Sunday, January 31, 2010

Believe it or not



Seorang kawan told me Fahrin akan datang ke Melaka, di Mydin MITC. Sebab next week ade end posting exam dan memandangkan saya sanggup tak balik rumah dengan alasan nak exam, maka saya tak berminat sangat nak pegi.
Hingga pada pukul 3 something, Bai kate die bosan sgt kat rumah. Saya kata jom gi jumpa Fahrin. Dia pon on, kitorang pon pegila, tp gamble la sebab Fahrin kate die akan ade kat sana sampai kul 4 dan kitorang gerak dari rumah around 3.45 sebab ade sorang budak lambat.
Sampai je kat MITC, tak cam ade Fahrin pon. Akhirnya kami jumpe booth Garnier (Fahrin datang Melaka sbb promotion Garnier tu) tp sayang kekasihku Fahrin dah takde kat situ. Bapak rr sedih giller.. Semangat ku dtg, tinggalkan buku lagi.
Tibe2 nampak Fahrin tgh round Mydin ngan bodyguard2 die, tp takde pon orang amek gambar. Boleh ke ni?
Disebabkan Bai pon 'besu' juga, kami telah memintas Fahrin dan mintak nak amek gambar. Dia nak!!!! Lps kitorang tu,die xnk amek gamba ngan orang lain dahhh. Macam keja gila je, tak pernah sesemangat ini...
And he actually talk to us...!! OMG Cam nak pengsan kat situ jugak..
Lps Fahrin blah, rase rugi lak tak cakap, "Mak U da sihat? Kalau u nak I jadi ur family doctor, I no problem..." ngeh ngeh ngeh


Saturday, January 30, 2010

Mengingati Mati

PATAH HATI by SAUJANA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

Dalam entry yang lepas, saya pernah kate yang haluan hidup saya salah, sbb tu lah saya selalu bersedih.
Lepas kematian G (Ganesha, junior saya, orang India) saya fikir, salah atau betul saya tetap mati.
Yang mengejutkan saya, selepas kematian G dalam eksiden yang tragis, family die kot telah mencuri baca diary die. Dan G menulis "Die juga telah tersalah pilih course or something, about tersalah pilih la, tp dengan kawan2 around him, he can leave the world happily and peacefully" (Ceh, aku reka sikit ayat die, tp maksud die camtu laa)
4 bulan selepas itu, G meninggal.
Walaupun saya mula menerima kehidupan saya, sy takkan tulis macam tu dimana2... Hoho




Hari Thaipusam

So menyesal tak ikut my kakak balik kampung. Alasan takleh blah sbb ade exam hari Selasa, padahal dok sini bukan study sangat, bukan tak study, tapi bosan la sbb takde orang. Someone calls me "Overworked" little girl. Am I? If I'm working overly, why most of the time sometimes, I looked like a moron in front of the teacher, so clueless... :((
I guess the study group must be formed immediately. Dying to study wif frens now...

Friday, January 29, 2010

Melukut di tepi gantang

Sekarang sahabat2 saya sedang berbicara soal melangkah ke dunia baru dan sedang bersedia ke arah itu, baik dari fizikal dan minda. Yang bulan 3 nye, bulan 6 nye, bulan 10 nye (kawan2 yg amat rapat dengan saya) Yang da kawin nak dapat anak tu toksah kira la, belambak. So, lepas ni, mungkin saya akan ditinggal, alone.

Teringat lak masa skolah menengah dulu, seorang kawan kami panggil Wahid (girl ok). Dari form 1 kami memang sangat rapat. Saya, Wahid, A-Syee. Bile form 3 Wahid dilantik jadi prefect, sedangkan mase form 1 kami ialah samseng Kampung Dusun. Oleh sebab jadual Wahid sudah tidak sama ngan kami, (kerana prefects byk gile meeting) lalu kami da jarang bersama2 Wahid, jarang makan sama dan jarang gi skolah bersama2. Tinggal lah Wahid alone, dan kami mmg memanggilnya 'Alone'. Mase form 5, Wahid pindah sekolah, sebab ikut jantan lain peribadi diala. Lame tak jumpe Wahid lepas tu hingga la jumpe kat frenster dan Wahid telah pun kawin, slps matrix. Dalam sekelip mata, Wahid tidak alone anymore.

Chinese new year saudara saya yang sekian lama mendara akan melangsungkan perkahwinan. Mungkin kerana komited dengan kerjaya, beliau kawin lambat. Adakah saya juga patut melupakan kisah cinta buat masa ini dan terus komited dengan kerjaya saya? Mungkin kerjaya saya adalah lebih penting daripada kehidupan saya sendiri. Saya tau, saya sedang mendistract diri sendiri daripada terlalu memikirkan kisah cinta yang tidak sehebat Fahrin dan Linda Onn Yusuff dan Zulaikha.

Ade orang kata, jodoh itu rahsia Allah, itu kerja Allah. Bila masanya tiba, ia akan datang. Ada orang kate, kalau tak usaha, tak guna, bro. Tak tau mane satu harus saya ikut. Andai menunggu itu satu usaha, maka saya sedang berusaha sekarang. Dan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik. Membaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah juga adalah satu usaha. Benarkah? Mungkin usaha untuk mendapat lelaki yang baik, tp kalau tak cari lelaki tu, die datang sendiri tak? Hoho...

Ape2 la, yang penting asalkan kawan2 sy bahagia, bolehla saya melukut di tepi kebahagiaan mereka. Sikit2 lama2 jadi bukit kan? :))))<<

p/s: Patut ke bg alamat sy pada Fahrin yang sedang putus cinta   sekarang?                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
 

     

Friday, January 22, 2010

Berikan kejayaan kepada orang yang benar

Diriwayatkan dalam perang Badar, Rasulullah dan Abu Jahal sama2 berdoa kepada Allah

Doa Rasulullah: Ya Allah, sesungguhnya orang kafir Quraisy ingin menghancurkan agamaMu, hancurkanlah mereka pada esok hari (lebih kurang la macam ni, sebab i da luper)

Doa Abu Jahal: Ya Allah! Dia (Nabi Muhammad) telah menyebabkan hubungan kekeluargaan kami terputus. Dia telah mendatangkan kami sesuatu yang tidak kami kenal. Berilah kejayaan kepada orang yang benar. Hancurkanlah dia pada esok hari.

Maka Allah menjawab, dalam firmanNya melalui SUrah Al-Anfal:19
"Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman"
(Menarik bukan jawapan Allah?)

Kesimpulannya, percayalah kemenangan itu sentiasa bersama orang beriman dengan syarat kena lah berusaha mengikut apa yang dingin kan..
Selamat beramal dan berdisiplin dalam beramal



Monday, January 11, 2010

Kancil rempit

Aku ialah kereta Kancil, aku tidak diberi nama oleh tuanku, jadi panggil lah aku Kancil sahaja. Dulu tuanku ialah seorang lelaki separuh abad, eh lebih sikit. Setiap pagi, aku dipandu dengan ganasnye ketika beliau pergi kerja. Kata beliau, orang negeri beliau tidak pandai membawa kereta, jadi beliau sering membebel2 di dalam badanku. Aku tak retila camne nak describe, over all aku sgt gembira hidup sebagai perempit.

Aku sering dibawa berulang-alik ke tempat yang lebih kurang 6-7jam dr tempat tinggalku. Anak lelaki tuan ku juga seorang pemandu yang ganas tapi berdedikasi. Aku berasa amat bahagia setiap kali mereka merempit. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang dr tempat itu ke tempat tinggalku, kami terlibat dalam kemalangan maut. Enjinku je maut, takde orang yang maut, jangan risau.

Agak lama aku berada di workshop, aku sangat sedih kerana sudah lumpuh. Setelah aku sihat kembali, aku dibawa ke tempat itu lagi, tiba2 anak perempuan tuanku ingin menukar aku dengan Awan Gulingnya. Aku tidaklah berasa sedih sangat kerana anak perempuan beliau tidak kurang juga rempitnya. Tapi, setelah memandu aku, perempuan itu berkata tidak best kerana aku tidak mampu merempit, nak melayang kata die. Berani cakap kat aku cam tu.

Kerana dendam geram pada perempuan itu, aku tidak memberitahunya die telah tertinggal kunci di dalam aku. Ketika itu dia telah menekan kunci di pintu dan bukan pada alarm, sedangkan kunci masih lagi dalam kereta (u know what i mean?). Apa lagi, kelam-kabut lah perempuan itu bila menyedari kunci masih berada dalam aku, sedangkan pintu telah pon terkunci. Padan muka die, sekarang bukan sahaja tidak boleh merempit, takleh naik langsung. Hahahahahah

Tanpa pengetahuan aku, perempuan itu telah kontek ayahnya dan menyuruh ayahnya mengirim kunci spare kepada kawannya yang kebetulan berada di Kelantan. Takpe2, esok pagi baru kawan die sampai. At least, dia akan sedar betapa pentingnya aku pada die. Tiba2 datang seorang budak lelaki, kawan kepada perempuan itu. Mereka berusaha mengorek2 aku untuk membuka pintu. Ingat senang ke beb? Aku takkan mengalah.

Tiba2 budak lelaki itu mengambil satu dawai, die telah membuat sesuatu kepada aku. Tidak lama kemudian, die berjaya menarik kunci salah satu pintu. OMG, macam mana die buat? Tak bleh jadi ni. Ok, fine die dah berjaya memandu aku pon.

Tp, episod menyusahkan perempuan itu masih belum berakhir kerana die perlu pegi workshop lagi kerana ade beberapa perkara tentang diriku yang perlu disetelkan. Sebaik sampai di bengkel, die pon cerita la kat Pak Cik tu apa yang die nak buat. Kemudian, pak cik itu suruh die start enjin.. Hahahahah. Aku mmg sgt gembira, enjin tanak hidup sebab bateri kereta dah lama. Hahaha, terpaksala die tukar bateri lain kalau nak balik. Die dahla baru lepas servis Awan gulingnya, sekarang terpaksa berhabis duit untukku plak. Aku puas... puas...

Now, masih nak kate aku tak mampu merempit???

Thursday, December 31, 2009

Make it a story

To take a history in faster way. Since it's called history, we make it a story, so it's easy la..

1. Patient's profile, same

2. Chief complaint, same

3. HOPI, draw a horizotal line on ur paper, make it as a timeline. Describe 1st symptoms he had from the left + Rx he received, whatever related. Move to the right that is what happen today
Don't forget to ask history about risk factor, aetiology, differentials and complications ( In order to do that, ilmu kenela cukup beb)

4. Other history tu cam biase la

5. Don't forget to ask what patient concern about his disease (just to show u have empathy and for counselling.

6. For examination, no need to write one by one or try to remember. Just draw a man and u can just tick sign yang die ada, and X kat signs yang he don't have.

Tryla, I think it is useful. So, u won't miss any history and don't have to look back nervously in ur notes if u were to asked something about ur history.

 
Hopefully dapat faham, maknanya, past 3 months what happened. Desribe briefly, ngan Rx he received



Just tick and cross, especially PICCOL tu. Vital signs jgn lupe k. Terlupa nak include sekali... sowwy

Contoh. Anda boleh buat ikut kreativiti sendiri. Semoga memberi manfaat.

p/s:Kredit to one of senior for teaching me this (Macam x dpt kredit gak, sbb identity dirahsiakan, kui kui)


Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008