Friday, November 26, 2010

Saya perihatin

Kecoh isu sejadah ade muka babia
Kesian babi, menatang itu kan makhluk Allah jugak
Walaupun babi dimaktubkan haram dalam Al-Quran
Di akhirat nanti tak tau, kita ke babi yang masuk syurga

Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Bagus, memang bagus menjadi orang yang sensitif terhadap agama kita, sampaikan corak bunga pun diimagine kepala babi. Bukan saya menolak, mungkin ada konspirasi, tapi kenapa kita suka melatah terhadap benda-benda simple? (Simple awak kata? Nanti ade yang ketuk kepala saya atau mendakwa saya di mahkamah. Jangan....!!)
Maksud saya, di dunia ni terlalu banyak benda yang sepatutnya disensitifkan. Isu aurat umpamanya, keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang entah di mana penghujungnya.

Kita lebih suka imagine benda, contohnya benda ni takleh guna sebab ade tanda agama lain. Kalau nak diikutkan, semua benda dalam dunia ada berkait dengan lambang itu. Semua benda tidak boleh digunakan ke?

Saya bukan la ingin menyama-ratakan kedudukan agama ini kerana sudah jelas kedudukan Islam tidak dapat dicabar oleh mana2 agama pun, cume bukakla minda kita sikit, tak payah la susah2 nak imagine benda. Kalau da hiasan kat sejadah tu, ambilla sebagai bunga. Banyak lagi tugas kita yang tak selesai selain nak pikir benda2 tu...

Yang saya herannya, ade orang kate benda tu menghina agama, yang dia tak tutup aurat, tak menghina pulak...

Friday, November 19, 2010

Merendahkan Darjat Wanita


“Boleh masuk tak ni?” tanyanya kepada saya ketika kami singgah di masjid untuk bersolat Zohor yang hampir luput waktunya. Ketika itu dia sedang haid.
“Boleh…” jawab saya.
Usai solat, saya lihat dia berehat di belakang, bertentang dengan dinding, hampir ke pintu. Tudungnya sudah diletakkan diatas lantai.
“Betul ke boleh masuk ni?” tanyanya sekali lagi.
Belum sempat saya menjawab boleh sekali lagi, rakan2 lain mula menempelak. “Tak boleh!! Orang takleh semayang mana boleh masuk masjid.”
“Surau boleh tak?”Tanya saya, memprovok
“Surau boleh….”
“Kenapa?...”
“Sebab masjid besar, khusus dan tempat solat jemaah…” goyah
“So, surau tempat orang solat sorang2?”
"Tah, tapi ustazah memang larang sgt2... berdosa dia cakap..."

Mesti orang akan cakap... Ala itu perkara cabang je, kenapa nak besar-besarkan? Memang, tapi kalau dah sahabat saya tu cepat-cepat pakai tudung terus berlari keluar dari masjid macam takut hantu, pastu moyok je muka, takut dah buat dosa besar...

Aduhai wanita. Ruginya wanita….
Masjid itu rumah Allah, tempat bertafakur padanya, tempat beroleh ketenangan.
Andainya ada majlis ilmu di masjid, tak dapat lah wanita haid itu menghadirinya.
Bodohlah dia untuk ilmu yang diajarkan itu.
Aduhai wanita
Surat  cinta daripada Allah pon haram disentuh, apatah lagi membacanya,
Sedangkan  surat  114 surah itu membawa rahmat seluruh alam dan penunjuk jalan hidup di dunia.
Terhalanglah rahmat Allah kepadanya.
Kata mereka, kami  masih boleh berzikir, sedangkan Allah tidak melarang.
Aduhai wanita.


Masuk masjid

Al Imam Bukhari dalam Shahih-nya (nombor 971) meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Ummu Athiyah radhiallahu ‘anha, dia berkata :

“Kami dulunya diperintah untuk keluar (ke lapangan shalat Ied, pent.) pada Hari Raya sampai-sampai kami mengeluarkan gadis dari pingitannya dan wanita-wanita haid. Mereka ini berada di belakang orang-orang (yang shalat), mereka bertakbir dan berdo’a dengan takbir dan doanya orang-orang yang hadir. Mereka mengharapkan berkah hari tersebut dan kesuciannya.”
(Diriwayatkan juga oleh Muslim nombor 10 : Shalat Iedain’)


Baca Quran
1) Firman Allah Ta’ala :
“Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79)


2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Tidaklah menyentuh Al Qur’an itu kecuali orang yang suci.” (HR. Ath Thabrani. Lihat Shahihul Jami’ 7880. Al Misykat 465)
Jawapan ke atas dalil di atas :
Pertama : Majoriti Ahli Tafsir berpendapat bahawa yang diinginkan dengan dhamir (kata ganti) dalam firman Allah Ta’ala : ((Laa Yamassuhu)) adalah Kitab Yang Tersimpan Di Langit. Sedangkan ((Al Muthahharun)) adalah para Malaikat’. Ini difahami daripada konteks beberapa ayat yang mulia :
“Sesungguhnya ia adalah Qur’an (bacaan) yang mulia dalam kitab yang tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang disucikan).” (Al Waqi’ah : 77-79)
Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah Ta’ala :
“Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para malaikat, pent.).” (Abasa : 13-16)

Selebihnya, rujuk di wanita haid 
Ade banyak lagi kat tenet, ni saya tolong carikan la...


Kesian lak tgk sahabat saya lepas tu, moyok je. Tapi kan, ustazah die lupa kot nak pesan pakai baju n seluar ketat pon berdosa juga...


 

Thursday, November 11, 2010

Scandal Yang Tamat

Waniita itu telah banyak menimbukan kontroversi. bukanlah agak cantik la, tp of kos x dapat menyaingi kecantikan Nor Fazura. Mungkin kerana mulutnya yang manis dan bicaranya banyak, lelaki2 senang padanya.
Tp, tabik spring la kat wanita itu sebab telah bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Dia start dia yang akhiri, Berita pernikahannya melegakan hati banyak pihak. Namun, jejaka yang menjadi pilihan tiada kaitan dengan kontroversi2 yang dicetusan. Mana jumpe pon tak tau.. heheh

Anyway, congratzz to my fren....Ape istimewanya dia? Saya pon tak tau...

Sekadar gambar hiasan

Somebody Is Better Best Forgotten....

"Syoknya melawat Yanti yang da kawin tu... dahla rumah besar...." kata Nadira padaku dengan perasaan yang riang.
"Gi ngan sape?" tanyaku, nyenyeh
"Ngan Tina dan Izah, Izah dtg sini abang die kawin.."
"Tak ajak pon aku...." aku mula menarik muka
"Sorry, ingatkan kau xde kat rumah"
"Kalau aku takde kat rumah pon, henset aku asik dengan aku je kot... " kataku tak puas hati, tapi dalam hati jelah.

Sedih sebenarnya. Macam x logik lak mereka lupakan aku, padahal kat kolej dulu, sama2 study n semua. Memangla tiga2 orang tu dok serumah dulu, tapi takkan la itu alasan tuk lupakan aku sejak cuti ni. Sejak akhir2 ni. aku makin sensitip. Terasa sangat semua orang macam da lupakan aku, senang sgt ke aku untuk dilupakan. Ade orang tu bertunang, tak ajak pon tp kawan lain dia ajak lak.. Study sesama jugak...
Tahla, mungkin aku cuma pelakon tambahan je kot, yang lalu2 belakang orang je..

Tp, hari ni aku da sedar kenapa aku memang patut dilupakan. Buat kerja ikut pale aku je, elok2 plan awal2, tetibe ikut nafsu aku je gi tukar plan, bisa-bisa aja menyusahkan orang. Lagipun, dah aku pon tak pernah ingat orang, mane la orang nak ingat aku. haha, amek sebijik. Selain tu, aku jugak tidak oleh diharap. Sudahlah tidak memberi manfaat, menyusahkan orang lagik...

So, ape lagi alasan untuk orang ingat pada aku? Tah2 sejak cuti ni mereka memang sengaja mendelete aku dari kamus hidup mereka. Takpela, aku carik kawan lain. Ade aku kesah?

*Aku dalam cite di atas ialah Farhah Iman. Bagusla kalau dia da sedar, semoga buleh ubah perangai tak senonoh itu..

Wednesday, November 3, 2010

Bahagia...

Dalam paper pagi tadi kat Selatan UK tanak bayar gaji untuk staff mas diorang klua merokok. Malaysia tanak buat cantu, agak2 ade orang sayang tak harta die? Ataupun buat donno je...
Mungkin balik merokok kat rumah....

Pak Cik Masih Beruntung

Ketapi pagi itu masih belum sampai. Entah apa mimpi semalam, aku rase nak lepak kat tesen ketapi lak. Mase tgh jalan2 depan landasan, aku nampak sorang pak cik dok lepak atas bench depan landasan ketapi, sambil merenung tajam ke hujung jalan keta lipan itu.

Pak Cik : Pukul berapa tren pagi ni sampai.
Adakah baju aku ni nampak cam orang keja kat sini? Ceh, boley lak die tanya soklan cantu

Aku : X tau la pak cik. Saya pon baru datang ni.

Pak cik : Duduk la..
Ewah2, cam rumah die lak pelawa orang duduk..

Aku : Pak cik nak gi mane?
Tanya aku sebaik saja melabuhkan punggung di sebelah pak cik, sambil meneruskan aktiviti pak cik, merenung landasan ketapi di depan.

Pak Cik : Pak cik nak gi makan nasik sup kat kedai depan tu
Sambil menunjukkan ke arah sebuah kedai yang membelakangi kami di seberang landasan.

Aku : Rumah pak cik dekat2 sini la ke?

Pak cik : Tak. Rumah Pak cik dekat ngan bandar

Aku: Eh, jauh tu.... pak cik mmg datang tiap2 hari makan kat sini ke?
Sebenarnya nak tanya, bini pak cik tak masak ke kat rumah?
 
Pak cik : Dulu, mmg hari2 datang. Tambang prebet singgit. Gi balik baru 2 inggit. Nasik sup 2 inggit je. Sekarang ni, tambang pon da naik, nasik pon da naik. Dalam seminggu 3 kali tu boleh laa...

Aku mengangguk...

Pak cik : Tapi pak cik masih untung sebab tak merokok. Kalau hisap rokok, 10 inggit habis pon tak gerak mana2...

Waaaahhh, kagum aku ngan pak cik ni. Tak tau la die pk tak bahaya merokok tu, tp at least die pk gak pasal harta die yang habis sebab rokok. Sestgh orang, apatah lagi nak pk kesihatan orang lain, kesihatan sendiri pon mampus gi rrr....
Aku heran la canne orang boleh tergamak hisap rokok, gambar terpampang kat kotak tu pon aku tgk seram. Diorang ingat main2 ke gambar tu? Mmg la kesan die lambat, tp sebatang rokok tu meninggalkan kesan pada paru2 seperti dosa meninggalkan titik hitam pada hati. Paling menyakitkan ialah rokok memberi kesan lebih buruk pada orang sekeliling, yang x hisap pon.. tak kesian ke kat orang2 lain.. kalau nak mati, matila sorang2
Ramuan nak buat rokok ni sebenarnya ada skatole iaitu pati taik ke, something cantu la...
Tp, kalau tgk gambar mengerikan kat kotak rokok pon tak kesah, taik ape sgt laa kan?

*Aku dalam citer di atas ialah Alimi bin Jailani (nama sebenar)

-Ade sorang hamba Allah tu geli ngan tangan saya sebab die kata pegang mayat la, pegang apa la, tp die hisap taik tak geli lak... wekkkk-

Cousin yang gilak

Orang yang dimaksudkan ialah yang memakai baju merah




Kenapa saya kate cousin ini gilak?
1. Sebab dia adalah orang paling nakal di kampung Kadok
2. Sebab kalau buat kelas tusyen, die adalah orang paling malas belajar, buat 2 soalan je trus nak tido
3. Sebab die gemuk dan makan banyak (2 pinggan orang dewasa)
4. Sebab kalau atas kereta, die rase nak makan die akan cakap sakit perut. Bile ayah die bagi signal masuk kedai makan, sakit perut die terus hilang
5. Sebab kalau die nak makan KFC, die cakap orang kat dalam KFC tu panggil dia
6. Sebab die datang makan rumah orang sesuka hati
7. Sebab die sedang mengacau saya yg nak tulis blog ni suh bukak facebook dia
8. Sebab walaupun die NGO, ade ramai orang suka kat dia
9. Sebab dia sokmo merepek
10. Tp, die ajar sy selalu berterima kasih. Sebab die ucapkan terima kasih kat mak ayah die yang belanja makan, sedangkan saya x pernah pon... hoho
11. Gilak cun sebenarnya...

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008