Monday, October 4, 2010

Usia, hanya pada angka

Inilah saat yang saya nanti2kan selama ini. Abis blajar, balik kampung, maknanya bawak balik keta. Bukan excited nak balik kampung, tp excited nak drive sendiri dari Melaka to Kelate. Syoknya2.. Boleh la i prove to myself that I am able to drive a long journey, alone.

Kebetulan pulak sorang budak uduh kawan saya dari sekolah sampai universiti kawin seminggu selepas kami mula bercuti. Dengan memberi alasan nak lepak kat rumah kakak di KL, saya berjaya membiarkan kawan2 Klate lain blah dulu. Maknenye mmg keta saya akan bergerak sendirian. Syoknya2...
Sebab kawan saya kawin tu, bolela sy balik ngan kawan saya dr Perak yang nak pegi gak majlis kawin tu. Itupun nak mengurangkan kerisauan orang tua di kampung.

Berkali2 ayah saya tanya, betul ke tanak die gi amek? Boleh la balik 2 orang? BOLEH!!! Jawab saya yakin. InsyaAllah boleh, jalan slow2 je. Ala, minah ni kan ade, takde ape la ayah. Jangan risau. Okla, kalau cantu, ayah saya mengalah.. Yesssss!!!

Esoknya, mak saya lak call tanya benda sama. Ayah risau ni, kata mak. Die ingat kalau die suh mak pujuk, boleh makan ke? Saya tetap tidak berganjak dari keputusan saya. Sekali lagi mereka mengalah.

Lusanya, ayah call lagi, "Ayah suh odo gi KL, amek ngah...!"
Kate saya, "Takyah la .. Jelita ade, boleh blk dua org. Jgn la risau. Brg ngah bnyk, mana muat odo.."
Kate ayah, "Tinggal jelah barang kat rumah kak long. Ayah kan gi sokmo KL, nanti ayah amek la.!" tegas dan full stop
OK...

Terpaksa setuju jelah.. Ayahanda tak perasan ke anak die da besar, da 25 tahun, bile nak berdikari canni?....

My latest picture. X nampak cam org 25 tahun ke canni? Yang pakai baju klabu tu wardina. Jgn salah faham k

Touch n Go

"Die nak cari calon isteri, saya rase die sesuai untuk awak, sbb tu lah sy kenalkan ngan awak.."

Salam perkenalan daripada pemuda itu aku sambut jelah walaupun aku bukan berminat sangat, ape barang kawin awal2, bisik hati ku. Walaupun kami hanya berkawan dalam facebook, lama-kelamaan dia menarik minatku. Mula2 tu ok, die selalu la chat ngan aku, lama2 die buat bodo je.. ape cerita? Time aku da suka nih la nak buat perkara2 yang tak menasabah kan?

Sebab da jadik cantu, aku mula fikir, mamat ni samada malu tapi mahu atau memang tak suke aku. Tp bukan alasan tuk aku mengalah daripada win his heart menyimpan hasrat tuk menjadi teman hidupnya. Da banyak hint aku bagi, sekecik2 sampai sebesar2nya, tinggal satu je yang aku belum cakap "Nak kawin ngan saye tak?" Direct gile, tp die la bagi cincin.

Lame2, die makin wat bodoh. Dulu bukan main mintak no fon aku, konon susah nak chat kat fb la, tp setakat hantar msg raya nak buat ape. Cousin aku umur 11 tahun tu lebih pandai drpd tu tau. Fikir punye fikir, akhirnya aku buat keputusan berani mati dalam hidupku. Sebelum ni da banyak kali buat, tak mati2 pon.
X boleh cakap ape, tp maksudnya aku nak kawin ngan die lah. Adoyai, mamat ni kayu ke ape? Tak respon lak. Seb baik aku sms je, kalau call, maunye pengsan trus sbb xtau nak ckap ape.Tanak ckp tanak, ade aku kesah kalau kene rejek?

Mase tu mmg fikiran aku resah, asik fikir die ni nak ke tanak? Kalau aku pm die kat fb, ok je ckp nye. Takdela kate nak avoid me ke ape. Aku nak follow up kang, kate aku desperate lak, walau mmg desperate pon. Dalam keadaan tertekan tu, aku telah berjumpe seorang dewi cinta, eh ratu cintala..

Kate nye, "Gune jutsu 'Touch n Go'. Orang laki ni punye ego, kadang2 walau die nak pon, die tanak orang pompuan start dulu. Ego ke penakut? U da touch his feeling, takyahla follow up, blah je. Nanti die nak, he will after u"

Kate aku,"Kalau die tanak?"

Kate die,"Nampak gayannya sekarang mmg die tanak, go jelah. Orang laki mmg cantu lah. Tu lah teknik nak pikat lelaki..."

Cehhhh.... Sekarang aku da buat keputusan, nak go jelah.. Tanak kawan dah.... membawa hati yang duka lara....

*Aku dalam cerita diatas ialah Nik Adelia Nik Firdaus yang umur dah meningkat, tp tak kawin2 lagi. Dia kate takde orang nak kat die. Tp, bile orang nak, die yang tanak. Bile orang tanak, die sebok lak nak gila2kan orang. Tanakla kutuk byk2, die tgh merajuk tu, tp kesian kan, takde orang nak pujuk pon...hahhahahah


Everybody's so mixed up about love these days
And everybody's trying to work it out in different ways
I don't really need to know your aspirations
What I need from you babe
Is good conversation
To put my mind at ease
 
Is it my imagination
And can you see my frustration
I don't need admiration
But I'm trying to be patient
What I'm looking for
Is good conversation

Saturday, October 2, 2010

Destiny

Mase exam hari tu, my short case was i think takdela teruk sgt for an average student, except I think my voice was too soft. Yelah, cikgu dok belakang, setiap kali nak ckp kene pusing, dahla tgh examine patient, susahla cantu.....  (short case ialah anda diberi mase 10 minutes to examine patient then diagnose. Tu tak susah sgt, tp yang present tu for me susah, i kan pendiam)
Then, mase tu i felt the tension. Kalau fail exam ni pun, redha jelah sbb mase tu mmg blur, blank, nervous tu tak sgt, cume suasana die tak syokkk..

Okla, ditakdirkan i passed the exam (alhamdulillah). Sebelum pegi, konon tunjuk student yang baik, pegilah jumpe lecs dulu b4 balik. The first lecs yang kami jumpe were sepasang suami isteri yang jadi examiner for my short case. Sampai2 je terus the wife held me kuat2 cam tanak lepas...

They were passing comments about my performance. Takyahla ckp amende eh, tp they were comparing me dengan my friend who went it before me yang dpt offer gi viva distinction yang exam before me. Kitorang mmg la satu grup dan kadang2 lecs confuse ngan muke kitorang, dekat same kate mereka, tp tuh bukan la alasan for me to become exactly like her.

Ataupun, maybe diorang sense that I am destined to be a great doctor later on, sbb tuh la suh usaha kuat... hehehehe (sambil gelak org koya). Ape pun, da pass da... holiday dulu before start tension balik..

Tuesday, September 28, 2010

Call me

Me: Call me a doctor, plz..
A: Why?
Me: I just passed my MBBS exam...

Alhamdulillah. What a big relief. Sebenarnye result itu tela diumumkan last Sunday, baru terfikir nak letak kat blog... cehh koya sebenarnya.

Walaupun masa tu sangatla takut untuk menunggu result di Melaka, nasib baik my parents datang KL mase tu, adela alasan tuk gi KL... ngeh ngeh...

Harga kejayaan ini mmg mahal dan perjuangannya bukan setakat ini sahaja. Masih jauh perjalanan ini, banyak lagi yang perlu ditempuh...

Kepada rakan2 yang masih tertunda kejayaannya, janganlah disalahkan diri sendiri, mungkin belum masanya dan janganlah berundur hanya kerana tertekan.InsyaAllah, one day kita akan berjaya sama2...

Monday, September 27, 2010

Misteri mimpi

Saya telah habiskan last weekend di rumah kakak di KL kerana terlalu takut menunggu result keluar di Melaka ibu bapa juga turun KL masa tu, lgpon dah lama tak turun KL, bulan puasa hari tu tak gi KL langsung, jadi alang2 tak tau nak buat apa, pegi jelah...

Alkisahnya, mak dan adik saya ialah orang yang tidak kesah tidak berselimut waktu malam, tp saya dan ayah lebih suka berselimut. Malam tu, sebab penat sangat, kami belasah tido tak berselimut, walaupun sy tahu dalam almari tu mesti ade selimut, tp sebab malas nak bgn amek da ngantuk sgt.

Saya bermimpi, macam biasa la. Sejak akhir2 ini saya selalu bermimpi. macam2 saya mimpi. Eh, ni bukan nak citer mimpi saya yang byk2 tu. Saya bermimpi Hafiy (anak buah saya umur 3 tahun. Boleh klik untuk mengenali Hafiy dan kluarga dgn lebih lanjut, ceehhh bajet)

Truskan mimpi saya malam tu, saya bermimpi Hafiy datang bawak selimut, lalu terselamatlah saya daripda kesejukan. Pada pukul 4.30 pagi saya terjaga dan mendapati pintu bilik terbukak, dan saya sedang berselimut dengan kain batik yang dipakai mak saya. Bukan saya cabut kain batik mak buat selimut eh, tutup kaki ja...

Esokknya, kakak bertanya, "perasan tak Hafiy bukak pintu bilik korang semalam? Patuh, die balik tido kat bilik semula..."
Apekah? Adakah Hafiy bermimpi telah membawa selimut untuk kami? Malas nak merungkai misteri itu. Kalau tanya Hafiy pon, mesti tak paham....


Mok ngoh n Hafiy

Sunday, September 19, 2010

Pembakar Al-Quran

Kebanyakan kita lebih suka merespond kpd sesuatu yang berlaku drpd bersikap proactive. Contohnya, apabila berlaku tragedi lebih2 lagi kalau agama Islam dhina, diperkotak-katik, di apa2 la perkataan negative dlm kamus hidup, semua orang marah, semua nak tunjuk perasaan, buat demo. Selain itu, apa yang kita buat untuk menafikan tuduhan2 terhadap agama Islam yang dilontarkan oleh org2 tertentu.

Baru2 ini, paling hot, depa buat Hari Bakar Quran Sedunia, dan kita pon terus mengutuk tindakan mereka, tp berapa kerat je lps mengutuk itu, berazam atau bertindak menjadikan Quran kompas dlm hidup. Berapa kerat yang betul2 baca Quran.

Ada jugak yang baca Quran, tp semata2 baca, xde usha nak paham isinya. Dah baca, cukup baik le tu. Sedangkan dalam surah Al-Baqarah: 38. Dalam ayat itu, kesahnya tentang Nabi Adam dan Hawa yang Allah perintahkan turun ke bumi dari syurga dan Allah akan mendatangkan petunjuk melalui nabi dan rasul. Orang2 yang mengikut petunjuk itu tiada kebimbangan dan tidak berdukacita. Maknanya bahagia lah kan? Tp, adakah kita berasa bahagia setiap kali baca Quran? Canne nak bahagia kalau x faham dan x hayati. Sedangkan novel cinta pon sanggup baca berulang-kali tuk faham.....

Ramai antara kita yang tidak tahu cara menggunakan Quran untuk menenangkan hati yang sedang berserabut dan kebuntuan ataupun untuk bermeditasi. Bagi anda yang mengalami banyak masalah, ingin menenangkan diri, mahu menguatkan keyakinan supaya impian tercapai, Al-Quran lah jalannya.

Caranya senang aja (diciplak  dikongsikan dr buku "Quranic Law of Attraction" karangan saudara Rusdin S. Rauf, penulis dr Indon). Walaupun sederhana, kesannya amat luar biasa. Saya baru jek abis baca buku ini, tak try pon lagi. Jom try sama2

  • Pasang komputer, MP3. Pilih surah2 yang sudah difahami maksudnya. Tak faham seluruh surah pon xpe, at least tahu apa yang cuba disampaikan oleh surah itu. Contoh : Surah al-ikhlas, cukuplah difahami surah itu menyampaikan tauhid kepada Allah
  • Dengar ayat itu sebaik mungkin, renung sedalamnya. Tumpu perhatian dan fokuskan pada ayat itu. Lupakan sebenatar masalah2 dlm kepala otak anda. Nikmatilah alunan ayat itu
  • Duduk dan pejamkan mata. Bayangkan impian2 yg ingin saudara kecapi. Bayangkan saudara sudah pun mencapai impian2 itu. Lepaskan seluruh beban hidup anda. Bayangkan semua masalah anda telah selesai. Bukalah mata dan teruslah dgr ayat2 itu sehingga anda berasa tenang dan yakin.
  • Dalam keadaan bahagia, ucaplah alhamdulillah. Kemudian, berdoalah sesuai dgn apa yang diharapkan
Kalau boleh buatlah tiap2 hari, sebelum gi kerja, sebelum buat kerja dan sebagainya. Terutamanya ketika semangat kerja menurun, masa tu nikmatilah kedamaian yang dihembuskan ketika kita membaca Al-Quran. InsyaAllah lambat laun Al-Quran akan menjadi sahabat karib kita. Masa tu, barulah mereka tahu siapa kita.

Sebenarnya byk lagi yang boleh dikongsi drpd buku ini, tgkla kalau sy rajin... :p
X pon, belilah sendiri bukunya, "Quranic Law of Attraction" di kedai buku berhampiran anda. Murah je, kat Kinokuniya RM13.90 je. Bukunya pon nipis dan syok utk dibaca. :)))


Friday, August 13, 2010

Solat Jumaat

Peperiksaan finalku akan berlangsung (?) tidak lama lagi. Sejak Ramadhan bermula, aku lebih selesa study di library, memandangkan aku tak perlu keluar makan tengahari, so lame la sikit masa utk study.
Pada suatu hari, seorang teman bertamu di mejaku. Kami pon terus berdiskusi tentang satu topik. Terlalu kusyuk berdiscuss sampai tak sedar dah tengahari. Memandangkan perbincangan itu agak berkualiti aku bercadang untuk pulang tidur (tidur sebentar waktu tengahari) di rumah.

Dalam perjalanan, aku lihat ramai lelaki yang berbaju melayu,siap bersongkok, ade setengah bersampin bagai. Ade orang kawin ke bulan2 puasa ni? Ke ade orang mati? Bisik hati kecilku.
Ramai la pulak orang, ade naik motor, naik kereta, basikal menuju ke arah yang sama.

Hati kecilku semakin hairan. Tiba2 seorang budak kecik naik beskal lalu sebelah kerata aku, tanpa membuang masa aku terus tanya nak gi mana semua orang ni..

"Semayang jumaat, bang. Abang tak gi semayang ke?"

Duuuhhh... lupe lak hari ni hari jumaat. Nasib baik nak balik tido kat rumah, kalau tak selamat jumaat aku...


*Cerita dongeng diatas telah cerita oleh Ghafaar Hj Mahmud. Sentiasa lah ingat hari dan jangan ponteng solat walaupun anda berpuasa..

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008