Di rawat di hospital swasta, mati di hospital kerajaan
Apa jadahnya dibandingkan hospital kerajaan dengan hospital swasta?
Sape yang memulakan isu ini sebenarnya? Dah namanya swasta memang la mahal. Tapi kalau hospital swasta turunkan fee ok gak, mesti tak ramai dah orang datang hospital kerajaan, bolehla rileks sikit...hehe
Rata-rata masyarakat menganggap hospital swasta menawarkan servis yang jauh lebih baik daripada hospital kerajaan dan staff2 di hospital swasta jauh lebih baik daripada staff hospital kerajaan. Alahai Luna. (dialog Jumbo dalam Jumbo Si Gajah Biru)
Sepatutnya kedua2 hospital ini saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau fasiliti itu tiada di hospital kerajaan, maka ke swasta la kita. Kalau fasiliti itu tiada di hospital swasta maka, ke kerajaan la kita. Sebelum ni, saya juga fikir hospital kerajaan adalah segala2, baik dari segi fasiliti dan staffnya, tp setelah berkhidmat lepak di emergency department sebuah hospital kerajaan, barulah tau pesakit daripada hospital swasta akan dihantar ke hospital kerajaan jika tiada fasiliti atau masalah ekonomi.
Ramai yang mengurut merungut kerana servis di hospital kerajaan yang sangat lah lamenye. Itu lumrah, kalau tempat murah, mestila ramai orang. Kalau da ramai, mestila jam. Sebab itulah, kepada orang yang mampu dinasihatkan melawat hospital atau klinik swasta dan berilah peluang kepada orang yang betul2 memerlukan khidmat di hospital kerajaan, lagipon memang itulah tujuan hospital swasta kan? Untuk orang2 yang berkemampuan.
Akhir kata, usahlah bertengkar kerana benda yang memang tak boleh dibandingkan pun. Dari segi perkhidmatan pula, tu atas diri masing2. Bukan semua staff hospital kerajaan tak elok dan bukan semua staff hospital swasta baik.
![]() |
| Hubungan doktor dan patient lebih dari sahabat. wooooo apekah? |







