Kebanyakan kita lebih suka merespond kpd sesuatu yang berlaku drpd bersikap proactive. Contohnya, apabila berlaku tragedi lebih2 lagi kalau agama Islam dhina, diperkotak-katik, di apa2 la perkataan negative dlm kamus hidup, semua orang marah, semua nak tunjuk perasaan, buat demo. Selain itu, apa yang kita buat untuk menafikan tuduhan2 terhadap agama Islam yang dilontarkan oleh org2 tertentu.
Baru2 ini, paling hot, depa buat Hari Bakar Quran Sedunia, dan kita pon terus mengutuk tindakan mereka, tp berapa kerat je lps mengutuk itu, berazam atau bertindak menjadikan Quran kompas dlm hidup. Berapa kerat yang betul2 baca Quran.
Ada jugak yang baca Quran, tp semata2 baca, xde usha nak paham isinya. Dah baca, cukup baik le tu. Sedangkan dalam surah Al-Baqarah: 38. Dalam ayat itu, kesahnya tentang Nabi Adam dan Hawa yang Allah perintahkan turun ke bumi dari syurga dan Allah akan mendatangkan petunjuk melalui nabi dan rasul. Orang2 yang mengikut petunjuk itu tiada kebimbangan dan tidak berdukacita. Maknanya bahagia lah kan? Tp, adakah kita berasa bahagia setiap kali baca Quran? Canne nak bahagia kalau x faham dan x hayati. Sedangkan novel cinta pon sanggup baca berulang-kali tuk faham.....
Ramai antara kita yang tidak tahu cara menggunakan Quran untuk menenangkan hati yang sedang berserabut dan kebuntuan ataupun untuk bermeditasi. Bagi anda yang mengalami banyak masalah, ingin menenangkan diri, mahu menguatkan keyakinan supaya impian tercapai, Al-Quran lah jalannya.
Caranya senang aja (diciplak dikongsikan dr buku "Quranic Law of Attraction" karangan saudara Rusdin S. Rauf, penulis dr Indon). Walaupun sederhana, kesannya amat luar biasa. Saya baru jek abis baca buku ini, tak try pon lagi. Jom try sama2
- Pasang komputer, MP3. Pilih surah2 yang sudah difahami maksudnya. Tak faham seluruh surah pon xpe, at least tahu apa yang cuba disampaikan oleh surah itu. Contoh : Surah al-ikhlas, cukuplah difahami surah itu menyampaikan tauhid kepada Allah
- Dengar ayat itu sebaik mungkin, renung sedalamnya. Tumpu perhatian dan fokuskan pada ayat itu. Lupakan sebenatar masalah2 dlm kepala otak anda. Nikmatilah alunan ayat itu
- Duduk dan pejamkan mata. Bayangkan impian2 yg ingin saudara kecapi. Bayangkan saudara sudah pun mencapai impian2 itu. Lepaskan seluruh beban hidup anda. Bayangkan semua masalah anda telah selesai. Bukalah mata dan teruslah dgr ayat2 itu sehingga anda berasa tenang dan yakin.
- Dalam keadaan bahagia, ucaplah alhamdulillah. Kemudian, berdoalah sesuai dgn apa yang diharapkan
Kalau boleh buatlah tiap2 hari, sebelum gi kerja, sebelum buat kerja dan sebagainya. Terutamanya ketika semangat kerja menurun, masa tu nikmatilah kedamaian yang dihembuskan ketika kita membaca Al-Quran. InsyaAllah lambat laun Al-Quran akan menjadi sahabat karib kita. Masa tu, barulah mereka tahu siapa kita.
Sebenarnya byk lagi yang boleh dikongsi drpd buku ini, tgkla kalau sy rajin... :p
X pon, belilah sendiri bukunya, "Quranic Law of Attraction" di kedai buku berhampiran anda. Murah je, kat Kinokuniya RM13.90 je. Bukunya pon nipis dan syok utk dibaca. :)))