Friday, March 12, 2010

Kena Pada Tempatnya

Hari ni tayar keta saya pancit. Tidak diketahui puncanya, tibe2 je pancit.

Tapi nasib saya baik sebab:

1. Ade sorang pak cik cakap tayarnya panci t, sbb saya mmg tak perasan mase drive. Betapa hebatnya driving skill saya sampai tak perasan tayar depan belah kiri pancit.

2. Td saya klua ngan abang maskulin, Ashraf Muslim (bukan nama sebenar), mase tu sy juga turut klua ngan housemate sy. Jadi, masa insiden tu berlaku die ade kat situ, jadi abang ni telah memainkan peranan penting sebagai penyelamat bangsa. Kalau dia takde, mungkin saya da menangis dulu sebelum proceed to the next step.

3. On the way nak blk rumah tu, saya telah stop kat sebuah kedai makan, jadi abang2 kat situ jugak turut serta menolong.

4. Kat kedai makan yang saya stop tu sebelah bengkel kereta. Senang, walaupun Ashraf Muslim perlu bersusah-payah bukak tayar, terus ditampal kat kedai tu. Boleh pakai balik tayarnya juga dipasang balik oleh Ashraf Muslim.

Mesti semua orang tak puas hati kenapa saya tak stop kat bengkel tu je. Huhu.. Bila dah tau tayar tu pancit, mmg saya panik. Main taram je, abih keta nak langgar. Sorry byk2 kpd orang yang terlibat. Paling teruk, boleh lak saya nak gi balik rumah, pastu satu keje lak nak klua gi kedai kan? My bad, my bad.

Do u get it? Walaupun pancit tayar secara tiba-tiba dikategorikan sebagai musibah, nampaknya canne Allah susun supaya benda tu menjadi mudah? Cuba bayangkan kalau tayarnya pancit masa saya sorang2 dr KL kat tengah highway, tak ke mati akal? Mungkin bukan je mati akal, keta tu mungkin akan mati kene blasah..

Jadi, kalau ditimpa musibah, jgnla panik atau terlalu sedih. Fikir, mungkin ade sesuatu atau seseorang yang boleh tolong set us free. Macam case saya ni, straightforward la, senang la cakap. Kui kui..



Ape2 pon adela sebabnya kepada diberi kita kesusahan itu.

Gambar ni takde kaitan pon. Saje nak letak...

Tuesday, March 9, 2010

Demotivated

Ade sorang tu kate (orang ni pandai baca personaliti orang), kalau anda tengok dalam mata saya, anda akan nampak cinta RM, duit katanya. Die kata saya mata durian duitan, materialistik, sayangkan duit, motivated by duit, kalau nak kejut jatuhkan duit siling terus terjaga.

Saya tak percaya la. Mana ade saya materialistik. Tipu, tak percaya.

Tapi, skarang ni I can feel it. Saya mmg betul2 financial crisis sekarang. Tah bile la ^%%%*&*( nak masukkan duit, sy rase demotivated, nak study xde mood, even nak makan pon malas. Bile dah lapar sgt2, barula terpaksa makan. Ade kaitan ke dengan financial crisis yang saya alami?

Sesuatu perlu dilakukan tuk improve financial ini.

Monday, March 8, 2010

Forgotten

Mariana (bukan nama sebenar) termenung lagi, tak tahu kenapa dia menjadi sensitif begini, sedangkan Mariana yang meninggalkan mereka. Padahal bukan jauh pon Mariana pergi, kampung tu jugak.
Begitu cepat mereka lupakan Mariana, begitu cepat mereka tidak sudi berkongsi kegembiraan dengan Mariana lagi.

Salah Mariana jugak yang mengasingkan diri. Padan muka Mariana. Padan muka die. Jom sama2 gelakkan Mariana.

Tak Nampak Untungnya

Sebelum Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib diciptakan, telah termaktub nama baginda disisi nama Allah di arasyNya. Maka, setelah diturunkan ke dunia, Nabi Adam telah bertawasul dengan nama Nabi Muhammad untuk memohon keampunan daripada Allah setelah memakan so-called buah khuldi. Bila ditanya oleh Allah, kata Nabi Adam "Aku telah melihat namanya disamping namaMu ditiang arasy. Engkau tidak akan menggandingkan namaMu dengan seseorang yang bukan kekasihMu"

Terdapat juga kisah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah

Allah: Wahai Musa, sesiapa yang bertemu aku di akhirat kelak, akan kulemparkan ke neraka jika tidak mengikut Ahmad
Musa: Siapa Ahmad itu?
Allah: Tak pernah aku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada Ahmad (Muhammad s.a..w)

Kenapa Allah gunakan perkataan 'makhluk'? Kerana dalam semua benda, sape2 pon yang Allah ciptakan di dunia ini, Muhammad la paling mulia. Takde apa2 ciptaan Allah yang boleh menandinginya.

Maka, Nabi Musa bermohon kepada Allah untuk menjadi ummat Nabi Muhammad, namun kata Allah, "Sorry, dah penuh Nabi itu sudah mempunyai ummatnya sendiri"

Adakah kita benar2 bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam dan sebagai umat Muhammad? Apatah lg sebagai umat akhir zaman, kita dicemburui para sahabat kerana beriman walaupun tidak pernah bertemu sang nabi. Benarkah kita beriman? Layak kah sahabat cemburu pada kita?

Kita kenal betul2 ke sape Muhammad tu? Adakah kita amalkan sunnahnya? Adakah kita ikut akhlak mulia baginda? Cukupkah ingatan kita pada dia? Adakah kita benar2 bersyukur dan bangga jadi umat dia. Ade ke orang pernah buat kenduri kesyukuran sebab jadi umat nabi? Tak ponah eden denga.

Haruslah difikir2, ditimbang2 balik. Bagaimana kita nak balas pengorbanan baginda menyebarkan Islam?Confirm x bleh kan. Kiamat nanti pon, nak mintak syafaat baginda lagi ade la....

Kenalilah baginda melalui Al-Quran, buku2 atau pegilah dgr tazkirah ke, after this barulah boleh cintakan baginda. Tak kenal maka tak cinta kan? Terutamanya wanita sepatutnya lebih menyintai baginda, sebab bagindalah yang mengangkat darjat kaum wanita. Sampai sekarang, asik wanita je lebih dr lelaki.
Yang paling membanggakan, walaupun kita ummat paling last, kita lah yang akan dipanggil masuk syurga paling awal. Banggakan? Bila Allah panggil "Mana Muhammad dan ummatnya?"

Jadi, act appropriately. Kita adalah ummat kepada rasul yang paling mulia. Bukan nak suruh sombong, tapi bykkan bersyukur, belajarlah tentang rasul kita dan sebarluaskan ajaran baginda.


*Perkongsian daripada Ustaz Fuad (Tokoh maal hijrah Negeri 9 2009)
Sorry, citer cam upside down, biasa lah kalau dengar talk, speaker tu byk benda nak cakap, jadi nak susun balik tu cucah cikit.. :))



The Power of Expectation

Tersebutlah kisah di sebuah kampung, adapun di kampung itu sudah lama hujan tak datang, hantar kad kawin pon tak datang jugak turun. Maka, setelah tak tahan berpanas , penduduk kampung merancang tuk buat solat hajat ramai2 mintak hujan turun.

Lalu, malam itu beramai2 lah mereka gi masjid tuk semayang hajat. Sampai2 je kat masjid, tok iman cakap, "Tak yahla semayang hajat malam ni. Korang cam tak ready je"

Angin la orang kampung.. "Ape hal lak ni tok imam? Kitorang da ready la ni, sbb tu datang.. nak bergaduh ke?"

"Ready kepala otak korang. Kalau da ready, mana payungnya?"

Apa yang anda dapat dari cerita ini? Kalau kita nak berdoa, mintak apa2 ngan Allah, kita juga kena make sure yang kita bersedia tuk menerima apa yang kita mintak. Contohnya seperti cerita diatas. Dah tau nak mintak hujan, dtg masjid tak bawak payung lak. Canne nak balik? Ataupun jemaah tu patut jawab, kami mmg nak main hujan pon.. haha

*Perkongsian oleh Dr Azizan Osman

Sunday, March 7, 2010

Walaupun Saya Kecik

Walaupun saya kecik, tp saya tetap x berapa satisfied dengan kemenangan Kecik dalam Raja Lawak. My mean, bukan nak cakap Kecik tu tak berbakat tuk buat lawak, bahkan sangat berbakat. Kalau x, canne leh menang kan?
Tapi, bg saya Alex ialah something new. Lawak die tak lame. Walaupun saya baru sekali tengok Raja Lawak sejak Season 1 sampai season 4, mmg sekali baru sy tgk. Tu pon, sebab tumpang tgk rumah orang, nak tgk Merlin sebenarnya tp sbb tuan rumah nak tgk Raja Lawak, terpaksa lompat2. Mase tu, kebetulan lak Alex perform, mmg jatuh cinta ngan lawak Alex yang bermotif.

Bukak paper hari ni, mmg terkezutt giler tgk result diorang.. Kecik:49.5 dan Alex hanya 18.2 je. Nak pengsan!!!!
Jauh gile kan? Setelah saya analyse sampai tak tido malam dalam tido semalam, disebabkan kemenangan mereka 100% ditentukan oleh SMS, jadi sebab Kecik kan 2 org, kawan Achoe lain, kawan Wan lain logikla dapat undi byk kan? Seperti Bob Lokman kata, peminat Alex mungkin takde tefon atau takde kredit so takleh ngundi.

Yang kedua, mungkin sebelum ni Kecik mmg perform, smalam diorang nervous kot sbb sy tgk, jadinye performance diorang down sikit la.. Jadi sebelum ni, diorang mmg da ade peminat, so loyal nyer peminat la ni..

Yang ketiga, mungkin, mungkin ye.. penonton sukakan lawak bodoh yang takde motif. Kata nak lawak kan, mestila nak gelak2 je kan? Kalau nak kene fikir cam citer Sherlock Holmes tu bukan lawak namanya.

Sampai bila nak hidup camni pon tak tau. Lemas dengan hiburan, terlalai. Walaupun da terang depan mata kita saya da jauh ketinggalan daripada orang lain. Kadang2 tanak bertindak sebab rase diri tak penting, so kalau buat perubahan apa2 pun, clueless.
Tp ingat Islam perlu tertegak dalam diri individu sebelum tertegak diatas muka bumi.

Ape2 pon, tahniah kepada Kecik kerana menang, diharap dapat membawa perubahan kepada Malaysia dengan membuat lawak. Kepada yg lain, jgn risau rezeki datang je ikut celah mana2. Good luck!!

Wednesday, March 3, 2010

Dah Korang Yang Nak

Most of ppl com plaint that their money were wasted the way they don't want. Contohnya kereta rosak, hp rosak, benda tu rosak, benda ni rosak. Kenapa benda ni berlaku? Sebab kita anda yang menamakan part of our your savings as emergency money.

Bila anda mempunyai so-called 'emergency money', anda telah expect emergency akan berlaku dalam hidup anda supaya anda akan menggunakan duit itu. Jadi, salah sape?

Solutionnya, senang je. Cadangan salah seorang manusia kaya di Malaysia ni. Kata dia, duit yang kite simpan tu jangan la panggil emergency, panggil la aset ke, simpanan masa depan ke, apa2 but 'emergency money'.
Bukankah kata2 itu adalah doa?

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008