Wednesday, July 29, 2009

Fight for Admission

Hari ni, da 4 orang mati di Malaysia kerana H1N1. Incidence tidak mengira umur, kerana death cases ranging from 20 to 40++ years old. Tiada lagi istilah orang tua dan budak2 lagi senang dapat penyakit. Semua orang ade potensi untuk dapat. Tambahan pula airborne disease senang disebarkan dalam kelompok yang ramai. Jadi, precaution nya pakaila mask di mana2, bacteria mungkin 'terbang' di udara. Kat mane2 pon risk of infection tu ade, tambah2 pulak da ada local transmission, so bukan orang yang gi obersi je ade risk, kite2 yang duk kat dalam batu ni pon mungkin ade juga.
Yang menyedihkan case hari ni, kematian seorang gadis berusia 20 tahun, muda lagi kerana kecuaian seseorang. Beliau telah pergi berjumpa orang yang sepatutnya kerana demam dan flu namun selepas orang yang memeriksa beliau kate demam biase je nih, so sent her home. But it end up like this. Memang kite tak mintak, tp kalau gadis itu diadmit ke ward untuk observation, it cause no harm kalau die demam biase je pon.
Orang yang memeriksa die mungkin sedang cube menjimatkan duit kerajaan atau duit keluarga pesakit untuk membiaya her stay in hospital yang a few bucks only, tapi die telah membayar dengan nyawa (cewah, ayat tkleh blah) ataupun die berpendapat mortality rate hanya 0.2%, less likely H1N1 ni. Tapi, mane kite tau sape 0.2% tu, betul x?
Jadi, jika anda ade flu ke, demam pegi hospital segera. Kalau doctor kata demam biase je ni, cakap kat doctor tu dengan yakin "Doctor, saya nak masuk ward dan buat test kat saya, konfemkan demam saya demam biase..!" Ade bran?


Kolej lain kat Melaka semua da tutup, bile Manipal nak tutup? :p

Accident ngeri vs misteri

It was so surprised to see most of YM status of Manipal's student on Tuesday's night was about accident. Semua cam "accident ngeri la", "mati tak kire mase" la, macam2..
Rupe2nye ade satu accident ngeri berlaku dekat je ngan kolej saya, mmg selalu lalu kat jalan tu lah, dan memang ngeri pon. Nak tau lebih lanjut, click sini
Yesterday, saya dikejutkan dengan cerita misteri about the accident. Kononnya, mayat mangsa tidak boleh dikeluarkan, sampai kene panggil bomoh baca2 sikit barula leh klua. Tak taula kebenarannya sebab I wasn't there, tp cerita tu menurut orang yang pegi lah. Namun, dalam paper takde pulak mention pasal bomoh, bomba ade la.
Menurut maklumat itu lagi, rumah banglo 3 tingkat yang takde orang duduk tu berantu. Rumah tu dulu bekas tadika dan tak tau ape berlaku namun kalau ade orang duduk kat situ, 2 3 hari mesti pindah punya. Guess what? Rumah tu mestila dekat2 je ngan rumah saya kan...
Benarkah kemalangan itu ada kaitan dengan rumah misteri? (Misteri ke rumah tu anyway?)
Yang pasti, saya mmg agak terkesan dengan benda2 hantu ni. Tak tau la takut tahap hape. Last night I went swimming, alone. Mmg da biase pon. Tp, smalam cam ade one feeling takut nanti ade benda tarik kaki dari belakang. Then, swimming half way je, trus berenti sbb takut. Apela saya ni kan???

Pesan saya especially pada diri sendiri, bawakla kereta ngan hati2, kalau nak speeding sekali pun, make sure kite cermat. Takyahla bawak keta laju sangat. Lambat2 pon sampai gak ke tempat yang dituju. Nasib baik, sampai ke hospital, kalau sampai kubur??

Tuesday, July 28, 2009

Seminar wanita anggun

Sekadar gambar hiasan. Jangan tertipu lak. Nih last year punye, kat Shah Alam

Seminar wanita anggun anjuran JIM akan diadakan pada 1 August 2009 di Main Hall, Learning Centre, Petronas Penapisan Melaka (Sungai Udang kot) dari kul 8.30am to 5.00pm

Tentative program
"Cantik di luar cantik di dalam" by Dr Hafidzah
"Wanita idaman lelaki" by Pak Utih
Talk show "Aku wanita Anggun"
pertunjukan busana muslimah.

Walaupun tajuk die wanita anggun, lelaki atas 15 juga dijemput hadir. Sesiapa berminat, boleh contact saya. Bayarannya only RM10. Siapa cepat, diala yang dapat...

Monday, July 27, 2009

Kawin ke tak?

A weekend with my nephews was an adventure experience but it was very sweet. Thanks to them, my dream of getting married is slowly fade away. Satunye, sbb tak tau bile leh jumpe Fizo Omar nak ajak die kawin. Duanya, adu yai agak mencabar la nak jaga mamat 2 orang ni. Saya memang suspect la mommy diorang coz still bertahan until this point, if it was me, tah la..
Petang Jumaat tu, kami started the journey to Klate (4 months da i x balik Klate) after Abe Nuar blk dari Ofis. Awal2 tu, Hafiy ngan Fahry elok2 je, kecuali kadang2 Afy merengek 'mam... mam' (maknenye nak breastfeed la tu). So, terpaksa pass2 si Fahry ke depan ke blakang (mommy diorang dok depan, I sat at the back). Tp, Fahry pon okla, cume bile die lapa, nangis2 nak hisap susu. So, perjalanan malam tu dihabiskan dengan saya yang plg byk tido hoho.
Pengalaman jaga Afy ialah mamat ni takleh langsung tak nampak mommy die. Nak main ngan die boleh, in fact die mmg ske main ngan orang lain, tp mommynye kene ade kat depan. Asal hilang je, mula la die, "miii.. miii"..Ade sekali kami bawak die gi Pasar Tani, melalak la die atas keta. Yang lawaknya, rasuah die ngan coklat mase nak bawak gi ke keta. Hampir 1/4 perjalanan die meraung, nasib baik last2 senyap jugak sbb tgk kereta byk. "Car bi" (car abiy), wow wee (lorry) Tuh jelah die sebut along the way.
Kalau amek gambar lak,xleh blah jugak. Sengih cam gamba kat bawah. Tuh jelah gaya die posing. Boleh die tahan beberapa keping gamba sengih camtu je. Hafiy mmg lawak


Jaga Fahry lak, asik nak kene dokong je. Penat la dik. Tp, die senang nak tido, goyang2 sikit die tido la. Cumenye bile die tido mmg takleh letak, die akan sedar. Yang lawaknya, boleh die bukak mata sikit (mase tgh tido) tgk ade org pegang die tak. Kalau ade, tutup mata balik. Haha


Yang pentingnye, bile ade dua2 orang ni saya tak study, sebok jaga diorang. Nak cakapnya, takleh wat keje lain la... Tabik spring kat mommy diorang sbb still boleh wat keje lain walaupun jaga anak2 yang takleh langsung berpisah dengannya. Syukurlah, beliau masih bercuti sampai sekarang. Kalau saya, maybe kene pilih antara anak dengan kerja.
Nak berpisah ngan diorang rase sedih lak. Sy tinggalkan mereka mase mereka tgh tido... selamatlah anak2 sedare ku.
Patut la mommy diorang tak sanggup tinggalkan mereka ngan sape2, walaupun mungkin menyusahkan (for me) tp mereka adalah anak2 yang comel. Mungkin tuh la perasaan seorang mak, walaupun anak2 menyusahkan die,tp die tetap sayang anak die tanpa berbelah bagi.
Adakah perkara sama akan berlaku pada saya? Orang kate, kalau kite berada kat tempat tu, kite pon akan tau how to face it and somehow come out with solution? Betoi ka? Belum cuba, belum tau. Soalnya, berani ke untuk mencuba?



p/s: Doa Mok Ngoh pd Afy and Fahry semoga jadi anak yang soleh dan menggembirakan ibu bapa and stay comel...


Sunday, July 26, 2009

Teringat kisah silam....

"Hp ku hilang.. " adu so called my adik angkat... wekkkk... Petang tu kami sesama gi picnic kat Tasik Ayer Keroh. Adela, die lepak kat site wall climbing, aybe die tertinggal kat situ becoz I'm 100% sure he don't leave his phone at out picnic site, coz I made sure we didn't leave even a single rubbish there.
So, sebagai seorang kakak, sy pon cube la nak tolongkan. I called his no, ade la sorang Sarip Dol yang picked up the fon, ckp helo2 then letak. Then, he msg me "Awak sape?" Eh, Sarip Dol betol ni, da amek phone orang tu eh tanya lak sape kan? Tak gentleman langsung main sms je, dahla org call tanak jawab...
Sebagai gadis melayu yang bersopan-santun, saya layan elok2 la mamat ni kan...(mamat ni mmg menggatal, pastu tanya kat mane nak jumpe leh hanta fon ni, bukan nak jawab) Last sekali, saya malas nak layan da. Cakap kat my adik angkat tu mamat ni dah menggatal la, malas nak layan. Dia kata okla kalau die taknak pulang balik, mmg nak beli fon baru pon.
Esoknya, saya cite kat Banji (bapak angkat saya, tapi die taknak, so kene cancel) yang fon adik angkat saya tu tercicir, kata die " Tercicir apenye? Ade kat dlm keta kawe..."
Huh! So, sape yang main sms ngan saya selama ni? Tidak syak lagi, mamat tu mmg nak kene.. Only God knows macammana nak marah nya saya kat die. Bukan nak marah sgt, tp malu la, nasib baik tak bergedik2 lagi ngan mamat misteri tu.. ceh ceh ceh dan ceh lg sekali.
Teringat pulak saya kisah cemana my emel addy leh jadi aliff_milo. Camne lagi kalau bukan case2 menyamar nak mengusik kawan. Mase tu kami form 4. Mmg geng2 saya hantu chatting kat IRC. Balik rumah weekend je mesti stay up masing2, buat ape kalay bukan chatting. Sekali, otak jahat saya ni (masa tu jahat lg, skang da baiiiiikk rr) nak ngusik sorang kawan. Tu yang klua nama Aliff tu. hehe, Aliff bukan boifren saya, tp boifren orang lain.... :)
Terasa case ini ade kesamaannya, tak jadi la saya marah sgt ngan adik angkat saya tu. Sebab tu kene selalu beringat, setiap yang kite buat mungkin kita akan dapat balasan di dunia ini which is way better than mendapat balasan yang lebih terok di akhirat kelak...
Jadi, my adik angkat, I'll make sure you get ur punishment, but from me.. haha

Wednesday, July 22, 2009

Ikut Nafsu

As we all know, manusia dicipta dengan 2 unsur, iaitu iman dan nafsu. So, for this entry I would like to share types of nafsu and nilai2 kan sendiri di mana tahap kita.

1. Nafsu yang tenang (dlm arab mutma innah- takut salah eja)

Nih adalah nafsu yang terbaik la. Bukan la nafsu namanya kan, tp maknanya iman lebih menguasai orang ini. Yang mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Yang Allah jemput tuk masuk syurga, dalam surah Al-Fajr:27-28

2. Nafsu yang naik turun (Lawwamah - tak tau BM betul ke salah. Maksudnya cam tu la)
Yang ni plak, iman and nafsu lebih kurang la. Orang ni, nak kate baik, takla baik jugak, buat jugak dosa. Nak kata jahat, ade jugakla perbuatan baiknya. Kadang2 iman menang, dia jadila baik. Kadang2 nafsu menang, die jadi la jahat.

3. Yang ketiga ni, memang out la - Nafsu Amarah
Memang ikut nafsu abis la... lawan Nafsu yang tenang la kire. Memang jahat giler la ni. Sarip Dol lagi baik kot.

Jadi, di manakah kedudukan nafsu kita? Adakah masih Amarah, atau up sikit Lawwamah atau mmg da mencapai nafsu Muthma'innah (alhamdulillah). I'm very sure rata2 kita akan jawab lawwamah, dan rase bangga la memiliki nafsu ni. At least bukan Amarah yang dikeji yang sah2 menjamin masuk neraka. Betul ke camtu?

Penah tak kite dengar pendapat salah seorang salafus soleh tentang nafsu lawwamah? Opppss, sape tu? Contoh, Ibnu Abbas mengatakan Al-Lawwamah ialah nafsu tercela? Tercela tu ape ek? Tak cantik la jugak kan?

Sebenarnye nafsu lawwamah ni tak berapa cantik la jugak. Seolah2 kita permainkan Allah. Hari ni, buat dosa, esok bertaubat, lps buat lagi, taubat lagi. Cam takde keje lebih berfaedah la kan? (Tak jumpe cari dalil dlm Quran, insyaAllah I'll find later, or sesape yg tau, boleh cakap).
Sedangkan kita tak sedar yang kita permainkan diri sendiri. Allah tak rugi apa2 pon, kite yang rugi.

Nak tambah buruk lagi, mungkin nafsu amarah lebih baik, sebab mungkin diorang x tau bile buat dosa. Kite yang dah tau ni.... kan? Renung balik diri. Dan same2 berusaha tuk upgrade ke 'jiwa yang tenang', itulah sebaik2 nafsu. Wallahu a'lam

Thursday, July 16, 2009

Cinta Yang Agung

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008