Sunday, December 5, 2010

Biarlah berbaloi

Mase tengah main tekan2 remote ketika boring itu, tertekan la plak citer Halimah Jongang. Amboi, Halimah sekarang bukan main seksi u sejak keja apebende tah. X penah tengok pon citer tu. Kebetulan scene yang saya tengok tu ialah teguran sorang mak cik kepada Halimah. Mak cik ni, kire2 pakaiannya da cukuplah syarat tutup aurat, baju nya da longgar, tebal, tutup semua badan, cumenya rambut masih terdedah, memang x pakai tudung langsung la. Kita ikuti perbualan antara Halimah dengan mak cik.

Mak cik : Halimah, mak cik ni nak tegur kau sikit, jangan marah. Mak cik tengok kau sekarang ni, pakai skirt pendek, nampak kaki. Bukan apa, kalau pakai canni, nanti orang2 lelaki tu tengok.

Halimah : Tengok je kan, mak cik? Bukan buat apa2 pon.

Mak cik : Yelah, tapi salah kau jugak pakai macam ni. Mula2 tengok2, pastu nak pegang2.

Halimah : Kalau ade orang berani pegang mak cik, Limah ketuk dengan kasut.

Mak cik : Cubalah tutup kaki tu Halimah. Macam mak cik ni, pakai baju labuh, longgar.

Halimah : Tapi, mak cik pon same je, tak tutup aurat.

Mak cik : Mana lagi nya? Mak cik da tutup semua ni hah....!

Halimah : Tu rambut mak cik... bukan aurat?

Terkena mak cik. Tujuan saya memaparkan perbualan mereka bukan nak buat kempen membuka aurat. Cumenya, saya puji lah Halimah tu. Sebabnya dia tidak mau rugi. Alang2 nak bukak aurat, takkan nak tunjuk rambut ja... bukak la byk sikit. Kalau masuk neraka pon, berbaloi la jugak. Ni, punyala badan tutup, pakai baju longgar, kain tebal. Memang perfect la, tapi rambutnya terdedah. Masuk neraka sebab nampak rambut aja? Berbaloi ke? Jadi, alang2 bukak rambut aja, lebih baik ditutup saja semua. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia2 dan setiap perintah Allah ada hikmahnya.

Wahai Nabi Muhammad, suruhlah kepada isteri2 kamu, anak2 kamu dan wanita yang beriman, agar melabuhkan jilbab (pakaian untuk menutup tubuh) mereka (semasa mereka keluar) Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik)  Maka, dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun dan maha pengasih (terhadap dosa kamu yang lalu)

-Menutup aurat adalah identiti wanita2 Islam. Orang tengok tutup aurat tu, takyahla perkenalkan sape kita, org da tau muslimah

-Elakkan diganggu orang. Kalau da tutup semua tu, mane la ade orang nak feewit ke, pegang2 ke. Nanti die cakap, eleh pompuan pakai tudung pon kene rogol jugak. Tu sebab korang, orang lelaki tu tengok korang tp pompuan bertudung jadi mangsa.. Panjang la plak citer yang ni.

So, Halimah tu nampak gayanya dah sedar rambut tu aurat, badan dia pon aurat. Apalah yang menghalang dia untuk berubah? Semoga Halimah akan membuka hatinya untuk mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah, dan berbanggalah menjadi Halimah. Bukankah Halimah ialah wanita terulung dalam sejarah Islam?

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008