Wednesday, May 26, 2010

What Inside?

Tersebut kisah seorang budak lelaki kulit hitam yang hidup di Amerika, kisah dulu2 ni yang mana orang hitam dipandang serong oleh masyarakat kulit putih. Disebabkan keadaan itu, beliau menjadi rendah diri dan selalu berasa dirinya tidak berguna.

Sehinggalah pada suatu hari, dia telah pergi ke satu funfair. Tiba-tiba dia nampak belon warna biru berterbangan di udara. Dia pon mencari punca belon itu. Terjumpalah dengan seorang pak cik yang sedang mengepam belon dengan gas yang mampu membuatkan belon itu terbang diudara. Teka gas apa?

Jakun. Budak itu melihat dengan penuh minat. Pak cik tu ambik belon merah, pam, terbanglah belon merah itu. Pak cik amek belon hijau, pam, terbang. Belon purple, pam, terbang. Kemudian pak cik amek belon hitam. Belum sempat pak cik pam, budak tu tanya, " Pak cik, boleh ke belon hitam terbang?"
Heran pak cik tu, rupanya budak itu bertanya sebab sebagai orang berkulit hitam yang berasa rendah diri, die rasa belon hitam itu takkan dapat terbang.

"Anak, belon ni pon akan terbang macam belon lain jugak, sbb pak cik isi dengan gas __________. Belon2 lain terbang bukan sebab jaker die, tapi sebab what is inside them."

So, tak kira lah apa warna kulit anda atau paras rupa anda, kalau orang lain mampu buat, anda juga mampu..

Friday, May 21, 2010

Kalau Kau Cerdik

Pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya:

Wahai anakku, jika kau berjalan dan melintasi sebuah majlis ilmu, maka singgahlah. Jika kamu tak cerdik, kamu akan jadi cerdik dan jika kamu dah cerdik, maka bertambah kecerdikan kamu dan bertambah dekat kamu dengan Allah
Jika kamu berjalan dan melintasi majlis hari jadi maksiat, lagha dan jauh sekali daripada mengingati Allah, teruskanlah perjalanan kamu, jangan lah berhenti. Kecerdikan kamu tak berguna lagi untuk majlis itu, dan jika kamu tak cerdik maka kamu akan bertambah2 bodoh dan semakin jauh dari Allah
"Apatah lagi jika kamu yang menganjurkan majlis itu..." Sambung saya.

Tuesday, May 18, 2010

Thanks smoker

Semasa di Intec dulu, seorang lecturer pernah suggest supaya saya makan spirulina, katenye boleh bagi tenaga, nanti takde la tidor dalam kelas (sesungguhnya kejadian tidur dlm kelas telah bermula sejak pertama kali menjejak kaki ke sekolah) Hoho
Masa tu punya la semangat, share duit ngan kawan beli spirulina, tp 2 hari makan lebih mengantuk dari biasa, lalu saya telah meninggalkan aktiviti makan spirulina itu.

Lepas makan Usana, sy tak perasan lak kalau sy lebih letih atau mengantuk daripada biase (sbb memang asik tido je pon)..

Lps itu, baru sy sedar apa sebenarnye yang dilakukan oleh supplement ini. Mana2 supplement pon mmg akan bantu repair cell kita, jadi untuk merepair cell body memerlukan waktu untuk berehat. Mungkin terlalu byk cell yang telah rosak, maka awal2 makan tu letih la sikit. It's ok, keadaan akan bertambah baik nanti.

Sebulan makan Usana, sy mula batuk2, 2 minggu batuk kering. Lps tu flu lak, lps tu batuk berkahak yang agak truk. Boleh rase ade kahak dlm paru2 bile batuk. Menurut buku cadangan pemakanan Usana, itu tandanya tisu paru2 sedang dibaiki dan mengeluarkan banyak kahak.

Last night, I went to see pak cik mengurut, sbb ade budak terseliuh leher. Ade ke patut? Pak cik ni jenis yang belajar tengok organ dalaman dengan keadaan  luaran. Kata die, paru2 saya tak kuat. Adakah ini kebetulan?

Die tanya, ayah merokok? Nope, my dad is no smoker. In fact, in my daily life takde lak expose kepada org smoker. Lalu, asap apekah yang merosakkan paru2 saya ni? Nasib baik sy makan Usana.. :))

Monday, May 17, 2010

Believe me, it's free

Pernahkah anda membeli bekas polysterene dengan tulisan 'CFC free' di bawahnya?
Adakah anda percaya?
Sesungguh mereka tidak menipu kerana anda memang mendapat CFC percuma dengan setiap pembelian

Monday, May 10, 2010

Sanggup dia berhutang

Selama 2 hari, Utusan Malaysia mengupas kisah lelaki muda yang dikatakan suka bermewah2 dan sanggup berhutang untuk memenuhi kehendak nafsu hati muda mereka.

Dalam laporan semalam, lelaki muda dikatakan borosdan giat mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu

Dalam laporan hari ini pula mereka dikatakan ingin menonjolkan kemewahan, kerana itulah mereka sanggup berhutang. Betul ke ni, lelaki? Adoyaiii....

Jangan risau, saya ada solusi untuk masalah anda.
http://8055ismail.usana-malaysia.com/   -- lawati lah website ini dan ubahlah nasib anda....
 

Lu Pehal Bapa?

Kisah dongeng ini berlaku di salah sebuah kolej swasta di Malaysia. Si anak beriya2 ingin memakai tudung tapi telah dihalang oleh si ayah. Setiap kali anaknya keluar rumah dengan memakai tudung, si ayah akan memarahi anak. Jikalau si anak degil, pasti si ayah akan memukul anak itu. Pedih kesan dipukul, pedih lagi hati si anak kerana perbuatan ayahnya.

Semuanya berpunca daripada adik-beradiknya juga, sebab adik-beradik si anak semua lelaki, mungkin sebab tuh la si ayah menghalang si anak daripada memakai tudung, seraya berkata. "kita orang lelaki tak boleh pakai tudung...."

Thursday, May 6, 2010

Boleh kaya ke?

Pintu bilik doktor terkuak. Eh, budak kecik je...

Doktor : Umur berapa ni?
Adik    : 7 tahun
Doktor :Mak mane?
Adik     : Mak dah balik
Doktor : Ayah mana?
Adik : Ayah takde, dah meninggal....
Doktor : Mak tak kawin lain?
Adik : Kawin....
Doktor : Tp ayah xde? Adik-beradik ada berapa?
Adik : 6 orang
Doktor : Awak no berapa
Adik : No 7

Mase tu, doktor tu memang bengang ngan mak adik. Bileh lak tinggalkan anak die seko2 sorang2 kat klinik. Canne la budak tu nak blk nanti. Sementara staff nurse isi borang mc, doktor panggil patient lain.
Masukla pulak sorang budak laki yang mukanya agak sama ngan budak pompuan itu.

Doktor : Adik awak ke?
Abang : Ye
Doktor : Mak mane?
Abang : Kat jabatan kecemasan
Doktor : Mak wat ape?
Abang : Mak patah kaki

Ehh??? Biar betul.. kesiannya adik-beradik ini. Dahla demam, mak lak patah kaki. Kalaulah dengan menjadi doktor, saya boleh menolong mereka bukan dengan hanya seringgit dua, kalaulah saya boleh menolong mereka dan orang2 senasib dengan mereka lebih daripada itu disamping tidak mengabaikan keinginan saya. Kalau lah....

Mari kerat testis dia....!!!

Tak tau la die geram sangat ke, atau memang bermaksud begitu, tapi cadangan salah seorang senator berhubung masalah pembuangan bayi (dalam paper Utusan Malaysia bile tah, tgk hari ni ade lagi baby kene buang teringat lak) buat aku tergelak. Ape ke lawaknya nak potong2 testis orang (kasi). . Baik buat hysterectomy (buang rahim pompuan tu) sape suh pepandai gi buang baby apesal? Biar tak leh beranak langsung, padan muke. Apa2 pun, kedua2 kaedah di atas adalah tidak praktikal.

Islam telah menggariskan hukuman kepada penzina dengan jelas:-

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim
 Itu untuk yang belum berkahwin, ada pun yang telah berkahwin hukumnya rejam sampai mati.

Namun, masih ada ruang untuk orang itu bertaubat, jika mereka mahu.
Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah, riwayat Imam Muslim bahawa Buraidah menuturkan: -

Seorang wanita telah datang berjumpa Rasulullah dengan complaint of mengadu beliau telah berzina, telah mengandung  dan minta dihukum. Namun, Baginda Rasulullah menolak dan menyuruh wanita itu melahirkan anak dulu. tp jgn dibuang baby itu ya...                          Selepas  bersalin, wanita itu datang lagi, membawa bayinya kepada Rasulullah, sekali lagi baginda menolak dan memerintahkan si wanita menyusukan babynya sehingga putus susu. Setelah baby itu putus susu, si wanita membawa anaknya yang sedang makan roti kepada Rasulullah (menunjukkan bayi itu telah makan makanan lain), sekali lagi Rasulullah juga menolak. Namun, si wanita tetap mendesak supaya dia dihukum, akhirnya rasulullah bersetuju untuk merejam wanita itu sehingga mati. Semasa Khalid Al-Walid membaling batu ke arah wanita itu, terpancutlah darah ke mukanya, lantas Khalid memarahi si wanita. Rasulullah menegur " Sabarlah wahai Khalid. Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh dia telah bertaubat dengan taubat yang seandainya dilakukan oleh pemungut cukai (pajak) nescaya dia diampun." Rasulullah juga turut menyembahyangkan jenazah si wanita. Ketika ditanya oleh Umar Al-Khattab, kata baginda " 
Ia telah bertaubat dengan taubat yang sekiranya dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya mencukupinya. Apakah engkau menemukan taubat yang lebih baik daripada orang yang menyerahkan jiwanya kepada Allah?”

(H.R. Muslim, XI/347)

Diciplak kongsi daripada  blog ini.

Kisah ini menunjukkan Rasulullah sebenarnya cuba mengelakkan hukuman ke atas si wanita kerana kepada tuhannya sebaik2 tempat kembali dan menjadi kewajipan setiap muslim untuk membetulkan antara muslim yang lain..
Wallahu a'lam

Tuesday, May 4, 2010

Your Health is in DANGER

Betul ke nutritional medicine ialah bentuk perubatan yang ajaib? Naaaaahhhh!!! Ajaib kot celoh mano gak????
Sebenarnya badan kita ialah the most ajaib thing in the world. Badan kita sebenarnya ialah medan peperangan. Antara 'free-radicals' dan anti-oxidants.

Badan kita memang berupaya menghasilkan anti-oxidants nya sendiri. Walau bagaimanapun, sekuat mana atau sebanyak mana anti-oxidants yang dihasilkan, lebih banyak aktiviti seharian kita yang menghasilkan musuh kita. Canne 'free-radicals' boleh terhasil dalam badan kita? Ialah daripada process yang dijalankan menggunakan oleh mitochondria (pusat energy la dalam cell kita) untuk menghasilkan ATP (energy) dan air. 4 elektron diperlukan untuk menukarkan oksigen kepada air, tp process ini tidak selalunya berjaya, lalu meninggalkan satu atom oksigen bergelimpangan yang dikenali sebagai "FREE-RADICALS'

Mana2 bahagian badan yang dekat dengan aktiviti 'free-radicals' ini, maka lebih cepat la bahagian itu rosak. Kalau mata, mungkin kita akan terkena macular degeneration atau cataract. Kalau salur darah, serangan sakit jantung atau stroke. Kalau sendi, arthritis dan kalau otak, Alzheimer's atau Parkinson's disease.

Peperangan dalam badan kita

The enemies = free radicals

The allies = Antioxodants

Behind The Lines = Supporting nutrients - the B cofactors (B1,B2,B6, B12 and folic acid) and antioxidant minerals. Bertindak seperti pembekal minyak, peluru, makanan yang memastikan mesin2 bergerak semasa perang.

Enemy reinforcement = Keadaan yang meningkatkan 'free-radicals'

MASH = Pasukan membaiki cell yang dicederakan oleh 'free-radicals'

Apakah yang meningkatkan 'free-radicals' dalam badan kita?

  • Senaman yang berlebihan 
    • Dalam TheAntioxidant Revolution by Dr Kenneth Cooper menegaskan senaman                      berlebihan akan meningkatkan free-radicals dalam badan.
    • Aaa aaa aaa (index finger in the air) ini bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam ye. Diulangi, senaman berlebihan, jadi Dr itu telah mencadangkan senaman yang ringan sahaja dah cukup, takyahla nak berlari cam Watson Nyambek
  • Stress yang berlebihan
    • Adakah anda sedar jika anda terlalu stress, anda akan jatuh sakit? Berlebihan....
  • Pencemaran udara 
    • Mengandungi ozone, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, dan lain2. Semua orang tahu kan, pencemaran udara ialah berbahaya?
  • Asap rokok
    • Merupakan penyumbang free-radicals terbesar, apatah lagi jika anda perokok pasif. 
    •  
  •  Pencemaran dalam makanan dan air
    • Sama lah ngan pencemaran2 lain, air dan makanan kita pon da tercemar
  • Sinaran matahari ultra violet
    • Pakaila sunscreen kan? Tapi percaya atau tidak, sunscreen juga penyumbang kepada free radicals ini...
  • Ubat dan radiasi
    • Semua ubat adalah mengandungi keburukan tersendiri kesan yang tidak diingini dan boleh mengakibatkan oxidative stress
Jadi, supplemen akan menambahkan anti-oxidants dalam badan anda untuk meneutralkan free-radicals tersebut.

Source : What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine Maybe Killing You by Dr Ray D. Strand M.D




    Blog Widget by LinkWithin

    Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008