Friday, August 13, 2010

Solat Jumaat

Peperiksaan finalku akan berlangsung (?) tidak lama lagi. Sejak Ramadhan bermula, aku lebih selesa study di library, memandangkan aku tak perlu keluar makan tengahari, so lame la sikit masa utk study.
Pada suatu hari, seorang teman bertamu di mejaku. Kami pon terus berdiskusi tentang satu topik. Terlalu kusyuk berdiscuss sampai tak sedar dah tengahari. Memandangkan perbincangan itu agak berkualiti aku bercadang untuk pulang tidur (tidur sebentar waktu tengahari) di rumah.

Dalam perjalanan, aku lihat ramai lelaki yang berbaju melayu,siap bersongkok, ade setengah bersampin bagai. Ade orang kawin ke bulan2 puasa ni? Ke ade orang mati? Bisik hati kecilku.
Ramai la pulak orang, ade naik motor, naik kereta, basikal menuju ke arah yang sama.

Hati kecilku semakin hairan. Tiba2 seorang budak kecik naik beskal lalu sebelah kerata aku, tanpa membuang masa aku terus tanya nak gi mana semua orang ni..

"Semayang jumaat, bang. Abang tak gi semayang ke?"

Duuuhhh... lupe lak hari ni hari jumaat. Nasib baik nak balik tido kat rumah, kalau tak selamat jumaat aku...


*Cerita dongeng diatas telah cerita oleh Ghafaar Hj Mahmud. Sentiasa lah ingat hari dan jangan ponteng solat walaupun anda berpuasa..

0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008