Thursday, December 11, 2008

Kearah menjadi doktor yang baik: 1. Responsibility

8.50 am
Kauthar : Fyd...!!!! Cepat! Xm kul 9 la (Yesterday, it's at 9.30am)
Saya : Ala, my name kan last, nanti kena tunggu jugak

9.10am
Mandi
Figure out contact lense. Saat2 camni la die nak buat hal pulak. Masuk terbalik la, ape la. Walaupun mase tu mata still pedih, belasah jelah. Spek dah terbelah dua, tercabut skru masa raya hari tu, nak tanak kene la pakai contact lense jugak..
Masa tu jugakla, my schoolmate called. Kenala layan die sekejap (not to blame)

9.35am
Bergerak gi dewan exam
Janganla takut. Walaupun exam kul 9, tapi end posting ni, cikgu wat viva. So, since my name is the last on the list, the probability that I'll get in earlier is very less. So, rilex jelah jalan.

9.40++am
Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke bilik menunggu tu, kawan2 saya buat muka lega.
OliveLee : Why u're late. Saya angkat bahu, tatau nak jawab ape. Purposely delay.
"They marked U absent dy!"
Bagai halilintar membelah bumi. Alamak, mati aku. Buleh amek xm ke tak nih? Saya buat muka selamba, takkan lecturer tak bagi xm kot, dah sampai nih. Kalau tak bleh camne? Takkan posting ni nak fail camtu je? Better save tuk yang lebih layak (na'uzubillah)

Tiba2 kakak yang jaga xm tu datang.
Kakak : Awak baru sampai? Dr J***** da mark kamu absent. Lepas ni jumpa dia la, depend
on him la nak conduct xm tak. Kalau mood die baik, okla kot...
Saya : Sekarang mood die baik tak?
Kakak angkat bahu.

10.30am
2 couples habih xm. Lecturers 2 orang tuh lak, gi tea break jap. Malu saya nak tgk muka diorang. Mati aku2, buleh xm ke tak ni? Sambil hati saya memarahi diri sendiri kerana datang lambat.
Nak study lagi ke tanak ni? Kalau takleh xm, baik buat report yang tak siap2 lagi ni. Tak study kang, die suh masuk lak. Mase tu, study pon tak masok pale da sebenarnya. Bace pon tatau ape2 da. Dalam hati saya berdoa semoga Allah lembutkan hati Dr J*****.
Tidak lame kemudian 2 couples lagi masuk. Tinggalla saya ngan Su Yin kat luar yang sama2 datang lambat (Nama Su Yin kat atas nama saya dalam list)

11.40am
Dr J***** klua.
Dr : Ladies, give one good reason why u're late
Su Yin kata die sakit perut, lambat sebab cari ubat. Apa saya nak cakap nih? Sakit jugak ke? Tidak, Tidak!! Sakit betul baru tahu

Akhirnya, "I was told that xm started at 9.30..."
Tak abih cakap da kene potong...saya translatekan jelah eh, die cakap dalam english sebenarnya.

"U have to practise to come early. If the xm is at 9.30, U have to reach here 10mins before or even earlier. Kalau nanti da jadi doktor, consultant nak datang round kul 8, kul 7 u da kene ade kat hospital, cek2 patient, take notes mane patut. Bukannya kul 8 tu baru nak datang. Plz be responsible. Kalau tak bleh datang awal, sakit ke ape ke, informla kat kawan2, they all boleh cakap kat consultant tu. Nanti takde orang nak tunggu kamu, saya lagi suka kalau kamu x dtg tadi, takyah xm, boleh balik awal. Saya tak rugi ape2"

Moral : Silala tepati masa, atau be earlier. Kalau terer, hafal satu buku takpela. Nih, dahla gi lambat, jawab soalan pon merepek sampai ke US

(Sebenarnye saya nak cerita pengalaman masa xm tu, tapi takyah la memalukan diri sendiri, yang lucu Dr P****** nak terjun bangunan sebab dengar jawapan saya, huhu)

0 iigusa:

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008