Tingkahku menjadi tidak menentu. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk baring sahaja. Sejak melihat keputusan peperiksaan tengahari itu, hatiku seakan telah hancur. Lacrimal glandku umpama empangan yang pecah, airnya sentiasa ingin mengalir. Ketika itu, fikiran aku buntu, kelemasan tiada langsung alat2 bantuan pernafasan tuk saya bernafas dengan lega. Terlalu buntu, rasanya terlalu banyak tuk saya fikirkan pada hari itu, seolah2 aku lah pentadbir dunia, perlu segera berfikir dan perlu segera menyelesaikannya.
Dedebuk!!!Astaghfirullahal'azim. Terlalai seketika di jalanan. Pintu kereta kucuba buka tidak berjaya. Dari kereta Waja dihadapanku, muncul lah seorang lelaki muda berbangsa Cina. Dalam hatiku menyumpah2 diri sendiri berzikir2 memohon Allah lindungkan daripada kesusahan. Dipendekkan cerita, lelaki itu seperti malaikat orang yang diutuskan Allah untuk menggembirakan hatiku. Percakapannya sungguh baik dan bersopan walaupun akulah yang bersalah dalam hal ini. Sengaja dia memilih untuk membaiki sendiri kereta nya dan aku hanya membayar harga lampu yang rosak itu. Walaupun tiada siapa yang akan membaiki Myvi hitam itu, namun hatiku senang dengan layanan lelaki Cina itu.
Balik rumah, aku menyambung aktiviti yang terbengkalai sebelum pergi ke pejabat pos tadi. Menangis dan berfikir. Apa yang difikir pon, aku tidak pasti terlalu banyak yang berselirat didalam fikiran ini. Pendek kata, setiap gyrus dan sulcus mempunyai persoalan tersendiri. Salah satu yang bermain di fikiranku ialah patut, bila dan bagaimana aku nak balik kampung? Ku harapkan Sazzy Falak akan menolongku menyelesaikan masalah ini kerana dia juga berada dalam kasut yang sama denganku cume kasutnya lebih besar. Sayang, kerja Sazzy Falak lebih besar daripada masalah yang kuhadapi.
Ketika senja hampir menjelang, otakku sudah terlalu penat untuk meneruskan pekerjaannya. Sokongan daripada rakan2 sekolah menengah yang ketika itu sedang bereunion di Kelantan dan rindu kepada mereka memanggilku untuk mencari tiket pulang ke kampung pada malam itu juga. Benarlah kata orang, "kalau nak balik Klate tu, carilah tiket awal". Kesedihan ini terpaksa kusambung kerana tiket balik Klate sudah habis.
Mataku sudah sembab, namun empangan ini seakan2 tidak mahu kering airnya. Lagu2 keroncong Faizal Tahir telah mula dimainkan di dalam perutku. Tawaran Kamal Adli untuk membelikan ku makanan sengaja ku tolak dengan alasan tak selera makan. Sangkaku Kamal akan memaksa aku makan. Tak apalah, Kamal sibuk dengan hal die.
Akibat tidak tahan dengan lagu2 Faizal Tahir yang beralun merdu, aku terpaksa mendail no telefon Faizal Tahir untuk mengadu. Faizal Tahir segara mendatangiku dengan makanan yang membuatkan aku dysphagia. Kepada Faizal Tahir kuadukan segala yang terjadi padaku, kebuntuanku, kepenatan otakku berfikir.
"Allah ada sebab berbuat demikian" kata Faizal Tahir, airmataku makin laju.
Faizal Tahir menyuruh aku berhenti berfikir, tiada apa yang akan terjadi kalau aku terus berfikir tetapi tidak melakukan sesuatu.
Kerana esophagus kami tidak dapat menerima makanan yang diawa oleh Faizal Tahir, kami membuat keputusan untuk makan di Pizza Hut sahaja. Aku bersetuju walaupun mataku sembab tak dapat bukak kerana Faizal Tahir akan belanja, tambahan pula pizza di Pizza Hut adalah makanan yang kugemari.
Lampu2 di funfair itu telah menarik perhatian kami tuk menghentikan perjalanan. Faizal Tahir memang inginkan aku gembira tapi tak mungkin malam ni. Faizal Tahir telah memaksa aku untuk naik ali baba game (pusing2 cam tomahawk). Pada mulanya aku menolak, aku mmg tidak suka permainan ini. Kenapalah manusia harus mencipta permainan setakut ini. Faizal Tahir menyuruh aku menjerit sekuat hati dan melupakan segala yang terselirat di fikiranku. Aku memang menjerit, sejerit2nya, tp dengan mata terpejam. Sekali, kubuka mata memandang alam ketika aku tinggi diawangan. Terasa seolah2 aku bermimpi, seolah2 fikiranku benar2 kosong, seolah2 apa yang terjadi siang adalah palsu, tidak berlaku.
Balik rumah, mandi dan tidur. Jangan fikir apa2. Pesan Faizal Tahir ketika aku menghantar dia pulang. Tak dapatla Faizal Tahir. Sampai sahaja di rumah, tiba2 sahaja empangan airmataku sekali lagi pecah. Ku cuba tenangkan diri, cukuplah setakat ini, habis air di sungai. Kucuba pejamkan mata, namun air mata ini menghalang.
Sudahlah hati, janganlah bersedih lagi. Tidak perlu dikesalkan atas apa yang terjadi, kerana Allah Maha mengerti. Akhirnya aku terlena dalam kelemasan airmata sendiri.
Aku dalam cerita diatas adalah Dang Suria Haji Mahmud, semoga beliau terus tabah menghadapi ujian ini. Apalah yang beliau sedihkan sangat pon saya tak tau. Beliau bukannya perform bagus sangat masa exam hari tu, kalau tak pass pon memang logiklah jatuh, cume tergelincir je. Tuhla, sapa suh pakai selipar dah haus tapak. Sama2 lah kita doakan kejayaan beliau untuk exam akan datang. Ikutilah luahan hati Dang Suria Haji Mahmud dalam post seterusnya.