Thursday, February 25, 2010

Tak Fair

Saya : I love you
Dia : U baru je kenal I. Tak adil la u kate camtu, u belum betul2 tau i seswai x ngan u
Saya : Ala, Snow White pon jumpa prince die skali je
Cerita di atas tiada kene-mengena dengan yang hidup atau yang mati, ataupun yang hidup segan mati tak mahu. Begitulah kata orang, kalau da jumpe jodoh kite nampak dari belakang pon da tau itu ialah dia. Betul ke? Apasal tetiba saya cakap sal jodoh ni? Cam kemaruk nak kawin je.. haha..

Mestila tak, cume sekarang ni ramai dah kawan2 yang da kawin n ramai lak yang nak kawin, so mase bekerja sebagai 'pengsurf' internet td baca paper td, saya jumpa artikel ni dalam Utusan Malaysia, RESIPI PERKAHWINAN BAHAGIA.
So, kawan2 yang da kawin tu buleh la cuba.

1. Komitment terhadap perkahwinan. Sebagai org yg da kawin, perkahwinan sepatutnya ditangga pertama la. Nak buat apa2, kene fikir family dulu, kan da hidup berkongsi.

2. Fokus apa pasangan anda suka, tinggalkan apa dia tak suka. Sama la jugak dengan sentiasa tengok kebaikan dia, jgn asik nak mengkritik keburukan dia. Kalau bagi nasihat supaya dia berubah, lain cerita tu.

3. Baik hati kepada pasangan masing2. Wow, tak sangka artikel ni ckp suami atau isteri tu lebih suka buat baik kat org lain dprd spouse sendiri. Something need to be done

4. Beri penghargaan jika pasangan tolong, walaupun tak seberapa. Ustaz saya kata kalau tgk muka pasangan pon boleh dapat pahala. Apa kata kalau takde keje tu, tengooookk je muke. Kalau die tanya buat ape? Buat pahala, menarik bukan?

5. Berterus-terang la jika tak puas hati, jgn memendam2. Bukan semua orang pandai baca fikiran orang seperti  Jin Notti

6. Jangan arrogant, asik pendapat kita je betul. Even pendapat kita betul pon, kalau sampai bergaduh, mengalah la... Nanti esok2 debate lagi.. haha
Kalau pasangan marah pon, diam je. Mane org boleh bergaduh sorang2 kan?

7. Buang sikap buruk sangka n trust ur spouse. Tp, kalau die sah2 ade affair, react. Kalau suspect die ade affair, upah Detective Conan Mouri Kogorou siasat...

Sampai di sini sahaja... Bye



kawin sorang2.. kesian




Sunday, February 21, 2010

The Gift of A Friend #2

It was 12.22am
I had a series of tv watching that night,macam nak pernah jumpa tv je maknanye tak study la and was trying to study that time.
Katanya, "sekarang baru nak study? Kul brape nak tido? Nanti esok ngantuk lagi dalam kelas!"
Kataku. " Ala, tido awal ke tido lambat ke, ngantuk jugak. Baik tido lambat"

Kamu tak concentrate dalam kelas, sebab tu lah mengantuk. Sepatutnya dalam kelas dengar apa yang cikgu ajar, bukannya gi tido dalam kelas (sebenarnye panjang lagi die membebel, x sanggup nak tulis yang penting dah dapat point
Walaupun memamng tak puas hati cos dia has no idea how hard I'm trying to stay awake but it's very2 true.

THE POWER OF CONCENTRATION

The person who is able to concentrate on a thought he works upon, will utilizes all constructives thought and shut off all destructive ones.

Best prepared man and willing to do extra effort will be man of success

Concentration mean a strength of mind. Concentration makes the will and intellect act together

Concentration is not a dream

Concentration, the silent force that built result in all business

Concentration can mold environment

Concentration develops determination and perseverance. The inner energy control the outer act

Successful lives are the concentrated lives

Concentration can overcome bad habits

A successful business is not by luck, but by concentration

Courage concentrate the mental forces on the task at hand

All have the ability to concentrate, but will u?

Daily habit will increase concentration

Concentrate will not forget

Concentration can fulfill desire

Concentration develops ideas


http://www.jogena.com/resources/concentration.pdf


Lalu, selepas tu terus saya tido walaupun masih tak mengantuk, semoga hari ini saya dapat concentrate dalam kelas dan menjadi orang yang success.
Berasa malu plak diri ini dengan dia, selama ni saya asyik suruh die study sebab dia asyik tgk movie je sedangkan study die lagi berkualiti. Kalaulah saya kenal dia lebih awal..

Masih belum terlambat untuk mencuba "Tak Kira Di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir"

Saturday, February 20, 2010

Sape buat kacau?

Ke mana2 saya pegi di dunia ni setakat ni di Malaysia, saya wajib berjumpa orang Kelantan, di setiap sudut dunia. Pendek kate, dok Shah Alam, Melaka even India pon saya tak berpeluang cakap bahasa Melayu, asik kecek kelate je. Tiap kali cuti pon, tiket bas kelate akan habis, di mana2 saja, mase raya mesti org2 Klate akan masuk berita sebab tak cukup tiket balik. Persoalannya, jika orang klate telah bertebaran di seluruh Malaysia, siapa yang dengki kat Klate buat kacau x abis2?

KOTA BHARU 19 Feb. - Kegagalan kerajaan negeri menguruskan aspek kebersihan beberapa pusat pelancongan menyebabkan pelancong antarabangsa 'mengelak' untuk datang ke negeri ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, bukti itu dapat dilihat apabila Kelantan hanya merekodkan sebanyak 2.9 peratus kemasukan pelancong luar pada tahun lalu berbanding 23.65 juta pelancong yang datang ke negara ini.
Menurutnya, kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyenggara beberapa pusat pelancongan yang ada menyebabkan ia menjadi usang dan kotor terutama sekali kemudahan asas seperti tandas.
"Lihat sahaja di Pantai Cahaya Bulan. Kementerian sudah berbelanja lebih RM500,000 untuk menyediakan prasarana di situ, tetapi keadaannya setiap kali saya datang melawat sangat kotor.
"Kenapa sampai mahu bersihkan sampah di longkang pun kami kena jaga. Sepatutnya, kerajaan negeri ada minda pelancongan, barulah masalah ini tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina di sini hari ini.
Beliau memberitahu, Kerajaan Pusat telah membelanjakan sebanyak RM31 juta melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk memajukan industri berkenaan kerana Kelantan kaya dengan pelbagai budaya dan produk pelancongan termasuk pusat pelancongan di Pasir Puteh yang bernilai RM12 juta.
Bagaimanapun, tegas beliau, semua langkah susulan terutama sekali penyenggaraan perlu ditanggung oleh PBT untuk memastikan ia sentiasa terpelihara dan mengekalkan tarikannya.
"Kerajaan negeri perlu tahu kementerian berikan produk dan membantu membinanya, tetapi untuk menjaganya bukan kerja kita.
"Pelancongan bukan semata-mata mahu membina benda baru, tetapi ia adalah bagaimana kita menguruskan yang sudah ada agar dapat menarik pengunjung. Tak kan ini pun perlu diberitahu," katanya.
Sementara itu, Yen Yen berkata, Kementerian Pelancongan telah menerima permohonan lebih RM2 bilion daripada semua agensi pelancongan termasuk kerajaan negeri di seluruh negara untuk dinilai dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Tambahnya, kementerian akan memberi fokus terhadap aspek penyenggaraan pusat-pusat pelancongan sedia ada di seluruh negara dalam RMK-10 nanti.

         Utusan Malaysia : 20/2/2010


Friday, February 19, 2010

Bukan Berseronok 0

First time jumpe Dr X********, i know he mmg different. First tyme die amek klas dah kene bebel, budak2 medic kat kolej saya
  1. lack of general knowledge (usahkan general knowledge, knowledge yang patut tau pon tak seberapa, haha saya la tu
  2. Timid and shy, less interaction with lecturers
  3. Thinkless (maksudnya kurang berfikir sendiri, kurang membaca dan kurang buat research)
No idea other college camne, tp kalau die da compare tu rasenye kolej lain are better.
No idea who shud be blamed too, tp in my opinion ladies and gentleman (teringat zaman2 debate kat skolah dulu) saya dan orang2 seumpama saya, mahukan want things to be easy for us. Kalau study tu, harap baca 2 baris je dah boleh tau satu buku. Kalau mase exam, jawab 2 patah je dah boleh dapat full marks. Where got like that? Kalau cantu, takyahla thomas edison try buat lampu sampai 1000 kali.

Act, I want to share this website about orang2 yang berfikir. Dalam Quran pon Allah menganjurkan kita berfikir , tentang kejadian alam, analyse dan come out with some ideas to make life easier. Tapi sayang, yang rajin berfikir ke arah kemajuan bukan orang2 kita, tapi orang puteehhh.

Saya tak menolak yang orang kite rajin gak berfikir, cth:
modified motor tuk merempit
menjatuhkan sesama sendiri, berpecah-belah dan sebagainya
camne nak tipu orang
dan macam2 lagi

Akhir kata, takde orang buleh ubah kita kalau kite tanak berubah dan semoga perkongsian ini akan memberi manfaat

Klik di baju ini
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD7f8TvIrV0mIzoJV-wfPn3ox6hw9UpuEb57MzT_O_Ixpn2idU8Q0hBFd7QdHWLI3EXYn64NqTdSu1ujKUjkO8rRDlYfh6-GVP4FOxBDMqAjHvwjo_y070_X1fAcBxpVolCtxu8RXxgDEf/s400/BERFIKIR%2520DAN%2520TAKDIR.jpg


kredit to: http://gallerysixnine.blogspot.com/ kerana saya da curi gamba baju...

Kelewatan

Cuti tahun baru cina lepas ( lupa lak nak wish happy chinese new year kat my grupmates yang sgt caring, next entry) nenek sedara saya telah kawin, dengan orang yang tidak dikenali, cinta lepas kawin la ni..
Majlis tu berlangsung kat Jerantut, Pahang. Dari KL saya gerak ngan kakak n familynye. Konon nak gerak lps subuh (maksudnya pagi2 la) tp sbb semua orang pon semayang masa subuh da nak blk sambung tido lepas semayang, jadinya lambat jugakla kami gerak.

Lps breakfast, dlm kul 10 kami gerak. Ramai gile orang kat highway, semua orang melayu yg nak blk kampung. Sabar jelah, sape suh gerak lambat kan? Dalam 50km ke Jerantut, mak called. "Bile korang nak sampai, pengantin da sampai da pon"

Sampai hati pengantin tak tunggu kitorang. Yang lebih sedih tu, kitorang sepatutnya ade uniform yang sama ngan semua sedara-mara, tp sebab mak baru jahit so baju tu ade kat Jerantut. Sedihnya tak sempat tukar baju sbb mase tu mesti org ramai kan, sibok2 canne nak gi tukar baju?

Kitorang sampai dalam kul 12, mmg da ramai la org. Datang cam tetamu jelah, tp masuk kot pintu belakang. Sempat gak tukar baju, tp penantin pon da abes makan. Diorang takde la bersanding2, hasilnya takde sgtla gamba pengantin dlm kamera saya. Dahla baju kitorang cam budak plkn, jadinye bukan gi majlis kawin tp kem plkn. Haha

Ape pon, selamat pengantin baru pada Mok Dah. Semoga kekal hingga akhir hayat




Pengantin sebenar. Baju hitam tu sila abaikan



Pesert plkn







Blajar dari Mommy dan Abi

Alkisahnya mommy dan abi baru pindah rumah baru, 2 hari berturut2 mereka gi I*** tuk beli barang2 rumah mereka. Tp, bukan tu isunya. Yang saya nak highlightkan ialah mereka telah meninggalkan troli berisi barang2 mereka pada waktu pagi at some corner of kedai tu sbb ramai org bayar, so malas nak beratur. Malam tu mereka gi lagi, suprisingly troli dan barang2 tu were safe there.
The second day pun camtu, diorang tinggal gak sekejap troli dan gi bayar kemudian.

I was so amazed with their technique dan cuba praktis kat salah satu supermarket kat Melaka ni la, kumpul2 barang dlm troli, letak at some corner then lari gi makan jap. Mase tu kawan2 saya dah risau "Boleh ke tinggal kat sini?"
"Jangan risau," kate saya "Takde orang kacau nye"

Bila kami balik, carik2 troli tu da takde. Tiba2 saya nampak pekerja supermarket tu tgh tolak troli yang ade barang yang dipercayai barang kami tp da bercampur ngan barang2 lain jugak and some of our things also gone. Terpaksa la gi kutip balik barang2 nak beli.. hampeh...

Pengajaran: bukan semua pekerja kedai mengemas barang selepas tiada pelanggan dan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, kite dok tempat orang pepandaila berubah ikut keadaan ye. Jangan nak ikut keras kepala kita je, unless u wanna be sorry...

Entry Yang Mengumpat

Jom kita mengumpat Pak Su. Pak Su ialah seorang anak lelaki bongsu dan usianya jauh berbeza daripada abang diatasnya, menjadikan Pak Su seorang budak lelaki yang sangat manja dan mengada-ngada

Pada suatu hari, seorang rakan satu sekolah pak su, Mak Yam (bukan nama sebenar) telah diinterview. Berikut adalah butir2 interviewnya

Interviewer: Mak Yam, exam dpt no berapa
Mak Yam: 1
Interviewer: Kenapa Pak Su dapat no byk2? Die malas ke?
Mak Yam: Takla, die rajin. Homework selalu siap
Interviewer: Abih tu?
Mak Yam: Die suke merajuk
Interviewer: Merajuk?
Mak Yam: Selalu merajuk ngan kawan2. Kalau kawan2 die tak bg main bola die mesti merajuk..

Hahaha, Pak Su2, ingatkan Pak Su merajuk kat rumah je, rupenye kat school pon merajuk juge. Awak tu dah besar, dah2 la merajuknye.

Saya pon kurang pasti adakah sikap merajuk itu normal dikalangan kanak2 lelaki berusia 11 tahun. Kalau normal takpelah, tapi kalau abnormal, siapakah yang bersalah? Pak Su, atau parentsnya yang terlalu memanjakan die.

Saya pon tak belajar ilmu parenting, cume yang saya tahu mungkin family Pak Su show high emotional expression (EE). Apa tu? Dalam psychiatry, the ability to heal in psychotic patient, especially schizophrenia juga bergantung pada family nya. Family yang mempunyai high EE is charaterised by hostility, negative remarks and over involvement or protected.

Patients yang mempunyai family jenis ini sudah tuk sembuh atau mungkin akan mengalami relapse kerana beliau tidak mendapat sokongan family nya. Jadi, kite ahli keluarga kita disahkan bersakit mental, layanla die seperti manusia normal, die bukannya orang kurang upaya cuma mentalnya tak berapa sihat. Ajarlah dia berdikari, jangan membenci dia dan curahkan kasih sayang yang setara dengan orang lain. Walaupun pada hakikatnya schizophrenia the most important treatment ialah ubat.

Tiba2 terlupa lak kisah Pak Su td, mungkin family Paksu over protect him, so die rasa ngan sapa2 pon die akan dilayan seperti family die layan. Mungkin Pak Su akan menjadi matured bila masanya tiba nanti.



Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008