Showing posts with label Manipal. Show all posts
Showing posts with label Manipal. Show all posts

Sunday, November 9, 2008

5 things I wasted in Manipal, India

5 things that I've wasted in Manipal. Banyak kot, tapi these I regretted the most:


~I was there for 2 and half years yet don't know the language~
~Don' t take opportunity to cuti2 India (bukan x cuti2 langsung, tapi I suppose to explore whole India, nak main snow....!!!)~
~Save all my photos in the CD, so I can see the memories, not to recall~
~Buat notes betul2, so I can just refer here, not to struggle for sumthing I've done dy~
~Ngorat sorang balak India (xleh blah!!)~



Thursday, November 6, 2008

Goa










Tgk cara Joyah (bukan nama sebenar) pandang tempe tu..(cam wow,hensem juga neyh!)















Tunggu train nak balik (spongebob pon sampai sini)













Ratu cantik di Goa
















Kami baru sampai waktu pagi






Seterusnya, kisah salah satu tempat peranginan di India, iaitu Goa. Goa bukan sahaja digemari kerana pantainya dan juga barang yang dijual di sana murah2 dan menarik. Yang tak tahannya, dari kolej kami naik bus selama 8 jam, macam KL balik klate je.. bezanya jalan gi sana tu dahla berlobang2, bengkang-bengkok lak tu, pak cik bus lak bawak bua cam bawak F1 je, walaupun bus tu jenis 'sleeping', x dpt la nak tido dengan aman, asik lompat2 je. Walaubagaimana pun, bile sampai Goa happy sgt. Sejuuuk, sbb sampai pagi2. So, lepas cari hotel (hotel nya macam rumah2 tumpangan camtu je, kire hotel 5 bintang la tu) Lepas letak barang, kami terus gi pantai, lepak2... ramai org putihh... hehe.. Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat pantai tu, tapi saya lupe la nama semuanya. Sempat la jugak saya rasa naik parachute.. menarik!! Ngeri pon ade, but it was good to feel the flying... :)))
Malamnye pegi makan lobster. Kat Goa ni sepanjang pantai ade kedai makan, malam2 memang meriah.
Esoknya kami pegi melawat tempat bersejarah di Goa, tau tak sejarah Goa? Kan ade dlm buku sejarah form 4 dulu..
Saya memang suka gi Goa, saya suka tengok pantai, especially pagi2.. bersih, udara pon segar. Nanti ada kapal kat hujung sana. Bila da tengahari or petang, orang putih berjemur kat situ, x best da..
Mase sem 5 (last sem kat India), sekali lagi saya gi Goa, kali ni geng perempuan je sebab nak gi shopping jer. Tak pasal2 saya terlibat sama. Kami gi kejap je, ptg sabtu balik petang ahad. Hari tu dahla saya ada end posting. Train kami kul 4, kul 3 tu saya belum xm lg. Terpaksa cakap kat cikgu, saya punye train kul 4, tolongla benarkan saya xm dulu. Masa xm tu, pk Goa je, dahla viva, sekali cikgu jawab lagi banyak. Sebbaik pass. hehe
Apepun, Goa mmg best. Tp saya tak berjaya mendapatkan gambar 2nd trip ni, nantila kalau ade org simpan, i'll publish them later..

Wednesday, November 5, 2008

College Annual night


Saya akan bercerita mengenai annual dinner di Manipal, India. Gambar saya pakai tudung biru tu ialah tahun 2007, dan tudung hijau ialah 2008. Yang 2006 punye dah melarikan diri. Untuk tahun 2008, saya just stay halfway for the event, sbb tudung saya tak terbela. Tgk, kan senget tuh.. Awal2 majlis saya boleh sabar lagi, bile dah tgh2 tu, tak tahan saya dengan tudung ni yang akan merosakkan gambau jer, lalu saya trus melarikan diri, balik diam2 kat bilik.. (padahal kalau pakai tudung cantik, takde orang nak pandang pon...
Biarkan saya bercerita sedikit tentang event yang gilang-gemilang yang berlangsung kat Valley View Hotel. Peluang makan kat sana memang ditunggu2, walaupun pernah sekali ade isu pasal pinggan mangkuk yang digunakan bercampur ngan benda2 haram, tapi menurut orang syariah, selagi kita tak nampak sendiri dengan mata kepala, so kesahihannya boleh dipertikaikan. Event ni began about kul 6 camtu, so memang tak sempatla nak solat maghrib, tp kami peduli ape, da kolej kami pergi jelah kul brape pon.. hehe, mmg otai kat sane, sebab cikgu2 baik kat Malaysia mmg tak berani..
Biase la, dimulakan dengan ucapan2, bagi2 hadiah kat budak cemerlang, pastu menari2, biase la tu, macam2 tarian ade, dari indian ke barat, utara, selatan semua ade. Last sekali memang student2 tunggu, tibalah giliran cikgu lak menari. Cikgu kat sini memang sporting. Tak kesah punye menari cemana pon... mmg best laaaa. Sampai dean sendiri pon naik pentas dan menari, dahla tarian tah hape2...
Last sekali, yang paling saya suke ialah acara makan... ikut nafsu je nak makan ape, yang paling laku aiskrim la, kitorang memang suka ais krim Valley View.
Pasal baju lak, sebulan sebelum dinner da siap tempah semua. Ni baru gamba 3 4 orang, dah cam org nak kawin, yg lain2 tuh lagila... macam2 jenis fashion lak ade. Orang India ni semua fashion pon buleh jahit asal kasik contoh, tgk gamba pon diorang buleh buat sebijik sama, yang paling penting, economy. Baju saya yang kaler hijau tu, cantik kan? Tu rasenya selepas di convert RM30 je kot, x ingat sangatla, tapi takla semahal baju kat Malaysia, baju kurung pon dah dekat RM50. Cuma jahitan dia cam hampeh la, diorang asal bercantum da cukup baik la.. hahaha. Selain belajar perubatan, kami jugak belajar jadi fashion designer...:))
Posted by Picasa

Tata India

Saya dah lama meinggalkan India sebenarnya, almost 1 year. Sengaja saya mulakan first entry dengan topik India, just to emphasize that I was there before, even only for 2 and half years. Sadly, I lost most of my photos sebab mase tuh la laptop nak buat hal, nasib baikla ade la gambar sekeping dua yang my friend simpan, but of cos gambar ngan diorang la, dan gamba2 spesel sumer lesap...:((
my batchmates
kaum wanita sahaja happynya saya kan? Ngeee

Ini adalah gambar raya kami pada tahun 2006, our second raya, of cos the first raya dah menghilangkan diri. During the first raya, semua cam nerd jer, tak reti nak begaya lagi, second tyme raye ni okla sikit, sy pon nampak cantik kan? hehe..
Yang bestnye raye kat sini, semua kami masak sendiri, 1 or 2 weeks prior to raya tu, each batch da dapat resepi masing2 nak masak apa... If i'm not mistaken, my batch bakar satay masa tu, tp rasenye saya cume kopek bawangje.. yang lain tu tak terlibat da... haha...
Citerla sikit pagi raya yerk... Kat sini subuh awal, 5.15 ke 5.30 da masuk, semayang raya lak kul 7.45am. Sebagai orang yang tak buat biskut raya dan tak kemas rumah tuk sambut tetamu, kami bantai tido balik la lps subuh (mmg selalu camtu pon, x elok diamalkan selalu, mahal rezeki, kate orang tua). Dah kul 7 lebih baru nak bangun, kelam-kabutla nak siap2, pakai baju raya lagi, nak mekap lagi.. hehe.. 2nd tyme raya nih dah ok la, kami kan da lame kat sana. Mase 1st tyme raya tu, dah la baru sampai dalam seminggu ke, tiba2 nak raya dah... memang berair mata la pagi raya kami. Dahla ade test lak tuh petang.. Fuyoh, ade bawak notes konon mase jamun raya tuh.. tp tak dpt la, bace tah ke mana, notes tah ke mana. Sambung citer nak gi smayang raya eh, tok imam die lak, kalau kate kul 7.45 tu, 7.45 la die start. Kitorang kelam-kabut, ngan oto ( keta taya 3 tu, takde lak simpan gambarnya) takde, hahaa.... nasib baik x kene lari ke masjid, agak jauh jugakla... mase sampai tu, seb baik imam masih tgh takbir..sempat2...
For me, every year pon berair mata, sebak.... takde family... huhu...
After solat raya, kami ade la jamuan raya... makanan yg kitorang masak tuh laa...
Mendengar khutbah raya.... ade la jadi isu sikit, tyme ni batch saya yang paling senior, so kami la yang menguruskan raya.Sebab nak majlis berakhir dengan lancar dan cepat, kami pon kerahla budak2j unior supaya leave the masjid right after the solat finished, Biasalah, ade yang ingkar, "kami nak dengar khutbah, nak amek pengajaran..." macam halang orang buat baik la bunyinya. Ade orang kata, khutbah tu sebahagian solat raya, so tuk sempurnakan solat, kena la dgr khutbah. Namun, menurut hadith dalam Kitab Irwa'ul Ghalil, nabi izinkan sape nak balik lepas semayang raya (tu info from my fren, sesiapa boleh bagi pencerahan, silakan) Tapi, bagi saya dalam situasi kami ni, cik adik bukannya faham pon imam cakap ape (of cos khutbaht tu dalam bahasa kannada) nak amek pengajaran kot celah mane cik adik oi.....
walaubagaimana pun, majlis itu tetap berjalan dengan lancar (mestila sbb ade orang cantik seperti saya... wekkkk!)
Lepas jamuan raya, semua buat keje masing2. Sape yang baik ngan tempe2 (org tempatan) bulehla gi raya rumah diorang. Kalau tak, balik bilik tidow laa..

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008