KISAH NABI YUNUS
Mesti ramai yang dah tahu kesah ni kan? Ye, kesah yang sama, Nabi Yunus yang ditelan ikan nun.. Tapi cara penyampaian citer ni lain sikit, rasenya kalau tulis tak jadi sebest diceritakan dengan mulut (FYI, sekola rendah dulu, saya selalu masuk pertandingan bercerita, kalau nak dgr citer, bulehla datang rumah saya. Ngeh ngeh) Begini kisahnya… Nabi Yunus memang dikenali sebagai orang yang beriman. Sungguhpun begitu, selama 33 tahun berdakwah, hanya sedikit sahaja bilangan pengikutnya. Yang lain lebih suka ikut nafsu sendiri. Maka, kecewalah Nabi Yunus dengan kaunmya. Dalam keadaan marah itu, baginda meminta Allah menurunkan bala kepada mereka. Sebaliknya, Allah memerintahkan Yunus supaya berdakwah lagi selama 40 hari. Akur, Nabi Yunus terus berdakwah, namun hasilnya tatap mengecewakan. Lalu, baginda bercadang untuk berdakwah di tempat lain dan meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah yang membara. Sedang baginda berjalan2 di tepi pantai, berlabuhlah sebuah bahtera. Walaupun org2 dalam kapal itu tak penah jumpa Nabi Yunus, namun mereka sedia maklum lelaki di hadapan mereka itu ialah orang yang beriman, lalu Nabi Yunus dibenarkan belayar bersama mereka Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba taufan melanda lautan tersebut. Bahtera terumbang-ambing, crew2 semua panic. Apa yang jadi pada kaum Nabi Yunus di pantai? Dari jauh, mereka Nampak taufan itu menjadikan mereka bersaksi dan terus beriman kepada Allah. Nah, apa pula yang terjadi kepada Nabi Yunus. Demi menyelamatkan kapal, seorang penumpang perlu berundur dari kapal tersebut. Bagaimana? Undian telah dibuat. Kali pertama, Nabi Yunus yang 'terpilih'. Sukar tuk dipercaya lantaran keimanan baginda, lantas sekali lagi undi dijalankan. Nyata, it was his destiny. Undian kali kedua juga berpihak pada Nabi Yunus, sedarlah baginda yang Allah ingin menghukum atas tindakan meninggalkan kaumnya. Dengar hati yang penuh bertawakal, terjunlah Nabi Yunus ke dalam laut. Tidak semena-mena seekor ikan besar melintas dan terus menelan baginda. Hiduplah baginda dalam 3 kegelapan : perut ikan, dasar laut dan kegelapan malam. In his isolation, Nabi Yunus terdengar satu suara berbisik, ditanyakan kepada Allah, "Suara apa itu?" Lantas Allah berfirman,"Itulah zikir laut" Berzikirlah Nabi Yunus bersama2 laut (zikirnya La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minadzholimin) sehingga terdengarlah suara baginda oleh malaikat2 di langit. Bertanyalah malaikat . "Macam pernah ku dengar suara ini, tapi di mana ya?" Jawab Allah, "Itulah suara hambaku, Yunus…" Bertanya lagi malaikat, "Ngapain zikirnya gitu? Apa yang berlaku?" Allah menjelaskan apa yang telah terjadi. Simpati, malaikat telah meminta Allah melepaskan Nabi Yunus. Dengan rahmatnya, Allah memerintahkan ikan besar itu memuntahkan Nabi Yunus dan terselamatlah baginda dengan izin Allah Apakah pengajaran cerita ini? Sila2 jawab





1 iigusa:
suruhlah orang lain berzikir untuk anda.
kahkahkahkah/
Post a Comment