Tuesday, September 28, 2010

Call me

Me: Call me a doctor, plz..
A: Why?
Me: I just passed my MBBS exam...

Alhamdulillah. What a big relief. Sebenarnye result itu tela diumumkan last Sunday, baru terfikir nak letak kat blog... cehh koya sebenarnya.

Walaupun masa tu sangatla takut untuk menunggu result di Melaka, nasib baik my parents datang KL mase tu, adela alasan tuk gi KL... ngeh ngeh...

Harga kejayaan ini mmg mahal dan perjuangannya bukan setakat ini sahaja. Masih jauh perjalanan ini, banyak lagi yang perlu ditempuh...

Kepada rakan2 yang masih tertunda kejayaannya, janganlah disalahkan diri sendiri, mungkin belum masanya dan janganlah berundur hanya kerana tertekan.InsyaAllah, one day kita akan berjaya sama2...

Monday, September 27, 2010

Misteri mimpi

Saya telah habiskan last weekend di rumah kakak di KL kerana terlalu takut menunggu result keluar di Melaka ibu bapa juga turun KL masa tu, lgpon dah lama tak turun KL, bulan puasa hari tu tak gi KL langsung, jadi alang2 tak tau nak buat apa, pegi jelah...

Alkisahnya, mak dan adik saya ialah orang yang tidak kesah tidak berselimut waktu malam, tp saya dan ayah lebih suka berselimut. Malam tu, sebab penat sangat, kami belasah tido tak berselimut, walaupun sy tahu dalam almari tu mesti ade selimut, tp sebab malas nak bgn amek da ngantuk sgt.

Saya bermimpi, macam biasa la. Sejak akhir2 ini saya selalu bermimpi. macam2 saya mimpi. Eh, ni bukan nak citer mimpi saya yang byk2 tu. Saya bermimpi Hafiy (anak buah saya umur 3 tahun. Boleh klik untuk mengenali Hafiy dan kluarga dgn lebih lanjut, ceehhh bajet)

Truskan mimpi saya malam tu, saya bermimpi Hafiy datang bawak selimut, lalu terselamatlah saya daripda kesejukan. Pada pukul 4.30 pagi saya terjaga dan mendapati pintu bilik terbukak, dan saya sedang berselimut dengan kain batik yang dipakai mak saya. Bukan saya cabut kain batik mak buat selimut eh, tutup kaki ja...

Esokknya, kakak bertanya, "perasan tak Hafiy bukak pintu bilik korang semalam? Patuh, die balik tido kat bilik semula..."
Apekah? Adakah Hafiy bermimpi telah membawa selimut untuk kami? Malas nak merungkai misteri itu. Kalau tanya Hafiy pon, mesti tak paham....


Mok ngoh n Hafiy

Sunday, September 19, 2010

Pembakar Al-Quran

Kebanyakan kita lebih suka merespond kpd sesuatu yang berlaku drpd bersikap proactive. Contohnya, apabila berlaku tragedi lebih2 lagi kalau agama Islam dhina, diperkotak-katik, di apa2 la perkataan negative dlm kamus hidup, semua orang marah, semua nak tunjuk perasaan, buat demo. Selain itu, apa yang kita buat untuk menafikan tuduhan2 terhadap agama Islam yang dilontarkan oleh org2 tertentu.

Baru2 ini, paling hot, depa buat Hari Bakar Quran Sedunia, dan kita pon terus mengutuk tindakan mereka, tp berapa kerat je lps mengutuk itu, berazam atau bertindak menjadikan Quran kompas dlm hidup. Berapa kerat yang betul2 baca Quran.

Ada jugak yang baca Quran, tp semata2 baca, xde usha nak paham isinya. Dah baca, cukup baik le tu. Sedangkan dalam surah Al-Baqarah: 38. Dalam ayat itu, kesahnya tentang Nabi Adam dan Hawa yang Allah perintahkan turun ke bumi dari syurga dan Allah akan mendatangkan petunjuk melalui nabi dan rasul. Orang2 yang mengikut petunjuk itu tiada kebimbangan dan tidak berdukacita. Maknanya bahagia lah kan? Tp, adakah kita berasa bahagia setiap kali baca Quran? Canne nak bahagia kalau x faham dan x hayati. Sedangkan novel cinta pon sanggup baca berulang-kali tuk faham.....

Ramai antara kita yang tidak tahu cara menggunakan Quran untuk menenangkan hati yang sedang berserabut dan kebuntuan ataupun untuk bermeditasi. Bagi anda yang mengalami banyak masalah, ingin menenangkan diri, mahu menguatkan keyakinan supaya impian tercapai, Al-Quran lah jalannya.

Caranya senang aja (diciplak  dikongsikan dr buku "Quranic Law of Attraction" karangan saudara Rusdin S. Rauf, penulis dr Indon). Walaupun sederhana, kesannya amat luar biasa. Saya baru jek abis baca buku ini, tak try pon lagi. Jom try sama2

  • Pasang komputer, MP3. Pilih surah2 yang sudah difahami maksudnya. Tak faham seluruh surah pon xpe, at least tahu apa yang cuba disampaikan oleh surah itu. Contoh : Surah al-ikhlas, cukuplah difahami surah itu menyampaikan tauhid kepada Allah
  • Dengar ayat itu sebaik mungkin, renung sedalamnya. Tumpu perhatian dan fokuskan pada ayat itu. Lupakan sebenatar masalah2 dlm kepala otak anda. Nikmatilah alunan ayat itu
  • Duduk dan pejamkan mata. Bayangkan impian2 yg ingin saudara kecapi. Bayangkan saudara sudah pun mencapai impian2 itu. Lepaskan seluruh beban hidup anda. Bayangkan semua masalah anda telah selesai. Bukalah mata dan teruslah dgr ayat2 itu sehingga anda berasa tenang dan yakin.
  • Dalam keadaan bahagia, ucaplah alhamdulillah. Kemudian, berdoalah sesuai dgn apa yang diharapkan
Kalau boleh buatlah tiap2 hari, sebelum gi kerja, sebelum buat kerja dan sebagainya. Terutamanya ketika semangat kerja menurun, masa tu nikmatilah kedamaian yang dihembuskan ketika kita membaca Al-Quran. InsyaAllah lambat laun Al-Quran akan menjadi sahabat karib kita. Masa tu, barulah mereka tahu siapa kita.

Sebenarnya byk lagi yang boleh dikongsi drpd buku ini, tgkla kalau sy rajin... :p
X pon, belilah sendiri bukunya, "Quranic Law of Attraction" di kedai buku berhampiran anda. Murah je, kat Kinokuniya RM13.90 je. Bukunya pon nipis dan syok utk dibaca. :)))


Friday, August 13, 2010

Solat Jumaat

Peperiksaan finalku akan berlangsung (?) tidak lama lagi. Sejak Ramadhan bermula, aku lebih selesa study di library, memandangkan aku tak perlu keluar makan tengahari, so lame la sikit masa utk study.
Pada suatu hari, seorang teman bertamu di mejaku. Kami pon terus berdiskusi tentang satu topik. Terlalu kusyuk berdiscuss sampai tak sedar dah tengahari. Memandangkan perbincangan itu agak berkualiti aku bercadang untuk pulang tidur (tidur sebentar waktu tengahari) di rumah.

Dalam perjalanan, aku lihat ramai lelaki yang berbaju melayu,siap bersongkok, ade setengah bersampin bagai. Ade orang kawin ke bulan2 puasa ni? Ke ade orang mati? Bisik hati kecilku.
Ramai la pulak orang, ade naik motor, naik kereta, basikal menuju ke arah yang sama.

Hati kecilku semakin hairan. Tiba2 seorang budak kecik naik beskal lalu sebelah kerata aku, tanpa membuang masa aku terus tanya nak gi mana semua orang ni..

"Semayang jumaat, bang. Abang tak gi semayang ke?"

Duuuhhh... lupe lak hari ni hari jumaat. Nasib baik nak balik tido kat rumah, kalau tak selamat jumaat aku...


*Cerita dongeng diatas telah cerita oleh Ghafaar Hj Mahmud. Sentiasa lah ingat hari dan jangan ponteng solat walaupun anda berpuasa..

Wednesday, July 14, 2010

Dia nak mengorat saya balik?

Dia adalah bekas teman lelaki saya, yang telah meninggalkan saya tanpa sebab setahun lalu, dan terus menghilang tanpa khabar berita. Apa lagi yang perlu saya harapkan daripada orang yang tak inginkan saya lagi. Beberapa ketika, panggilan telefon tidak diangkat, sms tidak direply. Kerana penyepian dia, saya berputus asa.

God have mercy, selepas setahun, dia kembali menghubungi saya, memohon maaf kerana ketelanjurannya  setahun lepas. Memang dia ingin mendumpkan saya, tapi katanya cara dia meninggalkan saya sangat kejam tidak appropriate. Sebagai tanda ingin meminta maaf dan menganggap saya sebagai kawan, die telah menjemput saya makan malam bersamanya. Tanpa banyak soal, saya terima saja, bimbang dikata pendendam kerana kisah yang telah lama berlalu.

Dia masih hensem tetap huduh macam dulu membuatkan saya berasa agak gembira kerana ditinggalkan dia. Yang menghairankan saya, dari suapan pertama sehingga makanannya tinggal separuh, dia asyik mengenyit mata kepada saya. Adakah dia ingin mengorat saya balik? Takde maknanya... Bluekkk.. dulu pepandai tinggalkan saya kan?

Meluat dengan perangainya, saya meninggalkan meja makan terus keluar dari restoren itu. Biarlah dia bengang dengan sikap saya. Padan muka, dasar buaya darat.

Sebaik saja saya melangkah keluar, dia berdiri di depan saya, bingung dengan tindakan saya.
Dengan nada marah yang dibuat2 saya tidak berpuas hati dengan tindakannya mengenyit mata kepada saya.

Dia menafikan perbuatan itu. Bersungguh-sungguh. Akhirnya dia berterus-terang kenapa dia meninggalkan saya dulu. Rupanya, tiba-tiba muka dia senget sebelah dan dia sangat malu untuk berdepan dengan saya, lalu memutuskan hubungan kami abruptly.
Beberapa bulan kemudian, mukanya kembali sembuh, sebab itulah dia mengambil langkah untuk bertemu saya semula, jika saya sudi terimanya... Yekkk.. takmo rrr

Rupanya, dulu dia kene penyakit Bell's Palsy, iaitu idiopathic cause of lower motor facial nerve palsy, menyebabkan muka jadi senget macam stroke dalam tv tu, tp ini hanya muka sahaja, disebabkan oleh kecederaan pada nerve itu. Ketika nerve itu membaikpulih, dia telah tersambung dengan nerve yang control mata. Disebabkan facial nerve mengawal otot untuk makan, jadi nerve yang control mata itu turut terstimulate. Sebab tuhla dia akan mengenyitkan mata bila makan.. Haha, kesian dia

Kisah dongeng ini telah diceritakan oleh Mawardah Hj Sulong yang sedang berhempas-pulas menolak rayuan bekas bf nya, sbb sekarang dia masih single tu yang boifren dia galak nak mengorat dia balik. Good luck, Mawardah.


Thursday, July 8, 2010

No, regret...

"Attitude problem, disciplin problem, knowledge problem.."
 Today, we were caught by a lecturer, not because we don't do our work, but not working adequately.
Saya cuma ada masa lebih kurang 2 bulan untuk menjadi medical student, selepas tu insya-Allah saya akan melangkah ke alam pekerjaaan, kerja yang org panggil doktor. Bunyinya glemer, skarang kebanyakan publisiti adalah untuk perkara yang tidak baik aja...

Selama jadi medical student, hari ini baru saya sedar yang sy mmg tak pernah buat kerja yang cukup sebagai seorang student, sebagai seorang yang tau bahawa dia akan deal with lives, not one but a lot. Bayangkan seorang manusia yang perlu deal dengan kehidupan, adakah cukup jika ilmunya sekadar separuh buku sahaja, atau will powernya tidak seberapa. Adakah anda akan percaya kepada orang itu? Adakah anda sanggup menyerahkan diri pada orang itu jika anda sakit?

Saya berasa kami sgt dipamper, sehingga mengharap cikgu akan mengajar semua perkara kepada kami. Kalau cikgu tak ajar, takpelah. No initiative to self-learn. Banyak, terlalu banyak perkara yang membuatkan saya menyesal sepanjang menjadi medical student, yang pastinya it's too late to change...

So, kepada anda2 yang ingin menjadi doktor, atau sedang menjadi medical student sekarang, usahlah buang masa anda. Bile berada di ward, belajarlah sebanyak mana yang boleh. Regard yourself as part of the team, make yourself belong there. Jangan sekadar menggunakan patient untuk belajar, tp involvelah dalam menolong patient jugak. Walaupun kita sekadar student, regard yourself as a doctor for the patient. Buatlah apa yang seorang doktor patut buat.

Mase student, kite tak perlu clerk semua patient dalam ward, so we have all the time in the world to examine the patient thoroughly, when the houseman or even doctors are not. U're the one who suppose to pick up things left by the doctors (if at all it's there). Make sure u know the patient in and out, include how to manage him, so u won't be lost whenever u become a doctor.

One thing must bear in mind. In medical field, once u're in, u're forever in unless u free urself. Student time is the time when u train urself to become a doctor, so once u graduate, u are a doctor, not a still-have-to learn-basic doctor. Maybe we r not as good as senior doctor in term of experiences, but at least whatever we experienced during our student life matters so we don't look like a fool who cannot manage a simple case.

I don't know what tomorrow may come for me, but I hope i'll pass my exam. Even I will have to fail to thrive during my intial working time, i hope to catch up growth very soon...
Plz pray for me everyone....

Sunday, June 20, 2010

Biarlah aku serba kekurangan

Fahry (nama sebenar) adalah seorang bayi yang lahir pramatang. Bukan itu sahaja, untuk menjadikan keadaan lebih dramatik, Fahry ialah Amniotic Band Syndrome, yang telah mengorbankan kaki kanannya up to ankle. Semasa dalam rahim ibunya, boleh tak anda bayangkan betapa tertekannya hidup Fahry. Sebab terjadinya amniotic band itu tidak diketahui, mungkin gene, mungkin kebetulan, banyak kemungkinannya tp hanya Tuhan yang tahu sejak bila band itu menghimpit melilit kaki kecil milik Fahry. Cuba bayangkan tekanan yang dihadapi oleh Fahry ketika itu. Mungkin rimas, mungkin sakit dan mungkin juga ada band lain yang melilit anggota2 lain.

Michael (bukan nama sebenar) terpaksa dipaksa keluar dari perut ibunya sebaik sahaja cukup bulan. Semasa mengandungkan Micheal ibunya telah disahkan menghidap kencing masih ketika mengandung (gestational diabetes melitus). Ketika dalam rahim ibunya, Michael mendapat bekalan yang berlebihan. Cakap aje, di mana2 ada gula. Goyang kaki pon boleh dapat. Doktor juga memsuspect Michael sebagi bayi besar, dah terlebih makan.

Ketika lahir, kata ibu Fahry memang senang melahirkan Fahry, berat Fahry ketika itu hanya 1.2kg (mungkin berat sebenar). Tak taulah apa berlaku ketika kelahirannya, yang penting Fahry perlu segara dimasukkan ke dalam inkubator. Mungkin Fahry sudah biasa dengan wayar yang berselirat kerana semasa dalam kandungan pon berbelit dengan amniotic band itu. Fahry boleh ditinggalkan saja dalam incubator itu, munkin sejam atau 2 jam sekali atau 4 jam sekali doktor datang tgk.

Ketika melahirkan Michael mungkin disebabkan saiznya yang besar, bahu Michael telah tersangkut pada vagina ibunya. Setelah berhempas pulas, Michael berjaya dikeluarkan dengan tulang bahu (clavicle) yang patah. Michael disahkan kurang gula (hypoglycemia) semasa lahir, kerana bekalan telah terputus. Setelah gula dimasukkan kedalam badan Michael, dia perlu dimonitor setiap setengah jam sehingga gula dalam badannya stabil.

Apakah pengajaran dari kisah diatas? Seseorang yang biasa dengan hidup susah, survivalnya sangat tinggi manakala orang yang biasa hidup senang sentiasa perlu bergantung pada orang lain. Saya rasa sangat malu kepada saudara2 di Palestine. Walaupun hidup mereka susah, mereka masih ada masa menghafal quran, belajar, dan pergi berperang, malahan ada antara mereka menjadi professional yang sangat hebat, sedangkan saya yang dilimpahi kemewahan (kalau dibandingkan dengan mereka la), tp apa nak buat, dah memang principe cantu.. hoho



Fahry sekarang sudah boleh berjalan dengan support. Belajar dari Fahry. Hidup seseorang is at stake now dan orang itu must change her life no matter what it takes


Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008