10 juta kali saya pk tuk tulis entry ni. Ilmu yang saya dapat masa join MABIT itu hari. Bukan apa, mengenangkan diri ini banyak tak terkira terlibat dengan perkara2 jahil, agak mematahkan semangat saya tuk meneruskannya. Nanti kang, bukan saja tak dapat pahala, berdosa pulak. Bukankah besar kemungkaran Allah kepada orang beriman
yang tidak melakukan apa yang dikatakan? (as-Saff:2-3). Bila difikir balik, amalan diri tak seberapa, mudah-mudahan ilmu yang dikembangkan menjadi jalan untuk menyelamatkan diri selepas mati, saya gagahkan juga otak mengingat kembali apa yang telah disampaikan oleh ustaz hari tu (Blur…. Moral: Bawakla note book ke mana2 kalau kita takde alat2 electronic tuk merecord ilmu tersebut)
Action : Pegi bilik Yani mintak notes ngan die, die nampak cam salin hari tu… Tak jadi pergi, beliau juga salin…
Takpe la, yang mana saya ingat jelah eh. Moga2 ade la ilmu berguna
Ape tu jahiliyyah? Iaitu, tertutup atau terhijab. Maknanya benda baik da ade depan mata, tapi takleh pilih sebab tak nampak kebaikan itu. Kalau senang lagi, jahiliyyah tu maknanya bodoh. Antara benda baik ngan benda buruk. Die gi pilih benda buruk. Tak ke bodoh namanya? (Stop dalam 10 mins, tuh je ke aku ingat???)
Apa yang kita belajar dulu, zaman jahiliyyah ialah zaman orang menentang Islam, ataupun sebelum Islam berkembang. Jadi, jahil ada 2 jenis. 1. Menolak, 2. Menentang.
Contoh orang yang menolak tapi tidak menentang ialah Abu Talib. In a way, beliau juga turut membantu perkembangan Islam, tp die sendiri tidak masuk Islam. Sementara yang menentang pula, ramai kan? Nak bagi contoh ramai sangat. Pk la sendiri. (macam x sedap je cerita ni)
Kesimpulannya, jahiliyyah ialah apa2 perbuatan kita yang tidak membawa manfaat pada diri sendiri, masyarakat, Negara apatah lagi agama. Contohnya, sendiri mau ingat beb. Sebab tu lah saya tak bersedia tuk buat entry ni. Ada satu benda jahil yang saya tak boleh tinggalkan, suka nak buat. Tiba2 teringat lak tazkirah ustaz Uda Kasim tentang kisah nabi palsu (Musailamah b Kazzab). Apabila pengikutnya ditanya kenapa mereka mengikut Musailamah. Kata mereka, "perkara batil yang dibawa oleh Musailamah lebih kami sukai berbanding kebenaran yang dibawa oleh Muhammad"
Ya Allah, memang kene batang hidung. Bukan batang hidung je, seluruh aspek badan terkena. Saya mintak kepada sesiapa yang baca entry ni, doakanlah saya untuk ish, nak mintak ke tak, nak mintak ke tak berusaha meninggalkan kejahilan ini. Saya harap dapatla yer. Saya memang tak ingat, tp kesimpulannya mmg macam tu la.
Sebelum saya mengakhiri, suka saya berkongsi kisah Abu Jahal yang sebenarnya sangat faham kalimah syahadah (harap2 saya belum cerita dlm entry yg lepas). Abu Jahal ni, bukankan jahil dari segi ilmunya. Beliau sangat tahu erti kalimah syahadah, kebenaran kalimah syahadah, kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi. Die sangat tahu apa yang terkandung dalam kalimah syahadah dan impact kalau die mengucapkannya. Namun, kerana ketidaksanggupan nya untuk memikul tanggungjawab yang terkandung dalam syahadah, hatinya telah tertutup rapat daripada kalimah itu. Matila dia dalam kejahilan.