Wednesday, October 14, 2009

Kaya air mata

Tingkahku menjadi tidak menentu. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk baring sahaja. Sejak melihat keputusan peperiksaan tengahari itu, hatiku seakan telah hancur. Lacrimal glandku umpama empangan yang pecah, airnya sentiasa ingin mengalir. Ketika itu, fikiran aku buntu, kelemasan tiada langsung alat2 bantuan pernafasan tuk saya bernafas dengan lega. Terlalu buntu, rasanya terlalu banyak tuk saya fikirkan pada hari itu, seolah2 aku lah pentadbir dunia, perlu segera berfikir dan perlu segera menyelesaikannya.

Dedebuk!!!Astaghfirullahal'azim. Terlalai seketika di jalanan. Pintu kereta kucuba buka tidak berjaya. Dari kereta Waja dihadapanku, muncul lah seorang lelaki muda berbangsa Cina. Dalam hatiku menyumpah2 diri sendiri berzikir2 memohon Allah lindungkan daripada kesusahan. Dipendekkan cerita, lelaki itu seperti malaikat orang yang diutuskan Allah untuk menggembirakan hatiku. Percakapannya sungguh baik dan bersopan walaupun akulah yang bersalah dalam hal ini. Sengaja dia memilih untuk membaiki sendiri kereta nya dan aku hanya membayar harga lampu yang rosak itu. Walaupun tiada siapa yang akan membaiki Myvi hitam itu, namun hatiku senang dengan layanan lelaki Cina itu.

Balik rumah, aku menyambung aktiviti yang terbengkalai sebelum pergi ke pejabat pos tadi. Menangis dan berfikir. Apa yang difikir pon, aku tidak pasti terlalu banyak yang berselirat didalam fikiran ini. Pendek kata, setiap gyrus dan sulcus mempunyai persoalan tersendiri. Salah satu yang bermain di fikiranku ialah patut, bila dan bagaimana aku nak balik kampung? Ku harapkan Sazzy Falak akan menolongku menyelesaikan masalah ini kerana dia juga berada dalam kasut yang sama denganku cume kasutnya lebih besar. Sayang, kerja Sazzy Falak lebih besar daripada masalah yang kuhadapi.

Ketika senja hampir menjelang, otakku sudah terlalu penat untuk meneruskan pekerjaannya. Sokongan daripada rakan2 sekolah menengah yang ketika itu sedang bereunion di Kelantan dan rindu kepada mereka memanggilku untuk mencari tiket pulang ke kampung pada malam itu juga. Benarlah kata orang, "kalau nak balik Klate tu, carilah tiket awal". Kesedihan ini terpaksa kusambung kerana tiket balik Klate sudah habis.

Mataku sudah sembab, namun empangan ini seakan2 tidak mahu kering airnya. Lagu2 keroncong Faizal Tahir telah mula dimainkan di dalam perutku. Tawaran Kamal Adli untuk membelikan ku makanan sengaja ku tolak dengan alasan tak selera makan. Sangkaku Kamal akan memaksa aku makan. Tak apalah, Kamal sibuk dengan hal die.

Akibat tidak tahan dengan lagu2 Faizal Tahir yang beralun merdu, aku terpaksa mendail no telefon Faizal Tahir untuk mengadu. Faizal Tahir segara mendatangiku dengan makanan yang membuatkan aku dysphagia. Kepada Faizal Tahir kuadukan segala yang terjadi padaku, kebuntuanku, kepenatan otakku berfikir.
"Allah ada sebab berbuat demikian" kata Faizal Tahir, airmataku makin laju.
Faizal Tahir menyuruh aku berhenti berfikir, tiada apa yang akan terjadi kalau aku terus berfikir tetapi tidak melakukan sesuatu.
Kerana esophagus kami tidak dapat menerima makanan yang diawa oleh Faizal Tahir, kami membuat keputusan untuk makan di Pizza Hut sahaja. Aku bersetuju walaupun mataku sembab tak dapat bukak kerana Faizal Tahir akan belanja, tambahan pula pizza di Pizza Hut adalah makanan yang kugemari.

Lampu2 di funfair itu telah menarik perhatian kami tuk menghentikan perjalanan. Faizal Tahir memang inginkan aku gembira tapi tak mungkin malam ni. Faizal Tahir telah memaksa aku untuk naik ali baba game (pusing2 cam tomahawk). Pada mulanya aku menolak, aku mmg tidak suka permainan ini. Kenapalah manusia harus mencipta permainan setakut ini. Faizal Tahir menyuruh aku menjerit sekuat hati dan melupakan segala yang terselirat di fikiranku. Aku memang menjerit, sejerit2nya, tp dengan mata terpejam. Sekali, kubuka mata memandang alam ketika aku tinggi diawangan. Terasa seolah2 aku bermimpi, seolah2 fikiranku benar2 kosong, seolah2 apa yang terjadi siang adalah palsu, tidak berlaku.

Balik rumah, mandi dan tidur. Jangan fikir apa2. Pesan Faizal Tahir ketika aku menghantar dia pulang. Tak dapatla Faizal Tahir. Sampai sahaja di rumah, tiba2 sahaja empangan airmataku sekali lagi pecah. Ku cuba tenangkan diri, cukuplah setakat ini, habis air di sungai. Kucuba pejamkan mata, namun air mata ini menghalang.

Sudahlah hati, janganlah bersedih lagi. Tidak perlu dikesalkan atas apa yang terjadi, kerana Allah Maha mengerti. Akhirnya aku terlena dalam kelemasan airmata sendiri.

Aku dalam cerita diatas adalah Dang Suria Haji Mahmud, semoga beliau terus tabah menghadapi ujian ini. Apalah yang beliau sedihkan sangat pon saya tak tau. Beliau bukannya perform bagus sangat masa exam hari tu, kalau tak pass pon memang logiklah jatuh, cume tergelincir je. Tuhla, sapa suh pakai selipar dah haus tapak. Sama2 lah kita doakan kejayaan beliau untuk exam akan datang. Ikutilah luahan hati Dang Suria Haji Mahmud dalam post seterusnya.

Monday, September 28, 2009

Usah Beralasan Anda Jahil

Maryam (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang dilihat baik oleh kawan2nya. Maryam ialah seorang yang gemar mengikuti program2 agama dan dilihat sebagai seorang yang berilmu pengetahuan agama yang agak mantap dikalangan kawan2. Maryam juga agak berbeza dengan gadis2 lain dari segi penampilan yang lebih suka mengenakan pakaian longgar (kebanyakan gadis kan lebih suka mengenakan t-shirt yang selesa walaupun agak kecik). Sungguhpun begitu, Maryam juga seorang yang gemar bersosial, bukanlah seorang yang pendiam sangat. Kawan2 Maryam terdiri daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan tahap keagamaan (cam x berapa tepat, tp maksudnya berbeza kesolehannya)

Maryam mempunyai seorang kawan baik lelaki, Faizal Tahir (bukan nama sebenar). Mereka sering keluar untuk bersukan, kadang2 berdua dan kadang2 ada seorang dua kawan Maryam yang ikut same. Maryam memang amat menyenangi kawannya itu. Namun, mereka bukanlah terlalu rapat sehingga tiap2 hari nak kluar berdua, biasenye mmg mereka akan keluar untuk bersukan sahaja dan tidak dihebohkan kepada mana2 tabloid yang mereka selalu bersukan bersama.

Pada suatu hari, Maryam telah bercerita kepada kawannya,  Maria (bukan nama sebenar) yang Maryam telah keluar dengan Faizal Tahir ke taman rekreasi untuk berjoging. Terkejut beruk Maria "Korang keluar berdua je?" Maria memang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sedangkan Maria juga mempunyai boifren dan klua berdua jugak. Kenapa Maria tidak terkejut dengan perbuatannya sendiri, sebaliknya sangat terkejut dengan perbuatan Maryam.

Kerana, Maryam adalah gadis yang baik dan dianggap tidak patut melakukan perbuatan2 kluar berdua dengan lelaki atau yang seumpamanya, sedangkan kalau gadis2 yang biasa sahaja perangainya, yang tidak join sangat program2 agama benda tu tidak menjadi kesalahan, sedangkan kedua2 mereka mengetahui itu tidak baik.

Adakah Maria jika dia seorang manusia yang biasa2 (bukan imam, lebai, ustaz, ustazah atau seumpamanya) kalau anda buat dosa, dapat separuh je? banyak cantik muka kau. Kalau Maria tu jahil memang tak tau keluar ngan bukan mahram berdua2an tu tak berapa elok, nak wat camne. Tp, kalau tak tau, takkan terkejut lak kan?

Maryam tu memangla tak patut sebab dia tu orang nampak baik budaknya, tapi sebenarnya sama je. Tp, kene ingat Maryam tu manusia gak. Semua manusia sama, ada iman ada nafsu. Antara baik dan jahat hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang bila2 boleh dicross. (promote cite Antara Garisan. best2)
Maryam sepatutnya lebih sensitif dan menyedari camne orang pandang die. Kalau nak keluar gak ngan Faizal Tahir tu, ajaklah Fasha Sandha ke, Memey ke, xyahla berdua2.

Maria lak, walaupun Maryam tu nampak baik, tak semestinya semua perangai die buleh ditiru. Kalau memang da tau benda tu salah janganlah terus menjahilkan diri dengan mengatakan "Maryam tu budak baik, buat jugak benda ni2 (perbuatan mungkar), aku ni apetah lagi" ertinya menjadikan Maryam sebagai alasan untuk terus bergelumang dalam maksiat (ayat takleh blah). Sepatutnya da Maryam tu buat salah, Maria la kene tegur (Maria mesti takut nak tegur sebab nanti die pon takleh buat jugak, huhu)

Kesimpulannya, jangan beralasan anda jahil dan terus-menerus terlibat dengan maksiat kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan tidak berkurangan sikit pon kuasaNya andai kita ingkar.


 Jom pakat tgk citer ni n amek pengajaran daripadanya







Thursday, September 17, 2009

Suratan atau kebetulan

1
Lepas so called balik raya mase merdeka hari tu, hati saya bagai ditarik2 untuk balik raya. Mase kat rumah tu, cuba bertahan la. Bile balik Melaka, ngan studies banyak gile, memang kena balik kot. Release tension.. :)
Problemnye, mase tu semua tiket bas da abis, tinggal tiket flight jer. Tp, tak la mampu sangat saya nak gi balik ngan flight kan? Sy ni memang jarang kontek orang especially kalau (adela criteria yang perlu dirahsiakan) tp hari tu saya tetiba nak mengadu kat hamba Allah ni. Saya sms die kate nak balik raya. Die terus call saya, lalu sy cerita la masalah saya. Kata die, balik la ngan saya. Ok, setel satu masalah.

Tp, masalah lain yang timbul ialah die tu dok Nilai, so saya kene drive gi sane dulu la dan kene tinggal keta kat sane. Kalau nak tinggal kat airport (sy blk ngan flight nanti, mmg la senang turun flight je trus amek keta dan cabut) masalahnye, mahal kan? Lalu die cadangkan tinggal kat stesen tren Salak Tinggi. Tp, tibe2 die kata takut la pulak nak tinggal keta kat situ, security not guarantee. 1 day or 2 before, ade kawan nak pinjam keta saya wat balik kg, tp takleh la bagi sebab nak drive ke Nilai. Bile jadi macam ni, terpaksa lak tanya die balik da ade transport nak balik tak? Die still ade prob, jadi sy cadangkan die gi hantar saya ke Nilai, then die guna la keta saya tu. Selesai.

Tp, masalahnye kesian la plak kat die nak kene hantar patuh nak kene amek lak (takla jauh sgt, tp rumah die kat Johor, kite kene patah balik la). Tibe2 ade lak sorang kawan kat Melaka tegur saya kat YM kate die nak balik esok jugak n ade 1 space kosong dalam keta die. Tp, so far tak konfem lg sy leh ikut ke tak, sbb tu kene kawan die. Tgh tanya la ni. Misteri lagi la ni. Tapi, nampak yang ni lebih mudah.. hehe

2
Hari ni tinggal saya ngan Nato je kat rumah tuk bukak puase. 2 orang da balik, Jelita klua ngan gelfren die. Tibe2 rase nak call sorang manusia ni, walaupun mase tu da lewat mungkin die da ade plan tuk bukak puasa. Tp, nak call jugak. Bile sy ajak die bukak puasa "Sukanye saya, awak ajak saya bukak puasa same2, kawan2 saya semua da balik"

Sebenarnya, byk benda2 camni berlaku. Rezeki itu ade di mana2, cara Allah berikan berbeza.

Tak terlintas lg sape patut di call tuk tanye soklan bocor

Tuesday, September 8, 2009

Misteri Hantu Budak terbongkar

It was quite some times since this incident happened. Ade sekali saya buat quiz kat facebook "Hantu ape ade kat bilik" dan saya dapat hantu budak kecik. Selang 2 3 hari, my rumet terjumpa satu baju tergantung kat blakang pintu bilik kitorang, yang bukan milik one of us. Lagila misteri hidup kitorang, betol ke hantu budak tu benar2 wujud? Boley lak tinggal baju kan?

Tiba2 malam ni, ade sorang member datang study sesama. Malam2 bulan puasa ni, ingatkan hantu budak tu nak bawak baju die ke tempat die kene ikat, kurung or whatever, tp baju tu still ade kat situ. Nak dijadikan crita, member tu tertumpahkan air. Kitorang masing2 rajin nak baca buku je, tak rajin sangat nak gi dapur amek kain buruk lap air tu. Then, my rumet tringat baju hantu budak kat blakang pintu.

Baju tu dalam keadaan terbalik, bile nak lap die betulkan baju tu, just to make sure betul2 bukan baju kami.
Tibe2 die kate "Nih baju awak ni... kan B***** bagi hadiah befday taun lepas.." B***** ialah member yang datang study tu. Biar betul, takde memori pon dapat hadiah baju camni.. Kecik hati member, dah bagi hadiah. Dahla tak pakai, tak tau pon baju tu wujud.. kui kui...
Sorry r byk2, camne la buleh terlupa dapat hadiah befday baju t-shirt. Rugi je gi beli t-shirt hari tu...

Saturday, September 5, 2009

Kalaulah Facebook sejenis buku pelajaran

Sedar tak sedar, dah separuh silibus skolah Ramadhan ini kite dipelajari. Apa khabar iman kita? Adakah berkadaran dengan duration kite berada di sekolah ini?

Actually, saya baru je habis last end posting before my final exam. I did quite bad sebab tak sihat sangat b4 exam dan tak sempat nak siapkan senjata b4 berjuang. Pegi medan perang tak bawak senjata apa2 pon, cume sebatang pensel tumpul. Kata seorang sahabat pagi sebelum exam, sahabat yang sama2 tak abih study cam saya"Jom gi berjuang, tanpa senjata dan persiapan yang cukup" Lagi nak gi berjuang kan? Agaknya kalau perang betul2 lawan musuh, mungkin kami da kene rejek.

Untuk exam final ni jugak, saya mmg tak berapa nak yakin jugak sempat sediakan senjata, namun to be that weak, so not me...

Walaupun exam ni besar, saya tak risau sangat sebab Allah saya lagi Maha Besar. Sekarang ni kene jaga2 masa bercakap dan sentiasa doakan kejayaan dalam exam dan dalam sekolah Ramadhan ini, mana tau terjumpa lailatul qadar, subhanallah.. Sementara masih diberi kesempatan ni, mungkin da tak sempat nak cari senjata lain, bolehla ditajamkan senjata yang dah ada... pedang samuraiku... hehe
Ataupun, susun strategi. Strategi bagus, takde senjata pon buleh menang gak kan?

~Dah abis cerita baru perasan, takde kene ngena langsung ngan tajuk..~


Tuesday, September 1, 2009

Jangan Berburuk Sangka

Entry ini pon bersumberkan sebuah buku, Mastika rasenya, kisah seorang pemuda yang nak mati. Biase la kan, nama pon sakaratul maut, mestila sakit. Mak nya kata, apalah nasib buruk ko? (reka je ni.. mintak2 betul)
Kata pemuda tu : Hendaklah sentiasa berbaik sangka pada Allah
(cerita tah apa2, tak best langsung)

Moralnya, kita hendaklah sentiasa berbaik sangka pada Allah dalam setiap keadaan hidup kita, hatta nak mati sekalipon, tetaplah yakin Allah akan beri kebaikan pada kita.

Walau sesusah mana pon hidup yang harus ditempuhi, walaupun dah takde harapan, x nampak langsung cahaya. Ingat, "there will always be light at the end of the tunnel".

Sebenarnya harapan saya mmg nampak sangat tipis, ade 2 subjek yang langsung dan saya mmg sangat takut. Hanya doa kalian yang menjadi dorongan tuk saya teruskan perjuangan. Jangan putus2 berdoa, sesungguhnya Allah bersama kita.

Akhir kata, selamat berpuasa, selamat hari raya dan selamat periksa dan selamat berjaya..
Takbeeeeeeeerrr! Allahuakbar..!

Tajamkan gergajimu

Cerita ini diadapt drpd majalah Haluan (x ingat lak edisi berapa n who is the author)

Pada suatu hari A sedang memotong pokok ngan gergaji, dengan penuh susah payah. Tiba-tiba B lalu di tempat A memotong pokok itu..

B: Piwit, tgh wat ape tu?
A: Alamak, buta ke? Tgh potong pokok ni, takkan main futsal kot (macam irritated kan?)
B: Berapa lama dah? Cam marah je..
A: Adalah 10-12 jam..
B: Ek eleh, pokok kecik cam ni pon lame nak mampus. I cadangkan gi lah tajamkan gergaji tu. Tumpul gelenyeh je nampak
A: Gua sibokla nak potong ni. Tak sempat dah nak gi asah2 ni...

Sape boleh relatekan cerita di atas ngan kisah benar dalam hidup kita?


(Tinggalkan dulu entry ni, tgk ade orang leh jawab x? Nak sambung bace buku)

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008