Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Biarlah berbaloi

Mase tengah main tekan2 remote ketika boring itu, tertekan la plak citer Halimah Jongang. Amboi, Halimah sekarang bukan main seksi u sejak keja apebende tah. X penah tengok pon citer tu. Kebetulan scene yang saya tengok tu ialah teguran sorang mak cik kepada Halimah. Mak cik ni, kire2 pakaiannya da cukuplah syarat tutup aurat, baju nya da longgar, tebal, tutup semua badan, cumenya rambut masih terdedah, memang x pakai tudung langsung la. Kita ikuti perbualan antara Halimah dengan mak cik.

Mak cik : Halimah, mak cik ni nak tegur kau sikit, jangan marah. Mak cik tengok kau sekarang ni, pakai skirt pendek, nampak kaki. Bukan apa, kalau pakai canni, nanti orang2 lelaki tu tengok.

Halimah : Tengok je kan, mak cik? Bukan buat apa2 pon.

Mak cik : Yelah, tapi salah kau jugak pakai macam ni. Mula2 tengok2, pastu nak pegang2.

Halimah : Kalau ade orang berani pegang mak cik, Limah ketuk dengan kasut.

Mak cik : Cubalah tutup kaki tu Halimah. Macam mak cik ni, pakai baju labuh, longgar.

Halimah : Tapi, mak cik pon same je, tak tutup aurat.

Mak cik : Mana lagi nya? Mak cik da tutup semua ni hah....!

Halimah : Tu rambut mak cik... bukan aurat?

Terkena mak cik. Tujuan saya memaparkan perbualan mereka bukan nak buat kempen membuka aurat. Cumenya, saya puji lah Halimah tu. Sebabnya dia tidak mau rugi. Alang2 nak bukak aurat, takkan nak tunjuk rambut ja... bukak la byk sikit. Kalau masuk neraka pon, berbaloi la jugak. Ni, punyala badan tutup, pakai baju longgar, kain tebal. Memang perfect la, tapi rambutnya terdedah. Masuk neraka sebab nampak rambut aja? Berbaloi ke? Jadi, alang2 bukak rambut aja, lebih baik ditutup saja semua. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia2 dan setiap perintah Allah ada hikmahnya.

Wahai Nabi Muhammad, suruhlah kepada isteri2 kamu, anak2 kamu dan wanita yang beriman, agar melabuhkan jilbab (pakaian untuk menutup tubuh) mereka (semasa mereka keluar) Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik)  Maka, dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun dan maha pengasih (terhadap dosa kamu yang lalu)

-Menutup aurat adalah identiti wanita2 Islam. Orang tengok tutup aurat tu, takyahla perkenalkan sape kita, org da tau muslimah

-Elakkan diganggu orang. Kalau da tutup semua tu, mane la ade orang nak feewit ke, pegang2 ke. Nanti die cakap, eleh pompuan pakai tudung pon kene rogol jugak. Tu sebab korang, orang lelaki tu tengok korang tp pompuan bertudung jadi mangsa.. Panjang la plak citer yang ni.

So, Halimah tu nampak gayanya dah sedar rambut tu aurat, badan dia pon aurat. Apalah yang menghalang dia untuk berubah? Semoga Halimah akan membuka hatinya untuk mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah, dan berbanggalah menjadi Halimah. Bukankah Halimah ialah wanita terulung dalam sejarah Islam?

Friday, November 26, 2010

Saya perihatin

Kecoh isu sejadah ade muka babia
Kesian babi, menatang itu kan makhluk Allah jugak
Walaupun babi dimaktubkan haram dalam Al-Quran
Di akhirat nanti tak tau, kita ke babi yang masuk syurga

Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Bagus, memang bagus menjadi orang yang sensitif terhadap agama kita, sampaikan corak bunga pun diimagine kepala babi. Bukan saya menolak, mungkin ada konspirasi, tapi kenapa kita suka melatah terhadap benda-benda simple? (Simple awak kata? Nanti ade yang ketuk kepala saya atau mendakwa saya di mahkamah. Jangan....!!)
Maksud saya, di dunia ni terlalu banyak benda yang sepatutnya disensitifkan. Isu aurat umpamanya, keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang entah di mana penghujungnya.

Kita lebih suka imagine benda, contohnya benda ni takleh guna sebab ade tanda agama lain. Kalau nak diikutkan, semua benda dalam dunia ada berkait dengan lambang itu. Semua benda tidak boleh digunakan ke?

Saya bukan la ingin menyama-ratakan kedudukan agama ini kerana sudah jelas kedudukan Islam tidak dapat dicabar oleh mana2 agama pun, cume bukakla minda kita sikit, tak payah la susah2 nak imagine benda. Kalau da hiasan kat sejadah tu, ambilla sebagai bunga. Banyak lagi tugas kita yang tak selesai selain nak pikir benda2 tu...

Yang saya herannya, ade orang kate benda tu menghina agama, yang dia tak tutup aurat, tak menghina pulak...

Friday, November 19, 2010

Merendahkan Darjat Wanita


“Boleh masuk tak ni?” tanyanya kepada saya ketika kami singgah di masjid untuk bersolat Zohor yang hampir luput waktunya. Ketika itu dia sedang haid.
“Boleh…” jawab saya.
Usai solat, saya lihat dia berehat di belakang, bertentang dengan dinding, hampir ke pintu. Tudungnya sudah diletakkan diatas lantai.
“Betul ke boleh masuk ni?” tanyanya sekali lagi.
Belum sempat saya menjawab boleh sekali lagi, rakan2 lain mula menempelak. “Tak boleh!! Orang takleh semayang mana boleh masuk masjid.”
“Surau boleh tak?”Tanya saya, memprovok
“Surau boleh….”
“Kenapa?...”
“Sebab masjid besar, khusus dan tempat solat jemaah…” goyah
“So, surau tempat orang solat sorang2?”
"Tah, tapi ustazah memang larang sgt2... berdosa dia cakap..."

Mesti orang akan cakap... Ala itu perkara cabang je, kenapa nak besar-besarkan? Memang, tapi kalau dah sahabat saya tu cepat-cepat pakai tudung terus berlari keluar dari masjid macam takut hantu, pastu moyok je muka, takut dah buat dosa besar...

Aduhai wanita. Ruginya wanita….
Masjid itu rumah Allah, tempat bertafakur padanya, tempat beroleh ketenangan.
Andainya ada majlis ilmu di masjid, tak dapat lah wanita haid itu menghadirinya.
Bodohlah dia untuk ilmu yang diajarkan itu.
Aduhai wanita
Surat  cinta daripada Allah pon haram disentuh, apatah lagi membacanya,
Sedangkan  surat  114 surah itu membawa rahmat seluruh alam dan penunjuk jalan hidup di dunia.
Terhalanglah rahmat Allah kepadanya.
Kata mereka, kami  masih boleh berzikir, sedangkan Allah tidak melarang.
Aduhai wanita.


Masuk masjid

Al Imam Bukhari dalam Shahih-nya (nombor 971) meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Ummu Athiyah radhiallahu ‘anha, dia berkata :

“Kami dulunya diperintah untuk keluar (ke lapangan shalat Ied, pent.) pada Hari Raya sampai-sampai kami mengeluarkan gadis dari pingitannya dan wanita-wanita haid. Mereka ini berada di belakang orang-orang (yang shalat), mereka bertakbir dan berdo’a dengan takbir dan doanya orang-orang yang hadir. Mereka mengharapkan berkah hari tersebut dan kesuciannya.”
(Diriwayatkan juga oleh Muslim nombor 10 : Shalat Iedain’)


Baca Quran
1) Firman Allah Ta’ala :
“Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79)


2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Tidaklah menyentuh Al Qur’an itu kecuali orang yang suci.” (HR. Ath Thabrani. Lihat Shahihul Jami’ 7880. Al Misykat 465)
Jawapan ke atas dalil di atas :
Pertama : Majoriti Ahli Tafsir berpendapat bahawa yang diinginkan dengan dhamir (kata ganti) dalam firman Allah Ta’ala : ((Laa Yamassuhu)) adalah Kitab Yang Tersimpan Di Langit. Sedangkan ((Al Muthahharun)) adalah para Malaikat’. Ini difahami daripada konteks beberapa ayat yang mulia :
“Sesungguhnya ia adalah Qur’an (bacaan) yang mulia dalam kitab yang tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang disucikan).” (Al Waqi’ah : 77-79)
Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah Ta’ala :
“Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para malaikat, pent.).” (Abasa : 13-16)

Selebihnya, rujuk di wanita haid 
Ade banyak lagi kat tenet, ni saya tolong carikan la...


Kesian lak tgk sahabat saya lepas tu, moyok je. Tapi kan, ustazah die lupa kot nak pesan pakai baju n seluar ketat pon berdosa juga...


 

Sunday, September 19, 2010

Pembakar Al-Quran

Kebanyakan kita lebih suka merespond kpd sesuatu yang berlaku drpd bersikap proactive. Contohnya, apabila berlaku tragedi lebih2 lagi kalau agama Islam dhina, diperkotak-katik, di apa2 la perkataan negative dlm kamus hidup, semua orang marah, semua nak tunjuk perasaan, buat demo. Selain itu, apa yang kita buat untuk menafikan tuduhan2 terhadap agama Islam yang dilontarkan oleh org2 tertentu.

Baru2 ini, paling hot, depa buat Hari Bakar Quran Sedunia, dan kita pon terus mengutuk tindakan mereka, tp berapa kerat je lps mengutuk itu, berazam atau bertindak menjadikan Quran kompas dlm hidup. Berapa kerat yang betul2 baca Quran.

Ada jugak yang baca Quran, tp semata2 baca, xde usha nak paham isinya. Dah baca, cukup baik le tu. Sedangkan dalam surah Al-Baqarah: 38. Dalam ayat itu, kesahnya tentang Nabi Adam dan Hawa yang Allah perintahkan turun ke bumi dari syurga dan Allah akan mendatangkan petunjuk melalui nabi dan rasul. Orang2 yang mengikut petunjuk itu tiada kebimbangan dan tidak berdukacita. Maknanya bahagia lah kan? Tp, adakah kita berasa bahagia setiap kali baca Quran? Canne nak bahagia kalau x faham dan x hayati. Sedangkan novel cinta pon sanggup baca berulang-kali tuk faham.....

Ramai antara kita yang tidak tahu cara menggunakan Quran untuk menenangkan hati yang sedang berserabut dan kebuntuan ataupun untuk bermeditasi. Bagi anda yang mengalami banyak masalah, ingin menenangkan diri, mahu menguatkan keyakinan supaya impian tercapai, Al-Quran lah jalannya.

Caranya senang aja (diciplak  dikongsikan dr buku "Quranic Law of Attraction" karangan saudara Rusdin S. Rauf, penulis dr Indon). Walaupun sederhana, kesannya amat luar biasa. Saya baru jek abis baca buku ini, tak try pon lagi. Jom try sama2

  • Pasang komputer, MP3. Pilih surah2 yang sudah difahami maksudnya. Tak faham seluruh surah pon xpe, at least tahu apa yang cuba disampaikan oleh surah itu. Contoh : Surah al-ikhlas, cukuplah difahami surah itu menyampaikan tauhid kepada Allah
  • Dengar ayat itu sebaik mungkin, renung sedalamnya. Tumpu perhatian dan fokuskan pada ayat itu. Lupakan sebenatar masalah2 dlm kepala otak anda. Nikmatilah alunan ayat itu
  • Duduk dan pejamkan mata. Bayangkan impian2 yg ingin saudara kecapi. Bayangkan saudara sudah pun mencapai impian2 itu. Lepaskan seluruh beban hidup anda. Bayangkan semua masalah anda telah selesai. Bukalah mata dan teruslah dgr ayat2 itu sehingga anda berasa tenang dan yakin.
  • Dalam keadaan bahagia, ucaplah alhamdulillah. Kemudian, berdoalah sesuai dgn apa yang diharapkan
Kalau boleh buatlah tiap2 hari, sebelum gi kerja, sebelum buat kerja dan sebagainya. Terutamanya ketika semangat kerja menurun, masa tu nikmatilah kedamaian yang dihembuskan ketika kita membaca Al-Quran. InsyaAllah lambat laun Al-Quran akan menjadi sahabat karib kita. Masa tu, barulah mereka tahu siapa kita.

Sebenarnya byk lagi yang boleh dikongsi drpd buku ini, tgkla kalau sy rajin... :p
X pon, belilah sendiri bukunya, "Quranic Law of Attraction" di kedai buku berhampiran anda. Murah je, kat Kinokuniya RM13.90 je. Bukunya pon nipis dan syok utk dibaca. :)))


Friday, May 21, 2010

Kalau Kau Cerdik

Pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya:

Wahai anakku, jika kau berjalan dan melintasi sebuah majlis ilmu, maka singgahlah. Jika kamu tak cerdik, kamu akan jadi cerdik dan jika kamu dah cerdik, maka bertambah kecerdikan kamu dan bertambah dekat kamu dengan Allah
Jika kamu berjalan dan melintasi majlis hari jadi maksiat, lagha dan jauh sekali daripada mengingati Allah, teruskanlah perjalanan kamu, jangan lah berhenti. Kecerdikan kamu tak berguna lagi untuk majlis itu, dan jika kamu tak cerdik maka kamu akan bertambah2 bodoh dan semakin jauh dari Allah
"Apatah lagi jika kamu yang menganjurkan majlis itu..." Sambung saya.

Thursday, May 6, 2010

Mari kerat testis dia....!!!

Tak tau la die geram sangat ke, atau memang bermaksud begitu, tapi cadangan salah seorang senator berhubung masalah pembuangan bayi (dalam paper Utusan Malaysia bile tah, tgk hari ni ade lagi baby kene buang teringat lak) buat aku tergelak. Ape ke lawaknya nak potong2 testis orang (kasi). . Baik buat hysterectomy (buang rahim pompuan tu) sape suh pepandai gi buang baby apesal? Biar tak leh beranak langsung, padan muke. Apa2 pun, kedua2 kaedah di atas adalah tidak praktikal.

Islam telah menggariskan hukuman kepada penzina dengan jelas:-

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim
 Itu untuk yang belum berkahwin, ada pun yang telah berkahwin hukumnya rejam sampai mati.

Namun, masih ada ruang untuk orang itu bertaubat, jika mereka mahu.
Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah, riwayat Imam Muslim bahawa Buraidah menuturkan: -

Seorang wanita telah datang berjumpa Rasulullah dengan complaint of mengadu beliau telah berzina, telah mengandung  dan minta dihukum. Namun, Baginda Rasulullah menolak dan menyuruh wanita itu melahirkan anak dulu. tp jgn dibuang baby itu ya...                          Selepas  bersalin, wanita itu datang lagi, membawa bayinya kepada Rasulullah, sekali lagi baginda menolak dan memerintahkan si wanita menyusukan babynya sehingga putus susu. Setelah baby itu putus susu, si wanita membawa anaknya yang sedang makan roti kepada Rasulullah (menunjukkan bayi itu telah makan makanan lain), sekali lagi Rasulullah juga menolak. Namun, si wanita tetap mendesak supaya dia dihukum, akhirnya rasulullah bersetuju untuk merejam wanita itu sehingga mati. Semasa Khalid Al-Walid membaling batu ke arah wanita itu, terpancutlah darah ke mukanya, lantas Khalid memarahi si wanita. Rasulullah menegur " Sabarlah wahai Khalid. Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh dia telah bertaubat dengan taubat yang seandainya dilakukan oleh pemungut cukai (pajak) nescaya dia diampun." Rasulullah juga turut menyembahyangkan jenazah si wanita. Ketika ditanya oleh Umar Al-Khattab, kata baginda " 
Ia telah bertaubat dengan taubat yang sekiranya dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya mencukupinya. Apakah engkau menemukan taubat yang lebih baik daripada orang yang menyerahkan jiwanya kepada Allah?”

(H.R. Muslim, XI/347)

Diciplak kongsi daripada  blog ini.

Kisah ini menunjukkan Rasulullah sebenarnya cuba mengelakkan hukuman ke atas si wanita kerana kepada tuhannya sebaik2 tempat kembali dan menjadi kewajipan setiap muslim untuk membetulkan antara muslim yang lain..
Wallahu a'lam

Sunday, April 4, 2010

Jemaah Islam need u

"Kami serukan kepada putera puteri Islam yang bersemangat bahawa jemaah Islam sangat memerlukan peribadi yang aktivis, sekaligus pemikir dan anasir productivity yang beran"
 Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Di atas adalah statement Hassan Al-Bana iaitu pengasan Ikhwanul Muslimin. Dalam dunia sekarang, walaupun Islam makin berkembang, umat Islam makin ramai, namun hanya pada nama. Beliau menyeru remaja2 Islam bersifat seperti diatas (bukan la sifat itu sahaja, tp untuk berjaya ummah perlu mempunyai sifat itu)

1. Akvitis 
Tugas yang dilakukan dibuat dengan betul, ilmunya, jiwanya dan perbuatannya. Kerja yang dibuat kerana motivasi dalam diri memang kuat untuk buat kerja itu, bukan macam pahat dan penukul. Kalau kerja tu da betul dari segala segi, hasilnya pon mestila memberangsangkan. 

Masalahnya sekarang, semua orang buat kerja, maksudnya dalam dakwah tapi tak nampak pon hasil kan? Jadi, daya kreativiti kene la tinggi. Tukar teknik, buat lebih kreative.

2. Pemikir
Rujuk surah Ali-Imran:190-191. Allah ciptakan isi alam ini untuk manusia berfikir, malahan orang yang berakal ialah orang yang berzikir dan berfikir. Dengan berfikir, kita boleh mengembangkan potensi diri dan orang lain dalam menyampaikan syariat Islamiyyah. Tp, bukanlah fikirkan diri sendiri sahaja, fikir juga masalah umat dan cuba selesaikan, bukan fikir je, aktivis tu kan bertindak.

3. Productive
Asal buat kerja je, ade hasil itulah productivity. Kalau dalam berdakwah, orang yang diseru itu beramal sesuai ngan seruan. However,  benda ni menuntut pengorbanan iaitu harta dan diri. Mungkin kene berbelanja lebih sikit la, nak amek hati orang. Berdakwah yang satu proses yang panjang, tajuk lain la plak tu. 

Kalau nak tau kerja kita productive ke tak, kite cuba letak target pada orang yang kite dakwahkan tu. Contoh : minggu ni nak suh die capai ape, next week ape (cam seswai tuk diri sendiri dulu..:))

4. Berani
Memiliki 'izzah, iaitu berasa tinggi kerana kita orang Islam, orang yang dimuliakan Allah, bukan berhidung tinggi. Tp, dalam apa2 keadaan, kitalah yang sentiasa ke depan. 





4.

Friday, March 12, 2010

Kena Pada Tempatnya

Hari ni tayar keta saya pancit. Tidak diketahui puncanya, tibe2 je pancit.

Tapi nasib saya baik sebab:

1. Ade sorang pak cik cakap tayarnya panci t, sbb saya mmg tak perasan mase drive. Betapa hebatnya driving skill saya sampai tak perasan tayar depan belah kiri pancit.

2. Td saya klua ngan abang maskulin, Ashraf Muslim (bukan nama sebenar), mase tu sy juga turut klua ngan housemate sy. Jadi, masa insiden tu berlaku die ade kat situ, jadi abang ni telah memainkan peranan penting sebagai penyelamat bangsa. Kalau dia takde, mungkin saya da menangis dulu sebelum proceed to the next step.

3. On the way nak blk rumah tu, saya telah stop kat sebuah kedai makan, jadi abang2 kat situ jugak turut serta menolong.

4. Kat kedai makan yang saya stop tu sebelah bengkel kereta. Senang, walaupun Ashraf Muslim perlu bersusah-payah bukak tayar, terus ditampal kat kedai tu. Boleh pakai balik tayarnya juga dipasang balik oleh Ashraf Muslim.

Mesti semua orang tak puas hati kenapa saya tak stop kat bengkel tu je. Huhu.. Bila dah tau tayar tu pancit, mmg saya panik. Main taram je, abih keta nak langgar. Sorry byk2 kpd orang yang terlibat. Paling teruk, boleh lak saya nak gi balik rumah, pastu satu keje lak nak klua gi kedai kan? My bad, my bad.

Do u get it? Walaupun pancit tayar secara tiba-tiba dikategorikan sebagai musibah, nampaknya canne Allah susun supaya benda tu menjadi mudah? Cuba bayangkan kalau tayarnya pancit masa saya sorang2 dr KL kat tengah highway, tak ke mati akal? Mungkin bukan je mati akal, keta tu mungkin akan mati kene blasah..

Jadi, kalau ditimpa musibah, jgnla panik atau terlalu sedih. Fikir, mungkin ade sesuatu atau seseorang yang boleh tolong set us free. Macam case saya ni, straightforward la, senang la cakap. Kui kui..



Ape2 pon adela sebabnya kepada diberi kita kesusahan itu.

Gambar ni takde kaitan pon. Saje nak letak...

Monday, March 8, 2010

Tak Nampak Untungnya

Sebelum Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib diciptakan, telah termaktub nama baginda disisi nama Allah di arasyNya. Maka, setelah diturunkan ke dunia, Nabi Adam telah bertawasul dengan nama Nabi Muhammad untuk memohon keampunan daripada Allah setelah memakan so-called buah khuldi. Bila ditanya oleh Allah, kata Nabi Adam "Aku telah melihat namanya disamping namaMu ditiang arasy. Engkau tidak akan menggandingkan namaMu dengan seseorang yang bukan kekasihMu"

Terdapat juga kisah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah

Allah: Wahai Musa, sesiapa yang bertemu aku di akhirat kelak, akan kulemparkan ke neraka jika tidak mengikut Ahmad
Musa: Siapa Ahmad itu?
Allah: Tak pernah aku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada Ahmad (Muhammad s.a..w)

Kenapa Allah gunakan perkataan 'makhluk'? Kerana dalam semua benda, sape2 pon yang Allah ciptakan di dunia ini, Muhammad la paling mulia. Takde apa2 ciptaan Allah yang boleh menandinginya.

Maka, Nabi Musa bermohon kepada Allah untuk menjadi ummat Nabi Muhammad, namun kata Allah, "Sorry, dah penuh Nabi itu sudah mempunyai ummatnya sendiri"

Adakah kita benar2 bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam dan sebagai umat Muhammad? Apatah lg sebagai umat akhir zaman, kita dicemburui para sahabat kerana beriman walaupun tidak pernah bertemu sang nabi. Benarkah kita beriman? Layak kah sahabat cemburu pada kita?

Kita kenal betul2 ke sape Muhammad tu? Adakah kita amalkan sunnahnya? Adakah kita ikut akhlak mulia baginda? Cukupkah ingatan kita pada dia? Adakah kita benar2 bersyukur dan bangga jadi umat dia. Ade ke orang pernah buat kenduri kesyukuran sebab jadi umat nabi? Tak ponah eden denga.

Haruslah difikir2, ditimbang2 balik. Bagaimana kita nak balas pengorbanan baginda menyebarkan Islam?Confirm x bleh kan. Kiamat nanti pon, nak mintak syafaat baginda lagi ade la....

Kenalilah baginda melalui Al-Quran, buku2 atau pegilah dgr tazkirah ke, after this barulah boleh cintakan baginda. Tak kenal maka tak cinta kan? Terutamanya wanita sepatutnya lebih menyintai baginda, sebab bagindalah yang mengangkat darjat kaum wanita. Sampai sekarang, asik wanita je lebih dr lelaki.
Yang paling membanggakan, walaupun kita ummat paling last, kita lah yang akan dipanggil masuk syurga paling awal. Banggakan? Bila Allah panggil "Mana Muhammad dan ummatnya?"

Jadi, act appropriately. Kita adalah ummat kepada rasul yang paling mulia. Bukan nak suruh sombong, tapi bykkan bersyukur, belajarlah tentang rasul kita dan sebarluaskan ajaran baginda.


*Perkongsian daripada Ustaz Fuad (Tokoh maal hijrah Negeri 9 2009)
Sorry, citer cam upside down, biasa lah kalau dengar talk, speaker tu byk benda nak cakap, jadi nak susun balik tu cucah cikit.. :))



The Power of Expectation

Tersebutlah kisah di sebuah kampung, adapun di kampung itu sudah lama hujan tak datang, hantar kad kawin pon tak datang jugak turun. Maka, setelah tak tahan berpanas , penduduk kampung merancang tuk buat solat hajat ramai2 mintak hujan turun.

Lalu, malam itu beramai2 lah mereka gi masjid tuk semayang hajat. Sampai2 je kat masjid, tok iman cakap, "Tak yahla semayang hajat malam ni. Korang cam tak ready je"

Angin la orang kampung.. "Ape hal lak ni tok imam? Kitorang da ready la ni, sbb tu datang.. nak bergaduh ke?"

"Ready kepala otak korang. Kalau da ready, mana payungnya?"

Apa yang anda dapat dari cerita ini? Kalau kita nak berdoa, mintak apa2 ngan Allah, kita juga kena make sure yang kita bersedia tuk menerima apa yang kita mintak. Contohnya seperti cerita diatas. Dah tau nak mintak hujan, dtg masjid tak bawak payung lak. Canne nak balik? Ataupun jemaah tu patut jawab, kami mmg nak main hujan pon.. haha

*Perkongsian oleh Dr Azizan Osman

Friday, January 22, 2010

Berikan kejayaan kepada orang yang benar

Diriwayatkan dalam perang Badar, Rasulullah dan Abu Jahal sama2 berdoa kepada Allah

Doa Rasulullah: Ya Allah, sesungguhnya orang kafir Quraisy ingin menghancurkan agamaMu, hancurkanlah mereka pada esok hari (lebih kurang la macam ni, sebab i da luper)

Doa Abu Jahal: Ya Allah! Dia (Nabi Muhammad) telah menyebabkan hubungan kekeluargaan kami terputus. Dia telah mendatangkan kami sesuatu yang tidak kami kenal. Berilah kejayaan kepada orang yang benar. Hancurkanlah dia pada esok hari.

Maka Allah menjawab, dalam firmanNya melalui SUrah Al-Anfal:19
"Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman"
(Menarik bukan jawapan Allah?)

Kesimpulannya, percayalah kemenangan itu sentiasa bersama orang beriman dengan syarat kena lah berusaha mengikut apa yang dingin kan..
Selamat beramal dan berdisiplin dalam beramal



Tuesday, December 1, 2009

Allah Sedang Berbicara Denganmu

Aku: Nak solat dulu
Dia: Jom jemaah (aku sangkakan dia bergurau)
Aku : Jom
Dia : Kat surau
Aku : Anda pergilah dulu, nanti esok2 da rajin saya pergi lah
Dia : Semoga bermula malam ni anda menjadi rajin
       Dulu anda rajin gi masjid, subuh terutamanya.

Aku memang dah mula lupa, siapakah aku, apa yang aku buat untuk hidup sejak aku mula merasakan matahari itu bersinar untukku. Aku sudah lupa yang awan mendung pernah memayungiku dulu.
Alhamdulillah, Allah berbicara denganku melalui seorang teman sahabat.

So, azam baru at least seminggu sekali kembali solat subuh di masjid tapi sekarang subuh awal sangat la, kul 5.30 takut tak sempat. (Alasan lagi)
Terima kasih, sahabat...

Aku dalam cerita di atas ialah Sabrina bt Saifudin (bukan nama sebenar)


Gambar sejadah yang solat di rumah saya (dalam entry yang lepas)


Monday, September 28, 2009

Usah Beralasan Anda Jahil

Maryam (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang dilihat baik oleh kawan2nya. Maryam ialah seorang yang gemar mengikuti program2 agama dan dilihat sebagai seorang yang berilmu pengetahuan agama yang agak mantap dikalangan kawan2. Maryam juga agak berbeza dengan gadis2 lain dari segi penampilan yang lebih suka mengenakan pakaian longgar (kebanyakan gadis kan lebih suka mengenakan t-shirt yang selesa walaupun agak kecik). Sungguhpun begitu, Maryam juga seorang yang gemar bersosial, bukanlah seorang yang pendiam sangat. Kawan2 Maryam terdiri daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan tahap keagamaan (cam x berapa tepat, tp maksudnya berbeza kesolehannya)

Maryam mempunyai seorang kawan baik lelaki, Faizal Tahir (bukan nama sebenar). Mereka sering keluar untuk bersukan, kadang2 berdua dan kadang2 ada seorang dua kawan Maryam yang ikut same. Maryam memang amat menyenangi kawannya itu. Namun, mereka bukanlah terlalu rapat sehingga tiap2 hari nak kluar berdua, biasenye mmg mereka akan keluar untuk bersukan sahaja dan tidak dihebohkan kepada mana2 tabloid yang mereka selalu bersukan bersama.

Pada suatu hari, Maryam telah bercerita kepada kawannya,  Maria (bukan nama sebenar) yang Maryam telah keluar dengan Faizal Tahir ke taman rekreasi untuk berjoging. Terkejut beruk Maria "Korang keluar berdua je?" Maria memang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sedangkan Maria juga mempunyai boifren dan klua berdua jugak. Kenapa Maria tidak terkejut dengan perbuatannya sendiri, sebaliknya sangat terkejut dengan perbuatan Maryam.

Kerana, Maryam adalah gadis yang baik dan dianggap tidak patut melakukan perbuatan2 kluar berdua dengan lelaki atau yang seumpamanya, sedangkan kalau gadis2 yang biasa sahaja perangainya, yang tidak join sangat program2 agama benda tu tidak menjadi kesalahan, sedangkan kedua2 mereka mengetahui itu tidak baik.

Adakah Maria jika dia seorang manusia yang biasa2 (bukan imam, lebai, ustaz, ustazah atau seumpamanya) kalau anda buat dosa, dapat separuh je? banyak cantik muka kau. Kalau Maria tu jahil memang tak tau keluar ngan bukan mahram berdua2an tu tak berapa elok, nak wat camne. Tp, kalau tak tau, takkan terkejut lak kan?

Maryam tu memangla tak patut sebab dia tu orang nampak baik budaknya, tapi sebenarnya sama je. Tp, kene ingat Maryam tu manusia gak. Semua manusia sama, ada iman ada nafsu. Antara baik dan jahat hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang bila2 boleh dicross. (promote cite Antara Garisan. best2)
Maryam sepatutnya lebih sensitif dan menyedari camne orang pandang die. Kalau nak keluar gak ngan Faizal Tahir tu, ajaklah Fasha Sandha ke, Memey ke, xyahla berdua2.

Maria lak, walaupun Maryam tu nampak baik, tak semestinya semua perangai die buleh ditiru. Kalau memang da tau benda tu salah janganlah terus menjahilkan diri dengan mengatakan "Maryam tu budak baik, buat jugak benda ni2 (perbuatan mungkar), aku ni apetah lagi" ertinya menjadikan Maryam sebagai alasan untuk terus bergelumang dalam maksiat (ayat takleh blah). Sepatutnya da Maryam tu buat salah, Maria la kene tegur (Maria mesti takut nak tegur sebab nanti die pon takleh buat jugak, huhu)

Kesimpulannya, jangan beralasan anda jahil dan terus-menerus terlibat dengan maksiat kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan tidak berkurangan sikit pon kuasaNya andai kita ingkar.


 Jom pakat tgk citer ni n amek pengajaran daripadanya







Friday, August 21, 2009

H1N1 dan konspirasi kuffar

Article asal ditulis oleh Ibnu Yaacob. Summary telah ditulis oleh Dr Abd Latif. Tugas saya ialah tolong copy and paste sahaja. Semoga mendapat manfaat.

Assalamu ‘alaikum w.w.

Bukan saya yang tulis artikel ini dan bukan bererti saya setuju segala isinya. Tetapi elok kita fikirkan andaikata benar H1N1 adalah senjata biologi yang di dalangi Amerika dan Yahudi. Orang2 mukmin tidak harus dipatuk ular dua kali pada lubang yang sama.

Cuba fikirkan :

1. Wabak H1N1 telah berjaya membuat masyarakat dunia lupakan masalah ekonomi yang melanda Amerika dan barat

2. Ia juga telah berjaya membuat kita lupa dan perkecilkan pembunuhan ummat Islam di Iraq, Palestine dan Afghanisatan dll

3. Ia telah membuat kita menyumbang dana yang besar kepada Amerika dan Barat untuk membeli alat2 diagnostik untuk H1N1 yang sangat mahal.

4. Ia juga telah membuat kita menyumbang lagi untuk membeli ubat2 antiviral yang mahal seperti Tamiflu dan yang sewaktu dengannya

5. Bukan saja Tamiflu yang sgt mahal tsb, Face mask pun naik harga 5 kali ganda sampai dah jadi barang terkawal harga

6. Belum sempat setahun berlaku wabak, sudah ada vaccine hampir tersedia.... Jarang ada penyakit virus yang boleh terhasil vaccine dalam masa singkat. Virus ini pula macam dibuat dalam makmal sebab ada kombinasi DNA manusia, Babi dan Burung. Susah nak berlaku percampuran ini secara semulajadi kan?

7. Tak lama lagi, dunia akan menyumbang dana pula untuk membeli vaccine yang telah disediakan. Ini pasti akan memulihkan ekonomi Amerika dan Yahudi kerana sangat ramai orang yang terpaksa membelinya.

8. Nanti mungkin ada syarat setiap imigresen untuk memastikan kita wajib ada sijil vaccine sebelum berperjalanan. Tambah lagi, ada kemungkinan vaccine terpaksa di beri dua dose (maknanya dua kali ganda harga).

9. Kenapa agaknya sesetengah negara2 Barat sudahpun berhenti membilang kes2 terbaru H1N1 sedangkan Malaysia masih sangat sibuk menambah statistic setiap hari ?

Dua dekad lalu, berlaku zaman ICT. Kita ketinggalan sehingga teknologi IT telah digunakan semaksimanya untuk membentuk generasi Y, anak-anak kita yang terlalu bergantung kepada computer untuk kebaikan dan juga keburukan. Susah sekarang nak dapat orang muda yang boleh fokus dan jayakan sesuatu yang serious dan membina. Malah sangat ramai yang lebih yakin dengan dunia khayalan dan hiburan dan reality TV untuk wang dan populariti. Susah nak dapat anak2 yang dengar kata2 ibubapa kerana mereka lebih suka dengar isi kandungan facebook dan YM. Disiplin dan jaga masa tak ada dalam diari mereka sebab apa yang mereka mahu boleh didapati online tanpa had masa.

Kini zaman ICT semakin diganti dengan era Biologi. Permulaannya adalah dengan wabak penyakit. Kita mahu tertinggal lagi ?

Ar Rasul pernah mengingatkan para sahabat bahawa diakhir zaman (i.e. sekarang ni) Ummat Islam akan mengikuti “mereka” sehingga ke lubang biawak...... Para sahabat bertanya, adakah “mereka” itu orang2 Yahudi ? Rasulullah menjawab...”Siapa lagi? ”

Marilah kita mengambil peluang Ramadhan ini untuk memohon perlindungan Allah dari :

1. Wabak penyakit berjangkit

2. Tertipu oleh konspirasi Yahudi dan Amerika

3. Menyumbang kepada mereka yang sedang membunuh Ummat Islam di Palestin dan serata dunia

4. Terlambat dalam melindungi diri dari serangan Biologi

Juga agar Allah mengurniakan kita :

5. Mendapat rezeki dan jalan keluar dari segala masalah

Natijah Puasa adalah taqwa dan Allah memberikan keistimewaan kepada orang2 bertaqwa dengan FirmanNya dalam AlQur’an :

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan memberikannya jalan keluar terhadap segala kesulitan (Makhrajaa). Dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak di sangka-sangka”

Marilah menuju ketaqwaan

Ramadhan Mubarak

Kullu aam wa antum bikhair

Abdul Latiff

Saturday, August 1, 2009

Cantik Luar Dalam

By Dr Hafidzah Hj Mustakim
(I just list the points. Too much to write all)

INTRODUCTION
-Cantik is fitrah, semua orang nak cantik. The only way to reach is by come back to the fitrah. Kenali diri sendiri, kenali pencipta yang memang cantik dan sukakan kecantikan.

-Ramai wanita tertipoo dengan kecantikanya yang memudaratkan. Dunia salah tafsir tentang cantik. Orang cantik digambarkan kulit gebu, kurus kering, dan rambut rebonding.
-kesan: menghabiskan berjuta2 dolar tuk 'cantik'
: allergic reaction + cancer + death due to toxicity
: penyakit psychiatry - anorexia nervosa or bulimia
-Semahal itukah harga kecantikan?

-Wendy Kaminer (The American Prospect)
"Suatu masa dahulu gerakan pembebasan wanita berjuang menuntut hak kesamaan di antara lelaki dan perempuan yang akan membebaskan wanita daripada tipudaya fesyen dan kecantikan. Tapi sekarang wanita menganggap skirt pendek adalah lambang kebebasan. Penindasan bukan lagi diskriminasi di tempat kerja atau keganasan seksual tapi kegagalan untuk mendapatkan kasut yang sesuai, wanita yang tidak cantik dipandang sebagai wanita tidak sempurna dan mundur... "

-Adam Patel (Islam:the choice of thinking woman)
"Keinginan untuk cantik telah merosakkan wanita secara moral, psikologi dan spiritual. Wanita perlu membebaskan diri dari kehendak masyarakat lelaki. Untuk mencapai perkara ini kite perlu satu falsafah yang menghargai wanita kerana dirinya dan menilanya berdasarkan akhlaknya dan bukan atas kecantikan atau kekayaaannya - falsafah yang mengembalikan identiti, status dan harga diri. Falsafah ini adalah ISLAM

ISLAM DAN KECANTIKAN

  • Al-A'raf:26
"Wahai anak Adam. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik2nya. Yang demikian itu adalah dari tanda2 (kurnia) Allah supaya mereka beringat
  • Hadith Rasul
"Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia sangat sukakan yang indah dan cantik"- Muslim & At-Tirmizi

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"- Muslim

"Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baikla seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan"-Bukhari dan Muslim

10 SIFAT KECANTIKAN PERIBADI UNGGUL
  • Objective - mencantikkan semua dimesnsi kehidupan manusia dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelectual dan social (JERIS)
  1. Aqidah yang bersih - keimanan direflectkan melalui akhlak
  2. Ibadah yang benar - wajib complete + sunat
  • Wudhu' yang menyerikan wajah
  • Solat - mencegah perbuatan keji
  • Puasa - perisai
  • Zakat dan sedekah - penyubur harta
  • Haji - kemuncak pengabdian di jalan Allah
3.Akhlak yang terpuji
4. Ilmu yang luas - akal sentiasa berfikir, seimbangkan ilmu dunia dan akhirat
5. Kesihatan fizikal
6. Kecantikan hari melawan nafsu
7. Menjaga waktu
8. Teratur dalam semua urusan
9. Berusaha dan berdikari
10. Bermanfaat untuk orang lain

BERHIAS DAN MERAWAT DIRI
-Islam mengharuskan malah menggalakkan wanita berhias tp untuk org yang sepatutnya lah..
  1. Menjaga kulit dengan olive oil ( Hadith nabi riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Makanlah minyak zaitun, dan sapula kulitmu dengannya kerana ia datang dari pokok yang diberkati)
  2. Makan makanan yang mengandungi protein, vitamin dna mineral seperti vitamin E, folic acid so and so forth.
  3. Senaman dan penjagaan berat badan unggul
  4. Lemak baik yang terkandung dalam makanan seperti ikan, kacang n olive oil (Kulit yang bersinar dan system immue yang kuat)
  5. Sayur dan buah
  6. Air, air, air (kelembapan kulit)
  7. Tidur dan rehat yang cukup
  8. Kebersihan diri dan persekitaran
CARA BERHIAS BERLANDASKAN SYARIAT
  1. Niat untuk mensyukuri nikmat Allah
  2. Berdoa
  3. Gunakan perhiasan dan produk yang halal dan dibenarkan syariat
  4. Menutup aurat dengan sempurna
  5. Pakaian yang longgar, tidak jarang
  6. Tidak berlebihan dan membazir
  7. Tidak mengubah ciptaan Allah
  8. Tidak menyerupai lelaki
  9. Tidak bertabarruj + perfume yang berbau kuat di depan bukan muhrim (jgn sampai bau hapak lak)
  10. Bukan untuk bermegah atau meniru pakaian orang jahil
Setakat ini lah yang mampu saya tulis. Kalau nak yang lebih baik and more informative, kite gi lain kali yek, kalau umur masih panjang dan peluang masih ade.

Apa guna bermulut cantik, kalau kerja asyik mengumpat
Apa guna berwajah cantik, kalau tidak menutup aurat

Wednesday, July 22, 2009

Ikut Nafsu

As we all know, manusia dicipta dengan 2 unsur, iaitu iman dan nafsu. So, for this entry I would like to share types of nafsu and nilai2 kan sendiri di mana tahap kita.

1. Nafsu yang tenang (dlm arab mutma innah- takut salah eja)

Nih adalah nafsu yang terbaik la. Bukan la nafsu namanya kan, tp maknanya iman lebih menguasai orang ini. Yang mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Yang Allah jemput tuk masuk syurga, dalam surah Al-Fajr:27-28

2. Nafsu yang naik turun (Lawwamah - tak tau BM betul ke salah. Maksudnya cam tu la)
Yang ni plak, iman and nafsu lebih kurang la. Orang ni, nak kate baik, takla baik jugak, buat jugak dosa. Nak kata jahat, ade jugakla perbuatan baiknya. Kadang2 iman menang, dia jadila baik. Kadang2 nafsu menang, die jadi la jahat.

3. Yang ketiga ni, memang out la - Nafsu Amarah
Memang ikut nafsu abis la... lawan Nafsu yang tenang la kire. Memang jahat giler la ni. Sarip Dol lagi baik kot.

Jadi, di manakah kedudukan nafsu kita? Adakah masih Amarah, atau up sikit Lawwamah atau mmg da mencapai nafsu Muthma'innah (alhamdulillah). I'm very sure rata2 kita akan jawab lawwamah, dan rase bangga la memiliki nafsu ni. At least bukan Amarah yang dikeji yang sah2 menjamin masuk neraka. Betul ke camtu?

Penah tak kite dengar pendapat salah seorang salafus soleh tentang nafsu lawwamah? Opppss, sape tu? Contoh, Ibnu Abbas mengatakan Al-Lawwamah ialah nafsu tercela? Tercela tu ape ek? Tak cantik la jugak kan?

Sebenarnye nafsu lawwamah ni tak berapa cantik la jugak. Seolah2 kita permainkan Allah. Hari ni, buat dosa, esok bertaubat, lps buat lagi, taubat lagi. Cam takde keje lebih berfaedah la kan? (Tak jumpe cari dalil dlm Quran, insyaAllah I'll find later, or sesape yg tau, boleh cakap).
Sedangkan kita tak sedar yang kita permainkan diri sendiri. Allah tak rugi apa2 pon, kite yang rugi.

Nak tambah buruk lagi, mungkin nafsu amarah lebih baik, sebab mungkin diorang x tau bile buat dosa. Kite yang dah tau ni.... kan? Renung balik diri. Dan same2 berusaha tuk upgrade ke 'jiwa yang tenang', itulah sebaik2 nafsu. Wallahu a'lam

Sunday, July 12, 2009

Buku amalan ku...

Ketika kamu berasa malas untuk beribadah ataupun terlintas untuk melakukan kemungkaran pada Allah, ingatlah di akhirat nanti ketika manusia dikumpulkan dalam keadaan tidak berpakaian, busuk, huru-hara dan sebagainya.
Nak lari pon tak boleh, sbb ramai orang kat padang mahsyar tu.
Tengok kanan, org tu da dpt buku amalan die, dari kanan , sebelah hadapan. Gembira wajahnya.
Tengok kiri, orang tu meraung2, tp buku amalan die datang dari hadapan sebelah kanan.
Tengok depan, orang tu dpt buku amalan die juga dari arah yang sama.
Bila buku amalan kita nak sampai?
Kita juga tertinjau2 ke sebelah kanan, mungkin buku amalan kita akan sampai tak lama lagi.
Tiba2, bahu kiri kita dicuit dari belakang. Toleh ke belakang, buku amalan kita. Dari belakang, sebelah kiri. Mahukah kita amek buku itu? Adakah lagi ruang untuk melarikan diri?

Dunia inilah tempat kita menanam untuk dituai hasilnya di akhirat kelak. Sama2 la renungkan dan berfikirlah 10juta kali sebelum melakukan dosa baik besar atau kecik. Especially mengumpat orang, berfikirlah 60,000,000 juta kali sebelum bercakap pasal orang. Biasenye kita mengumpat orang yang kita tak suka kan? Tak berbaloi masuk neraka sebab die. Ingatan tuk diri sendiri yang.... 'The Gossip Gang'

Thursday, May 7, 2009

Semua mampu, tapi tak semua mahu

(Perkongsian dengan SMN)

Surah Fushshilat: 33 - 36

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِ

مَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ(33) وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَ

نُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (3

5) وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (36)

Terjemahan:

  1. Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, Mengerjakan amal yang salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
  2. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba tiba orang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah olah dialah menjadi teman yang sangat setia.
  3. Sifat sifat yang baik itu tidak dianugerahkan mel

    ainkan kepada orang-orang yang sabar mempunyai keberuntungan yang besar.
  4. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dalam ayat2 diatas, Allah mengajar kita bagaimana untuk berdakwah atau mengajak orang lain ke arah kebaikan. Disebabkan Dia yang perintahkan kita mengajak kearah kebaikan, maka diajar supaya kita pandai. Hehe

Dalam ayat 33, kita semua perlu bercakap, tp dicerita

kan orang yang lebih baik perkataannya ialah yang menyeru kepada Allah, disamping mengajak orang berbuat baik, dia pon sama2 buat baik. Tidak mahu ke kita jadi orang yang lebih baik dengan bercakap perkara2 yang baik? Kalau susah sgt nak cakap pasal kebesaran Allah, elak la bercakap benda tak elok (saya la yg susah tu)

Memang kita akan mengalami kesusahan dalam menyampaikan kebaikan, sedangkan nabi2 dulu pon ditentang oleh syaitan dan manusia. Tapi bersabarlah, dan teruslah memohon perlindungan daripada Allah. Jika kita sabar, insyaAllah, Allah akan an

ugerahkan kita dengan sifat2 terpuji dan kita termasuk dalam golongan yang mendapat untung besar.

Jadi, kenapa agaknya Allah wajibkan kita mengajak ke arah kebaikan, kerana kita semua mampu sebenarnya. Cuma Berbekalkan panduan yang diberi, buatlah sehabis baik dan semampu kita. Bukankah usaha lebih penting daripada hasil? Apa yang penting, kerjasama!!!

Wednesday, April 29, 2009

He knows when to pick U up

There's a lot of things happened lately, that brought me down, so down. Don't ask me what, not gonna tell ( a secret makes a woman, woman). Now, I kinda forget, I mean I can't forget, but I try not to remember. Somehow, the feeling there, especially when it's the thing I have to face every single day.

But today, guess what? I'm a little up when Dr Veena, out of blue said I'm kinda weird (???) Not remember her word exactly. But she said, I always blur with something common that everybody knows, but when everybody silent, I'm the one who come with the answer. Eh????
Absolutely nahhhh!!!! It was just actually me and my colleague's were looking for something else when I saw something else to my lucky she asked the something else that I saw. Previously, maybe she hint me the answer. Somehow, I feel good.

It's the Great Physician's doing when U come to Him for medicine. He knows exactly when and how to treat you. He does have the cure, with no fee, but to serve for him.

So, don't delay or hesitate to look for treatment from Him, for He really know how to cure.

Tuesday, April 14, 2009

Even ‘Ba alip ba ya’ are worthwhile than human

Saya pon x ingat dah bile bersembang ngan sorang pak cik kat medicine ward yang ade sakit jantung. Kata beliau, smalam doctor inject ubat yang ada babi kat pak cik. Ragu2, yo yo je pak cik nih…

Hari tu, masa kat A&E saya tengok sendiri syringe yang mengandungi ubat itu. Doctor t upon explain kat pak cik tu yang beliau terpaksa diinject ubat yang mengandugi gelatin babi itu. Mula2, pak cik refuse, tp bile doctor tu kate ubat ni memang effective dan telah ade fatwa yang menghalalkan, maka pak cik setuju. Setakat ni, saya masih mencari fatwa yang menghalalkan ubat ini. Sape2 yang terjumpa sila beritau saya ya. Atau mungkin saya akan buat research. Ya, one day.. heheh

Menurut satu blog yang saya terbaca, terdapat satu kaedah fiqhiyyah "Akhaffu al-Dhararain" yang bermaksud meletakkan hukum berdasarkan mudharat yang paling ringan. Maksudnya di sini, gelatin lemak khinzir itu haram tetapi membunuh diri kerana tidak mahu berubat itu lagi besar tingkatan haramnya. Dalam isu ini, menjaga keselamatan diri atau nyawa itu lebih utama. (blog itu)

Tp, tu bukan lah tujuan saya post entry ni. Cume nak ingatkan diri sendiri dan org yang lupa, babi tu benda yang haram, yang kita hina tapi sekarang berbakti pada manusia. Saya ni sebagai manusia yang cantik dan mulia sedang pening memikirkan apa sumbangan saya pada orang lain? Nada…. Ade la sikit2, tapi takdelah sumbangan sebesar babi tu…

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008