Vaccine HPV di Sekolah
Menurut National Cancer Registry dalam statistic yang dikeluarkan pada Dec 2004, kanser cervix atau kanser pangkal rahim menduduki tangga kedua selepas kanser payudara. Dianggarkan 1,500 kes baru dikesan setiap tahun dengan kadar insiden 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk wanita dan semakin meningkat dikalangan wanita berusia 30 tahun (National Cancer Registry, Malaysia Cancer Statistics, Data and Figure, Peninsular Malaysia 2006)
Pada tahun 2005, WHO melaporkan 99% kaser cervix adalah berkait rapat dengan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV). Perkembangan ini juga membawa kepada penemuan vaksin yang boleh mencegah jangkitan HPV dan kanser cervix. Pada tahun 2006, WHO telah meluluskan pengeluaran vaskin HPV yang pertama dan diikuti kelulusan pemasaran vaksin kedua pada tahun 2008.
Jangkitan HPV juga berkait rapat dengan hubungan intim dan juga sentuhan kulit antara genital wanita dan kulit zakar. Seorang wanita terdedah kepada jangkitan HPV apabila mereka mula menjalinkan hubungan seksual dan risiko lebih tinggi sekiranya hubungan seksual bermula pada awal remaja.
Dasar untuk memperkenal Vaccine HPV sebagai salah satu pelalian kanak-kanak telah diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Pelalian Kebangsaan pada 5 November 2007. Sebanyak RM150 juta telah diperuntukan bagi melaksanakan Program Pelalian HPV Kebangsaan pada tahun 2010. Ini telah mengurangkan perbelanjaan negara sebanyak RM250 juta untuk merawat kanser tersebut.
Program ini akan tidak pasti lagi bila akan bermula, mungkin akhir May atau awal June yang pastinya memang akan dimulakan pada tahun ini.
Objectivenya ialah untuk memberi vaccine HPV kepada semua remaja perempuan berusia 13 tahun. Kenapa 13 tahun? Kerana dipercayai rata-rata gadis di Malaysia masih suci ketika berusia 13 tahun. Hoho.
Kedua ialah untuk melindungi remaja perempuan Malaysia daripda jangkitan HPV sekaligus mengurangkan kadar insiden kanser cervix di Malaysia.
Semua remaja perempuan Tingkatan 1 menjadi sasaran akan diberi vaccine ini tidak kira usia sebenar dan taraf kewarganegaraan mereka. Kepada remaja2 berusia 13 tahun yang tidak bersekolah, jangan khuatir anda juga layak menerima vaccine ini di klinik2 kesihatan. Walaubagaimanapun, anda mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa anda. Jangan risau, nanti maklumat lanjut akan diberikan di sekolah.
3 dose akan diberikan. 0 bulan, 1 bulan selepas dose pertama dan 5 bulan selepas dose kedua. Kepada remaja yang bersekolah di sekolah yang berdaftar dengan kerajaan, anda hanya perlu tunggu je orang kesihatan datang cucuk. Bagi anda yang tidak bersekolah, sila lah jenguk2 klinik kesihatan.
Memang la akan ada tindak balasnya. Tapi jangan risau, 93% adalah yang biasa2 je... takde ape laa....
Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk mempromote program ini kepada adik2, supaya bila org kementerian kesihatan datang sekolah nanti takla terkezut sangat. Nih kan program yang baru diperkanalkan..
Dan perlu ingat, amek vaccine ni bukanlah lesen adik2 untuk menceburkan diri dalam bidang seksual tanpa perkahwinan. Sesungguhnya nothing is impossible in medicine. Walau dah amek vaccine pon, tak mustahil anda akan mendapat kanser cervix, nak2 kalau melanggar perintah Allah.
![]() |
| Inilah gambar cervical cancer, takut x? |
p/s: Menyesal pulak x amek vaccine ni mase ade offer dulu... huhu.. dah tua2 ni jadi kes terlepas peluang.. kui kui






0 iigusa:
Post a Comment