Friday, November 19, 2010

Merendahkan Darjat Wanita


“Boleh masuk tak ni?” tanyanya kepada saya ketika kami singgah di masjid untuk bersolat Zohor yang hampir luput waktunya. Ketika itu dia sedang haid.
“Boleh…” jawab saya.
Usai solat, saya lihat dia berehat di belakang, bertentang dengan dinding, hampir ke pintu. Tudungnya sudah diletakkan diatas lantai.
“Betul ke boleh masuk ni?” tanyanya sekali lagi.
Belum sempat saya menjawab boleh sekali lagi, rakan2 lain mula menempelak. “Tak boleh!! Orang takleh semayang mana boleh masuk masjid.”
“Surau boleh tak?”Tanya saya, memprovok
“Surau boleh….”
“Kenapa?...”
“Sebab masjid besar, khusus dan tempat solat jemaah…” goyah
“So, surau tempat orang solat sorang2?”
"Tah, tapi ustazah memang larang sgt2... berdosa dia cakap..."

Mesti orang akan cakap... Ala itu perkara cabang je, kenapa nak besar-besarkan? Memang, tapi kalau dah sahabat saya tu cepat-cepat pakai tudung terus berlari keluar dari masjid macam takut hantu, pastu moyok je muka, takut dah buat dosa besar...

Aduhai wanita. Ruginya wanita….
Masjid itu rumah Allah, tempat bertafakur padanya, tempat beroleh ketenangan.
Andainya ada majlis ilmu di masjid, tak dapat lah wanita haid itu menghadirinya.
Bodohlah dia untuk ilmu yang diajarkan itu.
Aduhai wanita
Surat  cinta daripada Allah pon haram disentuh, apatah lagi membacanya,
Sedangkan  surat  114 surah itu membawa rahmat seluruh alam dan penunjuk jalan hidup di dunia.
Terhalanglah rahmat Allah kepadanya.
Kata mereka, kami  masih boleh berzikir, sedangkan Allah tidak melarang.
Aduhai wanita.


Masuk masjid

Al Imam Bukhari dalam Shahih-nya (nombor 971) meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Ummu Athiyah radhiallahu ‘anha, dia berkata :

“Kami dulunya diperintah untuk keluar (ke lapangan shalat Ied, pent.) pada Hari Raya sampai-sampai kami mengeluarkan gadis dari pingitannya dan wanita-wanita haid. Mereka ini berada di belakang orang-orang (yang shalat), mereka bertakbir dan berdo’a dengan takbir dan doanya orang-orang yang hadir. Mereka mengharapkan berkah hari tersebut dan kesuciannya.”
(Diriwayatkan juga oleh Muslim nombor 10 : Shalat Iedain’)


Baca Quran
1) Firman Allah Ta’ala :
“Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79)


2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Tidaklah menyentuh Al Qur’an itu kecuali orang yang suci.” (HR. Ath Thabrani. Lihat Shahihul Jami’ 7880. Al Misykat 465)
Jawapan ke atas dalil di atas :
Pertama : Majoriti Ahli Tafsir berpendapat bahawa yang diinginkan dengan dhamir (kata ganti) dalam firman Allah Ta’ala : ((Laa Yamassuhu)) adalah Kitab Yang Tersimpan Di Langit. Sedangkan ((Al Muthahharun)) adalah para Malaikat’. Ini difahami daripada konteks beberapa ayat yang mulia :
“Sesungguhnya ia adalah Qur’an (bacaan) yang mulia dalam kitab yang tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang disucikan).” (Al Waqi’ah : 77-79)
Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah Ta’ala :
“Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para malaikat, pent.).” (Abasa : 13-16)

Selebihnya, rujuk di wanita haid 
Ade banyak lagi kat tenet, ni saya tolong carikan la...


Kesian lak tgk sahabat saya lepas tu, moyok je. Tapi kan, ustazah die lupa kot nak pesan pakai baju n seluar ketat pon berdosa juga...


 

0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008