Thursday, August 27, 2009

Balik Raya

Not in good mood, pagi tadi tak bangun sahur, minum air masak je. Padahal I was the one who woke up and cook the rice, tp this morning I wasn't feel like waking up, rase nak tido je. Sekadar amek sunnah sahur, bangunla gak minum air.Tah hapela masalahku, nak kawin agaknye..ahaks

Malam ni balik rumah (yeayyy), yang tak yeay nye ialah inilah balik raya.Jangan salah sangka, bukannye cuti sampai hari raya, tp inilah cuti merdeka yang dianggap cuti raya. Huh! Ngalahkan dok India, raya2 pon takleh balik. Pasal kene buat exam mase raya? Konfius, nak berhappy2 raya or berstudy2 raya. Nama dok Malaysia, kolej ni pon logikla sikit kan? Takkan nak raya kat perantauan, da dok Malaysia kot. Kalau bleh hantar 'ucapan raya' kat Utusan Malaysia takpela jugak. I hope, takde orang kolej ni yang bace my blog, kang kene buang skolah sia2 je. Actually. boleh je balik raya kalau nak. Bukannye exam 1st day raya, it's on the 4th day, cume saya yang buat keputusan tanak balik berhari raya di kampung, demi masa depanku dan masyarakat sekeliling sekadar menyenangkan hati kolej

Kesedihan ini terubat jugak sebab mase bulan yang penuh berkat ni boleh study dan berdoa, semoga dapat keberkatan juga dan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Jadi kepada kawan2, kaum keluarga dan sesiapa saja yang membaca blog saya, 10q diucapkan dan jangan putus2 doakan kekayaan kejayaan saya dalam exam nanti. Jangan putus2 aa, penting tau exam ni tuk karier saya, nanti anda jugak nak bergantung pada doktor yang baik cam saya saya juga terpaksa berkhidmat kepada anda

Wednesday, August 26, 2009

Milik Orang Fakir

 Sekadar gambar hiasan. 
Reference : http://muhdkamil.net/kehidupan/2008/09/21/berbuka/

Sejak diajak oleh sorang sahabat berbuka puasa di sebuah masjid, saya dan beberapa gadis melayu rase seronok berbuka di situ dan berazam tuk berbuka di masjid saja sepanjang sebulan ni. Banyak manfaatnye berbuka puasa di masjid, pertamanya buleh menjimatkan duit nanti buleh beli kasut/baju baru menderma kepada pihak yang memerlukan. Nanti ade orang kate, minyak keta nak gi masjid tu bukan bayar ngan daun. Tp, kalau gi bazar, gune keta gak, pastu nak bayar food lg. kan?

Kedua, xyah susah2 nak pk nak makan ape. Nanti buang mase kat bazar je, punye la berjalan sepanjang bazar tu, tp still xleh decide nak makan ape. Kalau food da sedia kan senang, tunggu nak ngap ja.

Ade seorang sahabat menegur ketaksuban kegemaran saya ni, nya kata "makanan tu tuk orang kafir fakir, orang kaye gi beli kat bazar". Taktaula die bergurau ke sewius, harap2nye bergurau jelah. Sebab, kalau ikut fikiran logik saya kan, bulan Ramadhan penuh rahmat dan berkat, bulan untuk menyambungkan silaturrahim, kalau gi masjid kan, sebelum bukak puasa tu boleh sembang2 ngan orang 'fakir'. Kalau gi bazar tu, xde maknanye nak sembang@menyambung silaturrahim ngan tukang menjual tu. Kalau ye pon kite nak sembang ngan die, takde mase la die nak layan kau.

Yang kedua, kalau orang 'kaya' kene gi bazar dan 'fakir' kene gi masjid, tunjukkan saya cut-off value kedua2 kumpulan ini. Eh takla, habis tu bile mereka nak jumpa? Bila kita nak tau kesengsaraan hidup mereka, bile kite nak tolong mereka. Maklumla, asik dok bazar je, bile nak menyelami kesusahan hidup mereka?

Kitakan doktor, nih la masa mendekati anggota masyarakat yang lain, bukan ke dlm public health kite jugak kene amek tau pasal golongan2 ini, dan buleh bagi health education sekali. Golongan ini juga senang untuk didakwahkan. Bukan ke Rasulullah dulu pon mulakan dakwah dikalangan miskin dan hamba?

Lagipon, xde lak imam kate apa2 kami gi bukak puasa kat situ, mungkin die tak tau saya bukan orang miskin. Tapi, makcik2 kat situ da tau kitorang budak Manipal, takle pulak dihalaunya. Ramai je orang2 yang lebih kaya daripada kitorang (orang tua dah bekerja, datang masjid naik Waja, Perdana, so and so forth) takde pulak imam tu kate takleh makan. Kalau betul orang bukan 'fakir' takleh buka puasa di masjid, I think mesti da ade label "Untuk Fakir Sahaja" kat pintu pagau masjid, atau pun ade guard yang jaga, nampak 'kaya' je takleh masok.

Tapi, kalau betul2 ade nas yang melarang, kemukakan pd saya dan saya akan mengikut anda ke bazar. Kalau takde, saya mengalu-alukan ingin mempromote anda semua berbuka di masjid beramai2, kite kan masih belajar, mane la ade duit byk2 byk food die xlah membazir. Walaupun foodnye takla sesedap yang ade kat bazar, tp mudah-mudahan mengajar kite bersyukur rezeki yang ada dan sentiasa ingat saudara kita di Palestine dan tempat2 lain yang tak cukup food pon.

Syukurnya berbuka puasa di masjid semalam, dpt jumpa adik who suffering from spinomuscular atrophy tapi tetap bersyukur dengan penderitaannya dan sentiasa tersenyum. Tu yang mahal, kata Dina

Sunday, August 23, 2009

Mysterious word

Mase kat INTEC dulu, caye tak saya drive keta proton saga lama yang panjang dan besar tu? Caye tak? Betul, tak caye tanya sape2 yang kenal saya mase tu. Mmg susah gakla nak handle tp nak wat camne ayah saya ade keta tu je mase tu. Anak die ni lak, gatal nak drive, mase tu exam, da nak akhir tahun pon senang la skt nak gi exam kalau ade keta, takyah berebut2 ngan orang naik bus. Ayah sy kat kampung gi keje ngan ape? pepandaila nak idop Mase tu kakak sy ade kat rumah, pakai keta kakak saya la. Jauh menyimpang, bukan nak citer pasal kereta ni.

Sekali tu, sy mmg da park keta kat tempat yang betul, tp ade sorang Sarip Dol tu gi park kat blakang keta saya. Bukan betul2 blakang macam Kamal park kat blakang keta Sarip Dol tu, tp kire2 susah jugakla nak reverse tuk kluar kereta. Mase tu saya dan kawan2 tgh lunch, dlm half to one hour, ade paper ape tah, da lupe. Mase nak blah tu, saya reverse keta nak kluar, terkenala sedikit keta Sarip Dol kat blakang tu. Saya dapat rase mmg tercium sikit, somehow I managed to get the car out. Tibe2, ade sorang makcik datang, out of nowhere "Awak da langgar kereta tu". Kate die. Ala, mak cik ni kecoh la. Ingat nak hit and run je.

Out of nowhere gak, datang la sorang brader. Mase tu saya turun la, x mo menghampakan harapan mak cik. Tgk keta Sarip Dol byk lak kemeknye. Takkan aku buat semua kot. Brader tu kate "This is my fren's car, berani kau langgar"
Then, Sar ip Dol tuan punye keta tu datang, cuak la jugak. Die tanya "Kena tak?" Dengan nada yang agak tinggi. Saya memang da cuak, and was trying to explain how it happened, ape2 la aku merepek. "Kena tak?" Die tanya lagi sekali.
"Kene.." Saya masih cuak.
"Kalau kene, mintak la maaf. Bukan nak suh bayar ganti rugi ke ape" Oh

Maaf mmg satu perkataan yang senang nak eja tp susah untuk tuk disebut, walaupun kita sedar kita buat salah dan orang tu mmg marah pada kita pon, kite still rather buat bodoh daripada cakap maaf sepatah. Kadang2 orang tu bukan marah, cume nak kite tau yang kita salah dan u know, sbb kita salah, kita ckp maaf la. Takyahla nak buat berlagak, sombong, bodoh! Ckp jelah maaf sepatah, patuh setel la.

Ade jugak sesetgh yang dahla xnk ngaku salah, patuh gi putar belit jadinya org teraniaya tu yang salah. Nk mengharukan keadaan orang tu lak jenis yang cpt rase bersalah, die lak yg minta maaf.

Kadang2 saya orang yang salah, die mungkin die tak sedar kot benda tu salah, dan kurang sentitif yang perbuatan die tu menyakitkan hari orang lain. Bukan die tanak mintak maaf, tp perlu ke gi cakap : Lu buat salah la bro, mintak maaf la gua..(?)

Setgh orang kate, kalau da sesama kawan / mmg da rapat, poyola nak mintak maaf kan? Ala, setel2 camtu sendiri je. Yang ko gi simpan dalam hati sape suruh? Bukannye sakit mane2 pon, sakit hati je. Bagi saya, mmg agak poyo la jugak, kita kan da kawan lame buat rilek2 dah la. Tp, yang salah tetap salah. Turunkan sikit ego anda, jadila lebih sensitif terhadap rakan2 anda, da lame hidup bersama takkan tak tau apa yang menyakitkan hati diye..

"Ego will not get you the rest of the way. It will feed you, it will clothe you well, but it will leave you cold and alone and unknowing" - Mr. Primkin , Man About Town.

Saturday, August 22, 2009

Not the first tyme

I woke up at 4.30am after long lena. Kul 10 lebih kot da tido. Bangun masak nasik tuk gadis2 melayu, penyayang kan? Masak nasik je, lauknye pepandai la sendiri. I started that morning with 3 bijik kurma. Lepas nasik masak dalam kul 5, sampaila azan subuh, x putus la bekalan makanan masuk dalam mulut, maklumla da lame tak puasa.

Subuh tu, konon semangat gi semayang subuh kat masjid, punyala ramai orang, seb baik tak kene park keta kat hosp. Kalau buleh park kat hospital, bagus gak, tah2 selamat semayang jemaah kat A&E.. kui kui. Hajatnya nak stay lame skit, bace2 quran ke. Ropenye, ade talk kat masjid pagi tu. Tp tak taula nape ngantuk giller, macam masuk lecture, terus tertido kat situ ngan quran kat tangan n sempat dengar ustaz tu kate 'jangan mengumpat'. At least, dpt la jugak kan?

Mase kul 11 am tu, tibe2 perut macam berbunyi. Owk ow, takkan da lapa kot. Tak syak lagi. Ingat tak enrty saya 'kincir angin in my stomach'. Nampaknya penyakit tu da dtg balik, logikla kan di bulan puasa, tak tau camne nak menghadapi hari2 esok.

Yang tak tahan, saya terpaksa habiskan most of the tyme kat atas katil. Macam la ni first tyme puasa. Orang yang belajar puasa pon mungkin better than me. Tp, rase memang sangat penat, sangat hypoglycemic. Akhirnya, lps solat zohor, sy study sambil baring. Tp, mestila lagi byk yg digest drpd yang masuk. Sampai takde benda nak digest, sbb xde benda yg masuk pon.

Dalam kul 3.45pm, ade la sorang penyelamat bangsa called. Bukan die bg makanan ke ape, tp die ajak gi shopping kat JJ. Yes2. Trus hilang rase lapa, tak sampai ke JJ lagi tu. Kalau da pompuan, acece. Tp, okla, jalan2 kat JJ (jalan2?) membuatkan saya lupe kejap pada kelaparan tu. Balik dah petang, elok2 je nak bukak puasa.

Tp, mase tu kepala saya da start sakit. Tak taula ape kaitan angin lam perut ngan sakit kepala, tp da org cakap camtuh, taklid jelah. Lps solat magrib, saya rase tak larat nak gi surau walaupun blakang rumah je suraunye, cume dipisahkan oleh longkang besar, kalau ade jambatan kan senang, tak yah nak pusing jauh2 gi surau. Hajat nak tido, tp bile semua org takde, takut lak nak dok rumah sorang2dgr org semayang kat surau tu, rase rugi lak tak ikut jemaah sama. Sy memang dah gagah, bgn la jugak gi surau semayang isyak je. After solat isyak, trus lari balik, tido.

Dah bgn tgh2 malam ni, tak ngantuk, hupdate blog la kejap dan terus makan2 tuk elakkan lapa di siang hari. Maybe awal2 puasa, my stomach tak biase lagi sbb selama ni asik ade isi je. I hope bile da lame2 sikit, okla susah jugak kalau tiap2 hari camni.

Doakan saya ye kawan2, semoga berjaya menghabiskan salah satu silibus di sekolah Ramadhan ini.

Apa, kau gila?

Kegilaan 1
Bernafsu sungguh membeli baju lately. Sampai 4 keping baju dalam 2 minggu ni je. Nak kate mengidam, tak logik, kot.. kot??Memang harga diemereka murah je, x setanding langsung dengan pakaian Fahrin Ahmad, but still, bile mase nak pakai baju2 tu semua?
Boleh tak seseorang tolongkan pegang my atm card, supaya da tak bleh draw duit tuk beli benda2 yang membolehkan saya dipanggil kawan syaitan? Owk ow, syaitan da balik kampung. Alamak2, nampak sangat.
Eh, tp nanti buleh shopping depan laptop jugak... Ape nak buat nih???
Cam shopaholic lak. Seb baik takde kredit card, kalau x selamat laa...
Ok2, lps ni for 2 months, I'll try, will try hard not to buy any baju. Say NO to baju!!!!! Ban baju, kecuali yang cantik sangat la...

Kegilaan 2
Mestila Barn Buddy kat facebook. Rasenye not only me, tp gadis2 melayu ni pon same.(Bukan semua la). Bangun tido, Barn Buddy, nak tido Barn Buddy. Macam la dpt duit betul kan? Kui kui... Bulan2 puasa ni, maybe kene tinggalkan tanaman kejap, takut terliur nak makan lak... lagipon da dkt nak exam ni. Takleh terlalu taksub pada Barn Buddy, kene taksub pada buku la kejap. ermm.. maybe 2 days b4 exam...?

Friday, August 21, 2009

H1N1 dan konspirasi kuffar

Article asal ditulis oleh Ibnu Yaacob. Summary telah ditulis oleh Dr Abd Latif. Tugas saya ialah tolong copy and paste sahaja. Semoga mendapat manfaat.

Assalamu ‘alaikum w.w.

Bukan saya yang tulis artikel ini dan bukan bererti saya setuju segala isinya. Tetapi elok kita fikirkan andaikata benar H1N1 adalah senjata biologi yang di dalangi Amerika dan Yahudi. Orang2 mukmin tidak harus dipatuk ular dua kali pada lubang yang sama.

Cuba fikirkan :

1. Wabak H1N1 telah berjaya membuat masyarakat dunia lupakan masalah ekonomi yang melanda Amerika dan barat

2. Ia juga telah berjaya membuat kita lupa dan perkecilkan pembunuhan ummat Islam di Iraq, Palestine dan Afghanisatan dll

3. Ia telah membuat kita menyumbang dana yang besar kepada Amerika dan Barat untuk membeli alat2 diagnostik untuk H1N1 yang sangat mahal.

4. Ia juga telah membuat kita menyumbang lagi untuk membeli ubat2 antiviral yang mahal seperti Tamiflu dan yang sewaktu dengannya

5. Bukan saja Tamiflu yang sgt mahal tsb, Face mask pun naik harga 5 kali ganda sampai dah jadi barang terkawal harga

6. Belum sempat setahun berlaku wabak, sudah ada vaccine hampir tersedia.... Jarang ada penyakit virus yang boleh terhasil vaccine dalam masa singkat. Virus ini pula macam dibuat dalam makmal sebab ada kombinasi DNA manusia, Babi dan Burung. Susah nak berlaku percampuran ini secara semulajadi kan?

7. Tak lama lagi, dunia akan menyumbang dana pula untuk membeli vaccine yang telah disediakan. Ini pasti akan memulihkan ekonomi Amerika dan Yahudi kerana sangat ramai orang yang terpaksa membelinya.

8. Nanti mungkin ada syarat setiap imigresen untuk memastikan kita wajib ada sijil vaccine sebelum berperjalanan. Tambah lagi, ada kemungkinan vaccine terpaksa di beri dua dose (maknanya dua kali ganda harga).

9. Kenapa agaknya sesetengah negara2 Barat sudahpun berhenti membilang kes2 terbaru H1N1 sedangkan Malaysia masih sangat sibuk menambah statistic setiap hari ?

Dua dekad lalu, berlaku zaman ICT. Kita ketinggalan sehingga teknologi IT telah digunakan semaksimanya untuk membentuk generasi Y, anak-anak kita yang terlalu bergantung kepada computer untuk kebaikan dan juga keburukan. Susah sekarang nak dapat orang muda yang boleh fokus dan jayakan sesuatu yang serious dan membina. Malah sangat ramai yang lebih yakin dengan dunia khayalan dan hiburan dan reality TV untuk wang dan populariti. Susah nak dapat anak2 yang dengar kata2 ibubapa kerana mereka lebih suka dengar isi kandungan facebook dan YM. Disiplin dan jaga masa tak ada dalam diari mereka sebab apa yang mereka mahu boleh didapati online tanpa had masa.

Kini zaman ICT semakin diganti dengan era Biologi. Permulaannya adalah dengan wabak penyakit. Kita mahu tertinggal lagi ?

Ar Rasul pernah mengingatkan para sahabat bahawa diakhir zaman (i.e. sekarang ni) Ummat Islam akan mengikuti “mereka” sehingga ke lubang biawak...... Para sahabat bertanya, adakah “mereka” itu orang2 Yahudi ? Rasulullah menjawab...”Siapa lagi? ”

Marilah kita mengambil peluang Ramadhan ini untuk memohon perlindungan Allah dari :

1. Wabak penyakit berjangkit

2. Tertipu oleh konspirasi Yahudi dan Amerika

3. Menyumbang kepada mereka yang sedang membunuh Ummat Islam di Palestin dan serata dunia

4. Terlambat dalam melindungi diri dari serangan Biologi

Juga agar Allah mengurniakan kita :

5. Mendapat rezeki dan jalan keluar dari segala masalah

Natijah Puasa adalah taqwa dan Allah memberikan keistimewaan kepada orang2 bertaqwa dengan FirmanNya dalam AlQur’an :

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan memberikannya jalan keluar terhadap segala kesulitan (Makhrajaa). Dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak di sangka-sangka”

Marilah menuju ketaqwaan

Ramadhan Mubarak

Kullu aam wa antum bikhair

Abdul Latiff

Thursday, August 20, 2009

Rindu aku..

Ramadhan semakin menjelang tiba, tp suasana Ramadhan tidak saya rasai. Suasana raya adalah, da ade shopping complex start jual semperna aidilfitri. Kemeriahan menyambut Ramadhan di bumi anbiya', Mesir menarik2 hati saya tuk kembali. Cewah, 'kembali' takleh blah. 2 3 hari b4 puasa, mereka gantung lampu lip lap la, macam2 la diorang gantung kat town tu. Seronok nye Ramadhan nak datang. Saya yang tak penah rase gembira pon segembira tu sejak hidup selama 20++ tahun ni. Memang meriah, bandar Cairo seolah2 berpesta. Sebenarnye mmg bandar Cairo hidup waktu malam, siang2 diorang tido, tp seolah2 sambut raya kat Malaysia.

Masa bulan Ramadhan, berebut2 orang nak buat kebaikan, sampaikan kita nak bersedekah pon tak tau nak bagi sape dah. Semua orang saling bagi-membagi. Padahal benda sama je bagi. Kurma. Kau bagi kurma kat aku, aku bagi kau kurma balik. Tp, seronoknye mereka meraikan kebaikan yang ada di bulan Ramadhan sampai tahap tu. Nasib baik saya orang asing, terima jelah orang bagi.

Ade sekali, da dekat nak magrib kami masih di jalanan (baru balik shopping), kiri kanan orang baling kurma. Bukan la baling cam main baseball tu, tp kire campak la ke dalam keta kan, diorang dok tepi2 jalan. Orang lalu je, or berenti kat traffic light, diorang campak kurma. Sempat lak pak cik taxi tu wat lawak "Nak lagi ke kurma, kalau nak boleh round lagi sekali". Takyah beli kurma sebulan. Ade sesetengah yang sediakan air. So, kire kalau nak klua rumah takyah bawak bekal ape2la, mmg ade food tuk berbuka nanti.
Khemah2 dibuka tuk menjamu orang bukak puasa. Khemah yang macam orang kawin kat Malaysia. Pendek kata, kat mana2 pon ade khemah. Selang 2 3 langkah je, hehe xlah sampai camtu. Kalau orang yang suka amek kesempatandahla bermusafir, masih student lak tu, memang buleh berjimat la. Bukak puasa dlm khemah, tapau balik tuk sahur. Tapi biasela, kalau da food byk2 tu, xla berape sedapnya, tp saya boleh terima je. Sedap je.

Ucapan2 semperna Ramadhan jugak tak kurang hebatnya. Diorang main tegur je, kenal ke tidak. "Ramadhan kareem, Ramadhan kareem.." Sekali tu, saya klua gi kedai sorang2 (dkt je ngan rumah kawan saya) tiba2 ade sorang mak cik datang, peluk saya, "Ramadhan Kareem" kate die. Tergamam saya, tak tau nak jawab ape or how to react. Ya, kate saya sambil tersenyum, tp muka mmg pelik la. Then, kawan saya kate, bile orang ckp camtu kite jawabla "Allahu akram".
(Nak cite gak kesah sahabat saya kat sini yang pegi kedai, tp mesti la tak reti nak baya. Die ckp harga tu pon x paham, usah kan nak cari duit tuk bayar die. Apa die buat? Die bagi wallet kat tuan kedai tu, pilihla sendiri nak duit mana.. bijak kan? Kalah si bijak camni)

Satu lagi yang best kat Mesir ialah, kat mana2 kita akan nampak orang baca Quran. Sama ada dok tunggu bus, tuan kedai tengah tunggu pelanggan, polis yang bertugas di jalanan, apatah lagi orang yang berada dalam masjid. Memang kagum la. Kalau yang penjual tu, tak kesah da orang nak datang beli ke tak, die trus je baca Quran. Yang syoknya, bukan orang tua sahaja, malahan semua golongan umur. Indahnya kalau kat Malaysia pon macam itu juga.

Yang paling saya takleh lupe ialah mase solat terawikh. Biase la kan, gi surau mase azan isyak. Datang2 tu, mestila lepak tunggu orang semayang je. Tiba2 ade sorang mak cik tegur. Yang saya paham, die kate 'tahiyatul masjid' je. Oh, mungkin die kate kalau masuk masjid, buat la tahiyatul masjid dulu. Oppss, malu je kat mak cik. Mak cik dahla da tua, masuk masjid solat, kami yang muda remaja ni, masuk lepak2 lak. Apa lagi, trusla bangun solat 2 rakaat lepas tu.

Tuh la sedikit sebanyak yang sy ingat pasal berpuasa di Mesir. Harapan saya moga dapat 'kembali' menyambut ramadhan di bumi anbiya' itu lagi.

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008