Sunday, June 20, 2010

Biarlah aku serba kekurangan

Fahry (nama sebenar) adalah seorang bayi yang lahir pramatang. Bukan itu sahaja, untuk menjadikan keadaan lebih dramatik, Fahry ialah Amniotic Band Syndrome, yang telah mengorbankan kaki kanannya up to ankle. Semasa dalam rahim ibunya, boleh tak anda bayangkan betapa tertekannya hidup Fahry. Sebab terjadinya amniotic band itu tidak diketahui, mungkin gene, mungkin kebetulan, banyak kemungkinannya tp hanya Tuhan yang tahu sejak bila band itu menghimpit melilit kaki kecil milik Fahry. Cuba bayangkan tekanan yang dihadapi oleh Fahry ketika itu. Mungkin rimas, mungkin sakit dan mungkin juga ada band lain yang melilit anggota2 lain.

Michael (bukan nama sebenar) terpaksa dipaksa keluar dari perut ibunya sebaik sahaja cukup bulan. Semasa mengandungkan Micheal ibunya telah disahkan menghidap kencing masih ketika mengandung (gestational diabetes melitus). Ketika dalam rahim ibunya, Michael mendapat bekalan yang berlebihan. Cakap aje, di mana2 ada gula. Goyang kaki pon boleh dapat. Doktor juga memsuspect Michael sebagi bayi besar, dah terlebih makan.

Ketika lahir, kata ibu Fahry memang senang melahirkan Fahry, berat Fahry ketika itu hanya 1.2kg (mungkin berat sebenar). Tak taulah apa berlaku ketika kelahirannya, yang penting Fahry perlu segara dimasukkan ke dalam inkubator. Mungkin Fahry sudah biasa dengan wayar yang berselirat kerana semasa dalam kandungan pon berbelit dengan amniotic band itu. Fahry boleh ditinggalkan saja dalam incubator itu, munkin sejam atau 2 jam sekali atau 4 jam sekali doktor datang tgk.

Ketika melahirkan Michael mungkin disebabkan saiznya yang besar, bahu Michael telah tersangkut pada vagina ibunya. Setelah berhempas pulas, Michael berjaya dikeluarkan dengan tulang bahu (clavicle) yang patah. Michael disahkan kurang gula (hypoglycemia) semasa lahir, kerana bekalan telah terputus. Setelah gula dimasukkan kedalam badan Michael, dia perlu dimonitor setiap setengah jam sehingga gula dalam badannya stabil.

Apakah pengajaran dari kisah diatas? Seseorang yang biasa dengan hidup susah, survivalnya sangat tinggi manakala orang yang biasa hidup senang sentiasa perlu bergantung pada orang lain. Saya rasa sangat malu kepada saudara2 di Palestine. Walaupun hidup mereka susah, mereka masih ada masa menghafal quran, belajar, dan pergi berperang, malahan ada antara mereka menjadi professional yang sangat hebat, sedangkan saya yang dilimpahi kemewahan (kalau dibandingkan dengan mereka la), tp apa nak buat, dah memang principe cantu.. hoho



Fahry sekarang sudah boleh berjalan dengan support. Belajar dari Fahry. Hidup seseorang is at stake now dan orang itu must change her life no matter what it takes


0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008