Sunday, January 16, 2011

Orang Pandai....

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman,
Tinggallah negerimu dan merantau ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapat pengganti daripada kerabat dan kawan,
Berlelah-lelah lah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam bertahan,
Jika mengalir, menjadi jernih, jika tidak, keruh menggenang.

Singa, jika tidak tinggalkan sarang, tidak dapat mencari mangsa,
Anak panah jika tidak meninggalkan busur, tidak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam,
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang,
Kayu gaharu tidak ubah seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

_Iman Syafie_


Malam pertama induksi, kami mendapat penempatan hospital untuk houseman. Seperti yang dijangka, memang aku dapat my first choice, Sabah. Tp, OMG! Kenapa betul2 aku dapat ni?
Malam tu jugak, aku wat istikharah, betul ke ni? Ke nak appeal balik?
Esoknya, aku bukak novel yang aku bawak, tp tak pernah baca pon, dibungkus plastic lagi masa tu, terteralah sajak di atas, semakin teguhla keyakinan aku.
Tp, jauh sgt ke aku pegi ni? Menyesal pon ada... aduiiii...
Mak ayah, nak balik....!!! Terasa sedang membayar price of following my heart.

3 iigusa:

Teratai Biru

sabah?


uuuuuuuuuuiiiihhhh...

mungkinkah itu petanda nak dapat org sabah la kot ek...

hehe...

FiDieYaaa

mmg nak pon... tp tak direstui keluarga... kah kah

Unknown

kak fiddd i miss you!!!!!!! sooooo much! hati2 di rantau org ye muahhh

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008