Wednesday, November 5, 2008

College Annual night


Saya akan bercerita mengenai annual dinner di Manipal, India. Gambar saya pakai tudung biru tu ialah tahun 2007, dan tudung hijau ialah 2008. Yang 2006 punye dah melarikan diri. Untuk tahun 2008, saya just stay halfway for the event, sbb tudung saya tak terbela. Tgk, kan senget tuh.. Awal2 majlis saya boleh sabar lagi, bile dah tgh2 tu, tak tahan saya dengan tudung ni yang akan merosakkan gambau jer, lalu saya trus melarikan diri, balik diam2 kat bilik.. (padahal kalau pakai tudung cantik, takde orang nak pandang pon...
Biarkan saya bercerita sedikit tentang event yang gilang-gemilang yang berlangsung kat Valley View Hotel. Peluang makan kat sana memang ditunggu2, walaupun pernah sekali ade isu pasal pinggan mangkuk yang digunakan bercampur ngan benda2 haram, tapi menurut orang syariah, selagi kita tak nampak sendiri dengan mata kepala, so kesahihannya boleh dipertikaikan. Event ni began about kul 6 camtu, so memang tak sempatla nak solat maghrib, tp kami peduli ape, da kolej kami pergi jelah kul brape pon.. hehe, mmg otai kat sane, sebab cikgu2 baik kat Malaysia mmg tak berani..
Biase la, dimulakan dengan ucapan2, bagi2 hadiah kat budak cemerlang, pastu menari2, biase la tu, macam2 tarian ade, dari indian ke barat, utara, selatan semua ade. Last sekali memang student2 tunggu, tibalah giliran cikgu lak menari. Cikgu kat sini memang sporting. Tak kesah punye menari cemana pon... mmg best laaaa. Sampai dean sendiri pon naik pentas dan menari, dahla tarian tah hape2...
Last sekali, yang paling saya suke ialah acara makan... ikut nafsu je nak makan ape, yang paling laku aiskrim la, kitorang memang suka ais krim Valley View.
Pasal baju lak, sebulan sebelum dinner da siap tempah semua. Ni baru gamba 3 4 orang, dah cam org nak kawin, yg lain2 tuh lagila... macam2 jenis fashion lak ade. Orang India ni semua fashion pon buleh jahit asal kasik contoh, tgk gamba pon diorang buleh buat sebijik sama, yang paling penting, economy. Baju saya yang kaler hijau tu, cantik kan? Tu rasenya selepas di convert RM30 je kot, x ingat sangatla, tapi takla semahal baju kat Malaysia, baju kurung pon dah dekat RM50. Cuma jahitan dia cam hampeh la, diorang asal bercantum da cukup baik la.. hahaha. Selain belajar perubatan, kami jugak belajar jadi fashion designer...:))
Posted by Picasa

2 iigusa:

ila ni

e'eh k'fid!
hi kak fid!
ingt lagi ke dok x tau nih.
saya ilani merangkap kawan juliana fairuz si adik dorm anda hehehe
slamat bertemu kembali!

FiDieYaaa

Ohhh, name Ilani tu ingat, hopefully the same face that i'm imagine now. Selamat bertemu, dok mane loni?

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008