Tuesday, May 4, 2010

Your Health is in DANGER

Betul ke nutritional medicine ialah bentuk perubatan yang ajaib? Naaaaahhhh!!! Ajaib kot celoh mano gak????
Sebenarnya badan kita ialah the most ajaib thing in the world. Badan kita sebenarnya ialah medan peperangan. Antara 'free-radicals' dan anti-oxidants.

Badan kita memang berupaya menghasilkan anti-oxidants nya sendiri. Walau bagaimanapun, sekuat mana atau sebanyak mana anti-oxidants yang dihasilkan, lebih banyak aktiviti seharian kita yang menghasilkan musuh kita. Canne 'free-radicals' boleh terhasil dalam badan kita? Ialah daripada process yang dijalankan menggunakan oleh mitochondria (pusat energy la dalam cell kita) untuk menghasilkan ATP (energy) dan air. 4 elektron diperlukan untuk menukarkan oksigen kepada air, tp process ini tidak selalunya berjaya, lalu meninggalkan satu atom oksigen bergelimpangan yang dikenali sebagai "FREE-RADICALS'

Mana2 bahagian badan yang dekat dengan aktiviti 'free-radicals' ini, maka lebih cepat la bahagian itu rosak. Kalau mata, mungkin kita akan terkena macular degeneration atau cataract. Kalau salur darah, serangan sakit jantung atau stroke. Kalau sendi, arthritis dan kalau otak, Alzheimer's atau Parkinson's disease.

Peperangan dalam badan kita

The enemies = free radicals

The allies = Antioxodants

Behind The Lines = Supporting nutrients - the B cofactors (B1,B2,B6, B12 and folic acid) and antioxidant minerals. Bertindak seperti pembekal minyak, peluru, makanan yang memastikan mesin2 bergerak semasa perang.

Enemy reinforcement = Keadaan yang meningkatkan 'free-radicals'

MASH = Pasukan membaiki cell yang dicederakan oleh 'free-radicals'

Apakah yang meningkatkan 'free-radicals' dalam badan kita?

  • Senaman yang berlebihan 
    • Dalam TheAntioxidant Revolution by Dr Kenneth Cooper menegaskan senaman                      berlebihan akan meningkatkan free-radicals dalam badan.
    • Aaa aaa aaa (index finger in the air) ini bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam ye. Diulangi, senaman berlebihan, jadi Dr itu telah mencadangkan senaman yang ringan sahaja dah cukup, takyahla nak berlari cam Watson Nyambek
  • Stress yang berlebihan
    • Adakah anda sedar jika anda terlalu stress, anda akan jatuh sakit? Berlebihan....
  • Pencemaran udara 
    • Mengandungi ozone, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, dan lain2. Semua orang tahu kan, pencemaran udara ialah berbahaya?
  • Asap rokok
    • Merupakan penyumbang free-radicals terbesar, apatah lagi jika anda perokok pasif. 
    •  
  •  Pencemaran dalam makanan dan air
    • Sama lah ngan pencemaran2 lain, air dan makanan kita pon da tercemar
  • Sinaran matahari ultra violet
    • Pakaila sunscreen kan? Tapi percaya atau tidak, sunscreen juga penyumbang kepada free radicals ini...
  • Ubat dan radiasi
    • Semua ubat adalah mengandungi keburukan tersendiri kesan yang tidak diingini dan boleh mengakibatkan oxidative stress
Jadi, supplemen akan menambahkan anti-oxidants dalam badan anda untuk meneutralkan free-radicals tersebut.

Source : What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine Maybe Killing You by Dr Ray D. Strand M.D




    Friday, April 30, 2010

    Negara Tua

    Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 April, tajuk berita "Malaysia Status Negara Tua 2035". Apesal? Kerana peratusan warga emas yang berumur 60 tahun mencapai kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya.

    Mesti ramai nak jawab puncanya wanita kahwin lambat, lalu kadar kesuburan menurun, dan jangka hayat dijangka meningkat seperti yang direkodkan pada tahun 2005 iaitu 76 bagi lelaki dan 71 bagi perempuan.

    Bukan tu point saya nak highlight kan di sini. Alang2 dijangka warga tua akan berkeliaran memenuhi Malaysia tahun 2035, apa kata kita penuh kan Malaysia dengan orang2 tua yang sihat dan energetic, bukan yang kudung kakinya kerana diabetes, bukan yang terpaksa bergantung hidup kepada hemodialisis kerana kerosakan buah pinggang dan bukan yang lumpuh kerana stroke.

    Sekian terima kasih

    p/s: healthy diet, a good exercise program and high quality nutritional supplements is the absolute way U can protect your health - Dr Ray Strand, M.D

    Thursday, April 29, 2010

    Convert Now or Later

    Saya tidak pernah percaya nutritional medicine sebelum ini. Bagi saya, sebagai orang yang sihat, makanan yang kita makan hari2 sudah cukup untuk mendapat vitamin, mineral dan sebagainya, sehinggalah kawan saya yang bakal bekerja sebagai engineer mendesak agar saya membaca sebuah buku bertajuk ' What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You' karya Ray D. Strand. M.D with Donna K. Wallace yang berkongsi kisah isterinya yang menderita penyakit fibromyalgia iaitu sakit otot dan tissue lembut (soft tissue) mungkin disebabkan genetic, saraf, stress atau hormone. Sebagai seorang doktor, pasti semua orang menganggap Strand mampu mengubati isterinya, tetapi hanya mampu berserah kerana penyakit ini tiada ubatnya melainkan ubat tahan sakit. Setiap hari die terpaksa melihat isterinya menderita di depan mata sehingga seorang kawan mencadangkan agar isterinya mencuba supplemen. Sebelum iru Dr Strand sangat anti dengan supplemen, tetapi membenarkan isterinya mencuba. No harm trying, bini die memang akan mati pon.


    Ajaib, setelah 3 hari memakan pil kuda itu, si isteri dapat bangun seperti biasa malahan dapat meneruskan minatnya menunggang kuda. Sejak itu Dr Strand terfikir betapa disease-oriented nya doktor ini. Kita belajar tentang disease, kita belajar ubat untuk merawat disease dan kita belajar mencegah lebih baik daripada mengubati, tetapi kenapa kita tidak cuba mencegah penyakit itu daripada berlaku.

    Realitinya, majoriti program mencegah dalam perubatan adalah semata-mata untuk mengesan penyakit itu dengan lebih cepat. Bila dikesan, penyakit itu memang dah terjadi. Itukah yang kita panggil mencegah? Contohnya mammogram yang digunakan untuk mengesan kanser payudara. Pertama kali dikesan mungkin peringkat pertama yang rawatannya ialah radiotherapy, chemotherapy atau pun pembedahan. Cholesterol tinggi, gula dalam darah tinggi atau tekanan darah tinggi, doktor hanya menghabiskan masa untuk merawat penyakit itu, tp jarang sekali membuat pesakit faham pentingnya gaya hidup yang sihat untuk mengelakkan semua ini.

    Mungkin kita perlu memahami penyakit disebabkan proses kemunduran (degenerative disease) yang ditolak oleh kebanyakan doktor walaupun saintis telah menemui penyebabnya. Sebenarnya badan kita sendiri adalah pertahanan yang terbaik untuk penyakit2 ini dan bukannya ubat yang diberi oleh doktor. Untuk mendapatkan imun yang kuat, nutrien juga perlu lah cukup.

    Setelah isterinya sembuh dengan memakan supplemen, maka dia telah menjalankan kajian terhadap supplement. Badan kita memang memerlukan oksigen, tetapi oksigen yang sama boleh menjadi bahaya melalui process 'oxidative stress' yang menjadi sebab degenerative disease. Oksigen ini yang dikenali sebagai free radicals ini akan merosakkan cell seperti besi berkarat dan epal yang menjadi busuk yang juga merupakan pemula penyakit seperti penyakit coronary, kanser, stroke, arthritis dan mulitple sclerosis, Alzheimer;s (nyanyuk) dan macular degeneration.

    Kesimpulannya, kita semua memang akan mati bezanya adakah kita ingin mati sebagai pesakit ataupun pensihat. Kita ada pilihan untuk memilih supplemen terbaik iaitu USANA yang telah memenangi anugerah BrandLaurette 4 tahun berturut2 dalam best nutriton.

    Tuesday, April 27, 2010

    Vaccine HPV di Sekolah

    Menurut National Cancer Registry dalam statistic yang dikeluarkan pada Dec 2004, kanser cervix atau kanser pangkal rahim menduduki tangga kedua selepas kanser payudara. Dianggarkan 1,500 kes baru dikesan setiap tahun dengan kadar insiden 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk wanita dan semakin meningkat dikalangan wanita berusia 30 tahun (National Cancer Registry, Malaysia Cancer Statistics, Data and  Figure, Peninsular Malaysia 2006)

    Pada tahun 2005, WHO melaporkan 99% kaser cervix adalah berkait rapat dengan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV). Perkembangan ini juga membawa kepada penemuan vaksin yang boleh mencegah jangkitan HPV dan kanser cervix. Pada tahun 2006, WHO telah meluluskan pengeluaran vaskin HPV yang pertama dan diikuti kelulusan pemasaran vaksin kedua pada tahun 2008.

    Jangkitan HPV juga berkait rapat dengan hubungan intim dan juga sentuhan kulit antara genital wanita dan kulit zakar. Seorang wanita terdedah kepada jangkitan HPV apabila mereka mula menjalinkan hubungan seksual dan risiko lebih tinggi sekiranya hubungan seksual bermula pada awal remaja.

    Dasar untuk memperkenal Vaccine HPV sebagai salah satu pelalian kanak-kanak telah diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Pelalian Kebangsaan pada 5 November 2007. Sebanyak RM150 juta telah diperuntukan bagi melaksanakan Program Pelalian HPV Kebangsaan pada tahun 2010. Ini telah mengurangkan perbelanjaan negara sebanyak RM250 juta untuk merawat kanser tersebut.

    Program ini akan tidak pasti lagi bila akan bermula, mungkin akhir May atau awal June yang pastinya memang akan dimulakan pada tahun ini.

    Objectivenya ialah untuk memberi vaccine HPV kepada semua remaja perempuan berusia 13 tahun. Kenapa 13 tahun? Kerana dipercayai rata-rata gadis di Malaysia masih suci ketika berusia 13 tahun. Hoho.
    Kedua ialah untuk melindungi remaja perempuan Malaysia daripda jangkitan HPV sekaligus mengurangkan kadar insiden kanser cervix di Malaysia.

    Semua remaja perempuan Tingkatan 1 menjadi sasaran  akan diberi vaccine ini tidak kira usia sebenar dan taraf kewarganegaraan mereka. Kepada remaja2 berusia 13 tahun yang tidak bersekolah, jangan khuatir anda juga layak menerima vaccine ini di klinik2 kesihatan. Walaubagaimanapun, anda mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa anda. Jangan risau, nanti maklumat lanjut akan diberikan di sekolah.

    3 dose akan diberikan. 0 bulan, 1 bulan selepas dose pertama dan 5 bulan selepas dose kedua. Kepada remaja yang bersekolah di sekolah yang berdaftar dengan kerajaan, anda hanya perlu tunggu je orang kesihatan datang cucuk. Bagi anda yang tidak bersekolah, sila lah jenguk2 klinik kesihatan.

    Memang la akan ada tindak balasnya. Tapi jangan risau, 93% adalah yang biasa2 je... takde ape laa....

    Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk mempromote program ini kepada adik2, supaya bila org kementerian kesihatan datang sekolah nanti takla terkezut sangat. Nih kan program yang baru diperkanalkan..
    Dan perlu ingat, amek vaccine ni bukanlah lesen adik2 untuk menceburkan diri dalam bidang seksual tanpa perkahwinan. Sesungguhnya nothing is impossible in medicine. Walau dah amek vaccine pon, tak mustahil anda akan mendapat kanser cervix, nak2 kalau melanggar perintah Allah.




    Inilah gambar cervical cancer, takut x?



    p/s: Menyesal pulak x amek vaccine ni mase ade offer dulu... huhu.. dah tua2 ni jadi kes terlepas peluang.. kui kui

    Monday, April 26, 2010

    Mutakhir

    Activity terkini:

    1. USANA distributor 
    Blog tu masih dalam construction sebab saya ni bukan rajin sangat pun sibuk study. Tapi, sebab saya rasa      USANA ialah one of the bestest suppplement in the world tapi paling best kat Malaysia la. Jadi nak tak nak, terpaksa lah saya berkongsi kebaikannya ngan semua orang. InsyaAllah, saya akan bangunkan jugak website itu, one day. Link dah ade, isinya takde.. kui kui

    2. Membuang harta pusaka yang tak diingini.
    Ape tu? Misteri... tetiba pak cik tu kata bukan harta pusaka lak, tersesat dari mana tah. Ikuti pengalaman saya dalam blog Mistique, paling atas dalam page ni. Tu pun x tau bile nak start menulisnya.. haha

    3. Mestila belajar dengan tekun
    Entah dari mana lah kawan2 itu muncul. Selama saya hidup, inilah kali pertama saya bertemu dengan kawan2 yang saling menyokong antara satu sama lain. Walaupun hala tuju kami berbeza, namun sebagai orang yang kreatif, saya telah memesongkan apa yang terjadi supaya kena ngan diri saya.

    4. Buat preparation kawin
    Tipu je nih.. Skarang tengah cari design baju nak pakai nanti dan pelamin.

    5. Hidup seperti manusia biasa
    Dah sampai tahap merepek dah ni...


    Minah ini akan berkahwin tidak lama lagi, dan dgn lancangnya dia membuat statement "Mung paling berjaye antara kite fyd, tapi mung paling lambat kawin"
    I pray 1st part or the statement is true, even tho the 2nd part is not wrong, tp janganla lambat sangat...

    Wednesday, April 21, 2010

    Dah takdir

    "Pak Cik tanak operate la, doktor" Kata Pak Cik Ayang menghidap renal calculi.
    "Nape...."
    "Dah takdir pak cik camni..."
    "Takdir pon takdir gak pakcik, tp ikhtiar ade depan mata, kena la guna. Nih samela cam lintas jalan masa keta banyak, bila mati kena langgar, cakap dah takdir mati kene langgar.."

    Puan B berusia 46 tahun, tp atas masalah kesihatan yang tidak saya pasti, uterus dan ovaries nye telah dibuang, jadi die tidak akan period dan paling penting die akan berlagak seperti orang yang menopause, jadi doktor lain telah prescribenya dengan hormone therapy (estrogen dan progesteron) supaya die juga menjadi seperti orang belum menopause,tp dah takleh mengandung la.
    Dia ingin berhenti amek hormone itu tapi doktor telah nasihatkan dia supaya teruskan dan bertanya kenapa nak stop? Ada dapat info pasal hormone ni ke? Takde, saje2...
    Hormone therapy memang ade high risk to get breast canser or uterine cancer la, tp kalau kurang 5 tahun no problem.

    Lalu, doktor itu berkata kepada saya. Orang Melayu Patient ni bukan nak dengar nasihat orang, pastu tunjuk lebih pandai daripada kita lak.  Tu tanak, ni tanak. Lagi suka berubat cara kampung, pastu kalau ada complication apa2, cari kita jugak. Pastu, pepandai lak salah kan takdir, org nak suh berubat tanak. Dah lambat2 baru nak datang hospital. Pastu, tak concern pasal health die, x cari info pasal sakit die, tp nak mengajar kita plak. Bukan patient je, di kalangan orang kesihatan pon tak trust ubat hospital. Kalau sakit je, mesti gi jumpe bomoh dulu.
    Dah tu salahkan takdir, tanak berubat. Kalau orang cina Tapi, ade jugakla sesetengah orang yang concern pasal health, sakit je terus datang hospital dan cari info, nak tau pasal sakit die.

    Ni kisah benar ok, dan doktor tu betul2 cakap camtu pasal patient itu. Wow, first time entry saya berkisah yang benar.

    Dilema Melayu.Karangan Tun Dr Mahathir
    Ade seorang kawan yang rekemen saya baca buku ni, about sifat sikap orang melayu. Tak taula ape isinya, nantila one day saya baca..

    Di samping itu, saya ingin menganjurkan anda2 yang sihat ni supaya mengambil supplement to keep you healthy, di samping bersenam.

    Wednesday, April 14, 2010

    Berkoyal sungguh seronok

    Kisah 1
    Ketika itu hujan lebat, the sorrounding was hardly seen. I was waiting for a friend to go to class. I wonder what took her so long. Then, there was a car, a white car, stop right before me. "She's here"
    Without second thought, saya terus buka pintu dan duduk di passenger front seat. Oh My!!! It was a guy. Handsome,but a totally stranger. Lupa lak my fren's car kancil ja, tp keta ni agar besar td. Ingatkan dalam hujan, kancil pon buleh nampak cam gajah.
    Sekarang, the handsome but totally stranger guy itu menjadi suami saya :))

    Kisah 2
    Lampu hijau itu berkelip, saya terus menekan pedal minyak walaupun saya masih kira-kira 1km dari traffic light itu. Dah sampai mestila merah balik. Hotnya bila traffic light itu menunjukkan angka 99. Lama lagi la jawabnya ni. Sementara tunggu traffic light turn green, saya tgk kiri kanan, depan, belakang... ohhhh
    Hensemnya driver belakang saya ni. Mula2 saya usha die kat cermin pandang belakang. Tiba2 saya nampak dia senyum dan mengangkat satu kertas, iaitu tertulis no fon die.
    Saya kontek dia dan sekarang kami ialah suami isteri.


    Di atas adalah beberapa kisah pertemuan suami isteri yang saya rasakan menarik.
    Bagaimana plak yang saya koyakan?


    Seseorang lelaki yang tidak dikenali datang (mesti hensem dan nampak kaya, ultimately kene betul2 hensem dan kaya) mendekati saya lalu berkata,
    " Awak mungkin tak kenal saya, tp saya kenal awak sbb awak ialah gadis yang selalu muncul dalam mimpi saya.."
    Lalu menyanyikan lagu I Knew I Loved U by Salvage Garden. Hahaha


    *Saya dalam cerita di atas ialah Shamimi Haji Musa, orang yang tiada kerja dan suka mengoya....

    Blog Widget by LinkWithin

    Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008