Lebih baik x tolong..?
Mase bekerja aku sepatutnya da abis, tapi sebab nak kene buat night round, so terpaksa la overtime sikit sampai habis patient diround. Tibe2, datang la staff nurse cakap ade patient da boleh dipecahkan air ketuban die, nak antar labour room. Sebab aku doktor ade kat situ, so aku tolong la. Kalau diikutkan bukan kerja aku.
Mase pegang perut mamak (di Sabah, mama dipanggil mamak) tu, kepala baby, 3/5 la boleh rase kat perut die, maknenaya masuk jalan suda la tu.. dengan yakinnya, aku terus cuba memecahkan selaput ketuban itu, tp tak berjaya, lalu staff nurse itu plak cuba, dan berjaya. Apakah? doktor buleh kalah ngan staff nurse
Tidak semena2 kepala baby tu pusing naik atas, OMG.. what to do? So, kami pon panggil la doktor yang lebih besar. Die cube pusing kepala baby tu ke bawah, instead of kepala, tali pusat yang turun... sebab aku yang berada depan mamak tu, maka aku la yang terpaksa menolak tali pusat tu masuk dalam perut mamak, tp jari aku kene selalu berada dalam mamak punya anu.... takut tali pusat jatuh lagi..
RED ALERT di ward. Apakah? Tak patut berlaku... lalu masukla aku ke dalam OT bersama mamak dengan jariku berada dalam $%$#&* nya.
The best part is, bukan senang nak dpt pengalaman cantu.I'm so proud of myself sbb bukan semua orang kena rasa.
The worst part is, kene incident report. Memang kesalahan besar act memecahkan air ketuban bila kepala baby tak masuk dalam jalan die, tp tadi kepala baby dah masuk Tak taula ape akan berlaku pada aku, kite tengok hari Isnin ni.
*Aku dalam kisah diatas ialah Dr AnandaMalayapam (nama sebenar). Lepas ni berhati2 la yer... kalau tak tau, tanya..





1 iigusa:
Post a Comment