Friday, November 26, 2010

Saya perihatin

Kecoh isu sejadah ade muka babia
Kesian babi, menatang itu kan makhluk Allah jugak
Walaupun babi dimaktubkan haram dalam Al-Quran
Di akhirat nanti tak tau, kita ke babi yang masuk syurga

Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Bagus, memang bagus menjadi orang yang sensitif terhadap agama kita, sampaikan corak bunga pun diimagine kepala babi. Bukan saya menolak, mungkin ada konspirasi, tapi kenapa kita suka melatah terhadap benda-benda simple? (Simple awak kata? Nanti ade yang ketuk kepala saya atau mendakwa saya di mahkamah. Jangan....!!)
Maksud saya, di dunia ni terlalu banyak benda yang sepatutnya disensitifkan. Isu aurat umpamanya, keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang entah di mana penghujungnya.

Kita lebih suka imagine benda, contohnya benda ni takleh guna sebab ade tanda agama lain. Kalau nak diikutkan, semua benda dalam dunia ada berkait dengan lambang itu. Semua benda tidak boleh digunakan ke?

Saya bukan la ingin menyama-ratakan kedudukan agama ini kerana sudah jelas kedudukan Islam tidak dapat dicabar oleh mana2 agama pun, cume bukakla minda kita sikit, tak payah la susah2 nak imagine benda. Kalau da hiasan kat sejadah tu, ambilla sebagai bunga. Banyak lagi tugas kita yang tak selesai selain nak pikir benda2 tu...

Yang saya herannya, ade orang kate benda tu menghina agama, yang dia tak tutup aurat, tak menghina pulak...

0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008