Tuesday, October 26, 2010

Doktor Melayu

Panasnya telinga ini mendengar, tp tahankan jelah.. kang belum jadi doktor org kate kurang hajau lak...
Kesahnya bermula apabila seorang warga Kadok telah patah patella (kepala lutut) lalu pergi hospital la, apa lagi kan?

Seorang doktor melayu telah mencadangkan supaya mak cik itu undergo operation, tp mak cik tanak, pastu doktor tu trus blah. Datang la doktor cina, cakap2 ngan mak cik tu kenapa nak kene operate, kalau mak cik tanak operate pon takpela.. bla bla bla

Patuh, ade lak sorang mak cik tambah. doktor melayu ni kalau patient tanak ikut cakap die, trus tanak datang, sombong.....

Saya pon trus mencover." Doktor baru2 mmg cantu, diorang mmg tak sempat nak layan n takleh pandai2 nak ckp2 cantu ngan patient, nanti jadi ape2 kene marah ngan org atas lak... " Tak taula logik ke tak alasan aku...

Untuk memikirkan doktor2 melayu adalah meniggalkan patient jika cadangan mereka ditolak adalah sangat tidak boleh difikirkan. Macam mane....? Takkan la bile mak cik tanak buat apa2 yang doktor tu suggest, suka hati kaula makcik nak buat ape.. pastu trus pass over patient to kat doktor cina, tanak buat review tanak ape dah? Adakah begitu? Ataupun mungkin bile patient tu tanak, die trus refer MO or specialist. Do something, patient ni tanak trima apa i cakap... Wallahu a'lam

Semoga mak cik dan pak cik2 itu salah faham sahaja..

Tuesday, October 19, 2010

A Day Out

Destinasi : Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu
Tujuan : Menghadiri konvokesyen Uda
Ahli rombongan : Ayah, Mak, K. Ngah, Ujay

6.30 am
Cepat2 siap!! Da lambat ni.
K. Ngah tak sempat pakai tudung cantik2, konon nak pakai tudung belit2, amek kau terpaksa belasah asalkan menutup aurat dengan sempurna...
Semua naik kereta menuju ke Kuala Terengganu

8.15am
Berenti kat kedai nak breakfast. Makanan da abisla, kate penjual itu
Perjalanan diteruskan sampai jumpe sebuah kedai yang makanannya tak sedap okla, tp ahli rombongan menghabiskan makanan sebab da lapar.

9.43am
Tersesat ke Pulau Duyong, menyimpang dari jalan menuju TTI

10.10am
Sampai ke destinasi, Pusat Konvensyen
Macam biasela, 2 org je dibenarkan masuk dewan, so bagi mak ngan ayah la. K. Ngah ngan Ujay gi lepak depan Masjid Kristal sambil Ujay menyiapkan homeworknya sbb die da ponteng skolah hari tu.

12.30pm
Majlis konvokesyen tamat. Sesi bergambar sekeping 2 bersama Uda

1.30pm
Ahli rombongan menuju ke Taman Tamadun Islam
Hebat betul nak masuk TTI ni, siap ade passport lagi. Sape nak gi TTI bolehla mintak passport ngan saya, nanti buleh naik tram free..
Harga nak masuk RM15, tp menurut dalam passport ni, kalau ade mykad dapat diskaun RM7. Tp, org kat kaunter tu x cakap la plak, dah dapat passport baru tau, hampeh...
Pegi TTI, macam melawat 23 negara, tp lawat masjid jelah
Syok tgk Taj Mahal lagi sekali

4.00pm
Rombongan keluar dari TTI
Gi mayang kat Masjid Kristal dan bersiap2 nak balik

4.45pm
Mesti pelik kan? Mayang ape lame sangat? Sebenarnya kami mayang ikut imam, kebetulan masuk masjid tu azan asar..
Berkira2 nak balik, "Kita gi naik boat nak?" tanya ayah...
Let's go

5.00pm
Naik TTI River Cruise bersama 1 family cina, bising tp okla sbb takla sunyi sgt boat tu. Kami ni da penat kelliling seluruh dunia td, tak larat nak bergelak2 dah

6.00pm
Bertolak balik kelate. Ingatkan dah tamat la...

9.00pm
Eh, ade pasar malam la.. Jom singgah, beli nasik nanti xyah masak da kat rumah.. Jommm

Ini betul2 destinasi terakhir....
Seronok betul, seharian berjalan2..
Kalau ahri canni, syok nya....

Keliru

Katakan, ade 3 buah kereta sedang berjujuk (ape eh dlm BM? Berturut2 kot, one after the other) A ialah kereta pertama, B kereta kedua dan C kereta ketiga dan C dipandu oleh saya.

Tiba2 B memberi signal ke kanan, saya pon terus mengengsot kereta ke kiri sedikit, supaya tak payahla saya membrek kereta bila B turn to the right, boleh gi trus. Tiba2, saya nampak A memberi signal ke kiri. Ahhh sudah!!! Sape nak gi ke mana?


Begitulah jadinya kalau tujuan signal itu tidak diketahui dengan jelas. Saya bukanla pandai sangat, tp yang cikgu driving school ajar dulu, kalau nak belok bagi signal. Ini dak, asal nak gerak sikit bagi signal sampai org belakang konfius. Cuba kalau saya ingatkan B nak gi kanan dan saya terus meluru ke kiri dengan lajunya, tak ke eksiden dgn A? Jadi, pada pendapat saya B tu sepatutnya takyah bagi signal, amek jelah jalan kanan. Mengkonfiuskan org aja..

Lagi satu saya tak faham kenapa org bg signal mase nak memotong. Nak bg sign kat sape? Bukan ke kite memotong mase keadaan selamat? Tp, bagus jugak dalam keadaan diatas, C bg signal b4 take over B, kalau B nak take over A pon da nampak C nak potong die... okeh laa tu...

Lg satu, kalau nak tukat lane mase traffic jam tu, memang la kene bagi signal sbb nak cakap orang x dengar. Signal ni sebenarnya salah satu method of communicate di jalan raya. Kalau org da bagi signal nak tukar lorong, kite kenela bagi die jalan kalau tanak dapat satu lagi method of communication. Boleh jadi kene hon, driver tu turun pukul kereta kita atau tumbuk kite terus..

Gunakanlah signal anda sebaik mungkin...

Saturday, October 16, 2010

Ketua Penumpas Hongsa

The path that I must take
That make me face the truth
How could I turn back?
When this is what my heart chose
I might lose something in exchange
No matter how tired I am
But i will let my heart show me the way
don't be scared
though u might walk alone
though what u hope
is far away
trust in me 
be firm forever
for a greater goal
walk on with confidence
walk down the path u must take
prepare to meet anything
Just don't hope or despair
though you heart might hurt
No matter how hard it is
strike your heart towards your goal
we'll be together at the end



Lagu ni saya cilok dari animasi Jumbo, si Gajah Biru
Best citanya...
Pasal gajah yang dilantik sebagai Ketua Penumpas dalam peperangan, tp kerana isteri dan anak2nya dalam kesusahan kerana telah ditangkap oleh tentera musuh yang sedang mereka lawan tu pon, dia telah meninggalkan medan perang yang hukumannya ialah bunuh. Mereka beroleh kejayaan dgn pertolongan Jumbo, tp Raja tetap ingin menjatuhkan hukum bunuh pada Jumbo
Apakah kesudahan cerita ini?
Tengok la sendiri cerita yang membawa mesej kekeluargaan, taat setia kepada raja dan negara.

Kasihan

Kasihan aku mengenang nasibmu
Selepas mengikat hati dengan lelaki yang kau cinta,
Kebebasanmu telah tersekat
Katanya, syurgamu miliknya
Jangan harapla kau boleh buat sesuka hati

Kasihan aku melihat kau
Pendapat kau dia perkecilkan
Semua katanya perlu kau turutkan
Katanya, kau orang kampung
Mindamu tidak terbuka seperti orang bandar

Kasihan aku pada kau
Semua kerja rumah kau perlu bereskan
Pergaduhan anak2 kau yang leraikan
Katanya, itukan tugas perempuan
Ibu yang lembut dan penyayang sekolah didikan

Kasihannya kau
Kau juga bekerja, bukan dia sorang
Tapi katamu kau bahagia
Suami mu menjadi dorongan untuk maju dalam kehidupan
Sungguh, aku tak faham

Katamu, "kamulah yang kasihan"
Aku punya teman untuk dipercaya
Aku punya teman meluah perasaan
Aku punya teman menegur kesilapan
Aku punya teman pendorong kejayaan

Aku angguk,
Terus menafi rasa kecewa.


^Kita memang berasa sunyi, namun kita tidak bersendirian lambat laun kita akan jumpa orang yang boleh dipercaya^

*Aku dalam karya diatas ialah Faez Ismail (bukan nama sebenar)

Thursday, October 14, 2010

Saya Tak Malas

Termasuk hari ni, da 5 hari berturut2 aku kena marah ngan bos aku. Dia kata performance aku teruk, productivity menurun. Dulu, aku la pekerja contoh, aku la paling rajin sekarang ni asik kena marah ja. Dia tak tau aku separuh mati nak buat keja ni semua. Bukan aku tanak buat keja, aku memang buat tp keja aku selalu x siap.

Bukannya aku sengaja nak malas, tak tau la apesal sejak akhir2 ni aku rasa lembap, macam hujan renyai2 je dlm kepala otak aku, macam takleh nak berfikir dengan pantas. Nak angkat tangan pon malas, apetah lg nak makan...
Risau dengan keadaan aku yang semakin lembap tu dan sikit lagi nak kena buang kerja, rakan sekerja aku suggest gi jumpa doktor, mana la tau ade cacing ke ape.

Kata doktor tu, bile sebut malas, org lebih mengaitkan sifat itu dengan psikologi atau sikap individu tp masalah kesihatan atau ubat juga boleh menyebabkan malas. Salah satu penyakit yang menyebabkan malas, berkaitan dengan hormone iaitu hypothyroidism (kurang hormon thyroid). Biasenya org2 ini kurang mengambil makanan beriodin, contohnya ikan ataupun ade immune dlm badan yang gi hentam kelenjar thyroid ni, jd die takleh menghasilkan hormon thyroid lg.
Orang2 ini akan jadi lambat berfikir, lambat bergerak dan aktiviti metabolisme badan jadi slow. Walaupun makan sikit, die akan jadi gemuk.

Seterusnya terdapat ubat yang boleh menyebabkan malas, bukan la malas tp menjadi lembap la. Bile org tgk kite, mmg la org kata malas, asik nak tido aja... Contohnya beberapa jenis ubat darah tinggi.

Stress atau depression juga boleh mendorong kepada rasa malas. Mungkin pekerja itu tertekan dengan beban kerja yang banyak, jadi die demotivated untuk buat keje2 die, semua die tak buat..

Malas juga mungkin dipengaruhi oleh persekitaran. Kalau mak die keja rumah asik tertangguh je, takkan la anak die nak tolong gi buat lak.. Tp tak semua macam ni kan?
Tp, ade jugak org yang kat tempat lain die rajin, kat tempat lain die malas lak.. Contohnya saya. masa kat Melaka kemain rajin da blk KB ni.... 
Mungkin ini disebabkan minat terhadap aktiviti itu. Ataupun adela nak menunjuk kat sesape die rajin.

Jadi, bagaimana nak mengubat malas ni. Kalau yang penyakit2 tadi tu, treat accordingly, bagi ubat etc.
Kalau berkaitan psikologi, komunikasi memainkan peranan. Dalam pejabat, mungkin bos boleh selidik apa yang menyebabkan pekerja dia malas, ade problem tak setel ke..
Motivasi ialah salah satu cara menyingkirkan malas. Pengkaji dari Aus pernah menyifatkan malas sebagai Motivational Deficiency Disorder, so org2 camni gi hantar ke kursus motivasi.
Sesetengah penyakit malas boleh diubat dengan paksaan, contohnya budak malas semayang, kene la paksa, rotan ke sikit... kan2?

Selepas buat semua pemeriksaan, ujikaji dan sebagainya, doktor mengesahkan malas aku bukan la disebabkan penyakit atau ubat atau stress. Bila doktor suh ingat balik, ade tak aku tak puas hati ke ape.Baru aku teringat, aku nak tunjuk perasaan kat bos aku sbb tak bagi kawin ngan anak die, sekali betul2 aku jadi malas.. hahaha

Aku dalam cerita diatas ialah Jimi Asmara bin Mat Dollah (bukan nama sebenar)
Entry ini diedit daripada Kosmo 26 Sept, Adham Shadan
Info drpd Dr Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, pakar kesihatan pekerjaan, Hosp Pakar An-Nur



Hypnosis Maher Zain

Macam kene pukau, tibe2 sejak Maher Zain muncul, semua orang kat Malaysia nak minat MZ... Rase bangga la kalau boleh nyanyi MZ tu, bunyi muzik sikit2 pon dah okla...Saya yang bukan minat sgt nasyid English, terjadi minat plak sbb kawan2 semua minat

Yang takleh blahnya, sejak balik kampung hari tu, adik n cousin yang dajah 5 asik nyanyi je lagu MZ, ropenya kat skolah cikgu ngajo lagu MZ... good2

MZ ialah seorang jejaka hensem berusia 28 tahun yang dilihat sebagai icon yang boleh diikuti oleh remaja2 dan kanak2. Yang saya paling syok ialah kesah keislaman MZ ni.

Sebelum peluk Islam, beliau telah tertarik ngan Islam, dan berjinak2 ngan pembacaan Quran. Suatu malam, seperti mendapat hidayah die bermonolog sendirian, seolah2 bercakap dengan Tuhan, kalau benar Tuhan tu wujud, tunjukkanlah diri.
Selama 3 malam berturut2 beliau mengulang dialog yang sama, tp masih tidak nampak kelibat Tuhan. Pada malam ke3 itu, terdetik hatinya untuk membelek Al-Quran. Ketika itulah ayat "Tidak cukupkah dengan bukti2 yang ada di sekeliling kamu?" (gitulah lebih kurang, x tau ayat mana satu) hehehe

Syok kan? Berbicara dengan Al-Quran. Seperti entry yang lepas, begitulah caranya kita ingin berbicara dengan Allah. Bukak la Quran, baca tafsirnya kalau tak faham Arab, InsyaAllah setiap masalah yang kita hadapi, Allah ada jalan penyelesaiannya dan Dia akan beri petunjuk kalau kita mintak. Macam kita sesat jalan kan, kalau tak tanya orang tak dapat ler jalan yang lurus.

Mase one of my fren nak kawin hari tu, x tau nak bg hadiah apa, sebabnya minah ni nanti dok ngan mak mentua die, konfem2 la segala kelengkapan dapur dah tersedia. Jom kita beli cd, Maher Zain nak? X risau nak beli CD Maher Zain, sebab semua orang pon minat die kan.
Tp, saye tetap juga dgn aktiviti mendownload saja lagu MZ... hahahha

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008