Monday, January 11, 2010

Kancil rempit

Aku ialah kereta Kancil, aku tidak diberi nama oleh tuanku, jadi panggil lah aku Kancil sahaja. Dulu tuanku ialah seorang lelaki separuh abad, eh lebih sikit. Setiap pagi, aku dipandu dengan ganasnye ketika beliau pergi kerja. Kata beliau, orang negeri beliau tidak pandai membawa kereta, jadi beliau sering membebel2 di dalam badanku. Aku tak retila camne nak describe, over all aku sgt gembira hidup sebagai perempit.

Aku sering dibawa berulang-alik ke tempat yang lebih kurang 6-7jam dr tempat tinggalku. Anak lelaki tuan ku juga seorang pemandu yang ganas tapi berdedikasi. Aku berasa amat bahagia setiap kali mereka merempit. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang dr tempat itu ke tempat tinggalku, kami terlibat dalam kemalangan maut. Enjinku je maut, takde orang yang maut, jangan risau.

Agak lama aku berada di workshop, aku sangat sedih kerana sudah lumpuh. Setelah aku sihat kembali, aku dibawa ke tempat itu lagi, tiba2 anak perempuan tuanku ingin menukar aku dengan Awan Gulingnya. Aku tidaklah berasa sedih sangat kerana anak perempuan beliau tidak kurang juga rempitnya. Tapi, setelah memandu aku, perempuan itu berkata tidak best kerana aku tidak mampu merempit, nak melayang kata die. Berani cakap kat aku cam tu.

Kerana dendam geram pada perempuan itu, aku tidak memberitahunya die telah tertinggal kunci di dalam aku. Ketika itu dia telah menekan kunci di pintu dan bukan pada alarm, sedangkan kunci masih lagi dalam kereta (u know what i mean?). Apa lagi, kelam-kabut lah perempuan itu bila menyedari kunci masih berada dalam aku, sedangkan pintu telah pon terkunci. Padan muka die, sekarang bukan sahaja tidak boleh merempit, takleh naik langsung. Hahahahahah

Tanpa pengetahuan aku, perempuan itu telah kontek ayahnya dan menyuruh ayahnya mengirim kunci spare kepada kawannya yang kebetulan berada di Kelantan. Takpe2, esok pagi baru kawan die sampai. At least, dia akan sedar betapa pentingnya aku pada die. Tiba2 datang seorang budak lelaki, kawan kepada perempuan itu. Mereka berusaha mengorek2 aku untuk membuka pintu. Ingat senang ke beb? Aku takkan mengalah.

Tiba2 budak lelaki itu mengambil satu dawai, die telah membuat sesuatu kepada aku. Tidak lama kemudian, die berjaya menarik kunci salah satu pintu. OMG, macam mana die buat? Tak bleh jadi ni. Ok, fine die dah berjaya memandu aku pon.

Tp, episod menyusahkan perempuan itu masih belum berakhir kerana die perlu pegi workshop lagi kerana ade beberapa perkara tentang diriku yang perlu disetelkan. Sebaik sampai di bengkel, die pon cerita la kat Pak Cik tu apa yang die nak buat. Kemudian, pak cik itu suruh die start enjin.. Hahahahah. Aku mmg sgt gembira, enjin tanak hidup sebab bateri kereta dah lama. Hahaha, terpaksala die tukar bateri lain kalau nak balik. Die dahla baru lepas servis Awan gulingnya, sekarang terpaksa berhabis duit untukku plak. Aku puas... puas...

Now, masih nak kate aku tak mampu merempit???

2 iigusa:

Si Jelita

haha lawak gila..
kancil oren ke putih?

FiDieYaaa

oren la.. putih tu org lain punye

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008