Mari kerat testis dia....!!!
Tak tau la die geram sangat ke, atau memang bermaksud begitu, tapi cadangan salah seorang senator berhubung masalah pembuangan bayi (dalam paper Utusan Malaysia bile tah, tgk hari ni ade lagi baby kene buang teringat lak) buat aku tergelak. Ape ke lawaknya nak potong2 testis orang (kasi). . Baik buat hysterectomy (buang rahim pompuan tu) sape suh pepandai gi buang baby apesal? Biar tak leh beranak langsung, padan muke. Apa2 pun, kedua2 kaedah di atas adalah tidak praktikal.
Islam telah menggariskan hukuman kepada penzina dengan jelas:-
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul KarimItu untuk yang belum berkahwin, ada pun yang telah berkahwin hukumnya rejam sampai mati.
Namun, masih ada ruang untuk orang itu bertaubat, jika mereka mahu.
Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah, riwayat Imam Muslim bahawa Buraidah menuturkan: -
Seorang wanita telah datang berjumpa Rasulullahdengan complaint ofmengadu beliau telah berzina, telah mengandung dan minta dihukum. Namun, Baginda Rasulullah menolak dan menyuruh wanita itu melahirkan anak dulu.tp jgn dibuang baby itu ya...Selepas bersalin, wanita itu datang lagi, membawa bayinya kepada Rasulullah, sekali lagi baginda menolak dan memerintahkan si wanita menyusukan babynya sehingga putus susu. Setelah baby itu putus susu, si wanita membawa anaknya yang sedang makan roti kepada Rasulullah (menunjukkan bayi itu telah makan makanan lain), sekali lagi Rasulullah juga menolak. Namun, si wanita tetap mendesak supaya dia dihukum, akhirnya rasulullah bersetuju untuk merejam wanita itu sehingga mati. Semasa Khalid Al-Walid membaling batu ke arah wanita itu, terpancutlah darah ke mukanya, lantas Khalid memarahi si wanita. Rasulullah menegur " Sabarlah wahai Khalid. Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh dia telah bertaubat dengan taubat yang seandainya dilakukan oleh pemungut cukai (pajak) nescaya dia diampun." Rasulullah juga turut menyembahyangkan jenazah si wanita. Ketika ditanya oleh Umar Al-Khattab, kata baginda "
“Ia telah bertaubat dengan taubat yang sekiranya dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya mencukupinya. Apakah engkau menemukan taubat yang lebih baik daripada orang yang menyerahkan jiwanya kepada Allah?”
(H.R. Muslim, XI/347)
Di
Kisah ini menunjukkan Rasulullah sebenarnya cuba mengelakkan hukuman ke atas si wanita kerana kepada tuhannya sebaik2 tempat kembali dan menjadi kewajipan setiap muslim untuk membetulkan antara muslim yang lain..
Wallahu a'lam





0 iigusa:
Post a Comment