Sunday, October 25, 2009

Siapa patut malu pada siapa?

Sape tak tau kisah sejadah solat yang hangat diperkata sekarang? Dalam TV, paper semuanya bercerita mengenai sejadah sembahyang. Apa yang special sangat sejadah sembahyang ni sampai semua orang pon tertunggu2 nak tengok sejadah sembahyang. Bagus jugak, orang yang tak penah sembahyang pon mungkin semakin berjinak dengan tikar sembahyang, kot2 la ditakdirkan dapat tengok sejadah sembahyang.

Sucikanlah nama Tuhanmu yang paling tinggi
yang menciptakan dan menyempurnakan ciptaannya
dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk
dan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan
lalu dijadikanNya rumput itu kering kehitam-hitaman

Ayat diatas adalah antara ayat2 suci yang telah diturunkan Allah dalam surah ke-87. Surah ini adalah salah satu surah yang menceritakan kebesaran Allah mencipta alam. Keajaiban telah ditunjukkan Allah lama dulu. Banyak lagi benda ajaib yang boleh kita kagumi telah diciptakan, bukan hanya sejadah sembahyang itu.

Sebagai orang yang telah belajar structure badan manusia, dan belajar dalam tubuh manusia, saya telah lihat keajaiban itu. Salur2 darah kita bukan besar sangat, tapi boleh menampung kurang lebih 5 liter darah. Jantung kita bukan besar sangat, tp boleh pam darah sampai seluruh tubuh. Perut kita jugak tak kurang ajaibnya, kalau makan banyak pon tetap tak pecah sebab die buleh stretch (tp jangan makan byk sgt sebab nak menguji kata2 saya ni, pecah betul x tau). Just to name a few. Bukan ke ajaib tu? Kenapa kita tak kontek wartawan nak masok dalam paper ke? Okla2, saya mengaku memang ade orang da tulis article dalam buku, dalam paper kan? Ok.

Saya bukanlah menolak kalau betul2 sejadah itu bangun sembahyang tp kalau kita susur kembali sejarah, sihir itu bermula dari zaman Nabi Sulaiman.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.(2:103)
Tidak mustahil, semua itu adalah sihir2 rekaan untuk menyesatkan manusia. Yang saya heran, kenapa benda2 ajaib ni banyak berlaku dikalangan orang Islam? Ke saya yang tak tau pasal agama lain. Bagi saya, tak perlulah diperbesar hal ini. Apa guna sejadah je semayang kalau tuan die tak semayang same?

*Saya da lame tulis entry ni, zaman sejadah semayang tengah hangat, tp sbb internet kat rumah very slow, skang baru bleh publish.
Sebelum format laptop saya ade gak amek gambar sejadah saya semayang setelah dipaksa, tp die naik sikit je, sakit agaknye...


Saturday, October 24, 2009

It's hard, but harder to ignore

Ini adalah kali terakhir aku menulis tentang kisahku. Maklumlah, dalam cerita yang lepas tuan blog ni macam dah menyampah baca cerita aku. Takpe2, ada ubi ade batas. Saat cinta manusia menjauh dariku, aku semakin sedar, tiada cinta seagung cinta penciptaku. Allah telah menemukan aku dengan catatan diari lamaku. Selama ini aku memang sentiasa berjaya dalam peluang kedua, mungkinkan itu memang kisah unik dalam hidupku?

Dalam catatanku, kejayaan itu sentiasa menempah tiket yang lambat, atau mungkin ade masalah di perjalanan. Cuma, yang ini tersangat berat untukku pikul. Terasa jemala ini hampir lebur. Aku ingin sekali melupakannya, menghapuskan kesakitan dibahuku. Aku tak tahu kalau aku mampu melakukannya sendirian. Aku sentiasa ber harap ini adalah mimpi yang buruk yang akan berubah bila aku bangun tidur. Aku boleh menipu, namun realiti takkan menipu. Kenapa susah sangat untuk menerima hakikat?

Aku perlu, bangkit semula, mencari semula keyakinanku, menyedarkan diri betapa beruntungnya aku kerana di sana masih ada peluang kedua. Saat cinta manusia menjauh dariku, bersendiri aku bersama harapan pada Tuhanku dan aku tahu, aku harus pergi.

Aku dalam cerita di atas ialah Dang Suria Hj Mahmud. Sudah2 la Dang Suria, saya takkan publish lagi kisah dia.

Thursday, October 15, 2009

10q Khairy Jamaludin

Dalam seminggu ini, terpaksa ku akur dengan kehendak hatiku yang tidak ingin berbicara dengan sesiapa, tidak ingin melayan sesiapa. Tiada perkataan yang mampu melegakan hati ini, tiada perkataan yang boleh mencepatkan penyembuhan luka ini.

Bukannya tiada siapa yang tampil memberi kata2 semangat baik secara face to face, telefon, emel ataupun di facebook (aku minta maaf kerana terpaksa mendelete semua message ini, aku memang sangat terasa dengan sesiapa yang menghantar wall message di facebook. Tidak perlulah dihebahkan ke seluruh dunia perkara ini. Namun, aku bersyukur kerana tidak terbaca lagi dalam surat khabar ataupun terdengar di mana2 berita baik radio atau tv). Terima kasih pada semua yang memberi sokongan, namun jiwa ini masih kurasakan kosong. Malu, tertekan, putus harapan, low self esteem, semua itu bermain2 di minda. Aku memang takut gagal (aku nak buat cerita lain untuk topik ni)

Kata-kata orang itu ibarat masuk telinga kanan keluar sikit ikut telinga kiri. Berkesan sikit jelah, kurang sedihnya tapi still terfikir2. Sehinggalah aku tergerak hati tuk membaca surat khabar smalam (15 October 2009). Membaca tajuknya sahaja, ku rasakan jiwa ini semakin tenang dan semangat ini telah pulih semula.
"Stop Being Defensive" Begitulah sahaja kata2 KJ yang telah berjaya membuat aku kembali 80% normal. Walaupun hanya 3 perkataan sahaja, tapi hanya itulah yang aku perlukan. Kepada sesiapa yang tekah membuat ayat panjang, berbunga2 jangan terasa hati plak. Mungkin kerana masa juga telah menyembuhkan dan ditambah dengan kata2 anda juga, inilah klimaksnya.I think I really need to change. Change yang bagaimana, kite sama2 saksikan nanti. Mungkin juga tiada yang perasan kerana ade lah sebab2 peribadi.

*Aku dalam cerita diatas ialah Dang Suria Haji Mahmud. Saya harap beliau akan berhenti menulis kisah hidup beliau yang dikatakan amat sedih tu. Saya da menyampah nak membaca. Wekkkk

Menjual Ikan

Hari itu aku terlalu ingin menjadi seorang penjual ikan atau dalam bahasa Jepunnya 'selfish'. Bukanlah aku ingin seluruh dunia tahu apa kepahitan hidup yang menimpa aku, tapi aku terlalu ingin seseorang seperti Isma Yusof berdekatan, menenangkan jiwa gadis berduka, tapi nampaknya mereka sibuk dengan hal masing2, maka aktiviti jualan ikanku tidak berjaya.Berjaya juga, tapi nampaknya bukan menjual ikan tapi menaikkan bil telefon kerana waktu itulah aku kenal kawan2 yang tidak pernah aku kenal. Ketika itulah aku ingat kawan2 yang tak pernah aku terfikir pon untuk menghubungi sewaktu aku gembira.

Benarlah kata bidalan, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis mati hidup balik pon belum tentu jumpa. Itulah harga untuk mencari kawan berkongsi kesedihan (kite tengok berapa bil tefon bulan ni). Dulu, ketika hidupku senang, aku selalu berkata pada diri sendiri atau orang lain yang mengalami kesusahan, :Mengadulah pada Allah akan kesusahan kite, hanya Dia lah yang boleh membantu.
Tiadalah sesiapa yang membetulkan ayat itu kerana ayat itu sangat benar, sehingga lah seorang makhluk Allah menegur, "Kita ni makhluk, mesti perlukan sesama makhluk dalam hidup di dunia ni.
Sedarlah aku, makhluk memang memerlukan makhluk juga. Namun, yang semakin menyesakkan dada, makhluk itu juga tidak sudi bersamaku mengharungi detik2 ini.

Aku bukan berniat menyalahkan sesiapa, memang tiada siapa pon bersalah. Aku bersyukur sebenarnya kerana aku yang harus menghadapi keadaan ini. Jika makhluk lain yang terpaksa menghadapinya, adakah aku akan bersama beliau juga? Adakah aku akan melakukan sama seperti yang aku ingin diperlakukan? Adakah? Adakah?

Rembulan 9 October telah berlalu. Dada ini masih berasa sempit, otak ini masih berselirat dengan persoalan. Di celah2 kekalutan ini, ku intai ketenangan yang masih sudi singgah di jiwa. Ku paksakah hati mengucap kesyukuran walaupun sendirian kerana aku sedar di belakangku, mereka di situ. Benar, benar aku benar2 inginkan seseorang sekarang, namun itu apa yang kurasa dan Tuhan la maha mengerti, Dialah maha tahu apa aku perlukan. Aku tak perlukan apa yang aku inginkan. Semua itu tiada kene-mengena denganku, sebab itulah perkara itu tidak terjadi padaku.

Aku yakin, semua bersimpati dan aku yakin doa2 dipanjat di hati. Walau bagaimana caranya, aku berdosa pada mereka. Menuduh tanpa usul periksa, menuduh tanpa menyelami hati mereka. Ujian kepahitan ini sangat berat, dengan badan yang kecil dan kepala besar (ade seseorang ckp) aku memang tak mampu memikulnya, tapi aku yakin jika ada seseorang yang boleh membantu, ia akan berlaku. Setakat ini biarlah aku ubati luka ini sendiri, Aku bukan ade diabetes pon, mungkin tak delay la penyembuhannya. Kepada teman2 yang telah kufitnah tanpa rela, ampunkan diriku. Aku masih memerlukan pertolongan kalian, walaupun hanya sepatah doa. Terima kasih.

Aku dalam cerita diatas adalah Dang Suria Haji Ibrahim. Ikutilah sambungan kisah beliau dalam post seterusnya.

Wednesday, October 14, 2009

Kaya air mata

Tingkahku menjadi tidak menentu. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk baring sahaja. Sejak melihat keputusan peperiksaan tengahari itu, hatiku seakan telah hancur. Lacrimal glandku umpama empangan yang pecah, airnya sentiasa ingin mengalir. Ketika itu, fikiran aku buntu, kelemasan tiada langsung alat2 bantuan pernafasan tuk saya bernafas dengan lega. Terlalu buntu, rasanya terlalu banyak tuk saya fikirkan pada hari itu, seolah2 aku lah pentadbir dunia, perlu segera berfikir dan perlu segera menyelesaikannya.

Dedebuk!!!Astaghfirullahal'azim. Terlalai seketika di jalanan. Pintu kereta kucuba buka tidak berjaya. Dari kereta Waja dihadapanku, muncul lah seorang lelaki muda berbangsa Cina. Dalam hatiku menyumpah2 diri sendiri berzikir2 memohon Allah lindungkan daripada kesusahan. Dipendekkan cerita, lelaki itu seperti malaikat orang yang diutuskan Allah untuk menggembirakan hatiku. Percakapannya sungguh baik dan bersopan walaupun akulah yang bersalah dalam hal ini. Sengaja dia memilih untuk membaiki sendiri kereta nya dan aku hanya membayar harga lampu yang rosak itu. Walaupun tiada siapa yang akan membaiki Myvi hitam itu, namun hatiku senang dengan layanan lelaki Cina itu.

Balik rumah, aku menyambung aktiviti yang terbengkalai sebelum pergi ke pejabat pos tadi. Menangis dan berfikir. Apa yang difikir pon, aku tidak pasti terlalu banyak yang berselirat didalam fikiran ini. Pendek kata, setiap gyrus dan sulcus mempunyai persoalan tersendiri. Salah satu yang bermain di fikiranku ialah patut, bila dan bagaimana aku nak balik kampung? Ku harapkan Sazzy Falak akan menolongku menyelesaikan masalah ini kerana dia juga berada dalam kasut yang sama denganku cume kasutnya lebih besar. Sayang, kerja Sazzy Falak lebih besar daripada masalah yang kuhadapi.

Ketika senja hampir menjelang, otakku sudah terlalu penat untuk meneruskan pekerjaannya. Sokongan daripada rakan2 sekolah menengah yang ketika itu sedang bereunion di Kelantan dan rindu kepada mereka memanggilku untuk mencari tiket pulang ke kampung pada malam itu juga. Benarlah kata orang, "kalau nak balik Klate tu, carilah tiket awal". Kesedihan ini terpaksa kusambung kerana tiket balik Klate sudah habis.

Mataku sudah sembab, namun empangan ini seakan2 tidak mahu kering airnya. Lagu2 keroncong Faizal Tahir telah mula dimainkan di dalam perutku. Tawaran Kamal Adli untuk membelikan ku makanan sengaja ku tolak dengan alasan tak selera makan. Sangkaku Kamal akan memaksa aku makan. Tak apalah, Kamal sibuk dengan hal die.

Akibat tidak tahan dengan lagu2 Faizal Tahir yang beralun merdu, aku terpaksa mendail no telefon Faizal Tahir untuk mengadu. Faizal Tahir segara mendatangiku dengan makanan yang membuatkan aku dysphagia. Kepada Faizal Tahir kuadukan segala yang terjadi padaku, kebuntuanku, kepenatan otakku berfikir.
"Allah ada sebab berbuat demikian" kata Faizal Tahir, airmataku makin laju.
Faizal Tahir menyuruh aku berhenti berfikir, tiada apa yang akan terjadi kalau aku terus berfikir tetapi tidak melakukan sesuatu.
Kerana esophagus kami tidak dapat menerima makanan yang diawa oleh Faizal Tahir, kami membuat keputusan untuk makan di Pizza Hut sahaja. Aku bersetuju walaupun mataku sembab tak dapat bukak kerana Faizal Tahir akan belanja, tambahan pula pizza di Pizza Hut adalah makanan yang kugemari.

Lampu2 di funfair itu telah menarik perhatian kami tuk menghentikan perjalanan. Faizal Tahir memang inginkan aku gembira tapi tak mungkin malam ni. Faizal Tahir telah memaksa aku untuk naik ali baba game (pusing2 cam tomahawk). Pada mulanya aku menolak, aku mmg tidak suka permainan ini. Kenapalah manusia harus mencipta permainan setakut ini. Faizal Tahir menyuruh aku menjerit sekuat hati dan melupakan segala yang terselirat di fikiranku. Aku memang menjerit, sejerit2nya, tp dengan mata terpejam. Sekali, kubuka mata memandang alam ketika aku tinggi diawangan. Terasa seolah2 aku bermimpi, seolah2 fikiranku benar2 kosong, seolah2 apa yang terjadi siang adalah palsu, tidak berlaku.

Balik rumah, mandi dan tidur. Jangan fikir apa2. Pesan Faizal Tahir ketika aku menghantar dia pulang. Tak dapatla Faizal Tahir. Sampai sahaja di rumah, tiba2 sahaja empangan airmataku sekali lagi pecah. Ku cuba tenangkan diri, cukuplah setakat ini, habis air di sungai. Kucuba pejamkan mata, namun air mata ini menghalang.

Sudahlah hati, janganlah bersedih lagi. Tidak perlu dikesalkan atas apa yang terjadi, kerana Allah Maha mengerti. Akhirnya aku terlena dalam kelemasan airmata sendiri.

Aku dalam cerita diatas adalah Dang Suria Haji Mahmud, semoga beliau terus tabah menghadapi ujian ini. Apalah yang beliau sedihkan sangat pon saya tak tau. Beliau bukannya perform bagus sangat masa exam hari tu, kalau tak pass pon memang logiklah jatuh, cume tergelincir je. Tuhla, sapa suh pakai selipar dah haus tapak. Sama2 lah kita doakan kejayaan beliau untuk exam akan datang. Ikutilah luahan hati Dang Suria Haji Mahmud dalam post seterusnya.

Monday, September 28, 2009

Usah Beralasan Anda Jahil

Maryam (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang dilihat baik oleh kawan2nya. Maryam ialah seorang yang gemar mengikuti program2 agama dan dilihat sebagai seorang yang berilmu pengetahuan agama yang agak mantap dikalangan kawan2. Maryam juga agak berbeza dengan gadis2 lain dari segi penampilan yang lebih suka mengenakan pakaian longgar (kebanyakan gadis kan lebih suka mengenakan t-shirt yang selesa walaupun agak kecik). Sungguhpun begitu, Maryam juga seorang yang gemar bersosial, bukanlah seorang yang pendiam sangat. Kawan2 Maryam terdiri daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan tahap keagamaan (cam x berapa tepat, tp maksudnya berbeza kesolehannya)

Maryam mempunyai seorang kawan baik lelaki, Faizal Tahir (bukan nama sebenar). Mereka sering keluar untuk bersukan, kadang2 berdua dan kadang2 ada seorang dua kawan Maryam yang ikut same. Maryam memang amat menyenangi kawannya itu. Namun, mereka bukanlah terlalu rapat sehingga tiap2 hari nak kluar berdua, biasenye mmg mereka akan keluar untuk bersukan sahaja dan tidak dihebohkan kepada mana2 tabloid yang mereka selalu bersukan bersama.

Pada suatu hari, Maryam telah bercerita kepada kawannya,  Maria (bukan nama sebenar) yang Maryam telah keluar dengan Faizal Tahir ke taman rekreasi untuk berjoging. Terkejut beruk Maria "Korang keluar berdua je?" Maria memang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sedangkan Maria juga mempunyai boifren dan klua berdua jugak. Kenapa Maria tidak terkejut dengan perbuatannya sendiri, sebaliknya sangat terkejut dengan perbuatan Maryam.

Kerana, Maryam adalah gadis yang baik dan dianggap tidak patut melakukan perbuatan2 kluar berdua dengan lelaki atau yang seumpamanya, sedangkan kalau gadis2 yang biasa sahaja perangainya, yang tidak join sangat program2 agama benda tu tidak menjadi kesalahan, sedangkan kedua2 mereka mengetahui itu tidak baik.

Adakah Maria jika dia seorang manusia yang biasa2 (bukan imam, lebai, ustaz, ustazah atau seumpamanya) kalau anda buat dosa, dapat separuh je? banyak cantik muka kau. Kalau Maria tu jahil memang tak tau keluar ngan bukan mahram berdua2an tu tak berapa elok, nak wat camne. Tp, kalau tak tau, takkan terkejut lak kan?

Maryam tu memangla tak patut sebab dia tu orang nampak baik budaknya, tapi sebenarnya sama je. Tp, kene ingat Maryam tu manusia gak. Semua manusia sama, ada iman ada nafsu. Antara baik dan jahat hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang bila2 boleh dicross. (promote cite Antara Garisan. best2)
Maryam sepatutnya lebih sensitif dan menyedari camne orang pandang die. Kalau nak keluar gak ngan Faizal Tahir tu, ajaklah Fasha Sandha ke, Memey ke, xyahla berdua2.

Maria lak, walaupun Maryam tu nampak baik, tak semestinya semua perangai die buleh ditiru. Kalau memang da tau benda tu salah janganlah terus menjahilkan diri dengan mengatakan "Maryam tu budak baik, buat jugak benda ni2 (perbuatan mungkar), aku ni apetah lagi" ertinya menjadikan Maryam sebagai alasan untuk terus bergelumang dalam maksiat (ayat takleh blah). Sepatutnya da Maryam tu buat salah, Maria la kene tegur (Maria mesti takut nak tegur sebab nanti die pon takleh buat jugak, huhu)

Kesimpulannya, jangan beralasan anda jahil dan terus-menerus terlibat dengan maksiat kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan tidak berkurangan sikit pon kuasaNya andai kita ingkar.


 Jom pakat tgk citer ni n amek pengajaran daripadanya







Thursday, September 17, 2009

Suratan atau kebetulan

1
Lepas so called balik raya mase merdeka hari tu, hati saya bagai ditarik2 untuk balik raya. Mase kat rumah tu, cuba bertahan la. Bile balik Melaka, ngan studies banyak gile, memang kena balik kot. Release tension.. :)
Problemnye, mase tu semua tiket bas da abis, tinggal tiket flight jer. Tp, tak la mampu sangat saya nak gi balik ngan flight kan? Sy ni memang jarang kontek orang especially kalau (adela criteria yang perlu dirahsiakan) tp hari tu saya tetiba nak mengadu kat hamba Allah ni. Saya sms die kate nak balik raya. Die terus call saya, lalu sy cerita la masalah saya. Kata die, balik la ngan saya. Ok, setel satu masalah.

Tp, masalah lain yang timbul ialah die tu dok Nilai, so saya kene drive gi sane dulu la dan kene tinggal keta kat sane. Kalau nak tinggal kat airport (sy blk ngan flight nanti, mmg la senang turun flight je trus amek keta dan cabut) masalahnye, mahal kan? Lalu die cadangkan tinggal kat stesen tren Salak Tinggi. Tp, tibe2 die kata takut la pulak nak tinggal keta kat situ, security not guarantee. 1 day or 2 before, ade kawan nak pinjam keta saya wat balik kg, tp takleh la bagi sebab nak drive ke Nilai. Bile jadi macam ni, terpaksa lak tanya die balik da ade transport nak balik tak? Die still ade prob, jadi sy cadangkan die gi hantar saya ke Nilai, then die guna la keta saya tu. Selesai.

Tp, masalahnye kesian la plak kat die nak kene hantar patuh nak kene amek lak (takla jauh sgt, tp rumah die kat Johor, kite kene patah balik la). Tibe2 ade lak sorang kawan kat Melaka tegur saya kat YM kate die nak balik esok jugak n ade 1 space kosong dalam keta die. Tp, so far tak konfem lg sy leh ikut ke tak, sbb tu kene kawan die. Tgh tanya la ni. Misteri lagi la ni. Tapi, nampak yang ni lebih mudah.. hehe

2
Hari ni tinggal saya ngan Nato je kat rumah tuk bukak puase. 2 orang da balik, Jelita klua ngan gelfren die. Tibe2 rase nak call sorang manusia ni, walaupun mase tu da lewat mungkin die da ade plan tuk bukak puasa. Tp, nak call jugak. Bile sy ajak die bukak puasa "Sukanye saya, awak ajak saya bukak puasa same2, kawan2 saya semua da balik"

Sebenarnya, byk benda2 camni berlaku. Rezeki itu ade di mana2, cara Allah berikan berbeza.

Tak terlintas lg sape patut di call tuk tanye soklan bocor

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008