protected.

Patients yang mempunyai family jenis ini sudah tuk sembuh atau mungkin akan mengalami relapse kerana beliau tidak mendapat sokongan family nya. Jadi, kite ahli keluarga kita disahkan bersakit mental, layanla die seperti manusia normal, die bukannya orang kurang upaya cuma mentalnya tak berapa sihat. Ajarlah dia berdikari, jangan membenci dia dan curahkan kasih sayang yang setara dengan orang lain. Walaupun pada hakikatnya schizophrenia the most important treatment ialah ubat.

Tiba2 terlupa lak kisah Pak Su td, mungkin family Paksu over protect him, so die rasa ngan sapa2 pon die akan dilayan seperti family die layan. Mungkin Pak Su akan menjadi matured bila masanya tiba nanti.



Monday, July 27, 2009

Kawin ke tak?

A weekend with my nephews was an adventure experience but it was very sweet. Thanks to them, my dream of getting married is slowly fade away. Satunye, sbb tak tau bile leh jumpe Fizo Omar nak ajak die kawin. Duanya, adu yai agak mencabar la nak jaga mamat 2 orang ni. Saya memang suspect la mommy diorang coz still bertahan until this point, if it was me, tah la..
Petang Jumaat tu, kami started the journey to Klate (4 months da i x balik Klate) after Abe Nuar blk dari Ofis. Awal2 tu, Hafiy ngan Fahry elok2 je, kecuali kadang2 Afy merengek 'mam... mam' (maknenye nak breastfeed la tu). So, terpaksa pass2 si Fahry ke depan ke blakang (mommy diorang dok depan, I sat at the back). Tp, Fahry pon okla, cume bile die lapa, nangis2 nak hisap susu. So, perjalanan malam tu dihabiskan dengan saya yang plg byk tido hoho.
Pengalaman jaga Afy ialah mamat ni takleh langsung tak nampak mommy die. Nak main ngan die boleh, in fact die mmg ske main ngan orang lain, tp mommynye kene ade kat depan. Asal hilang je, mula la die, "miii.. miii"..Ade sekali kami bawak die gi Pasar Tani, melalak la die atas keta. Yang lawaknya, rasuah die ngan coklat mase nak bawak gi ke keta. Hampir 1/4 perjalanan die meraung, nasib baik last2 senyap jugak sbb tgk kereta byk. "Car bi" (car abiy), wow wee (lorry) Tuh jelah die sebut along the way.
Kalau amek gambar lak,xleh blah jugak. Sengih cam gamba kat bawah. Tuh jelah gaya die posing. Boleh die tahan beberapa keping gamba sengih camtu je. Hafiy mmg lawak


Jaga Fahry lak, asik nak kene dokong je. Penat la dik. Tp, die senang nak tido, goyang2 sikit die tido la. Cumenye bile die tido mmg takleh letak, die akan sedar. Yang lawaknya, boleh die bukak mata sikit (mase tgh tido) tgk ade org pegang die tak. Kalau ade, tutup mata balik. Haha


Yang pentingnye, bile ade dua2 orang ni saya tak study, sebok jaga diorang. Nak cakapnya, takleh wat keje lain la... Tabik spring kat mommy diorang sbb still boleh wat keje lain walaupun jaga anak2 yang takleh langsung berpisah dengannya. Syukurlah, beliau masih bercuti sampai sekarang. Kalau saya, maybe kene pilih antara anak dengan kerja.
Nak berpisah ngan diorang rase sedih lak. Sy tinggalkan mereka mase mereka tgh tido... selamatlah anak2 sedare ku.
Patut la mommy diorang tak sanggup tinggalkan mereka ngan sape2, walaupun mungkin menyusahkan (for me) tp mereka adalah anak2 yang comel. Mungkin tuh la perasaan seorang mak, walaupun anak2 menyusahkan die,tp die tetap sayang anak die tanpa berbelah bagi.
Adakah perkara sama akan berlaku pada saya? Orang kate, kalau kite berada kat tempat tu, kite pon akan tau how to face it and somehow come out with solution? Betoi ka? Belum cuba, belum tau. Soalnya, berani ke untuk mencuba?



p/s: Doa Mok Ngoh pd Afy and Fahry semoga jadi anak yang soleh dan menggembirakan ibu bapa and stay comel...


Saturday, June 13, 2009

Her befday

Happy 27th befday to my sista, MommyLina. Semoga panjang umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan hidup serta bahagia bersama keluarga........

Tadi I call mak, nya kate nya lupe.. hehe... so sorry..

Friday, March 27, 2009

Budak Lucu

Budak Besar : Abang da skolah?
Mukhriz : Cuti


Budak Besar : Comelnya awak...
Izzah : Takla comel pun...



Budak Besar : Nama sape?
Izat : Siapa nama kamu, budak mentah?



Budak Besar : Ni nak sape?
Budak kecik (xtau nama) : Anak ayah
Budak besar : Ayah nama apa?
Budak kecik : (pause) Man

Tuesday, March 24, 2009

Engagement on a Birthday

It was March 19, 2009 that my cousin, I repeat my cousin la bertunang, not me. It was my father's befday also. The night before my mom and me went to a moderate market (not super, not mini) to buy a present for him. Biase la, ape lagi kalau bukan baju. Memang xde rezeki, semua baju kecik, saiz XL pon I yang muat (exaggerated). Kata kakak tu, ni baju from Vietnam, sebab tu kecik sikit. Last2, Uzair yg dpt sluar. Huhu

Pagi tu, agak kelam kabut. Biase la kitorang, janji kul 10, kul 10 tu baru nak mandi, nak ape. So, tak sempat nak ckp kat orang rumah nenek suh nyanyi lagu happr befday. Dalam kul 10.30 camtu gerak ke rumah bakal tunang my cousin tu. Semua orang tak tau jalan, so die la yang lead. Tah mana2 die bawak kami, jalan paling jauh. Cam nak gi KL lak (exaggerated lagi). Walaupun tuning lelaki ikut, tapi bile da sampai rumahnye terus my aunty halau die balik. Tak sempat nak tgk tunang die. Kesian

Before balik, I called my cousin suh siap2 pasukan koir tuk nyanyikan lagu happy befday. Tup2, banyak lak plan orang2 tua ni. Nak pegi situ, pegi sini. Ish2. Cam kene cancel je koir ni. Sedih je pasukan koir kat rumah, dah trening siap2 dah. Kami pegi ngan 2 keta. Tp, masing2 nak pegi tempat berbeza, kereta yg sy naik tu sampai dulu ke rumah, yg my dad's haven't reach home yet. Mase tu da kul 1 lebih. Petang tuh lak nak gerak ke Jerantut, ade sedara kawin. So, I tot da kene kensel la koir ni. Mesti my parent nak balik rumah trus, x packing ape lg nih.

Tiba2 kereta sebuah lagi balik. Ingatkan da nak balik, rupenye nak rehat dulu kat tangga. Apa lagi, I arahkan pasukan koir bersedia;

"Happy befday to you, happy befday to you, happy befday to Ayah Long, happy befday to you"

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Ayah Long, Allah selamatkan kamu"

Ade yg tak tau plan tu, so blur2 la join nyanyi sekali. Biasenye mmg ade party yg dibuat pada waktu malam, tapi sebab x sempat, kek pon x sempat beli. Nasib baik ade orang bertunang hari tu, ada la jugak kek befday, walaupun nama orang lain. Haha.Suko dio buleh cincinDa jadi tunang orang Muke ceria orang x bertunang lagiPunyala cantik hantaran dari pihak pompuan, Kami punye kul 10 nak gerak, 9.30 baru nak siapkan semua..Happy nya dio... my dad mmg sportingDah curi kek orang tu, kenela tutup nama tuan nya..

Wednesday, January 28, 2009

Di mana bumi dipijak

Kadang2 saya rasakan diri saya seperti anak2 terbiar. Dok jauh pon parents kontek jarang2. Kalau saya rajin dan Allah izikan, saya call la jugak rumah seminggu sekali. Kalau mereka call pon, benda penting2 jelah nak cakap.

Pernah saya menangis bercerita yang parents saya tak memahami siri saya pada sorang kaunselor. Kata dia, adakah saya memahami mereka? Ketika di Kedah hari tu, saya telah belajar sesuatu about my dad.

Masa tu, ade sorang sedara pasal anak2 nya. Die pon citer la, anak sulung die dok Miri lani. Wow, jauhnya kate orang itu.

Lalu beliau berkata."Takpe, orang Cina dulu masa datang Malaysia ni, diorang tak pk da pasal family diorang kat China. Die pk nak cari rezeki kat tempat baru je, sebab kat situla rezeki dia la ni.."

Oh, rupenya ayah saya dah serahkan anak2 die pada Allah dan percaya rezeki masing2 adalah berbeza. Walaupun ada orang cadangkan saya kawin ngan ore klate supaya nanti buleh jaga mak ayah bile tua kelak, kalau bukan rezeki mereka dijaga oleh saya, tak mustahil perkara itu takkan berlaku.

Hidup ini tidak bermakna jika takdir sudah terbuka hijabnya. Enjoy ur life, tapi berdasarkan Quran dan sunnah

Tuesday, December 9, 2008

Aidiladha’s boy

Sejak Aidiladha yang lalu, saya tak update blog dah. Biasela, rumah saya kan kat hujung tanjung. Connection internetnya very2 slow. Lagipon sebok ngan lembu2..

Ada peristiwa menggemparkan dan a miracle occurred to our family during this Aidil adha. Fahry is just 28 weeks intrauterinely, tp mungkin sebab die nak sambut raya haji jugak or jeles ngan abang die yang lahir mase aidil fitri lepas, maka Fahry pon terlahirla.. (ayat ke supik ni?) Memang saya pon tak sangka, pagi Jumaat tu, I received an sms from my sista, said she is in hospital, she had bleeding, katanya. I thought takde papela, biase la tu, bleeding mase mengandung, tapi ni bukan abortion, sebab da 28th week. Petang tu, she sms lagi, said cervix die da 3cm. She maybe deliver today. Terkanyak la saya. Biar betul. At about 7pm, mase tu saya baru sampai kat Shah Alam ( nak balik raya la ni, tgh drive lak tu) one more sms came, said she delivered a boy. Alhamdulillah, baby boy ok. Cume kene masok incubator la sebab premature, and it was vaginal delivery. Kelahiran Fahry sangat istimewa dan Fahry sendiri pon memang istimewa. Kenapa la Fahry nak lahir kat Miri? Lahirla kat KL ke, klate ke, senang mok ngoh nak gi tgk. Ni, bile la mase nye nak pegi? Fahry.. Fahry

Dapatkan update kisah Fahry di www.mysuperchild.blogspot.com

Thursday, November 27, 2008

Selamat Menjadi Dewasa (???)

November 24, 2008

6.58pm

Thru phone

Saya: Uzair bersunat hari ni kan?

Uzair: Yup

Saya: Tak berehat ke?

Uzair: Berehat da td

Saya: Sakit tak?

Uzair: Sakitla sikit2

Saya: Nangis tak?

Uzair: Tak, tapi keluar airmata sikit

U are so funny, kalau klua air mata tu bukan menangis ke? Tak2, ketawa pun buleh klua air mata gak.. hehe



(antara gamba Ujay semasa bercuti di India.Atas kanan- Ujay dipeluk oleh seorang gadis yang bukan mahramnya. Dah sunat ni, jangan ngade2 nak ulangi ya

Ujay is the only yang masih skola among our siblings dan yg menjadi penghuni tetap Anjung Nenek. Mungkin sebab suasana belajar sudah tidak wujud di Anjung Nenek (kakak2 n abang2 die kan da abih skola. Kalau balik rumah cuti tu, tuk tido lebih masa jelah) jadi si Ujay ni nak suh belajau tu cam nak suh gi berperang. Satu perkara yang takleh saya lupa sepanjang mengajar Ujay ni. Hari tu, saya ajarnya matematik. Die ni terer jugak kira2, tapi bile soklan pjg2 tu die tak reti analyse. Saya dah explain byk kali pon, die masih blur. Last2, saya terangkat suara kat anak manja Hj Noh ni, apalagi, kuar air mata la dia. Pulak tu, cam tahan2.. kesian die. Sorry la Ujay yer.. K Ngah nak Ujay rajin2 blajau, nanti Ngoh x suruh pon, Ujay akan blajau juga dan mengikut jejak langkah kakak2 n abang2 yang telah did the best of ourselves.

Pegi blaja kat overseas cam K Ngah pun xpe (wekkkk!!) Takpela tinggalkan mak ayah sekejap nanti. Insya4JJI kami tolongkan jaga pulak..

(tak sabar nak tgk meja study Ujay yang baru dibeli)

Sunday, November 9, 2008

Bihun Goreng

"Td mak I* telefon, die kate mak rase kau susah hati, sebab tu lah mak tepon.."
Wow, mak saya tak penah pon camtu, kate saya dalam hati. Tapi saya tetap sayang mak saya sebab redhanya dia pada saya maknanya Allah juga redha pada saya. Walaupun agak jeles ngan rumet saya sbb hampir setiap hari die akan call rumah atau familynya call nya, tapi sy xlah lupe tanggungjawab call rumah tanya2 kabar camtu...
Tp bile ade org kata 'Mak kita ade link ngan kita,kalau kite sedih mak kita mesti rase, pk ape2 mak kita mesti rase', saya jadi ragu. Macam tak caye je...Tp saya tak pk sgt la, malas nak layan asalkan makan pakai kasih sayang cukup, ok la tuh...
Pada suatu hari, m,ase tu da balik Malaysia, biase la kami gi spital pagi2, mase patient nak bekfas, then one day, bekfas diorang bihun goreng, tp saya rase nak makan sangat, walaupun bihun goreng tu biase je, putih je kaler die dan saya tak nampak pon ade patient makan dengan asiiiikkk ke ape, tp sy pk ya Allah, ptg ni nak gi beli bihun, nak goreng bihun, sedap nye. Disebabkan kesibukan terhalanglah niat saya nak beli bihun.
Sekali, mase cuti deepavali tu saya balik naik bas, bas tu pulak susahnye nak tido, terhuyung-hayang jee. Bila sampai rumah, sy mmg penat. Usai solat subuh, saya terus tido, tengahari baru bangun. Masa tu takde orang kat rumah. Dengan perut yang lapa tu, saya bukan saji. Subhanallah, bihun yang saya nak makan hari tu!Sebijik, sama ngan bihun kat hospital tu,rupe jelah. Rasa tatau la plak tak taste the one in the hospital :). Terharu amat sy, tak tahu nak ckp ape. Mungkin ia sekadar bihun goreng, tp itulah message yg sy telah hantar pada mak saya melalui qalb. Maha suci Engkau ya Allah, aku memang hamba yang tidak bersyukur.

Ayah penah kata : Die tahu anak2 die kuat dan tahu bila nak cari mereka. Maybe that's y they leave even during hard times, to make me tougher...

Marilah kita sejenak mengingat
kasih ibu bapa yang tidak terkira
walaupun dirinya letih dan penat
namun di wajahnya tetap bergemberi

cubalah bayangkan kasih ibubapa
yang mengasuh kita petang dan pagi
hanya dibayangkan banyaklah yang lupa
setelah dewasa tak berguna lagi

bila ibubapa telah dibawa pegi
menuju pusara meninggalkan kita
baginya permata tak berguna lagi
selain doa dari anak yang bertakwa


Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008