Monday, November 16, 2009

Jalan Yang Lurus?

Saya pernah terbaca kisah hidup seseorang yang percaya kegagalan adalah part of life and sama je dengan pengalaman gembira, seronok atau apa2 sahaja pengalaman yang berlaku dalam hidup kita. Tiada orang gagal dalam dunia ni kecuali orang yang mengatakan dia gagal. Mungkin kalau kita mendapat grade E dalam satu2 pelajaran, bagi orang lain itu adalah kegagalan namun kita boleh mengatakan kita berjaya kerana orang lain semua dapat A, kite sorang dapat E. X ke berjaya itu?

Tapi, yang kerap mengganggu fikiran saya ialah kegagalan beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan, sebaliknya terpaksa pilih perniaagaan. Perundangan sentiasa menjadi pilihan utama hidup beliau, tp tawarn tuk belajar bisnes hadir terlebih dulu, maka beliau terpaksa berbisnes. Selang beberapa bulan tawaran kursus perundangan sampai ke rumah. Dengan keyakinan bahawa pilihan pertama selalunya tepat beliau melapangkan hati untuk menolak tawaran perundangan itu.Memilih bussiness studies bererti beliau harus menjalani kehidupan yang berbeza dengan apa yang diimpikannya.

Ternyata, pilihan pertama adalah yang terbaik. Rezeki mencurah2, kehidupan yang menggembirakan. It'a like a blessing in disguise.

Berbeza dengan saya, tak pernah bercita2 apa lagi bermimpi tuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dapat masuk U pon dah ok la tu. Tawaran pertama yang saya ialah matriks perubatan di UIA selama dua tahun. Kalau pass, buat medic kat UIA la of course. UIA tu, tempat Nur Amina study. Saya sempat menghirup udara UIA selama lebih kurang 2 minggu, sehingga tawaran JPA untuk kursus medic juga menyusul. Tak banyak bezanya, A-Level 2 tahun, kemudian melanjutkan pelajaran ke India. Tiada siapa mempengaruhi saya ketika itu, cuma ade la sorang dua nasihat supaya terima India. Lalu, terhantarlah surat berhenti ke meja dean UIA.

Adakah ini pilihan yang tepat dalam hidup saya? Jikalau benar, mengapa tidak seperti yang diharapkan? However, no turning back and no space for regrets. Walaupun hidup yang salah, terpaksa teruskan juga, mungkin ada jalan yang betul, cuma masih ditutupi semak samun atau lorong yang sangat kecil. Gotta find that one.

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008