Sunday, November 30, 2008

Taik Unta

Cerita ni daripada Dr Mai, during the 2nd episode of Dirimu Permata Berharga

Pada suatu masa dahulu, ade seorang Arab Badwi yang mengembara di padang pasir. Sedang dia berjalan2 tu, kebetulan lak mase tu panas, lalu dia pon mencarila air. Tiba2 die terjumpa taik unta yang sudah kering. Lalu beliau berfikir "Mesti ada unta kat sini"

Ape ertinya pemikiran dia?
Berdasarkan apa yang nya fikirkan, kalau ada taik unta di situ, bermakna ada unta yang telah membuang di situ, mustahil taik unta walaupun sudah kering muncul dengan tiba2. Jadi samalah dengan penciptaan alam yang hebat, sudah pastilah ade kuasa yang Maha Hebat yang telah menciptanya.
Jadi, usahlah beralasan anda jahil, dan ingatlah kuasa itu bukan sahaja telah mencipta alam ini, malah sentiasa memerhatikan apa yang berlaku di atasnya dan akan memberikan ganjaran setimpal dengan apa yang dikerjakan oleh makhluknya.

N.B: Berwaspada sebelum mengingkari perintahNya

Friday, November 28, 2008

Befday2 Tengku

26/11/2008
7.00pm

2 3 hari sebelum befday nya, Tengku sibok dok cakap kat saya befday die 26/11. Pada 26/11 tu, of course I've forgotten, but she reminded me again, ingat nak buat bodoh jer. Just wish happy befday, okla tuh. Bila balik kelas petang, I told Kauthar "today's Tengku's befday".
"Let's go buy cake"She said. Really??? Malasnya. Tapi pegila jugak membeli kek di Italy Bakery.

The first photo was taken without befday gal. Saje nak amek gamba gadis melayu bersama cake sahaja. It took place in TasTas's room, sebab plg depan. After that, kami nak bawak kek tuh gi bilik Tengku, sekali terserempak b4 sampai bilik nya.. Haha.Nasib baik Kauthar yang bawak kek tuh tak terlambung ke muka Tengku. 2nd and 3rd pictures are the events occur. Tah apelah jadahnya kami gi letak kek atas iron board, padahal lantai tu luas, siap karpet lg. Semua orang pon tak perasan, bile nak makan. " Eh apesal kite makan berdiri?"
4th photo, befday gal comot, saya la yang buat tuh.. haha

So, penah sekali saya terdengar member2 cakap, celebrate befday ialah HARAM, sebab menyamai ratu ape tah, tiup2 lilin, pastu orang datang wish2 kepadanya. (kisah dolu2 la nih, zaman bila pon tak pasti)

Ni yang saya dapat daripada http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1218386145936

The eminent Muslim scholar Sheikh `Abdel Khaliq Hasan Ash-Shareef, a renowned scholar and d a`iyah, stated,

In fact, Prophet Muhammad's (peace and blessings be upon him) hadith in which he said that Allah Almighty replaced the pre-Islamic celebrations with `Eid Al-Fitr and `Eid Al-Adha for Muslims means that in the pre-Islamic era people used to worship their gods in their celebrations, but Muslims should adhere to their two `Eids and worship Allah therein.

Also, the Prophet's (peace and blessings be upon him) hadith that asserts that whoever imitates others (non-Muslims) will be with them in the Hereafter applies to imitating them in what constitutes disbelief.

Given the above, I see that celebrating birthdays are social, not religious occasions. This issue does not deserve such a big fuss. If children or parents wish to celebrate specific occasions (such as birthdays and weddings), it is OK.

All in all, I do recommend that parents make use of such occasions to implant Islamic ethics in the hearts of their young ones. For example, in the occasion of birthdays, they could remind their kids of Allah's favors and how we should be grateful to Him.

As for the issue of candles and the like, they are not big issues to make Shari`ah ruling on them. So, let's not build Shari`ah rulings on such minor issues.



Kesimpulannya, dulu Rasulullah cume sambut kedua2 hari raya. Tapi sape2 nak celebrate befday masing2 OK je, cume janganla berlebih2an, dan bersyukurlah atas nikmat usia yang Allah berikan. Gunakan sebaik2 nya untuk beribadah padaNya. Dan ingatlah, semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dengan kematian (not always follow the rules)

Thursday, November 27, 2008

Selamat Menjadi Dewasa (???)

November 24, 2008

6.58pm

Thru phone

Saya: Uzair bersunat hari ni kan?

Uzair: Yup

Saya: Tak berehat ke?

Uzair: Berehat da td

Saya: Sakit tak?

Uzair: Sakitla sikit2

Saya: Nangis tak?

Uzair: Tak, tapi keluar airmata sikit

U are so funny, kalau klua air mata tu bukan menangis ke? Tak2, ketawa pun buleh klua air mata gak.. hehe



(antara gamba Ujay semasa bercuti di India.Atas kanan- Ujay dipeluk oleh seorang gadis yang bukan mahramnya. Dah sunat ni, jangan ngade2 nak ulangi ya

Ujay is the only yang masih skola among our siblings dan yg menjadi penghuni tetap Anjung Nenek. Mungkin sebab suasana belajar sudah tidak wujud di Anjung Nenek (kakak2 n abang2 die kan da abih skola. Kalau balik rumah cuti tu, tuk tido lebih masa jelah) jadi si Ujay ni nak suh belajau tu cam nak suh gi berperang. Satu perkara yang takleh saya lupa sepanjang mengajar Ujay ni. Hari tu, saya ajarnya matematik. Die ni terer jugak kira2, tapi bile soklan pjg2 tu die tak reti analyse. Saya dah explain byk kali pon, die masih blur. Last2, saya terangkat suara kat anak manja Hj Noh ni, apalagi, kuar air mata la dia. Pulak tu, cam tahan2.. kesian die. Sorry la Ujay yer.. K Ngah nak Ujay rajin2 blajau, nanti Ngoh x suruh pon, Ujay akan blajau juga dan mengikut jejak langkah kakak2 n abang2 yang telah did the best of ourselves.

Pegi blaja kat overseas cam K Ngah pun xpe (wekkkk!!) Takpela tinggalkan mak ayah sekejap nanti. Insya4JJI kami tolongkan jaga pulak..

(tak sabar nak tgk meja study Ujay yang baru dibeli)

Friday, November 21, 2008

DIRIMU PERMATA BERHARGA EPISODE 2

Alhamdulillah, episode ke2 Dirimu Permata Berharga berjalan dengan lanacar. Walaupun peserta2 buat gempak sikit.. kul 5.30 tuh xde orang muncul lagi, tapi Dr Mai da tibe. Alamak2! Kelam-kabut saya kontek org tu org ni, "Nak dtg2… jap lg" lambat sikit rupenye.

Then, lebih kuran kul 6 5.45 rancangan yang pengacaranya ialah Tasnim bermula. Mula2 Dr Mai bagi kitorang selai ketas putih. Lalu, nya suruh kami buat lubang kat paper tu within 1 minute. Suka hatila nak tebuk canne. Saya memilih tuk lipat2, and koyak kecik2. Ade yang tekan2 ngan pen. Semangat2. Pastu, Dr Mai pilih ketas sape dia nak ulas. Jeng jeng jeng…. Ketas saya la pulak.. Dia tanya apa niat dan matlamat buat benda nih tadi. Eh? Ade terpk ape2 ke td? Tah, takde kot. Dr Mai kate mesti ade… tapi ni yang die ckp about me

Saya seorang yang systematic(?)

Sebab saya nye lobang tuh kedudukan dia cantik..

So, takleh tgk keadaan sepah… untung la sape kawin ngan saya kan? (ni sy tambah sendiri)

Realiti : Saya suka sepahkan bilik, tp saya tak suke actually,

Dan akan kemaskan balik bila rajin nanti.. hehe

Tapi bilik saya takla bersepah sangat, cume bile study sepahla, buku kan byk…


Seterusnya pasal alam remaja. Sebenarnya saya susah nak buat notes yang tersusun, sebab walaupun Dr Mai buat power point, tp die main ckp je tak ikut slide tu. Tp smalam sempat cover 2/3 slide je. Point die ialah:-


APAKAH ALAM REMAJA?

Peralihan 2 zaman, iaitu daripada kanak2 ke dewasa

Walaupun saya ni da 23 tahun, tp saya masih remaja, penghujung remaja la..


KENAPA REMAJA PENTING?

Asset yang penting dalam kehidupan

Penentu masa depan Negara

Penentu generasi akan dating

Umpama pohon yang membesar, yg akan bg buah@ manfaat pd org lain


Jadi, semasa usia remaja nihla penting tuk kita cari ilmu, sebab otak kita masih elok. Nanti da tua seksok ilmu tu boleh guna, untuk kebaikan. Jgn lak jadik cam syaitan, ade ilmu byk tp jahat. Kita kene la beramal ngan ilmu yang kita ada dan berbakti pada manusia lain. Jangan asyik nak berseronok ja, dah tua2 sok bukan nak ingat lg keseronokan tu… buang karan jaa…


Sebagai remaja zaman teknologi ni, kita kene hati2 dengan apa yang kita isi dalam otak kita. Banyak virus sekarang ni. Otak kita kan cam computer jugak, bila da masuk virus byk2, mula la weng sana sini situ. Last2, kite gak kene habihkan duit nak repair die. Dahla mahal, padahal reformat je. Sama la bile otak kita da masok virus, susah wooo nak delete. Dr Mai bagi contoh sorang budak (beliau byk buat pogram ngan budak2 skola) yang suka tgk gamba lucah, bila die insaf, die sedih sgt sebab tak boleh nak erase rase bersalah tu. So, ingat sebelum kena. Mencegah lebih baik dari mengubat.


Yang terakhir, kita kene banyak muhasabah diri, lihat diri sendiri tuk kenal pencipta kita. Juga akan membuatkan kita rase lebih berharga. (x pandai nak ulas dah)

Dr Mai meninggalkan kami dengan persoalan "APA YANG BUAT DIRI ANDA BERHARGA?" homework untuk next week. Adakah sebab anda cantik, pandai atau kaya? Anda mampu mengubahnya. Eh, tepuk dada tanya iman.

Kepada sesiapa nak join reality tv ni next week, sila buat homework ya..


Salam dirimu amat berharga daripada saya melaporkan dari 'Gadis Melayu'.


Thursday, November 20, 2008

Fridge da balik

Yeah! Yeah!
Frigde da balik. Setelah hampir a fortnight the frigde left Gadis Melayu, now it's come back. Actually, dia da siap dibaiki pada Nov 15, 2008. Cume, bila uncle tu called on Monday, I was sleeping..dah la mase tu kul 4.30, tak logik langsong nak tido... huhu
Then, when I called the shop on Wednesday, die kate takleh hanta hari ni, pak cik tu takde. Hari Khamis tu, tiba2 pak cik tu called. Nya kata nak hantar fridge, dahla saya sorang2 kat rumah. Terus saya bersiap tuk tunggu pak cik tu datang.
Bila fridge sampai, saya rasa nak cakap kat pak cik, letak jap pak cik saya nak peluk..... euw!!!
Sekang bolehlah beli food byk2 letak dalam fridge, bolehla kawan2 saya masak semula... Boleh saya makan dengan seronoknya!!!!!!!!!!!! Seronoknya makan kat rumah...

Wednesday, November 19, 2008

Dirimu Permata Berharga episode 1

Masih tak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada ahli 'Gadis Melayu' kerana berjaya anjurkan satu talk yang bertajuk Dirimu Permata Berharga oleh Dr Maimunah, consultant of Obstetric and Gynaecology (O&G) Department, Malacca General Hospital dan Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM) Melaka, last Tuesday. Cam tak seswai je, naik lift masuk sendiri. Sebenarnya ucapan tahniah kepada kawan2 yang hadir, agak ramai jugak la, penuh ruang tamu 'Gadis Melayu' ngan food. Biasanya kami serumah dan 2 3 orang kawan pergi rumah Dr Mai, tapi sejak akhir2 ni, ramai yang nak ikut tapi transport tak cukup. So, kami cadangkan Dr Mai lak plak datang rumah kitorang, kan senang. Cuak juga saya hari tu, mane la tahu orang tak datang ke, kan ke malu ngan Dr Mai. Punyala suh aku dtg, tapi takde orang pon nak dtg talk nih.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati kita tuk sama2 berkumpul dalam majlis ilmu yang menjadi taman2 syurga di dunia. Majlis yang malaikat menebarkan sayapnya. Majlis yang dilihat umpama bintang berkelipan dari langit. (Terharu sangat saya dengan kehadiran kawan2, sampai tak tulis notes)

For this week, kami sempat intro je, sebab menurut Dr Mai, biasenye utk topik ini, mereka mengambil masa selama 3 hari. Hari tuh lak, kul 6pm baru nak start, maghrib lak kul +-7pm la.. Surau lak ade belakang rumah saya je, kurang asam la saje2 tanak berenti masa azan tu kan?

Anyway, mase intro tu actually banyak gak kami belajar, tentang kejadian manusia, dari alaqah (benda yang tergantung,leech) ke mudgah (daging yang dikunyah) ke idzam wa lahma (tulang yang dibalut daging) dan khalqon jadida (makhluk yang lain). Banyak sebenarnya ayat2 dalam Quran yang menerangkan tentang kejadian manusia. Biasela, saya ni alpa.. hehe
Kerana ayat2 tersebut seorang saintis Barat yang mengkaji embrology telah bersaksi 'Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah'. Subhanalah...

Dari sinilah muncul status YM saya "
blajau2, nanti sperms lain marah"
Sebab ada kawan2 yang bertanya, terpaksa la saya jelas kan. Masa proses kejadian manusia dulu, berjuta2 sperms yang dipancutkan dalam uterus mak kita. Maha suci Allah, kita yang terpilih tuk jadi manusia. Kalau la sperms yang lain tau kita malas blajau, mestila diorang marah. Baik aku je yang jadi manusia, kata mereka. Betul tak2?

Seterusnya kitorang belaja tentang kepentingan niat (Hadith 1 dalam himpunan Hadith 40 Imam Nawawi) Banyakla points die, tp saya yang tak ingat. Antara lain, the power of niat. Bila kita nak buat sesuatu, niat tu betul kerana Allah, insya4JJI kita akan dapat apa yang kita nak. Menurut Dr Mai, suatu masa dahulu beliau pernah didiagnosed cancer yang termasuk dalam golongan yang bahaya. Masa tuhla beliau belajar ilmu aura ni.. Mungkin kene menuntut daripada beliau dulu. Yang pasti, sentiasalah perbaharui niat kita semata2 kerana Allah.

Yang terakhir, ihsan. Ihsan ni ialah beribadah seolah2 nampak Allah, dan jika tidak, sesungguhnya Allah melihat kita. Suka saya bawakkan kisah seorang gadis penjual susu dengan ibunya. Semasa itu zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Khalifah Umar ni, die suka jalan2 sorang2 malam2 tgk keadaan negeri dia. Pada suatu malam, beliau lewat sebuah rumah, iaitu rumah gadis tadila.


Mak Gadis:Eh, campo jelah air sikit dalam susu, banyak sikit susu leh jual
Gadis:Tak boleh mak, walaupun Khalifah Umar takde kat sini, Allah kan ade...

Mendengarkan kata2 gadis yang penuh dengan sifat ihsan itu, Umar terus meminang beliau untuk anaknya. Hasil perkahwinan itu lahirlah seorang Khalifah yang bernama Umar Abdul Aziz. Semasa pemerintahannya, rahmat Allah melimpah ke seluruh alam. No history of orang miskin, kejahatan dan penuh rahmat lah negara itu. Subhanallah (Dr Mai syorkan baca buku Rihlah Ibnu Battutah untuk keterangan lanjut sebab nya baca buku itu)
Mampukah kita melahirkan pemerintahan yang sebegitu makmur di negara kita khusunya. Boleh, dengan pemimpin dan rakyat yang bersifat
IHSAN..

Slot Tok Guru

Inilah activity yang bermanfaat yang saya lakukan on the weekend. Guess this was the first tyme, Check it out...
Not to forget, DBG tu buroq saya la (eh, my dad's... cume sy tgh gunenya, hehe)

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008