10q Khairy Jamaludin
Dalam seminggu ini, terpaksa ku akur dengan kehendak hatiku yang tidak ingin berbicara dengan sesiapa, tidak ingin melayan sesiapa. Tiada perkataan yang mampu melegakan hati ini, tiada perkataan yang boleh mencepatkan penyembuhan luka ini.
Bukannya tiada siapa yang tampil memberi kata2 semangat baik secara face to face, telefon, emel ataupun di facebook (aku minta maaf kerana terpaksa mendelete semua message ini, aku memang sangat terasa dengan sesiapa yang menghantar wall message di facebook. Tidak perlulah dihebahkan ke seluruh dunia perkara ini. Namun, aku bersyukur kerana tidak terbaca lagi dalam surat khabar ataupun terdengar di mana2 berita baik radio atau tv). Terima kasih pada semua yang memberi sokongan, namun jiwa ini masih kurasakan kosong. Malu, tertekan, putus harapan, low self esteem, semua itu bermain2 di minda. Aku memang takut gagal (aku nak buat cerita lain untuk topik ni)
Kata-kata orang itu ibarat masuk telinga kanan keluar sikit ikut telinga kiri. Berkesan sikit jelah, kurang sedihnya tapi still terfikir2. Sehinggalah aku tergerak hati tuk membaca surat khabar smalam (15 October 2009). Membaca tajuknya sahaja, ku rasakan jiwa ini semakin tenang dan semangat ini telah pulih semula.
"Stop Being Defensive" Begitulah sahaja kata2 KJ yang telah berjaya membuat aku kembali 80% normal. Walaupun hanya 3 perkataan sahaja, tapi hanya itulah yang aku perlukan. Kepada sesiapa yang tekah membuat ayat panjang, berbunga2 jangan terasa hati plak. Mungkin kerana masa juga telah menyembuhkan dan ditambah dengan kata2 anda juga, inilah klimaksnya.I think I really need to change. Change yang bagaimana, kite sama2 saksikan nanti. Mungkin juga tiada yang perasan kerana ade lah sebab2 peribadi.
*Aku dalam cerita diatas ialah Dang Suria Haji Mahmud. Saya harap beliau akan berhenti menulis kisah hidup beliau yang dikatakan amat sedih tu. Saya da menyampah nak membaca. Wekkkk





0 iigusa:
Post a Comment