Showing posts with label anggun. Show all posts
Showing posts with label anggun. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

Banyak cantik muka hang...

Talk by Pak Utih

Walaupun ciri2 suami yang telah sy listkan ade potensi menyakitkan hati wanita, namun diorang ni buleh tahan gak memilihnya. Banyak cantik, nak isteri elok2, tp perangai die x elok pon... For this entry, kite tgk lak antara sifat wanita yang dicari oleh lelaki

  • Keibuan - mereka terpikat dengan wanita yang berhati seperti ibu, yang lemah lembut. Tapi bukan ibu ayam eh.. mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan membuatkan mereka rasa tenteram bile stress, cemas atau gelisah selain mereka nak bermanja.                                              Kate saya: Tp, jangan lupe, ibu kan suka membebel. Kalau kena bebel, jangan tak bersabar pulak
Selit kisah zaman Saidina Umar :
Seorang sahabat ni da tension sbb asik kene bebel ngan isteri die. Buat tu salah, buat ni tak kena. Tiba2 beliau terpk nak mengadu kat Saidina Umar. Pergilah beliau ke rumah Saidina Umar, tak sampai rumah lagi ni, agak2 beberapa langkah, beliau terdengar suara orang membebel, sape lagi kalau bukan isteri Saidina Umar (x tau namanya sape) tp Umar tak menjawab sikit pon.
Esokmya, beliau tanya Saidina Umar, "Gua dgr smalam lu kene bebel baiiik punya"
Lalu Umar menjawab, "Rilek la bro. Bagila can kat die. Selama ni die yang kemas rumah, masak, basuh baju, die nak luahkan perasaan le tu... "
(dialog reka sendiri)
  • Prihatin dan menghargai - Berbeza dengan wanita yang suke diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dan diberi kepercayaan. Rasa bangga bile dapat penghargaan daripada wanita.        Kate saya: Mase befday, hadiah paling seswai ialah sijil penghargaan
  • Menjaga penampilan - Wanita perlu nampak kemas, bersih, cantik dan menarik menjadi pilihan mereka, kerana ini menunjukkan wanita mampu menghargai diri sendiri. 
  • Bijak berbicara  - Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik, tp boleh beri input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat bila diajak berbual. Dan juga pandai wat lawak sikit2 
  • Solehah - Bukan orang nama Solehah, tp wanita yang mampu membawa diri dalam apa jua keadaan dan menjaga tatatertib di khalayak. Betul kan, walaupun macammana x senonoh pon lelaki tu, die tetap nak perempuan baik2 jadi isteri die, kan? Sebenarnya, nih yang plg penting la. Berkahwin dengan wanita solehah seperti saya, seolah2 mendapat bonus di dunia (sebab one of tugas suami mendidik kluarga, kalau isteri da solehah, kurang la sikit tanggungjawabnya)

Sunday, August 2, 2009

Sorry, what U're lokking for is not here

Talk by Pak Utih

Kebanyakan wanita jika ditanya mempunyai ciri2 suami yang diinginkan, dan macam2 la yang diorang nak. Tapi ade 6 perkara asas yang wanita nak, namun haha tak dapat la beb. Bukan la semua suami tak boleh beri, tp yg akan sy list kat bawah ni, ciri2 lelaki sejati la (bak kate Pak Utih)Mind you, lelaki ngan suami tak same eh...  mintak2 bakal suami aku x bace blog ni, kang die apply naya....

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh yang lama. 
Realiti - mekasnisme otak lelaki kurang bercakap dan mudah 'turn off' apabila berbicara isu wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Barat ke atas bayi lelaki dan perempuan yang baru lahir. Bayi perempuan lebih suka tgk orang sedangkan bayi lelaki lebih tertarik pada objek. Solutionnya, kalau wanita nak cakap ngan suami2 ni, bagi benda biar die main, contoh ckp masa berkebun sama2 ke, buat air ke kasik die main cawan tu.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas lelaki dan perempuan dewasa, whereby both of them dipakaikan satu headphone dan kedua2 belah ade bunyi berbeza. Wanita itu berjaya menyebut kedua2 perkataan dengan betul, sedangkan lelaki dah la sebut satu, salah lak tuh. Inferens nya - lelaki pekak sebelah, so tak bleh la anda nak ckp byk2 ngan die, bukan leh dengar pon. Satu lagi, jgnlah marah die kalau x bgn anak menangis, die mmg tak dgr tu. Nak2 kalau suami yang tido mengiring sebelah kanan dan berbantalkan tangan, konfem x dgr ape2. Bagi ibu2, kalau nak anak lelaki tido lena, cubala letak dalam posisi ini. 

2. Usik- mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Realiti - lelaki dah balik rumah tu dah lapar dan penat, so pk nak makan dan tido jer. Maklumlah die sorang je keje..(ayat perli ni) So xyahla anda bertegur byk2 ngan die. Bagi je makan, kalau nasib baik die segar sikit, mungkin boleh la nak bermanja2, kalau tak bermanja ngan bantal peluk lagi baik.

3. Mencurahkan perasaan peribadi
Realiti - Mekanisme otak suami lebih suka memendam perasaan, melayan sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri. Jatuh maruah die kalau bincang problem ngan isterinya. Diorang juga less empathy and no emotion.saya penah jumpe org macam ni,mmg takde perasaan langsung, isteri die masuk ward buat bodoh je(tolongla suami aku beremotion sikit). Satu kajian juga dijalankan, seorg budak pompuan ditinggalkan kat tepi bangunan sorang2 duduk ngan muka kesian walaupun baju die cantik. 2 org je kot lelaki berenti, tu pon sorang sbb awek die kesian kat budak tu. Suami lebih suka jumpa geng die tuk bincang his problem. So, penting kot bagi isteri tau sape kawan2 die, kang salah bincang end up lain lak.

Sifat ni penting sebenarnye tuk lelaki, mereka kan perlu berjihad dan berperang, so kalau beremotion tak sampai hati lak nak bunuh musuh. Tapi jadilah seperti Khalifah Umar, yang garang di medan tempur tapi depan isteri die pijak semut pon x mati

4. Romantik
Realiti - Suami nak cptkan siapkan keje die, nak tido sbb nak gi keje esok. Die mmg takkan pk ape bende jadi kat rumah. Tp, diorang mmg suke isteri manjakan diorang. Mengadekan? 

5. Berpakaian kemas
Realiti - Most of men buta warna, sebab gen warna ni ade kat chromosome X, diorang ade satu je, rosak tu abih la. Sebab tu diorang tak kesah pakai baju kaler hijau, seluar kaler merah ke. Bukan diorang nampak kaler ape. To save ur pride, kene la jadi fashion adviser ke ape.. ape2 la

6. Membantu kerja rumah tanpa disuruh
Realiti - Hahaha, ni lagi x dapat. Diorang lagi menambahkan kerja rumah ade la. Baik hujung2 minggu tu suruh je keluar menjalankan hobi nye, supaya tak menambah beban kite, bolehla tido lame sikit.


Ade seorang peserta mengadu suaminye hanya boleh jaga anak sulung je mase budak tu kecik. Die boleh mandikan, bagi makan, tidorkan pendek kata cam bapak tunggal. Anak2 lain lak, die buat bodoh je. Dr Fizah kata, bersyukur lah sebab at least die penah jaga anak sulung tu. Amboi, banyak cantik, buat anak pandai, nak jaga tak reti lak.
Pak Utih lak suggest buat jadual, kesian anak ye. Cam xde orang nak jaga. Ape pun, jgnla sampai anak tu jadi anak bibik lak, x pasal berbesan ngan org overseas lak.



Alamak2, ade org nak marah la..sapa makan cili die la rase pedas. Tapi, bukan semua suami macam ni cume kate Pak Utih kalau suami anda bersifat di atas, bersyukur lah sebab anda kawin ngan lelaki tulin, maskulin 100% (nak doa dijodohkan dengan lelaki tak tulen??)


Sedikit nasihat pd suami, jgnla nebeng sgt, walaupun memang lelaki diciptakan macam tu tlgla keje rumah skt2, pandai2la layan isteri sendiri, kamu yg nak kawin ngan die.

Kalau my hubby buat camni, mmg aku dok spital tak balik2laa

   

Saturday, August 1, 2009

Cantik Luar Dalam

By Dr Hafidzah Hj Mustakim
(I just list the points. Too much to write all)

INTRODUCTION
-Cantik is fitrah, semua orang nak cantik. The only way to reach is by come back to the fitrah. Kenali diri sendiri, kenali pencipta yang memang cantik dan sukakan kecantikan.

-Ramai wanita tertipoo dengan kecantikanya yang memudaratkan. Dunia salah tafsir tentang cantik. Orang cantik digambarkan kulit gebu, kurus kering, dan rambut rebonding.
-kesan: menghabiskan berjuta2 dolar tuk 'cantik'
: allergic reaction + cancer + death due to toxicity
: penyakit psychiatry - anorexia nervosa or bulimia
-Semahal itukah harga kecantikan?

-Wendy Kaminer (The American Prospect)
"Suatu masa dahulu gerakan pembebasan wanita berjuang menuntut hak kesamaan di antara lelaki dan perempuan yang akan membebaskan wanita daripada tipudaya fesyen dan kecantikan. Tapi sekarang wanita menganggap skirt pendek adalah lambang kebebasan. Penindasan bukan lagi diskriminasi di tempat kerja atau keganasan seksual tapi kegagalan untuk mendapatkan kasut yang sesuai, wanita yang tidak cantik dipandang sebagai wanita tidak sempurna dan mundur... "

-Adam Patel (Islam:the choice of thinking woman)
"Keinginan untuk cantik telah merosakkan wanita secara moral, psikologi dan spiritual. Wanita perlu membebaskan diri dari kehendak masyarakat lelaki. Untuk mencapai perkara ini kite perlu satu falsafah yang menghargai wanita kerana dirinya dan menilanya berdasarkan akhlaknya dan bukan atas kecantikan atau kekayaaannya - falsafah yang mengembalikan identiti, status dan harga diri. Falsafah ini adalah ISLAM

ISLAM DAN KECANTIKAN

  • Al-A'raf:26
"Wahai anak Adam. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik2nya. Yang demikian itu adalah dari tanda2 (kurnia) Allah supaya mereka beringat
  • Hadith Rasul
"Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia sangat sukakan yang indah dan cantik"- Muslim & At-Tirmizi

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"- Muslim

"Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baikla seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan"-Bukhari dan Muslim

10 SIFAT KECANTIKAN PERIBADI UNGGUL
  • Objective - mencantikkan semua dimesnsi kehidupan manusia dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelectual dan social (JERIS)
  1. Aqidah yang bersih - keimanan direflectkan melalui akhlak
  2. Ibadah yang benar - wajib complete + sunat
  • Wudhu' yang menyerikan wajah
  • Solat - mencegah perbuatan keji
  • Puasa - perisai
  • Zakat dan sedekah - penyubur harta
  • Haji - kemuncak pengabdian di jalan Allah
3.Akhlak yang terpuji
4. Ilmu yang luas - akal sentiasa berfikir, seimbangkan ilmu dunia dan akhirat
5. Kesihatan fizikal
6. Kecantikan hari melawan nafsu
7. Menjaga waktu
8. Teratur dalam semua urusan
9. Berusaha dan berdikari
10. Bermanfaat untuk orang lain

BERHIAS DAN MERAWAT DIRI
-Islam mengharuskan malah menggalakkan wanita berhias tp untuk org yang sepatutnya lah..
  1. Menjaga kulit dengan olive oil ( Hadith nabi riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Makanlah minyak zaitun, dan sapula kulitmu dengannya kerana ia datang dari pokok yang diberkati)
  2. Makan makanan yang mengandungi protein, vitamin dna mineral seperti vitamin E, folic acid so and so forth.
  3. Senaman dan penjagaan berat badan unggul
  4. Lemak baik yang terkandung dalam makanan seperti ikan, kacang n olive oil (Kulit yang bersinar dan system immue yang kuat)
  5. Sayur dan buah
  6. Air, air, air (kelembapan kulit)
  7. Tidur dan rehat yang cukup
  8. Kebersihan diri dan persekitaran
CARA BERHIAS BERLANDASKAN SYARIAT
  1. Niat untuk mensyukuri nikmat Allah
  2. Berdoa
  3. Gunakan perhiasan dan produk yang halal dan dibenarkan syariat
  4. Menutup aurat dengan sempurna
  5. Pakaian yang longgar, tidak jarang
  6. Tidak berlebihan dan membazir
  7. Tidak mengubah ciptaan Allah
  8. Tidak menyerupai lelaki
  9. Tidak bertabarruj + perfume yang berbau kuat di depan bukan muhrim (jgn sampai bau hapak lak)
  10. Bukan untuk bermegah atau meniru pakaian orang jahil
Setakat ini lah yang mampu saya tulis. Kalau nak yang lebih baik and more informative, kite gi lain kali yek, kalau umur masih panjang dan peluang masih ade.

Apa guna bermulut cantik, kalau kerja asyik mengumpat
Apa guna berwajah cantik, kalau tidak menutup aurat

Worth Attending


Seminar Wanita Anggun. At first, I was quite confident by the title, there must be a lot who wanted to attend this programme, tp silap bajet betoi... nak kene pujuk2 pulak, tu pon tanak ikut jugak. Okla fine.

Bile sebilangan kecil je yang nak join, cuak jugela. Takpe ke aku x study hari ni?(programme tu from morning to evening - walaupun hari2 lain tak study jugak :p) Memandangkan I was the one yang tanya2 sape nak ikut, cam terpaksa la jugak pegi. Lagipon da lame tak join programme yang berhimpun ramai2 ni. Actually this is how I got my spirit back besides calling home.
As expected, it does not let me down. I really enjoy la walaupun application nye lebih banyak kepada orang yang da kawin (maybe I'll share the contents in other posts), bykla ilmu dapat tuk persediaan alam perkahwinan and da byk plan bermain2 di fikiran ini bile da diijabkabul nanti. (Untung sape nak kawin ngan saya sekarang.. yucksss)

Other than that, I got another thing yang takde kaitan dengan objective seminar ni, cume saya sorang je dapat. Selama ni, this is my main problem dan now I'm ready to let go, it become easy and even ignore is easier (For all this while - it's hard, but harder to ignore). There's one thing that I really wanna do to solve this matter. When the time come I wanna do it becoz I wanna do and I'm happy to do it, not for other ppl. Saya mmg takkan cakap ape benda nye, cume I will do when the time come.

Seronok jugak jumpa Dr Hafidzah Hj Mustakim, ketua wanita JIM Kelantan our speaker td. Memang best sgt die ckp, maybe die da byk pengalaman. Actually mmg lekat la in my mind so far. Esok2 tak tau la...Pak Utih pon best jugak, cume byk wat lawak, keluar air mata saya.

Ngan Dr Hafidzah yang turut memberi kata2 semangat tuk org2 nak amek P2S1

Jumpa budak kecik nama Aisyah, anak Kak Fatimah. First I met her kat Masjid Selat tuk programme qiamulail, tak sangka she still remember me, pastuh ikut je mane I pegi, macam aku lak mak die. Baru tau yang mak die da meninggal n K Fatimah tu mak tiri die. Rilek je die citer, maybe sebab die budak kecik lagi tp I think she is old enuff to understand. Moga die terus kuat dan sabar.Aisyah macam Tom Cruise's retarded cousin

Memang enjoy la pogram ni walaupun penat ulang alik gi toilet je. Bilik sejuk and makan tembikai ngan Aisyah byk sgt, mesti la asik nak terkucil jer.

Yang tak puas hati nye, semua org beli buku Pak Utih dan dapat die nye signature. Saya tak beli sebab wallet tertinggal. Boleh lak tinggal wallet kat rumah. Seposen duit pon tak bawak. Sebbaik I brought Nebby along, die la tolong bayar registration fee RM10..

Hopefully, org2 yang pegi seminar ni akan jadi anggun, except me sbb da anggun, moga bertambah anggun jadi anggung...

Walaupun x bawak wallet, sy tetap bergaya anggun dengan kereta yang sama ngan keta bekas bakal boifren saya. Caye tak kitorang gi pogram tu ngan keta ni?

Outcome : So anggun and motherly

Tuesday, July 28, 2009

Seminar wanita anggun

Sekadar gambar hiasan. Jangan tertipu lak. Nih last year punye, kat Shah Alam

Seminar wanita anggun anjuran JIM akan diadakan pada 1 August 2009 di Main Hall, Learning Centre, Petronas Penapisan Melaka (Sungai Udang kot) dari kul 8.30am to 5.00pm

Tentative program
"Cantik di luar cantik di dalam" by Dr Hafidzah
"Wanita idaman lelaki" by Pak Utih
Talk show "Aku wanita Anggun"
pertunjukan busana muslimah.

Walaupun tajuk die wanita anggun, lelaki atas 15 juga dijemput hadir. Sesiapa berminat, boleh contact saya. Bayarannya only RM10. Siapa cepat, diala yang dapat...

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008