Monday, April 12, 2010

My First Time

Akak tu datang A&E sebab chronic hypertension (hypertension after giving birth), mase tu my fren and me tgh buat ECG kat die. Tiba2 datang sorang HO, "Nanti U all buat PR kat die ek"

Eh? Ape ke nak buat PR? Kata HO tu, akak ni Hb low, nak rule out malena.
Tanya2 akak tu takde lak die kurang darah ke ape. Sebab dr suruh kan, belasah jelah.

Since this was my first time, so hesitate jugak, sbb my fren tanak buat cos she haven't do under supervision, so die takut la nak buat. For me, kalau da reti buat, ala setakat PR je pon, belasah je.

So, I pon korekla bontot kakak tu buatla macam lam buku ajar, cara yang betul nak buat PR. Susah gak, akhirnya masuk jari sikit je.

MO tanya how? I said normal je, brownish stool. Sure eh? Gulp!!!.. Canne ni? Tadi masuk jari sikit je, nak kene masuk dalam2 lagi ke, baru jumpa malenic stool tu.

Tak lama selepas tu, MO tu tanya, patient mane U buat PR td. I tunjukla patient tu

MO tepuk dahi. U caught a wrong person, man. Bukan dialah, lady sane tu...
Peh... patutla normal stool.

Daftar kata
ECG - electrocardiogram, cek keadaan jantung
HO - house officer (dr yg kerja x sampai 2 tahun)
MO - makan orang medical officer, pangkat selepas HO
PR - per rectal
malena - najis bercampur darah

Friday, April 9, 2010

Di sini bukan tempat PMS

Suasana di A&E petang jumaat tu sunyi giler. Bukan sebab takde patient, tp sebab takde orang kerja. Biasanya ramai je student2 nurse, paramedics tentera, polis dan bomba berkeliaran yang tolong buat kerja, tapi hari ni aneh sekali, takde orang. Tinggal la kami medical student, sorang Makan Orang  MO ngan sorang houseman di Yellow Zone itu. Tadi ade MA yang bertugas kat situ, mane tah die lari.

Kitorang, biase la.. berdiri2 je di situ, berlagak seperti consultant yang evaluate kerja doktor. Amek vital signs, tak main la. Suasana mmg agak kelam-kabut la cos patient lepas sorang, sorang masuk. Kitorang pon tlg2 jugak, tapi sikit2 jelah. Banyaknye berdiri tengok doktor wat keje.
Tiba-tiba, " U medical student!!! Kalau ade patient datang, takde their vital signs la. Daripada berdiri2 kat situ!!!" Wooo kene sound sebijik. Dahla takde perkataan tolong, jerit2 plak. Tu bukan keje kitorang..wekkk. Padahal die pon berdiri jugak kat sini. Memang la die kene clerk case, examine patient ke ape, tp ala amek vital signs tu pegi balut cuff BP kat patient, letak SPO2 nye clip tu, clip ke, pastu siapla. Tu pon susah ke? Lagi nak membebel2.

Fine la, kitorang kan medical student mmg dtg tuk tolong die pon. So, kitorang buat jelah. Tapi, tak abis dengan tu, semua orang kene marah ngan die, sampaikan orang yang hantar patient pon bengang sbb kene marah. Die membebel2 MA takde la, ni takde la, tu xdela, tp die cam x buat kerja jugak

Tiba2 ade sorang MA datang, die kerja kat section lain. "U MA gi mane? Patient ramai ni, sape nak buat..... bla bla bla" Ni dengan nada marah yer, menjerit satu A&E kot

"Saya buat kerja la doktor. Section tu bukan saya yang jaga! Saya bagi ubat kat patient saya, doctor nak suh jaga patient kat sana je! Diorang ni pon patient jugak!! Doktor jgnla marah cam tu!!!" Lebih kurang la abang tu jawab. Tabik spring la, tak sangka die berani jawab. Senyap doktor tu, tapi tak puas hati jugak sbb MA tu lawan cakap die. Die tanya2 staff nurse sape nama MA tu, nak report la konon. Then, die cakap, U pegi balik la kalau tanak kerja. Sape yang tanak kerja sekarang?

Last sekali, MO tu yang angkat beg, gi lari kat Green Zone. Malu la tu.. Vital signs je pon yg tak setel, kalau la die buat sendiri, ingat die sorang je ke sebok... blueekk. Rupenye sebelum tu die ade problem ngan Ketua MA tu, tu yang die x puas hati kot, tp die tu mmg selalu PMS pon, walaupun x period.

Sedak pulak ngate MO, mintak jauh la aku juga berperangai begitu. Memang la betul die byk kerja, dan berkuasa di situ, boleh mengarah sape2 sahaja, tp benda kecik tu alang2 die gi clerk case, buat la sendiri kalau dah takde orang, ke dia x reti buat? huhu. And takyahla nak tunjuk perasaan depan patient, wat malu spital je..

Wednesday, April 7, 2010

The Gift of Learning

For 2 weeks in A&E rasenye hari ni baru rase seronok berada kat situ sebab first time HOD took the class and it's really practical. So far, tengok je doctor wat keje, tah betul tah salah cara diorang buat tu. Hari ni, barula rase interestingnya dok kat A&E selain mengusha MA je.

Tadi, kami kat Yellow Zone, untuk case2 semi critical (play safe).
First, bila patient masuk, assess ABC
A- Airway, so kalau patient can talk kira airway nya patent la tu

B- Breathing, tgk SPO2 die. Kat sini banyak yang fail, sbb bila patient masuk, most of the time mesti doctor sebok suh set branula, sedangkan vital signs tak tgk lagi.
So, kalau SPO2 <95% kene masuk resuscitation, kalau <80% kene intubate. Nampak? Sebelum cucuk ape2 patient kene masuk red zone lak

C- circulation. Check BPnya, pulse rate dan kat sini la set branula.

Next management depend on patient la.

Ada satu lagi nak kongsi takde kaitan ngan pelajaran pon tapi determination. Dalam A&E tu ade sorang doctor yang pregnant, dan die buat kerja agak lembap la sebab pregnant kan. Bila bos tegur, die kate "Saya kan mengandung...."
Bos pon cakap, mase die MO dulu ade sorang staff nurse pregnant, tp die buat kerja cam biase, still active cam selalunya. Bila orang tanya, dia jawab

Mengandung ni kita yang nak, dan die adalah physiology, bukannya pathology. Mengandung ni bukan penyakit, lalu kenapa nak jadi cam orang sakit lak?

Apetah lagi, orang tak pregnant ni. Sekian terima kasih, study sekarang!!!

Sunday, April 4, 2010

Jemaah Islam need u

"Kami serukan kepada putera puteri Islam yang bersemangat bahawa jemaah Islam sangat memerlukan peribadi yang aktivis, sekaligus pemikir dan anasir productivity yang beran"
 Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Di atas adalah statement Hassan Al-Bana iaitu pengasan Ikhwanul Muslimin. Dalam dunia sekarang, walaupun Islam makin berkembang, umat Islam makin ramai, namun hanya pada nama. Beliau menyeru remaja2 Islam bersifat seperti diatas (bukan la sifat itu sahaja, tp untuk berjaya ummah perlu mempunyai sifat itu)

1. Akvitis 
Tugas yang dilakukan dibuat dengan betul, ilmunya, jiwanya dan perbuatannya. Kerja yang dibuat kerana motivasi dalam diri memang kuat untuk buat kerja itu, bukan macam pahat dan penukul. Kalau kerja tu da betul dari segala segi, hasilnya pon mestila memberangsangkan. 

Masalahnya sekarang, semua orang buat kerja, maksudnya dalam dakwah tapi tak nampak pon hasil kan? Jadi, daya kreativiti kene la tinggi. Tukar teknik, buat lebih kreative.

2. Pemikir
Rujuk surah Ali-Imran:190-191. Allah ciptakan isi alam ini untuk manusia berfikir, malahan orang yang berakal ialah orang yang berzikir dan berfikir. Dengan berfikir, kita boleh mengembangkan potensi diri dan orang lain dalam menyampaikan syariat Islamiyyah. Tp, bukanlah fikirkan diri sendiri sahaja, fikir juga masalah umat dan cuba selesaikan, bukan fikir je, aktivis tu kan bertindak.

3. Productive
Asal buat kerja je, ade hasil itulah productivity. Kalau dalam berdakwah, orang yang diseru itu beramal sesuai ngan seruan. However,  benda ni menuntut pengorbanan iaitu harta dan diri. Mungkin kene berbelanja lebih sikit la, nak amek hati orang. Berdakwah yang satu proses yang panjang, tajuk lain la plak tu. 

Kalau nak tau kerja kita productive ke tak, kite cuba letak target pada orang yang kite dakwahkan tu. Contoh : minggu ni nak suh die capai ape, next week ape (cam seswai tuk diri sendiri dulu..:))

4. Berani
Memiliki 'izzah, iaitu berasa tinggi kerana kita orang Islam, orang yang dimuliakan Allah, bukan berhidung tinggi. Tp, dalam apa2 keadaan, kitalah yang sentiasa ke depan. 





4.

Saturday, April 3, 2010

Laporan

Pengadu menyatakan :
Pada 2/4/2010 @ jam l/kurang 4.15 pagi, semasa baru bangun tidur di alamat lkldkdgklgdklgdkldgasklasdgkldgkldkdklaslkalkdkldklkkdsldsk  saya dapati laptop 1 unit (compaq) dan juga beg duit saya yang diletakkan di atas meja telah tiada. saya periksa di sekeliling rumah dapati tingkap nako telah ditanggalkan sebanyak 2 keping, manakala jaring nyamuk telah dipotong. Di luar rumah juga terdapat sebatang besi seperti pencuci longkang serta sepasang sarung tangan. Saya tidak tahu siapa yang melakukan kerja ini. Dalam dompet saya mengandungi:
(1) Kad pengenalan
(2) Kad Bank (CIMB, BSN)
(3) Kad insyuran saya
Saya datang balai polis buat laporan.
Sekian laporan saya.

P***

Semasa sedang menunggu tuk buat polis report mengenai kecurian tempoh hari, sempat saya berbual ngan housemate pasal jam. Dia kata jam saya cantik walaupun harga dia RM15 ja. Sekarang ni jam tu takleh dipercayai dah, sebab asik lambat stgh jam ja. Seb baik jarum saat masih bergerak so still buleh pakai tuk kire pulse rate patient.

Saya pon citer la, dulu saya beli jam mahal, brand p***. Pastu dah lama2, dlm setahun gak kot pakai, kertas dia yang tulis nombor2 tu, tibe2 berpusing 360degrees, berlian2 yang die wat tanda nombor pon tercabut. Sekarang tak tau di mana dia..

Kawan saya pon cakap spontan, dengan yakin," P*** ke poyo?"

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat allayarham Din Beramboi yang meninggal dunia kerana dengue hemorrhagic fever di ICU Hospital Selayang semalam. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang soleh

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008