Kasihan
Kasihan aku mengenang nasibmu
Selepas mengikat hati dengan lelaki yang kau cinta,
Kebebasanmu telah tersekat
Katanya, syurgamu miliknya
Jangan harapla kau boleh buat sesuka hati
Kasihan aku melihat kau
Pendapat kau dia perkecilkan
Semua katanya perlu kau turutkan
Katanya, kau orang kampung
Mindamu tidak terbuka seperti orang bandar
Kasihan aku pada kau
Semua kerja rumah kau perlu bereskan
Pergaduhan anak2 kau yang leraikan
Katanya, itukan tugas perempuan
Ibu yang lembut dan penyayang sekolah didikan
Kasihannya kau
Kau juga bekerja, bukan dia sorang
Tapi katamu kau bahagia
Suami mu menjadi dorongan untuk maju dalam kehidupan
Sungguh, aku tak faham
Katamu, "kamulah yang kasihan"
Aku punya teman untuk dipercaya
Aku punya teman meluah perasaan
Aku punya teman menegur kesilapan
Aku punya teman pendorong kejayaan
Aku angguk,
Terus menafi rasa kecewa.





0 iigusa:
Post a Comment