Monday, November 17, 2008

Kesesatan

Sesat 1
Kisah ini berlaku di Melaka, mase tu saya baru habis EOP exam. Kul 2 tuh, saya ajakla kawan-kawan pegi Mahkota Parade(MP). Sebenarnya saya cuma nak baca buku kat MPH (hari Rabu/ Khamis got new catalogue form MPH about new released books, cube menganjurkan kempen suke membaca dalam diri). 1st sesat yang sebenar, mestila cari MPH tak jumpa. Kawan saya dah kasik direction (bajet nak gi sorang2, sbb org lain nak shopping), tapi bile gi sane, takde lak. Pusing2 kawasan tu, tak jumpe... Mane la pulak MPH ni (sbb saya bajet MPH tu besau, takkanla tak jumpe).Sebab da penat pusing, dan tamau buang mase lagi, saya tanya sorang amoi tu, rupanya kat depan mata je.. heheh 2nd sesat, masa kami nak balik dari MP tu. Saya da banyak kali datang MP, biase tak penah lak sesat. Tiba2, eh cam tak penah lalu pun jalan ni. Dah salah jalan ni. Terpaksa la jugak ikut jalan tu sebab Melaka ni byk one way, nanti akan jumpa jalan same, cuma buang masa jelah.
Sesat 2
Kisah ni berlaku di Shah Alam. Saya dan kawan2 saya seramai 9 orang telah menghadiri cerawah Rawatan Islam. Lunch hour tu, ade kawan saya nak mandi, so saya ajakla pegi rumah my uncle at Seksyen 20. Disebabkan saya bekas orang Shah Alam, so dengan yakinnya kami pegi 3 orang je (awal2 janji nak gi rumah my uncle tu after habis ceramah). Klua je masjid Shah Alam tu, saya rase macam, kat mane aku ni? Tak penah jumpa pon tempat macam ni. Padahal masjid tu kan dekat je ngan PKNS. PKNS tu kan tempat saya bercuti tiap2 minggu, tuh pon still tak boleh kluau dr PKNS tu. Untuk menambah haru-biru kisah ini, mase kat traffic light, saya mintak kawan saya tanyakan orang kereta sebelah. Dalam kereta tu ade manusia2 lelaki je. Keta kami lak gadis2 cantik. Bile saya turunkan cermin keta (my fren nye side) tibe2 lampu hijau la pulak. Hampeh betul, macam nak mengorat je... huhu.. Kalau encik2 dalam kereta tu ingat no plet kete saya, saya nak tanya jalan laa.. saya tersesat....

Kesimpulannye, kesesatan ini kadang2 bagus, sbb bile kite lalu jalan yg sama kite akan ingat (maybe not for me, sampai skang pon ingat jalan nak balik rumah dr Tesco, Melaka Sentral, MP and hospital je), tapi disadvantagenya we needs some time to come back. Lambat atau laju, depend on kita la..
Adalah lebih baik kalau kita tahu hala tuju kita dan menjaga diri supaya tidak tersesat


~Ya Allah, jgnla aku tersesat dalam perjalanan menuju akhirat~









0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008