Ahlan Wasahlan ya Ramadhan
Sana sini semua orang da bercakap pasal Ramadhan. Tak sabar nak puasa, tak sabar nak solat terawikh et all. Namun, adakah benar2 kita gembira dengan kehadiran Ramadhan atau kita da bayangkan apa yang akan berlaku sebulan selepas Ramadhan?saya la tu. Hadir ke konsert Ramadhan di Masjid Al-Azim membuatkan saya terfikir apakah perasaan sebenarnya saya untuk menghadapi sekolah taqwa ini? Adakah saya benar2 menanti kedatangannya seperti Amirul Mukminin Umar Al-Khattab yang berjalan di lereng bukit beberapa hari menjelang Ramadhan dan menyebut "ahlan wasahlan ya Ramadhan' beberapa kali sehingga jika orang tidak tahu Ramadhan itu bulan nescaya akan menganggap Ramadhan itu ialah seorang lelaki yang akan datang bertemu beliau? Atau adakah berharap agar dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini sebagaimana harapan orang2 soleh yang telah bersedia amalannya untuk melaluinya?
Ramadhan, umpama sebuah sekolah. Kalau nak gi skolah, mestilah ade persediaan kan? Kena baca buku dulu, kene revise ke ape ke. Same la ngan Ramadhan, sebelum masuk skolah ni, kite perlu siapkan diri kita dulu, iaitu bersedialah untuk menahan bukan sahaja lapar dan dahaga, yang paling utama kesemua panda indera kita, terutamanya lidah. Lidah ni adalah satu anggota yang sangat rajin, sentiasa nak kerja je die. Sayangnya, bukan ke arah kebaikan, tp sebaliknya. Jadi di bulan puasa ni, marilah kita sama2 menjaga, mendidik atau apa2 la, lidah kita supaya kalau nak kerja tu, benda yang baik je. Kalau rasa nak ckp benda jahat je, terus zikir. Ok, kita cuba
Bulan ni adalah bulan yang kita xyah susah2 nak klua rumah tuk shopping. Bukan sebab buleh shopping online, tu bile2 pon boleh buat. Tapi, ni shopping yang lagi special punya, mega sale yang Allah tawarkan. Tak teruja ke dengan mega sale yang 10 juta kali lagi untung daripada mega sale kat dunia ni. Takyah klua modal lak tu. Dok rumah pon da dapat keuntungan (x terdedah ngan maksiat kat luar rumah)
Kesimpulannya, marilah kita sama2 tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini, jgn biarkan diri anda dikuasai nafsu. Syaitan da bungkus kain baju, tah2 kita lagi jahat drpd syaitan.. Na'uzubillah
Maafkan segala kesalahan saya pada anda, selamat berpuasa, selamat menambah iman.
'Terkilan ngan diri sendiri yang berkira2 10 ribu juta kali tuk bersedekah singgit tapi, tak berpk pon bile beli kasut baru (harga dirahsiakan)'





2 iigusa:
takutnye tgk renungan awk kat background pic tu.ehe anyway slamat ramadhan jugak
Saya ade pegang pedang tu. Mestila kene takut sikit. Seb baik tak tukar mata sharingan.. hehe.. Ramadhan kareem. Semoga sama2 berjaya di skolah ramadhan tahun ini (berjaya mencapai azam2 awak, insyaAllah)
Post a Comment